Wednesday, October 29, 2008

Plan Gila: Set-set Penjaga Keamanan SBPI Temerloh

Salam Alaik...

P/s: Artikel ini tidak menggambarkan SBPI Temerloh secara seluruhnya dan bukanlah satu kebiasaan di SBPI Temerloh.. Harap maklum..

Sesebuah sekolah, tidak kira menengah ataupun rendah memerlukan sebuah organisasi untuk membantu guru dalam menjaga keamanan dan ketenteraman sekolah tersebut... Tugas tersebut tidaklah terhad kepada penjagaan keamanan sahaja, tetapi merangkumi tugas-tugas khas ataupun am yang lain...

Tugas sebagai seorang Penjaga Kemanan ini merupakan satu tugas yang perlu diambil serius oleh Penjaga Keamanan itu sendiri dan juga kepada pelantik Penjaga Keamanan itu juga... Penjaga Keamanan ini sering digelar Pengawas (e.g. SBPI Temerloh @ ITem) tetapi ada juga yang digelar Ketua Pelajar (e.g. SMKA TAHAP) dsb...

Bagi pelajar biasa, Pengawas sering dipanggil sebagai Anjing Cikgu atau Barua Cikgu... Ini disebabkan tugas pengawas yang sering mengikut arahan cikgu yang bertentangan dengan kehendak pelajar...

AKu juga tidak terkecuali dalam menjadi seorang pengawas... Plan Gila kali ini aku ingin menceritakan kehidupan aku sebagai seorang PENGAWAS SBPI Temerloh...

Aku mula dicalonkan untuk menjadi seorang Pengawas ketika aku tingkatan 4... Ketika itu, aku dicalonkan oleh guru Kelas aku, yang aku dah tak ingat siapa. mungkin Ust. ZAinudin rasanya... Sebagai seorang yang pada zahirnya nampak skema, aku pada awalnya tidak begitu teringin untuk menjadi pengawas tetapi memandangkan kokurikulum aku tidak begitu bagus, aku terima pencalonan itu...

Apa yang aku ingin bangkang di sini ialah kriteria pemilihan pengawas ITem itu... Aku amat tidak berpuas hati apabila pemilihan pengawas berasaskan akademik semata-mata... Oleh sebab aku punya akademik ketika itu agak bagus, maka aku diserap ke dalam Badan Pengawas dan Disiplin SBPI Temerloh...

APa sebabnya?

Kalau difikirkan secara logik akal, budak-budak yang mempunyai rekod akademik yang baik semestinya seorang yang 'nerd', ulat buku, dan lembik (aku bukan dalam kalangan mereka)... Jadi, tugas mengawal disiplin ini amat tidak sesuai dengan mereka... Mana mungkin bebudak yang skema macam lahanat itu mampu menegur budak-budak yang otai?

Tetapi, pada zaman batch aku, 020six, pengawas yang dipilih merupakan budak yang agak mempunyai akademik yang baik tetapi perangai macam lahanat... Ada 5 orang semuanya pengawas lelaki batch aku, 4 orang boleh pakai, seorang lagi hampes...

Aku dipilih sebagai seorang Ketua Biro Disiplin Badan Pengawas ITem... Sebagai seorang yang amat bias kepada pelajar, aku tidak sepatutnya memegang jawatan tertinggi selepas KP, TKP, SU dan Bendahari itu... Aku juga seorang yang liberal dan amat pemalu orangnya lalu mengukuhkan lagi hujah bahawa aku tak layak untuk memegang kerusi panas itu...

Semasa aku menjadi Ketua Biro Disiplin, aku hanya mengekalkan beberapa polisi Biro Disiplin yang dibuat oleh batch sebelum aku... AKu melupuskan prosedur bodoh seperti Buku Saman dsb... Malah, aku juga memastikan pengawas-pengawas junior dan budak-budak bawah biro aku tidak menghantar nama budak yang bersalah seperti tidak pakai Tie, Kuku @ rambut panjang, tak pakai kad matrik dan bermacam kesalahan bodoh lain kepada cikgu Disiplin... hal ini membuatkan ahli-ahli biro aku amat selesa bersama aku kerana tiada kerja yang khusus perlu dibuat...

