Pages

Thursday, March 19, 2009

Hidupku Agak Aman Di Sini

Salam Alaik...

Setelah kira-kira 12 hari di India, aku rasa seperti 12 minggu... rindu aku kepada keluarga dan rakan-rakan sangat menebal... haha... Selamatlah ada rakan-rakan baru aku kat sini, budak KTT dan Taylors dan Zaid, yang menjadikan perasaan aku 12 minggu menjadi 6 minggu...

haha...

nanti la aku tulis panjang-panjang.... nanti aku bagi dengan gambar sekali...

Sekarang aku nak rest...

internet takde lagi sebenarnya...

nanti aku dah apply akuu rajin la balik tulis blog...

Apa-apapun man united tetap di hati....

Saturday, March 7, 2009

Aku dah sampai...

Salam Alaik...

Aku dah tiba...

Kul 2am waktu Malaysia, 1130pm waktu Bangalore...

Sekarang aku kat ho(s)tel kat sini... Agak bagus, 3.75 bintang kot...

Ok, nak rest... Sebelum tue, just for info, aku secara tak sengaja terjumpa wi-fi kat sini... Haha...

Sehingga bertemu kembali...

Friday, March 6, 2009

Salam Kemaafan

Salam Alaik...

Mohon berangkat...

Doakan keselamatan aku...

Doakan kejayaan aku...

Hidup mesti terus...

Wednesday, March 4, 2009

Declassified: 4 Rahsia Aku Untuk Dipecahkan

Salam Alaik…

Aku ada masa lagi lebih kurang 49 jam lagi kat bumi Malaysia… Apa yang aku nak dedahkan kat sini merupakan satu perkara yang sangat rahsia… Tetapi, setelah didedahkan di dalam blog aku ini, perkara ini tidak lagi rahsia besar…

Rahsia #01
Sebenarnya, semasa sebelum SPM, iaitu pada tahun 2006, tak silap aku awal tahun kot, aku terasa amat sangat teringin nak belajar medic kat Russia… Semasa temuduga JPA, aku menjawab aku ingin ke Russia… Setelah aku mendapat keputusan aku ke Australia, aku agak kecewa dalam gembira… Pastu baru aku tau yang JPA tak pernah hantar student ke Russia…hahaha

Rahsia #02
Sebenarnya, antara 3 subjek sains yang aku ambik semasa SPM, iaitu Biologi, Fizik dan Kimia, yang aku paling suka sekali ialah Fizik… Biologi aku tak berapa minat sangat… Kalau nak banding mengikut peratus, secara kasarnya, aku minat Fizik: 40%; Kimia: 35%; dan Biologi: 25%... Yang menjadi ironinya, aku akan belajar subjek-subjek berasaskan Biologi untuk 5 tahun yang akan datang… hahaha…

Rahsia #03
Sebenarnya, ini bukanlah rahsia sebab aku dah beritahu member aku banyak kali tentang nie… tapi diorang taknak percaya… Aku tak kisah la kan… Yang penting aku dah beritahu dulu… Tentang apa? Member-member aku sila fikir sendiri apa yang pernah aku beritahu korang… Haha

Rahsia #04
Ini rahsia paling besar aku… Dalam dunia nie, selain famili aku, hanya 5 orang je kawan aku yang tahu tentang nie… haha… Nama mereka aku tak boleh sebut atas sbab-sebab keselamatan… Nak tau ape rahsianya?
Biarlah rahsia… Belum masanya untuk aku beritahu…

Secara automatik, Rahsia #01 dan #02 tidak lagi menjadi rahsia… haha… #03 dan #04 tue, biarlah menjadi misteri... Haha...

Tuesday, March 3, 2009

Malam Selasa Yang Terakhir..

Salam Alaik…

P/s: Aku tulis entri nie pada jam 2300, hari semalam, 2 Mac 2009...

Malam nie, merupakan malam Selasa aku yang terakhir di rumah sebelum aku mungkin berangkat dan mungkin tiba di Manipal... Sekarang, aku berada di atas atap, berseorangan sebab aku sengaja idak mahu keluar dengan kawan aku... Bukannya apa, aku sengaja nak merasa kesejukan malam bersendirian seperti yang pernah aku rasa 3, 5 atau 7 tahun yang lalu... Terasa indah malam ini...

Sepanjang 7 tahun aku berada di atas atap (sebenarnya aku dah lepak atas atap sejak aku umur 8 tahun, maknanya dah 12 tahun), tujuan aku sentiasa berubah-ubah...

