Pages

Saturday, February 28, 2009

Kenyataan Blog dari Encik da Tsar

Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahim


Assalamualaikum W.B.T


Saya dengan ini sebagai wakil kepada Encik Redz da Tsar ingin mengeluarkan satu kenyataan blog tentang perihal perjalanan Encik da Tsar yang akan datang.


Untuk pengetahuan semua orang dan pembaca yang berkenaan, bahawa Encik da Tsar akan bertolak ke India dengan menggunakan kapal terbang MAS dan dijangka berlepas pada jam 9.55pm di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 Mac ini. Encik da Tsar dijangka akan berada di KLIA sebelum jam 6pm untuk urusan semak masuk.


Sebarang urusan terakhir dengan Encik da Tsar hendaklah diselesaikan sebelum 6 Mac ini untuk memudahkan segala urusan.


Dengan kenyataan blog ini juga, Encik da Tsar dengan segala hormatnya memohon maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang hidupnya kepada sesiapa yang mengenali beliau. ENcik da Tsar juga menyatakan bahawa beliau sangat-sangat kesal jika ada antara rakan yang beliau kenali telah dilukakan oleh beliau.


Di samping itu, Encik da Tsar juga dalam kesempatan ini ingin menyatakan bahawa betapa beliau sangat berat hati untuk meninggalkan tanah air yang dicintainya ini sungguhpun beliau pergi atas dasar menuntut ilmu. Bak kata pepatah moden, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, jadi pergilah ke negeri orang kemudian bawalah emas mereka ke negeri sendiri.


Encik da Tsar juga menyatakan betapa beliau bakal merindui keluarganya, serta rakan-rakan yang sentiasa bersamanya ketika di Malaysia sebagai contoh Encik Firmad, Encik Amin, Encik Hakim, Encik Zul, Encik Sazzul, Encik Fizul, Encik Ahmad, Encik Zimi, Encik Nanan, Encik Scott, Encik Azli, Encik Qudus, Encik Epul, Cik Farah, Cik Eyra, Cik Ain dan semua rakan lain yang tidak tersebut namanya di sini sebab ramai sangat. Nanti bosan pula.


Kepada rakan-rakan beliau, Encik da Tsar juga mengucapkan selamat maju jaya dan sentiasa berfikiran positif. Beliau juga mengharapkan doa rakan-rakan beliau untuk mengelakkan Encik da Tsar terlibat dalam Air Crash Investigation (Ch.553 Astro). Di samping itu, beliau menegaskan bahawa, beliau sangat berharap kepada sesiapa yang beliau berhutang, sila tampil memberitahu jumlahnya beserta bukti (hehehe) untuk diselesaikan.


Encik da Tsar dengan rasa kesal mungkin tidak akan menulis blog selepas beliau tiba di India sehingga masa yang akan diberitahu kelak. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tetapi, selagi beliau berada di Malaysia, beliau akan sentiasa menulis. Entri yang akan datang, Encik da Tsar akan menulis tentang perjalanan beliau bertemu dengan pemimpin kerajaan di Putrajaya pada 26 Mac yang lepas.


Saya akhiri kenyataan blog ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca.


Yang mungkin benar,


Redz Wan

Setiausaha sulit da Tsar

Tuesday, February 24, 2009

Al-Fatihah

Salam Alaik...

Esok aku akan ke KL

Doakan keselamatan aku yerk...

Mudah-mudahan aku dapat pulang menulis blog...

Off topic:

Reminder...

Inter Milan vs United

I fancy this game will end as a draw and bored... Hahaha

Sekadar Memuaskan Hati Rakan-rakan yang baik hati!!!

Salam Alaik…

Sekadar Memuaskan Hati Rakan-rakan yang baik hati!!! Jadi aku buat je la menatang nie…

RULES:1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.2. For each question, press the next button to get your answer.3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.4. Tag 10 friends5. Everyone tagged has to do the same thing.6. Have Fun!IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?Seribu Tahun - Imran Ajmain
Maybe
HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?She will be loved – Maroon Five
Unpredictable
WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?hujan – Adibah Noor
Her understanding about my life
HOW DO YOU FEEL TODAY?Ikhlas tapi Jauh – VE
Hurm, ok, maybe
WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?Bunyi Gitar – P.Ramlee
To be the servant of The AlmightyWHAT'S YOUR MOTTO?Numb – LP
Hidup Mesti Terus
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?Glory-glory Man United – Man United Fanz
Don’t know, ask them la…WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?Mahakarya Cinta – Faizal Tahir
Ask my parents la…
WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?Aku tanpa cintamu – Mirwana and Jay Jay
About my future
WHAT IS 2 + 2?Diari Seorang Lelaki – Pretty Ugly
Don’t get the meaning
WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?Symphony No.9 – Ludwig van Beethoven
Great and understand me wellWHAT IS YOUR LIFE STORY?Pagi Yang Gelap – Hujan
Too much to story
WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?Teman Sejati – Brothers
A Prime Minister of Malaya, since Malaya is not exist right now, the dream is over
WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?Jujur – Radja
Hahaha… Of course I think positive
WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?Takkan Melupakanmu – Radja
Nope, I don’t think I will dance
WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?Lion Sleep Tonight
Talqin, kot…
WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?I’m Yours – Jason Mraz
GodWHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?Masihkah kau ingat – kopratasa
If I tell you all, I don’t think it’s a secret anymore
WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?I will never love you – Soko
Sleep
WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIEND?Bila Aku Sudah Tiada – Hujan
They’re nice and I don’t think I can live in this world without themWHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?Lonely – Akon
Be alone
HOW WILL YOU DIE?Realiti Insan – Santeekee
Only God know how

