Pages

Monday, June 23, 2008

deklarasi

Hari ini, aku terfikir tentang masa depanku… lepas anta boring apply u kat aust, aku rase aku perlu penambahbaikan… bukannya ape, aku rase result aku nie memang pyh nak dapat u…aku kna struggle lg(mcm aku struggle je sblm nie)… aku kna ubah cara idup aku dari seorang yang kuat tido, yang belum rajin nak study n buat assignment, yang sempoi kpd seorang yang lebih mementingkan tym management dan seorang yang memang laen dari yg dulu… aku cube untuk study tp aku rase mmg aku tak bleh study… tym study je mesti terfikir nak buat menda laen… nak maen game la, nak dgr la, nak internet la… aku kna hidup sebagai budak yg akan amik medic…

Dalam pada hasrat aku untuk berubah tue, aku rase nak buat satu deklarasi yg mengajak aku supaya sentiasa study di waktu malam dan buat asgmnt di waktu awal pagi… petang aku akn riadah dan berehat… aku juga akan kurangkan bermaen game dan berjalan-jalan… aku tau yang aku amat menyesal memilih aus sebagai tempat aku, tapi apakan daya, sudah terlambat untuk aku patah balik… kalo aku diberi peluang ke dua, baik aku jadi cikgu atau amik medic timur tengah…tak payah pikir susah2…

Sepanjang seminggu aku kat ausmat, hidup aku dibebani dgn menda yang ta sepatutnya… aku rase tertekan kerana asgmnt yang macam air terjun (bukan macam air paip da)… tapi itu silap aku coz x alert dgn tym management… yang penting aku masih belum cukup lambat untuk berubah… dan aku akan melakukan perubahan yang walaupiun tidak drastic tapi sekurang-kurangnya berubah... aku dah rase tercabar apabila bio aku dpt B sedangkan ada dpt A, aku rase tercabar bile aku punye math dpt C, dan sebagainya… dan pegang kate aku nie, aku takkan mengalah… lihat lah redz atau duan yang laen lepas nie…

Ok lah, aku nak tido, penat…(macam cakap tak serupa bikin jer)…
Doakan aku…

Wednesday, June 18, 2008

Imaginasi, Niat, Fiksyen dan Halusinasi

 #INI IALAH FIKSYEN

MUQADDIMAH

Tubuh ini bukanlah tubuh yang tegap. Kurus kering namun sedikit tinggi berbanding majoriti yang lain. Berkulit sedikit gelap kerana sering berjemur di bawah matahari. Muka cengkung, hidung yang sedikit besar. Mujurlah rambut lurus, dan halus. Sekali pandang, bukanlah ciri-ciri lelaki idaman yang kacak dan bergaya. Hanyalah seorang lelaki berwajah awam, yang mungkin lebih sedikit muka boleh diterima berbanding separuh populasi spesis bangsa yang lain. Kiranya, tidaklah ada yang boleh dibanggakan sangat, dan kalau dalam hirarki natural selection, mungkin pertengahan. Tidak ada dalam pemikiran ini mendapatkan seseorang yang cantik, comel sebagai pasangan.

Sebelum berangkat pergi, ada la seorang Wanita yang juga cantik ditinggalkan. Perhubungan yang ada kala baik ada kala suram, serius dan tidak serius. Ada dan kadang-kadang tiada. Tidak ada kekuatan atau kehendak yang lebih sekadar asalkan ada. Namun cukuplah buat modal berborak dan sebagainya, supaya ada modal untuk merindui dan dirindui. Dan sejarah serta bab baharu pun bermula setelah tiba di sini.

Kiranya tiba seperti kosong. Memori di Persediaan selama setahun setengah dulu diabaikan kerana tidak signifikan dan memberikan satu penampar dalam hidup Ketika teraba-raba dan tercari-cari gaya hidup dan arah jalan.

Diberikan tempat yang menarik dalam dewan syarahan, bersebelahan dengan seseorang yang cantik. Memang, memang sudah diketahui bahawa orang itu out of my league. Sangat. Jadi, sekadar berbual sebagai teman semeja dan sekelas. Namun setiap saat yang berdetik, setiap jam yang berlalu, setiap hari yang berganti mencetuskan perasaan yang semakin bertambah. Sekali lagi, tamparan kendiri supaya beringat tentang status sendiri.

Manakala seorang itu sudahlah berpunya, yang mempunyai pun berbadan tegap, bermuka kacak dan berkulit cerah. Pemain ragbi, hidung sedang molek dengan mukanya. Takkanlah pacal nan hina ini berkebarangkalian yang secubit apatah lagi nan tinggi. Jadi perasaan itu harus disimpan kemas-kemas dan dikawal supaya tidak keterlaluan.

