Post nie diedit dari post yang hari jumaat
Salam alaik
Kegeraman aku yang aku jadikan tajuk ini hanyalah sebagai satu penarik...Hehehe... Bukannya ape, semalam aku tak dapat buat post sebab internet buat hal... Jadi, kegeraman itu sudah berakhir... Semalam, Pagi aku agak dicemari dengan kebaranan Puan Faizah... Aku tidak menyalahkan dia sebab aku tau ahli kumpulan aku yang salah... Tetapi, mungkin ada sedikit salah faham... Apa-apa pun, itu hanyalah sebahagian daripada cabaran dalam menempuh hidup sebagai pelajar AUSMAT... Hehhe...
Hari ini, tiada apa yang boleh aku cerita lanjut, kerna hari aku seperti biasa... Cuma mungkin aku boleh menyatakan bahawa aku telah dipilih untuk melakonkan watak ayah dalam drama kumpulan aku... Bapak ah lawak... Manakah kesesuaian watak? AKu yang mempunyai muka budak PMR (bajet) telah diberi watak seorang yang mempunyai anak.. Hahaha... Petang aku pegi maen badminton...apak ramai makhluk maen... Dalam post nie, aku bercadang nak letak nukilan aku:
Layan...
Nukilan si atas atap
Seronok benar 
Memberi rezeki kepada jin 
Sambil melihat indahnya alam 
Bintang beribu terangi langit malam 
menghambat bosan ke dalam kelam 
mencampak tekanan mendalam 
Indah ciptaan Tuhan tiada bandingan 
tunjukan seni ketuhanan 
ditambah kuning si bulan 
membawa diriku keawangan
Indah nian ciptaan Tuhan 
Malam gelap kedinginan 
menghilangkan segala kegusaran 
Ciptaan Tuhan memang agung 
membawa aku merenung betapa kerdil diriku 
Malam mengajar aku erti suram 
malam mengajar aku erti alam 
malam mengajar aku berfikir tentang hidup 
malam itu amat indah; di atas atap. 
12072008; Jam 0204; Diedit: 17072008; Jam 1902
kucing parsi
ReplyDelete