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?Party Like This – VE
Disobey what my God ordered me to do
WHAT MAKES YOU LAUGH?American Idiot – Greenday
Just For Laugh and UK Gags
WHAT MAKES YOU CRY?Bila Terasa Rindu – Dafi
Be alone
WILL YOU EVER GET MARRIED?Man ana – Brothers
I hope so
WHAT SCARES YOU THE MOST?Awan Mendung – malique Ft. M.Nasir
When God don’t bless me
DOES ANYONE LIKE U?What Time Is It? – HSM
Perhaps
IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?Makwe Koi – Putra Pyan
My way of Study
WHAT HURTS RIGHT NOW?Generasiku – OAG
Nope, I mean nothingWHAT WILL YOU POST THIS AS?
Aku Statik – OAG
Don’t get the right meaning

TAG THIS TO:
Menghilir di Sungai Pahang - Roslan Madun
No one… I know ‘layan’ tag nie buat penat jer…

Saturday, February 21, 2009

Ini Gila Punya Kerja

Salam Alaik…

Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan Tuan Hakim dalam menentukan siapa benar dan siapa yang salah… Semuanya tertakluk kepada mahkamah di dalam negara yang asasnya ialah perlembagaan…

Dalam hal berkenaan mahkamah kini, banyak perkara dan isu yang berlaku… Antaranya ialah kes-kes berkaitan dengan saman… Haha… Mula-mula, kes saman oleh En.Karpal Singh kepada Sultan Perak dan ‘Kerajaan baru’ (atau kerajaan kedua) Perak… Belumpun selesai isu tu, ada pulak makhluk menyaman Karpal Singh sebab dia menghina institusi beraja di Malaysia… Haha…

Tak habis lagi… Baru ni jugak, En.Khir Toyo pulak disaman malu oleh Khalid Ibrahim sebab memfitnah MB Selangor itu dalam kes penyelewengan... Haha… Sebelum ni, Anwar menyaman lagi KPN dan Ghani Patail sebab menyembunyikan fakta semasa perbicaraan kes ex-KPN yang menumbuk Anwar… haha…

Saman-menyaman je kerjanya…

Tapi tak pelik ke, kenapa Najib tak saman Anwar sebab memfitnah dia ada hubungan dengan kes pembunuhan Altantuya? Kenapa Najib tak saman Anwar sebab melempar banyak tuduhan kepadanya… Dah la menuduh, tidak berbukti kukuh pulak… Sekadar teori je… Kenapa tak saman je Anwar tue? Mungkin, diulangi, mungkin, sekali lagi aku ulang, mungkin, Najib bertindak macho dan cool dan menganggap tak patut melayan kerenah Anwar… Ataupun, mungkin, aku ulang, mungkin, sekali lagi, mungkin Najib taknak bawak kes ni ke mahkamah sebab ada perkara yang perlu dilindunginya… haha… Ini semua teori semata-mata dan aku takda bukti kukuh untuk menyokong kedua-dua teori tadi (ada can aku kena saman malu pulak pasni)…

Cukup pasal kes saman…

Ini pasal kes SPRM pulak… Dengar berita tadi, MB Selangor sudah disiasat berkaitan isu penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan duit negeri dan sudah ada bukti yang cukup untuk mendakwanya… haha… Tindakan yang bagus untuk SPRM… Bila dah dakwa kat mahkamah nanti, jangan pulak ada unsur-unsur bias… Telus dan adil la sikit… Hehe… SPRM jugak ada menyatakan bahawa sisatan tentang sogokan lompat-melompat ADUN Kedah masih berjalan… Maka, tak senang duduk la En.Mahadzir Khalid…

Biarkan SPRM jalankan siasatan… Jangan nak menyibuk… Diorang dibayar gaji oleh Kerajaan MALAYSIA untuk melaksanakan amanah… Jadi, jangan duk fikir fasal kerja mereka… Kalau betul kerja mereka, Tuhan dah janjikan kebaikan, jika sebaliknya, itu hak Tuhan nak bagi apa-apa kat mereka… Yang penting tunggu dan lihat sahaja…

Aku ada hal plak… Daa~

Friday, February 20, 2009

Perang Aku dan Geng dengan Anjing Taman Koperasi

Salam Alaik…

p/s: Sempena dengan usaha memartabatkan bahasa Melayu, aku dengan ini mengisytiharkan entri aku kali ini akan cuba menggunakan bahasa Melayu yang betul… Jika ada salah dalam unsur bahasa, sila maafkan aku… Kisah ini ialah kisah benar yang diedit sedikit untuk memudahkan penceritaan…

Suatu petang yang indah dan permai… Burung berkicau dengan riang berterbangan di langit mendung… Aku melepak bersama kawan aku, Ahmad dan Zimi, sekadar menghabiskan waktu petang yang sangat cantik itu di hadapan rumah kami…

Ketika itu, Ahmad ada membawa motor Krissnya keluar dan diparkir berhadapan dengan tempat kami melepak... Aku kata kepada Ahmad, ‘apa kata kalau kau bawak motor pastu aku naik kat belakang masa motor tue tengah bergerak’... Zimi pula masuk ke rumahnya untuk minum air sebentar... Ahmad tanpa bercakap sepatah pun menghidupkan enjin motor dan terus membawanya... Aku tanpa berlengah-lengah berlari cuba memanjat motor itu dan tidak berjaya...