Pada suatu pagi, maka aku dan dia merancang untuk berjalan. Sekadar antara kawan. Aku menunggang motor, dan dia membonceng daripada asrama menuju ke pantai. Jantung ini laju berdetak, namun tidak melampau kerana masih menjaga batas. Sampai di pantai hanya sekadar melayan pantai, tidak ada kurang tidak ada lebih. Borakan pun biasa-biasa sahaja, awkward. Biasalah aku jarang sekali berdua Bersama perempuan bukan mahram, walaupun hanya di pantai.

6 bulan di bumi ini, akhirnya tiba masa pulang ke kampung. Dikisahkan dituliskan bahawa berpulanglah kami berempat, aku, dia dan dua orang lagi. Perjalanan itu tidak lebih hanyalah perjalanan empat sekawan pulang ke kampung. Namun dalam perjalanan itu pelbagai aktiviti, borakan yang menarik. Sikit-sikit lama lama berbunga. Namun sekali lagi, keindahan itu harus dibendung habis-habisan. Setibanya di transit, dia Bersama dengan kekasihnya, manakala aku dan dua lagi meneruskan perjalanan. Maka tamatlah fasa pertama.

DUA

Kembali semula ke sini, ya masih sama kedudukan di dalam kelas. Masih orang yang sama di sebelah kiri dan kanan. Perasaan yang dibendung pun masih dibendung. Tidak ada beza satu dua atau tiga. Muka masih lagi cengkung, kulit mungkin makin gelap dek kerana panasnya kampung dan penuh aktiviti di luar. Boraknya borak biasa, guraunya gurau biasa.

Hidup ini penuh dengan kejutan. Aku, dia dan dua orang yang lain berjalan pula ke ibu negeri yang kira-kira berjam-jam menaiki kenderaan awam. Tujuannya ialah dua orang lagi yang seorang ingin mencari kamera dan seorang lagi ingin berjumpa rakan lama. Aku dan dia hanyalah menumpang meneman. Perjalanan inilah bermulanya perasaan tidak dibendung. Semasa dalam kenderaan awam, maka dia mula selesa. Dan kadangkala dia tidur berbantalkan bahu aku.

Sebagai seorang gagak, aku tidak tahu bagaimana mahu memberikan respon dalam hal ini. Hendak ditolakkah? Tapi haruslah aku menikmati setiap bait-bait ini. Takkanlah merak kayangan menumpang sayap sang gagak ditolak.

Tidak tahu, apakah statusnya. Namun hati ini masih menolaknya dan dalam masa sama menariknya. Memang seronok berteman, namun teman itu berpunya. Maka labelan teman tapi mesra itu tepat ketika itu.

Tidaklah mudah untuk menghalang perasaan, dan etika, dan moral. Semuanya bermain dalam minda dan segala macam argumen baik atau buruk dikira. Indahnya, dan pedihnya bermuka-muka. Sekali lagi, ini ialah perkara nan signifikan dek kerana bezanya darjat, status dan penerimaan. Barangkali bagi dia, aku hanyalah penumpang sementara dia berseorangan di sini. Namun bagi aku, dialah hampir segalanya di sini.

TIGA

Aku, dia dan lapan yang lain mengorak Langkah berjalan ke utara negara. Trip pelancongan yang mengambil masa dua minggu. Ketika ini cinta sudah berputik, namun masih belum diterjemah. Sekadar ada dan tiada seperti biasa. Gambar diambil melalui kamera banyaknya gambar dia. Sekadar memendam rasa supaya menjaga pelbagai aspek sini dan sana. Etika, agama, common sense dan sebagainya. Selagi gagak dan merak menjadi jalan cerita, selagi itulah cerita ini masih ada penghalang.

Tiba di satu tempat nan lapang, dipenuhi pasir-pasir nan halus, kami semua bergembira. Barangkali aku dan dia sering berbual bersama. Apa yang dibualkan hanyalah topik-topik halus. Namun secara kimianya, reaksi semakin hangat walaupun luarannya nampak tenang. Gurau-gurau halus menjadi permainan. Di sini, kami menyewa van besar, dan secara azalinya tiba-tiba aku duduk di sebelah dia.

Perjalanan diteruskan ke tanah tinggi pula. Kerana kesejukan maka aku berikan pinjam jaket aku kepada dia. Act of gentleman barangkali. Aku pun ketika itu walaupun keding, tidaklah terimpak sangat dengan kesejukan. Setiap hari yang berlalu dalam perjalanan ini menguatkan lagi rasa cinta dan kasih. Makan bersama, duduk bersebelahan, bergurau bersama, dan tidur bersebelahan dalam van. Mujur bilik berlainan! Sedikit sebanyak perjalanan ini membuka satu kotak yang aku tanam dalam-dalam, yang aku simpan dan cuba elakkan.