Selain itu, sebagai seorang ketua biro disiplin yang hanya pandai cakap lebat dan 95% retorik, aku sering menjadi pembangkang dalam kabinet yang diketuai oleh En. Lah, Ketua Pengawas... En, Lah ini merupakan antara kawan baik aku... Sebenarnya, aku bukannya mahu sangat membangkang, tetapi memandangkan ahli-ahli mesyuarat hanya angguk dan senyap atas segala cadangan En Lah, aku rasa tak seronok... Lalu aku menjadi seorang pembangkang...

Walaupun aku sering membangkang, tetapi aku hanya tahu membangkang tanpa ada cadangan lain... Haha... Tujuan aku hanya untuk memeriahkan mesyuarat...

Antara jasa yang aku pernah buat kepada pelajar sebagai Ketua Biro Disiplin Badan Pengawas ITem ialah menghapuskan perhimpunan pagi di hadapan Aspura setiap hari Selasa dan Khamis... Perhimpunan yang sepatutnya diadakan itu merupakan arahan cikgu dan dipraktikkan sejak tahun sebelum itu... Tetapi setelah aku berasa amat bengang menunggu budak beratur, aku dan En Lah bercadang untuk menghapuskan perhimpunan rutin itu secara senyap... Hasilnya, Cikgu Disiplin (Kapt. ROR) pun tidak menyedari perkara itu...

Meskipun aku seorang ketua Biro disiplin, aku juga sering melakukan kesalahan besar seperti merokok di kawasan sekolah (Tym SPM), fly sebanyak 3 kali, mencarut kepada En Sopi Songkok, menyimpan rambut panjang (antara teranjang di ITem), memonteng prep malam atas alasan meronda dan sebagainya.,.. Hal ini jelas menunjukkan bahawa seorang pengawas bukanlah maksum...

Setakat ini sahajalah artikel saya yang berkenaan dengan pengalaman saya sebagai seorang Pengawas SBPI Temerloh... Ada cerita lain, saya akan cerita lain kali...

p/s: Kalau Pengawas diambil dari kalangan ahli akademik spesies aku (yang bukan nerd, skema, lembik dan berhemah tinggi), macam ni la jadinye... Hancur badan pengawas... Rosak biro disiplin... Tetapi, kelebihannya, pengawas zaman aku tidak mempunyai permusuhan dengan pelajar... Haha...

_____________________________________________________________



Kemaskini (14.06.2013):
Ada seorang 'Anonymous' komen dalam entri ini yang berbunyi seperti berikut:-

Anonymous said... 
kalau betul apa yang ditulis tentang SBPI Temerloh..... kami warga SBPI T amat kecewa terhadap insan yang dilahirkan diharapkan berguna malangnya ianya sungguh tidak berguna. Seorang pengawas bukan anjing tetapi pemimpin masa depan. Awak adalah pengkhianat kepada sekolah, guru dan rakan anda yang baik2. Tidak redha dan tidak halal apa yang anda dapat dari SBPI Temerloh... 
June 14, 2013 at 8:41 AM

Aku nak balas komen secara umum la.. Supaya lebih adil dan saksama untuk aku dan untuk semua pembaca..