Dari jauh, seekor anjing jantan berwarna hitam bertompok putih memerhati kami dengan tajam... Aku dan Ahmad tidak langsung kisahkan anjing itu... Tiba-tiba, anjing itu nampak sangat teruja dengan kami lantas berlari menuju ke arah kami... Aku yang kaget cuba memanjat motor Ahmad yang sedang bergerak, namun gagal... Ahmad terus memecut motornya itu meninggalkan aku dan anjing yang hanya kira-kira 10 meter lagi menghampiri aku…

Aku teringat petua, kalau anjing mengejar, jangan lari… Lalu aku diamkan diri… Anjing yang pada mulanya nampak macam nak makan aku itu terus berlari melintasi aku dan mengejar Ahmad… Aku lega sebentar… Anjing itu memberhentikan lariannya setelah melihat keupayaan motor Kriss Ahmad yang tak tercapai dek kelajuan anjing itu lalu anjing itu bergerak ke tempat yang lain…

Selang beberapa ketika, Ahmad kembali ke tempat lepak kami… Zimi juga sudah selesai minum air… Kami berkumpul untuk membuat mesyuarat tergempar… Dalam mesyuarat itu, dua resolusi telah dipersetujui antara kami iaitu: mengutuk tindakan anjing itu; dan membunuh anjing itu dengan cara yang agak kejam...

Maka, aku, Ahmad dan Zimi menyediakan senjata berupa sebilah parang dan beberapa kayu beluti... Anjing yang mengejar kami itu telah muncul kembali kira-kira 20 meter dari tempat kami berdiri... Anjing itu kini membawa rakannya 2 ekor, seekor betina dan seekor jantan... Ketiga ekor anjing itu memrhati kami dan membuat langkah perlahan menuju ke arah kami...

Ahmad yang belajar Silat Gayung menyediakan kekudanya, aku yang hanya belajar RMA sekadar berdiri tegak memerhati dan Zimi pula bercangkung ala-ala kongsi gelap menunggu mangsa... Anjing itu memang tidak langsung cuak menghampiri kami yang bersenjata itu... Lagi 5 meter jarak anjing itu dengan kami, kami masih keras kaku berdiri menanti...

Apabila berhadapan dengan anjing itu, aku menyuakan parang ke muka anjing itu... Anjing itu nampak tenang sahaja... ‘Huh, anjing jadian ke apa ini?’ Langsung tidak gentar berhadapan dengan parang... Zimi dan Ahmad masih menunggu serangan yang sepatutnya dimulakan daripada aku... Aku malas nak menyerang jika anjing itu tak menyerang dahulu...

Tiba-tiba, anjing itu cuba lari dari kami... Ahmad pantas menghentak kayu beluti ke arah anjing itu... Anjing itu tergamam dan cuba berpatah balik, aku dengan pantas menghayun parang tetapi gagal menepati sasaran... Aku sangat marah... Zimi bertindak menghentam kepala anjing betina dan anjing itu menggelupur selama sesaat sebelum bangun...

Aku nampak anjing-anjing itu bergelut untuk melarikan diri sehinggakan mereka berlaga sesama sendiri... Detik itu tidak aku lepaskan... Aku terus menghayun parang berkilat yang ayahku selalu bawa ke kebun dengan pantas ke atas kepala anjing yang mengejar kami mula-mula tadi... Ayunan aku nampak perlahan...

Tetapi, aku nampak darah mula membuak-buak perlahan dari kepala anjing itu... Aku agak puas hati... Ahmad dan Zimi nampak sangat tenang.... Aku memikirkan di mana aku hendak membuang bangkai anjing ini... 2 ekor anjing yang menemani anjing hitam tadi hanya terbaring lemah di sebelah taikonya...

Dari jauh, aku ternampak 3 orang yang aku suspek tuan kepada anjing-anjing ini menuju ke arah kami... Aku kaget... Aku melakukan dosa membunuh haiwan yang tidak berakal (berdosakah aku?)... Aku dan rakan-rakan meninggalkan tempat kejadian dengan pantas dengan harapan tuan anjing itu tidak perasan muka kami...

Sedang aku menjauhi kawasan kejadian, aku terasa ada sesuatu bergegar kat kepala aku... Aku menjadi pelik... Lalu aku bangun tidur dan menyeluk tangan aku di bawah bantal dan mengambil telefon bimbitku yang bergetar lantas bermonolog, ‘huh, dah pukul 10am rupanya... Jap lagi nak solat Jumaat pulak’...

Hehe... Moralnya, jangan tidur lepas Subuh...

Tuesday, February 17, 2009

Isu Perkauman Sempit? Ye ke?