Hampir ke penghujung perjalanan, kami singgah di satu bandar lambang cinta abadi. Dan sekali lagi banyak gambar dia yang aku ambil dan simpan, malah ada juga gambar kami bersama berdua di hadapan monumen cinta abadi itu. Masih menjaga batas-batas, namun dalam hati aku jelas sekali, aku sudah tersangkut dek fitnah dunia yang mengindahkan.

Pada esoknya, dia kena pulang ke kampung kerana ingin meraikan ulang tahun kelahiran bersama teman lelakinya (ya!). Namun malam itu aku mencari dia meminta gambar-gambar yang dia ambil sepanjang trip ini, untuk aku kompilasikan dan simpan dalam cakera keras. Dia menyerahkan pena pemacunya, dan aku menyedut segala gambar yang ada. Dan di sini, aku jumpa sesuatu yang tidak sepatutnya aku jumpa. Sedih, dan kecewa. Namun aku poker-facekan sahaja. Aku berjuma dengan dia di tangga hotel itu. Sambil menghadap bilik 306, aku dan dia berdua berbual kecil.

Aku mengekspresikan secara lembut bahawa aku akan bersedih dan merindui dia bila dia akan pulang ke kampung. Namun aku kawal juga emosi supaya tidaklah terlalu desperate. Aku juga kawal emosi dan perkataan walaupun aku sedih dan kecewa sejam sebelum itu. Kami berbual kosong, dan aku mungkin juga menjadi sweet pada malam itu. Apabila ingin mengucapkan selamat tinggal, dia layangkan satu ciuman ke pipi aku sebelum dia laju-laju bergerak balik ke biliknya. Jantung aku terhenti. Masa juga terhenti. Aku duduk di tangga itu sambil otak memutarkan segala sesuatu. Termenung, terkesima, adakah ini kecewa, sedih atau bahagia? Seronok, sedih, kecewa, bahagia, rindu pada hari yang sama!

Perjalanan aku dan tujuh orang yang lain sudah berbeza suasananya. Mungkin bagi orang lain, sama. Bagi aku, berbeza. Jauh bezanya, dan kekosongan.

Itulah kisah TAHUN PERTAMA. Tahun mencuba untuk menolak rasa. Tahun cuba untuk mengelak murka. Tahun untuk menjaga.



EMPAT

Sekembalinya dia ke sini semula, aku dan dia seperti biasa. Tidaklah berpanggil dengan gelaran apa-apa melaikan hanya teman. Sementelah dia pun baru pulang berjumpa dengan kekasih sebenar dia. Aku macam biasa, bagai pungguk rindukan bulan, menunggu bulan jatuh ke riba. Selain berbual biasa dalam kelas (dia masih di sebelah aku – itulah sistem di sini) duduk di tempat yang sama sahaja. Selalu juga berhubung melalui Yahoo Messenger ataupun Skype. Masa dalam talianlah lebih berbunga-bunga, di hadapan kena cover. Dan sekali lagi juga, aku keliru. Siapakah dia untuk aku. Dan aku rasakan dia lebih keliru siapakah aku untuk dia?

Pada suatu malam minggu, aku dan dia kebosanan. Teman serumah dia semua keluar berjalan. Tinggalkan dia sendiri di rumah. Aku berseloroh mesej dia, “jom la kita tengok movie.” Dia pun setuju! Ah sudah. Aku tidak bersedia dengan jawapan itu. Tapi aku iakan sahaja. “Jom tengok kat rumah aku la,” kata dia. Aku lagi tak bersedia dengan jawapan ini. Setelah setting masa, aku pindahkan data dalam pena pemacu, aku terus bergerak menunggang motor ke sana. Kami pun menonton cerita, barangkali The Exorcist. Namun malam berlabuh awal kerana ternyata walaupun seram, tidaklah menarik. Dia mengajak aku tidur di biliknya. Aku pun tanpa banyak soal setuju dengan cara diam. Namun itulah sahaja. Tidak ada lebih tidak ada kurang.

Bulan-bulan mendatang perkara ini diteruskan lagi. Datang, dating, tengok movie, berborak dan tidur bersama – namun ditekankan, tidak lebih dan tidak kurang. Subuh aku gerak keluar balik ke rumah aku sendiri, dan kekadang singgah di masjid untuk solat Subuh. Perasaan sayang itu ada, dan aku menganggap ini ialah satu perhubungan romantis, namun aku masih ada sekelumit iman untuk elak membawanya ke next level. Kekadang ada juga berpelukan, bercumbuan, namun tidak akan sampai ke tahap yang tidak ada u-turn. Ah, zaman berlalu. Dan aku masih secara umumnya teruna.