  1. Perkara ini betul seperti yang ditulis, NAMUN betul pada pandangan aku.. Perkara ini subjektif, cikgu boleh nampak lain, student boleh fikir lain..
  2. Penggunaan kata 'sungguh tidak berguna' merupakan satu tuduhan yang berat, persisnya tidak langsung berjasa dan tidak langsung berguna.. Aku, walaupun nakal dan celaka masa memegang jawatan pengawas, namun banyak tugas-tugas khas lain seperti membantu cikgu dan sekolah dalam majlis, menyediakan tenaga untuk perkara-perkara lain.. Jangan pukul rata..
  3. Kenyataan 'Pengawas itu anjing' bukanlah kenyataan aku.. Kalau baca bebetul, KALAU betul baca dengan hati seharusnya boleh faham bahawa kenyataan itu dibuat oleh 'kebanyakan pelajar', bukan daripada kaca mata guru atau sebahagian kecil pelajar.. Dan kenyataan itu BUKAN kenyataan saya.. Harap faham dan jangan jadi bangang membantah apa yang kau tak faham..
  4. Pengkhianat, merupakan satu tuduhan yang sama berat dengan tuduhan no.2.. Pengkhianat ini la yang bawa nama sekolah naik untuk seketika, dan pengkhianat inilah yang masih aktif dalam alumni.. Pengkhianat inilah yang semangat pergi sekolah bila dipanggil walau dah lama habis belajar.. Ya, saya akui, saya tidak melaksanakan tugas sebagai pengawas 100% baik, namun saya menolak kenyataan pengkhianat tue..
  5. Sebenarnya kenyataan akhir komen nie yang buat aku marah.. Celakalah kamu yang mendoakan keburukan seseorang berdasarkan apa yang telah lama  berlaku dan berdasarkan apa yang tidak sempurna pemahamannya.. Siapa kamu nak tidak redha dan tidak halal apa yang aku dapat di SBPI Temerloh? Kalau betul berani, bagi nama.. Biar aku jumpa, pastu kita boleh borak.. Tanya apa yang kau nak tanya.. Kita 'clear'kan keadaan.. Jangan nak serang tak pakai otak, tak baca pakai hati.. 
  6. Emel aku betheredz@yahoo.com.my, boleh emel kalau segan nak jumpa atau segan nak tulis nama..
  7. Sila baca http://betheredz.blogspot.com/p/amaran-keras.html dan fahami..

8 comments:

fakhrullah said...

"Tetapi, kelebihannya, pengawas zaman aku tidak mempunyai permusuhan dengan pelajar... Haha..."

smoge deme bahagie....dgn kite..wuhu..

padelkopak said...

ooo, lu bekas pengawas eh??kira sugab la...

*apa cerita bai epl?*

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. woit. lucu cerita kamu. saya juga pengawas. tujuan utama utk memancing junior perempuan sahaja. kahkahkah

sultan said...

aku slalu baik ngan pengawas time skolah dl. byk faedahnye. nnt kalo aku wat salah diorg x tulis name aku. hihi...

Upin n Torres said...

ak rasa x bet0l ar artikel nie...
tipu jer sumer...
ak pengawas gak...
tp x NERD,LEMBIK n SENGAL pon...

Redzwan Abdullah said...

Scott>>
Haha... Deme bahagia tapi cikgu sengsara

Padel>>
Sugab tue ape?
Citer BPL da takde la bro... Exam dulu

Farid>>
Haha.. Teruk niat yerk.

Sultan>>
Bagus gak tue...
Selamat la kejap.
Dapat pengawas jipang habis la ko...

Upin n Torres>>
Aku tak kate kat semua pengawas...
Aku maksudkan pengawas yang dipilih dari kalangan ahli akdemik macam kat sekolah aku...

Anonymous said...

kalau betul apa yang ditulis tentang SBPI Temerloh..... kami warga SBPI T amat kecewa terhadap insan yang dilahirkan diharapkan berguna malangnya ianya sungguh tidak berguna. Seorang pengawas bukan anjing tetapi pemimpin masa depan. Awak adalah pengkhianat kepada sekolah, guru dan rakan anda yang baik2. Tidak redha dan tidak halal apa yang anda dapat dari SBPI Temerloh...

Redz da Tsar said...

Anon:

Sekurang-kurang aku berani letak nama aku.. Kau pos dengan anonymous, pengecut...

Meh aku nak eksplen.. Kau nak baca entri nie, biar baca dengan hati.. Jangan baca dengan mulut semata-mata... Dan apa hak kau kata aku tidak berguna? Sesungguhnya kritikan aku benar pada masa itu..

Konteks 'anjing', sila baca elok-elok..Apakah itu statement aku, atau statement umum pelajar? Jangan nak main tibai.. Kalau kau tegur elok-elok aku tak kesah, tapi kau tegur cara kurang ajar..

Siap doa.. Heh..