Salam Alaik…

Amaran: Terdapat beberapa isu di dalam entri ini berasaskan pendapat aku yang masih mentah… Jikalau ada yang membangkang, silalah bangkang… Aku tak kesah… mana-mana isu yang aku komen berasaskan pendapat aku hendaklah difikirkan dalam-dalam sebelum diterima untuk menjadi pendapat korang… Sila baca terma dan peraturan am di sebelah ini -->

Maka bertitahlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semalam menyatakan bahawa betapa berdukacitanya baginda apabila ada sesetengah pihak yang memainkan isu perkauman sempit (Buletin Utama, 2009)… Siapakah sesetengah pihak itu? Adakah sesetengah phak itu berada di pihak yang berlambangkan bola golf, roket ataupun mata? Atau berada di pihak keris, bintang dsb? Siapakah mereka yang sering memainkan isu perkauman sempt itu? Lihat sahajalah selepas kes Perak dulu… Di kaca televisyen penuh berita tentang isu perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak itu…

Hehe… Saje aku tulis perenggan kat atas nie sebagai satu persoalan yang patut korang semua fikir… Aku malas nak tulis pihak mane… Nanti aku dituduh pro- kepada sesetengah pihak yang lain… Jadi, aku tingalkan sahaja persoalan itu untuk korang sama-sama fikirkan…

Sebut pasal titah perintah baginda SPB Agong, baginda juga ada menegur ahli-ahli Yang Berhormat agar menjaga perilaku mereka supaya Dewan Rakyat dan Malaysia tidak malu apabila perangai sesetengah dari mereka persis budak kecik Tadika yang bergaduh sesame mereka (RTM, 2008)… Jikalau mereka masih tidak berubah, maka gelaran Yang Berhormat itu perlulah ditarik balik kerana orang dewasa (tua) yang berperangai mengalahkan budak kecik tidak patut dihormati… Mereka sepatutnya diberi gelaran Yang Budak… Hahaha…

Seri Paduka Baginda juga ada bertitah bahawa segala maklumat atau berita yang wujud di dalam media massa ataupun blog perlulah dikaji dahulu supaya rakyat tidak diracun oleh berita palsu… Yup… Benar sungguh titah baginda itu… Tak dapat aku sangkal dakwaannya itu… Rakyat perlu sangat menilai segala berita atau post dalam blog agar tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba meracuni fikiran rakyat untuk kepentingan sesetengah pihak… Huhu… Aku malas nak komen apa-apa… Pandailah korang fikirkan ape yang aku tulis nie…

Baginda jugak sempat berpesan kepada media dan blogger agar sentiasa beretika dalam menulis atau menampaikan berita… Aku sering mendengar cakap-cakap orang yang menyatakan bahawa media berarus perdana selalu menipu dan pro-kerajaan… Hei, tolonglah… Media berarus perdana tak pernah tipu kita… Mereka menyampaikan berita yang tepat, benar, dan terkini… Mereka tak pernah menipu… Mereka menyampaikan yang benar walaupun sesetengah kata-kata orang (ahli politik dsb) dipotong (tak diambil sepenuhnya)… Mereka sengaja menimbulkan polemik dan kontroversi berasaskan fakta yang mereka dapat… Cuma sekarang terpulang kepada yang mendengar untuk menilai sama ada betul atau salah… Hurm, jap… Menimbulkan kontoversi dan polemik tue dikira beretika ke? Haha… Yang penting, pembaca dan pendengar pandai menilai… Aku dalam menulis blog nie, aku cuba menjadi lebih beretika… Kalau ada entri aku yang tak beretika, silalah tegur… Aku taknak derhaka kepada istitusi raja Melayu dengan mengingkari pesan Agong… Banyak pulak laporan polis kat aku nanti… Tapi, aku tetap akan cuba untuk beretika disamping menyampaikan maklumat yang benar dan bernas…

Titah dijunjung Tuanku…

Sebut juga pasal penderhakaan kepada raja dan Sultan, Tengku Razaleigh Hamzah ada melemparkan persoalan ‘siapakah yang sebenarnya menderhaka?’… Adakah tindakan dato’ Seri Nizar? Atau tindakan Karpal? Atau manusia yang mengubah perlembagaan pada tahun 1993? Untuk pandangan Ku Li, sila baca dalam Razaleigh.com (kalau tak silap aku)… Perenggan ini berasaskan apa yang aku dengar dalam astro Awani (Atma Asia, 2009)… Aku malas nak komen…

Ok, dah cukuplah sebut pasal hal kerajaan dan politikus…

Semalam aku pergi ke Bandar Tun Razak Jengka (ingat KL je ke ada bandar Tun Razak?)… Aku ingin bertemu dengan sahabat handai aku di sana memandangkan aku mungkin akan tidak bertemu mereka selama 2.5 tahun akan datang… Maka, setibanya aku di sana, aku berhajat bertemu dengan En.Nadz, En.Epul dan En.Qudus… Tetapi sayang sekali En.Epul mempunyai agenda di Lembah Kelang… Jadi, berjumpa dengan En.Nadz dan En.Qudus sudah memadai…

Tidak banyak dibualkan bersama mereka memandangkan aku mempunyai masa lapang yang terhad... Sekadar berbual tentang keseronokan dunia dan kehe(ha)batan politik... Tapi, walau berjumpa hanya untuk 1.5jam, sudah memadai untuk aku... Kini, misi untuk bertemu Mursyed, Nasha, Hakim dan Zul je belum menjadi kenyataan... Mursyed payah nak jumpe, Nasha dah kerek dengan aku, jadi payah la nak jumpe diorang... Hakim dan Zul boleh ku temu ketika perjalanan aku ke KL nanti... Tunggu tau!!!

Hurm... Dah lama tak cerita pasal bola... Ye la, nak cerita ape? Semua dah tau Man United tengah mendahului liga, Felipe Scholari kena pecat, Liverpool kalah piala FA, Chelsea jatuh no.4, Arsenal ntah ke mana... Semua orang tau tu, kan? Ye la, bukan setakat tue, semua orang tau Man United menang 4-1 dengan Derby walaupun takde seorang striker pon yang main mula-mula... Haha… Lagi satu, takkan korang tak tau Man United pecahkan rekod British untuk perlawanan Liga tanpa bolos selama 13 perlawanan… Semua orang tau yang United tak bolos-bolos sejak Samir Nasri buat gol dulu… haha…

Semua orang tau, kan?