LIMA

Kekerapan aku ke rumah dia mungkin seminggu sekali atau dua kali. Hari hari aku terasa indah. Dan aku masih keliru, siapakah aku di sisi dia, dan siapakah dia di sisi aku. Tiba masa cuti semester, aku pun pulang ke kampung, dan dia pun sama. Alkisahnya kisah aku dan dia diketahui oleh teman lelakinya. Teman lelakinya pun telefon, mesej dan sebagainya menangis, marah dek kerana perbuatan aku. Aku senyum sinis. Ya, mungkin aku sepertinya merampas, namun aku masih ada inhibition. Aku memohon maaf, sebagai gentleman dan berjanji tidak akan buat lagi.

Sepulangnya kami ke sini, aku tidak lagi kerap ke sana. Aku cuba sekali lagi untuk menahan diri sebagaimana aku menahan diri pada setahun pertama. Kami berhubung seperti hanya rakan biasa. Namun jelas aku dan dia kesunyian juga dan merindui perhubungan kami yang dulu. Akhirnya kami kembali. Namun di situ ada kesilapan. Apabila Tuhan dah tutup aib, janganlah diteruskan akan dosa. Aku tidak mengerti sehinggalah satu pagi di hari ahad, aku dan dia menjadi buah mulut manusia setempat.

Banyak fitnah yang aku dan dia lakukan, namun tidaklah sampai setara dengan tuduhan yang berlegar. Aku masih menjaga sekelumit iman yang ada ini. Aku masih menjaga perbatasan terakhir. Yang aku yakin orang lain susah untuk jaga. Aku jaga elok-elok sempadan akhir ini supaya aku ada jawapan kelak. Namun bukan senang meyakinkan manusia lain. Bagi mereka, bila bersama, mesti bersama. Walhal, tidak pernah setahun aku dan dia, kami melintasi sempadan itu.

Aku bersyukur aku ada iman senipis bawang itu berbanding tidak ada iman langsung.

Dan itulah tahun kedua aku, tahun yang penuh kebahagiaan dan kesenangan dan kekeliruan.

ENAM

 Memasuki tahun ketiga. Aku berduka. Sedih. Kebodohan dan ketamakan sendiri. Mengetahui dia lebih banyak terimpak memberikan kesan yang lebih dalam kepada aku. Aku sedih dalam sendirian. Bermandikan air mata sentiasa, setiap malam dan dalam pancuran air. Namun aku tidak boleh melakukan apa-apa. Aku bersedih. Sendirian.

Dia, mungkin mengambil masa berbulan untuk kembali memijak bumi. Setiap kali aku terserempak dengan dia daripada jauh, jantung aku berhenti, sebagaimana berhenti jantung aku dahulu di tangga hotel. Cuma kali ini aku tak mampu menghadam dan melayan perasaan, aku hanya mampu lari daripada keadaan. Daripada tahun ketiga, keempat dan kelima, apabila bersua dia daripada jauh, aku terus terkesima, terdiam, bersedih dan merindui. Itulah, tahun kesedihan.

Mujurlah aku dan dia sudah berbeza batch. Lebih mudah untuk berurusan. Andai kata aku dan dia masih bersama satu batch, dan dia masih di sebelah aku, bagaimana aku ingin hidup dalam keadaan berdebar-debar?

KONKLUSI

Selepas peristiwa itu, setelah dia bangkit semula, dia berubah 180 darjah menjadi lebih baik, bersama dengan usrah dan menuntut ilmu dan beramal dengannya. Dia bertudung labuh,  memakai sarung tangan panjang (handsock) dan menjadi lebih baik sehingga kini insyaALlah. Aku pula turun dan naik iman. Ilmu dah semakin matang, amal mungkin konsisten. Kalau ada kebaikan daripada perhubungan aku dan dia, aku akan pandang perubahan pada dia sekarang. Kalau tidak berlaku peristiwa yang memisahkan kami, aku tidak tahu di mana aku sekarang, dan di mana dia.

            MONOLOG

Barangkali jikalau tidak berlaku peristiwa di pagi ahad itu, aku dan dia akan terus terjerumus ke dalam lembah yang tidak ada patah balik. Dan selepas itu, sesudah dia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, aku pula terus sendirian, melayan hati yang lara. Dan kedua-dua penyudahnya, tidaklah baik bagi aku daripada segi perasaan.