Baru-baru nie aku ada berjumpa dengan kawan aku, Lokman Hakim kat tempat jual CD Lanun… Terkejut jugak aku sebab dia sepatutnya berada di Indonesia untuk belajar medic… Rupa-rupanya dia cuti… Berborak la dengan dia sedikit sebanyak an sempat jugak aku beritau dia yang aku mungkin akan belajar di India… Haha… tapi paling penting, dia bagitau yang elaun JPA bagi student India ialah USD700$ sebulan… Aku tak tau la betul atau tak… Tapi memang tinggi la tue, kot… Mana tau aku dapat bawak balik kete sebijik… Haha…

Sebelum aku mengakhiri entri kali ini, aku nak merakamkan berbanyak terima kasih kepada En.Nizam dan Cik Fauzana dari JPA kerana banyak membantu aku dalam urusan pembelajaran aku nie… Di samping itu aku nak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam kerana menaja aku untuk belajar ke luar Negara… Jasa JPA amat saya hargai… Insya Allah jasa JPA akan saya balas dengan berkhidmat kepada kerajaan MALAYSIA selama 10 tahun…

Dah la tue mengarut… Aku blah dulu… Ada hal nak setelkan… Adios…

p/s: Header blog aku dah berubah sket... Tolong komen yerk… Hahaha

Sunday, February 15, 2009

Hasta La Vista My Friends!!!

Salam Alaik…

Amaran Yang Sangat Keras!!!
Entri ini mengandungi cerita yang sangat membosankan… Teruskan membaca jika boring sampai tak tau nak buat ape… Sape-sape yang kesuntukan masa, baca peranggan yang bertulisan kuning… Terima Kasih…

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal trip aku ke KL… Tapi sebelum tue biar aku cerita objektif trip aku ke KL nie… Trip aku ke KL nie sebenarnya serampang dua mata atau dengan kata lain, sambil menyelam, sambil minum air… Objektif pertama ialah menyiapkan Visa aku ke India dan objektif kedua ialah berjumpa rakan-rakan aku yang telah lama aku tak jumpa…

Sebelum aku cerita apa yang berlaku, aku nak cerita perancangan aku yang sebenarnya pada mula-mula sekali… Pada awalnya, setelah aku setel hal visa peringkat pertama, aku akan ke Melaka, berjumpa kawan ketat aku, Sazzul Iqbal, memandangkan hanya dia yang available (tengah cuti) ketika itu…

Kemudian, dalam perjalanan pulang ke Kl dari Melaka, aku bercadang untuk ke Cheras berjumpa Hafizul… Kemudian aku akan teruskan trip aku ke UM untuk berjumpa Firmad…

Akhir sekali, aku akan ke Shah Alam untuk bertemu Zul dan seterusnya melepak bersama Zul sehingga esok…

Dan, setelah hal visa peringkat kedua setel. Aku akan balik ke Pahang dan sebelum balik ke Pahang, aku akan singah di UIAM untuk berjumpa Hakim…

Tapi, di dunia yang nyata, lain pula jadinya…

Aku memulakan perjalanan ke KL jam 6.15am setelah Subuh dan sampai lebih kurang jam 9am di KL... Memang aku bawak kete perlahan hari tue... Pas sampai KL, aku ke High Commission of India untuk urusan berikutnya sebelum aku ke Lebuh Pasar Besar untuk urusan peringkat pertama diselesaikan…

Setelah segala-gala urusan birokrasi selesai, aku terus menghala ke Alor Gajah untuk bertemu Sazzul yang memang dah sangat lama aku tak jumpa...Sampai di sana, aku melepak dengan beliau sehingga jam 3pm sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Lembah Klang... Perjalanan itu, aku ditemani Sazzul yang nak ikut aku... Kat sini aku nak ucap Thankz kepada Sazzul sebab berjaya pukau juruwang di Stesen petronas Simpang Ampat...

Setelah singgah sebentar di Uniten untuk mengambil barang Sazzul, aku teruskan perjalanan ke Cheras dan melepak bersama Pizul di IPIK... Selepas makan malam, aku, sazzul dan pengikut baru Fizul bergerak ke UM untuk berjumpa Firmad... Kira-kira jam 9pm, kitorang berempat dan kawan Firmad, Toce bergerak ke The Castle Jalan Damai untuk menghirup Shisha... Sepatutnya, pas Shisha aku dah kena gerak ke Shah Alam, tapi Firmad sebagai ahli politik menggunakan rancangan sulit untuk menyebabkan aku melepak bersama beliau di UM dan membatalkan hasrat aku ke Shah Alam...
Setelah menshisha, kitorang ke Asia Cafe untuk melayan Firmad dan rakan-rakan bermain pool...Dalam permainan US 9-ball tue, table Pool hanya dipegang oleh Firmad dan Sazzul jer (Aku tak sangka plak Sazzul boleh kalahkan Firmad)... Hahaha... Setelah penat di AC, kami minum di warung berdekatan Taylor’s untuk mengembungkan perut...Kat situ aku jumpa Qasim, memner aku ketika di INTEC dulu...

Setelah kebung perut, dalam jam 2.30am, kami bergerak untuk melayan karaoke di suatu tempat yang aku tak tahu kat mane… habis memecahkan tekak, kitorang bergerak ke Um untuk tido… Fizul dah tido awal... Sebelum aku tido Aku berbual secara slow talk dengan Sazzul sebelum Firmad dan aku menggunakan Black Magic untuk mengoyakkan hati dan jiwa Sazzul… Hahahaha….

Kitorang confirm bangun tido lambat… Kitorang bangun lebih kurang jam 11am dan terus makan tngah hari… Sazzul yang sedang koyak taknak makan… Huhu… Pas makan, Fizul pulak dikoyakkan oleh Firmad… Maka, ramailah koyak hari tue… Hahaha… Selesai solat Jumaat, aku bercadang untuk ke Shah Alam, tetapi dek kerana kesuntukan masa, memikirkan betapa sesak KL (untuk selesaikan visa peringkat ke 2), aku terpaksa membatalkan hasrat itu…

Selesai hal visa, aku menghantar Fizul ke Cheras dan Sazzul ke KL Sentral… Jadi, aku dan Firmad terus bergerak balik ke Jerantut… Melayan kesesakan KL selama sejam dan akhirnya kami keluar dari KL pada jam 7pm… Hasrat untuk ke UIAM terpaksa dibatalkan…Kami terus meluncur di highway… Dalam jam 8.40pm, aku dan Firmad stop kejap kat SBPI Temerloh untuk solat… Kami meneruskan perjalanan pulang sehingga ke Jerantut...

That’s all...

Sape yang bace semua patah kata dalam entri aku nie memang tak pernah tau erti bosan... haha... Anyway, aku nak mintak maaf sangat-sangat kepada Hakim dan Zul sebab gagal untuk mematuhi program aku yang sebenarnya dek kerana kesuntukan masa dan plan yang lari... Maaf yerk...

Kepada member-member aku yang teman aku, terima kasih atas kerjasama korang.... Pasni payah dah nak jumpa korang… Serius aku cakap nie… Haha… Kepada yang koyak, jangan koyak-koyak dah (makan cili terasa pedas)… teruskan hidup anda…
Aku dah nak chaw nie… Aku nak buat kerja sket…

Adios….

Friday, February 13, 2009

The 020six Era

Salam Alaik...

Live from UM, Bangsar...

Aku sekarang kat Bangsar melepak kat umah member aku yang bernama En.Firmad... Aku dah ada di KL sejak semalam dan melepak bersama En.Ijoi, En.Sazzul dan En.Zul... Sangat penat akibat daripada keenjoyan yang melampaui batas kemanusiaan (tapi tak melebihi batas agama la)... Aku duk melepak dengan diorang nie pon sebab alang-alang aku ada urusan kat KL, jadi boleh ar jumpe diorang sekali... Lagi satu sebab, aku dah nak berangkat, jadi kena la jumpa member-member ketat dulu... Hahah...

Kisah penuh trip aku hari nie aku akan post esok atau lusa... malas nak tulis, sengal tulang belakang nie... Hahaha

Monday, February 9, 2009

Bon Voyage

Salam Alaik...

Kali ini aku taknak sentuh isu yang menjengkelkan dalam politik... Biarkan mereka menyelesaikan hal mereka sendiri... Aku baru-baru nie mendapat mesej dari member-member aku yang menyatakan bahawa pendapat aku dalam isu Perak sangat pedas dan bias... Bias ke? Cube bace betul-betul dan fahamkan segala apa yang aku tulis... Pastu fikirlah sendiri... Yang bagi komen terima kasih... Amaran sekali lagi, aku tidak menyebelahi mana-mana parti politik... Lagipun aku sayang biasiswa aku... hahaha....

Selamat Berjuang sahabatku...

Pagi tadi aku dapat mesej dari member aku, John dan Aidi yang telah berangkat meninggalkan Malaysia ke Australia untuk menuntut ilmu... Aku cuma mendoakan agar mereka aman dan makmur di sana dan dapat belajar dengan fokus dan baik-baik... Peluang belajar kat sana bukan senang nak dapat... Bon Voyage aku ucapkan...

Kepada sahabatku di Russia, belajarlah dengan baik sekali... Aku rindu kat ko sebenarnye... lame tak berborak... Mungkin kita hanya berkongsi kegembiraan apabila Man United berjaya... betul tak? haha... Esok aku ke KL, ada hal sikit nak diuruskan... Mungkin dapat jumpa Mr.Iqbal, Mr.Ijoi danMr. Hakim... Itu pon kalau ada masa dan peluang...

Aku dijangka fly 12 Mac nie, kot... Aku tak confirm lagi... Cuma doakan aku berjaya di bumi orang...

Friday, February 6, 2009

Hidup Palestin!!! Hancur Israel!!! takbir!!!!!!!!

Salam Alaik...

Situasi politikus di Perak kini menjadi krisis perlembagaan... Pelbagai kejadian dan insiden yang tidak ingin dan ingin kita lihat berlaku di Perak... Aku sebagai seorang rakyat Pahang juga tertarik dengan segala perkembangan yang berlaku di Perak, kerana Perak itu berjiran dengan Pahang...

Aku baru je lepas melihat segala situasi yang berlaku di Perak yang ditayang di dalam Buletin Utama TV3 tadi... Kalau lihat dan dengar segala apa yang dicanangkan TV3 itu, jelas sekali Perak di ambang darurat... Mana tidaknya, TV3 menyatakan bahawa demonstrator bersenjatakan kayu dan batu melakukan tunjuk perasaan semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru... Di samping itu, TV3 juga menyatakan bahawa demonstrator menghalang kenderaan rasmi Raja Muda Perak dan menghina Paduka Seri Sultan Perak...

Tidak cukup dengan itu, Karpal Singh dan konco-konconya bakal memfailkan saman dengan menamakan Sultan Perak sebagai defendan pertama dan Kerajaan baru Perak sebagai defendan kedua dalam usaha untuk menidaksahkan kerajaan Perak yang baru itu... Hurm... kacau-kacau...

Hal ini semua berpunca daripada tindakan 3 orang Rana sp. yang menjadi ADUN Bebas dan menunjukkan taat dan setia kepada BN... Disebabkan spesies inilah, Paduka Seri Sultan Perak perlu membuat keputusan yang amat rumit...

Eh, berlebih pulak aku...

Aku duk Pahang la... Pahang darul Makmur yang kerajaannya masih utuh dan stabil... Dan Sultannya yang mesra rakyat... bila aku duk Pahang jadi tidak adillah bagi aku untuk mencarut pasal hal yang berlaku di Perak... Aku bukan makhluk yang mengetahui situasi sebenar di Perak... Yang tahu hanya Tuhan iaitu Allah, Raja Segala raja...

Cuma aku harap konflik politik dan perlembagaan di Perak dapat disetelkan dengan aman dan makmur... gunalah suara Sultan berperlembagaan dan lupakan dengan kehendak dan pilihan rakyat... raja lebih berkuasa, kan? Woups, salah... Aku kena bukak balik perlembagaan Malaysia nie...

Mari kita semua berdoa kepada kemakmuran dunia, mari doakan kemenengan kepada yang Haq dan kemenangan kepada rakyat Palestin yang berjuang demi tanah air mereka...

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.. Lu pikir la sendri!!!!

Thursday, February 5, 2009

Rana sp.: Spesis yang sering ditemui kini...

Salam Alaik...

Maka, menjelang pagi tadi aku melompat-lompat gembira apabila aku membaca mesej dalam henpon Nokia aku yang dikirim oleh 26633... Mesej itu menyatakan bahawa Everton berjaya menyumbat 1 gol di minit ke-118 semasa menentang Liverpool lantas menyebabkan Liverpool tersungkur dari saingan Piala FA... Penyokong Everton pula pastinya terlompat-lompat gembira... Kasihan Liverpool, asyik melompat pas kalahkan Chelsea, akhirnya tersungkur jugak... Hahaha...
Pagi tue, setelah aku melompat-lompat, aku menghantar mesej kepada penyokong tegar Liverpool dan sayangnya, tidak berbalas... haha...Kecewa kot... Sape suh lompat beria sangat pas menang dengan Chelsea...


Mari kita melompat, Malaysia Cergas!!! Yeah!!!


Petang sikit, aku bukak berita... Dengar pulak berita kerajaan PR Perak dah tersungkur... Maka melompat-lompatla kegirangan BN apabila berjaya menubuhkan kerajaan setelah 4 orang wakil rakyat melompat-lompat... Huhu... 2 orang wakil rakyat melompat-lompat selepas 'dibuang' kerajaan PR Perak dan sorang lagi melompat tak diketahui sebabnya... Sorang lagi membuat lompatan paradigma dengan melompat ke hulu dan ke hilir dalam masa 2 minggu...
Bekas MB Mohamad Nizar pulak 2 minggu lepas melompat-lompat gembira pabila ADUN Bota melompat ke PR... Kali ini beliau pulak tersungkur pabila ADUN Bota itu kembali melompat ke BN (UMNO)... hahaha... Pasni sape pulak nak melompat ha? Macam best je bunyi melompat-lompat nie... Dapat keluar peluh gamaknye...
Maka, apabila DUN Perak tak dibubarkan, maka melompatlah sekalian makhluk... Ada melompat gembira, ada melompat kecewa ada jugak yang melompat bangga dan angkuh... Haha... Ape daa... Politikus.... Rakyat pulak asyik dok memandang si pelompat-lompat nie... Agaknya bila la lompat melompat nie nak berenti...
Dulu ada berita besar kononnya ada 30 nak melompat-lompat, tapi sekarang hilang tanpa berita... Taktik kot... Hurm... Lompat melompat nie bagus sebenarnya... Boleh menunjukkan kesetiaan seseorang terhadap partinya... Kalau yang melompat 2 kali tue maknenye memang dia sangat setia la kat parti dia... Maknanya dia da dua kali masuk partinya itu... haha...
Walaupun begitu, nampak jelas kerajaan baru Perak pun tak kukuh... Dengan 2 adun yang ada kaitan rasuah, 1 adun yang pernah belot UMNO, payah la nak kukuh... Bila payah nak kukuh, payah la nak buat enakmen baru... Dalam sidang DUN mesti habis masa dengan bertengkar je... Cube tengok kerajaan Pahang... Aman dan makmur je... Keputusan semua senang je nak buat... Tak payah nak bergaduh...hal balak ke, hal tanah ke, atau hal-hal lain, senang je lulus...

OK... Oleh sebab kerajaan Perak dah bertukar, jom kita tengok ramai-ramai bagaimanakah kerajaan baru nie pulak memerintah... Hurm, Camry baru tue ape cer? nak jual atau nak pakai? Bagi aku je la...Hahaha...

Bagi aku la, antara silap kerajaan Perak ialah membeli Camry baru tue... Sedang ekonomi gawat ada hati nak tambah belanja... Guna je la Proton Waja ke, kos jimat jugak... Takpun guna kereta sendiri... lantak la, buat ape nak kenang kerajaan lepas kan?

Aku malas da nak komen pasal lompat melompat nie... AKu nak melompat dulu la... Nak eksesais...

Lompat si katak lompat,
Lompat la tinggi-tinggi,
Cepat la ADUN cepat,
Kita lompat-lompat lagi...
MEMPERKENALKAN, Rana Sp.

Wednesday, February 4, 2009

Aku, MBBS, Politikus dan Bias

Salam Alaik…

Khabar gembira untuk aku…

Sebenarnya aku baru saje sampai dari Kuala Pilah nie… Pada hari senin yang lepas, aku pergi interview Melaka Manipal Medical College untuk ambik MBBS kat sane… Interview yang sekadar untuk memenuhkan prosedur sebab 30 minit lepas interview tue, aku dapat offer letter dari MMMC terus untuk twinning ke Manipal, India selama 2.5 tahun dan 2.5 tahun yang terakhir di Malaysia… Huh… Lega aku dapat sane… Kirenye impian aku menjadi student MBBS semakin dekat…

Tadi, aku sampai kat umah, En.Posto meningalkan notis untuk mengambil surat di PO Jerantut... Aku pun pergi... Tengok-tengok En.CEO International Medical University Malaysia dah tawarkan aku MBBS 5 tahun kat Bukit Jalil... Huh.... Aku keliru untuk memilih... Sebenarnye saje je nak kate keliru memilih padahal isu pemilihan ni di tangan En.JPA...

Breaking News, aku baru je menerima pangilan dari En.JPA yang aku kena ke India… Huhu… OK la tue… Syukur…

Khabar tak gembira untuk aku…

Yup, aku sangat kecewa bila Chelsea kalah dan Liverpool menang… Bukan sebab ape, aku kesian kat Chelsea… Dah la member baik aku Zul penyokong kuat Chelsea… Sian kat dia… Tak baik Liverpool buat gitu kat Chelsea… Cuba la kongsi satu mata sorang… Bagus gak… Dapat la Man Utd lead BPL 4 mata clear… Sekarang, sebab Liverpool dah menang, Man Utd lead 2 mata je… Ini tak berapa bagus…

Aku terpaksa membatalkan banyak misi aku selepas ini kerana jadual misi bertindih dengan jadual En.JPA… So, nak taknak, misi go out, JPA go in…

Khabar Politikus…
Amaran keras: Kebanyakan perkara di bawah ini ialah dari pendapat saya yang rabun dalam bidang politik…Terpulangla kepada para pembaca bagaimana untuk menafsirkannya… Jikalau salah fakta, sila betulkan saya… Harap maklum…

Negara dikejutkan dengan kontroversi 2 bekas ADUN PKR yang telah bertindak menjadi BEBAS berikutan ‘PKR’ menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada En.Speaker DUN Perak… Haha… Maka, disebabkan isu ini, berperanglah segala macam makhluk dalam PR tentang isu samada 2 ADUN itu masih ADUN atau tidak… Memula, En.Karpal menyatakan bahawa mereka masih ADUN sebab surat letak jawatan tak sah… Pihak kerajaan negeri pulak kate mereka bukan ADUN… Huh? Ape tue?

Aku rase, bagi pendapat aku, SPR menyatakan bahawa ADUN itu masih ADUN untuk membenarkan ADUN itu melompat ke BN (mungkin)… Dan, Kerajaan Perak taknak iktiraf 2 ADUN tue ialah ADUN sebab mereka taknak ADUN tue melompat ke BN dan menambah kerusi BN… Haha… seorang (Bota) melompat ke dalam PR, seorang (Behrang) keluar PR… seorang (Changkat Jering) lagi masih menyepi… Hurm…

Bila kes mungkin lompat nie berlaku, macam-macam reaksi… En.BN seronok dan En.PKR buat derk (sesetengah bengang)…. Mungkin la PKR buat derk sebab 2 orang ADUN tue ada kaitan dengan kes rasuah dulu tue (Perumahan Sri Iskandar)…

Sebut pasal rasuh, timbul pulak isu Najib dikhabarkan memberi RM50 juta kepada En.Nizam untuk mencari 2 orang ADUN PR untuk melompat… Hallamak… Betul ke? Aku taknak komen… Harap SPRM buat siasatan, agar kita mengetahui yang sebenarnya… Adakah Najib bersih, atau bersalah…

Tentang kes salah guna kuasa En.Khalid tentang lembu korban beliau, maka ada pihak berbunyi yang mendesak En.Khalid menggantung jawatan MB beliau sementara sisatan sedang dijalankan… Wajarkah? Sedangkan beliau masih tidak bersalah…

Kalaulah wajar (bagi mngelakkan campur tangan beliau ke atas kes tersebut), En.Najib jugak perlu menggantung jawatan sementara jika kes 50 juta beliau sedang disiasat… Begitu jugak dengan kes ADUN 2 orang tue dan kes En.Musa Hassan dulu…

Huh… Tolong jangan kata aku bias dalam komen aku nie… Sebarang bantahan atau tuduhan yang mengatakan aku bias, sila tinggalkan di ruang komen…

Saya nak berenti nie...