Suatu masa dahulu, semasa aku mula-mula di atas atap, aku di sini sekadar untuk bermain, melayan jiwa budak-budak... Aku dan rakan-rakan bermain layang-layang, melepak, main mercun, meriam tin dan sebagainya di atas atap nie…

Kemudian, bila aku dah meningkat remaja, aku melepak atas nie semata-mata untuk mengisi waktu malam yang bosan... Sekadar berada di atas nie melayan bintang dan malam yang indah sambil merokok (biasa la, tak dapat lesen lagi)...

Bila aku habis SPM, aku menggunakan masa di atas atap untuk bermuhasabah diri, mencari ketenangan jiwa yang kosong... Ketika itu, aku selalu memikirkan kebesaran Allah dan mula menyedari tujuan sebenar aku hidup di dunia ini...

Semasa aku di INTEC, kesempatan untuk balik sekali-sekala merubah tujuan aku... Aku berada di atas atap untuk memikirkan siapakah aku dalam 5, 10 atau 15 tahun aku yang akan datang... Adakah aku seorang doktor? Pakar? Atau aku sudah berkahwin? Haha...

Kini, setelah aku tamat pengajian di INTEC, aku jarang melepak di atas atap... Kalau melepak, sekadar merokok mencari sejuk dan tenang malam... Aku melepak sekadar memerhati malam yang sepi di Jerantut selama 3 bulan...

Sekarang, apabila tinggal beberapa hari lagi untuk aku blah dari Malaysia, aku duduk atas atap sambil mengenang memori aku selama aku hidup 19 tahun dan 5 bulan... Memori aku ketika di SBP, memori aku ketika aku habis SPM dan memori aku ketika aku berada di rumah bersama rakan-rakan aku...

Aku terkenang, apakah akan aku rindui atap ini selama aku di India?Adakah akan aku mempunyai atap yang sama seperti di rumah aku? Adakah tempat yang lebih senang untuk aku memahami erti malam ciptaan Tuhan selain dari atap ini? Adakah memori aku di atas ini akan aku kenang kelak?

Ini ialah malam Selasa terakhir aku di atas atap, sebelum aku ke India... Jadi, aku hanya punya 4 malam untuk aku hayati kehidupan aku di Malaysia... Yup, hanya 4 malam... Sebelum aku meninggalakan keluarga yang aku sayang, bumi yang banyak berjasa kepada aku, atap yang benyak memberi memori kepada aku, dan rakan-rakan aku yang banyak menggembirakan aku....

Bila dah tinggal 4 hari, aku sering berfikir kenapa aku jarang menggunakan masa, keluarga, rakan dan segala-galanya dengan baik? Kenapa aku sering khayal dalam dunia aku? Haha... Ironi, kan?

Kini aku faham apa yang rakan-rakan aku lalui untuk bergerak meningglakan bumi Malaysia untuk berjuang di luar sana... Aku faham apa maknanya meninggalkan sesuatu yang kita sayang sementara untuk sesuatu yang bakal menjadikan kesayangan kita itu lebih baik... haha... Falsafah ke nie? Apa-apa je la... Aku faham apa yang Scott, Farhana, Amir, Aide dan lain-lain lalui sebelum blah dari Malaya... Mungkin perasaan mereka sama dengan perasaan aku, mungkin la... Mustahil la takde langsung kot...

Kelak, aku di India, mungkin mmbawa memori baru, tetapi jelas sekali memori itu tidak dapat menandingi kesenangan di sini.... Yup, aku rasa begitu... Dan aku berharap, aku tidak akan lupa diri di sana... Aku masih rakyat Malaysia, orang Melayu, dan aku seorang Islam... Semangat kebangsaan aku masih utuh... Aku harap...

Doakan aku...

Monday, March 2, 2009

Analisis: Perbandingan MU 1946 dan Malaysia 2009

Salam Alaik…

Pertama sekali, aku dengan jelas dan nyata memohon maaf kerana aku gagal menulis tentang perjalanan aku ke KL dan Putrajaya seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas…

Dalam entri kali ini, aku nak menulis tentang analisis perbandingan antara MU dan Malaysia… MU yang aku maksudkan di sini ialah Malayan Union, bukannya Manchester United yang sudah melakar kemenangan semalam lantas menambah satu lagi koleksi trofi di dalam lokernya…

Segala fakta tentang MU dan Malaysia aku ambil dari pelbagai sumber seperti Buku Teks Sejarah, Internet, Undang-undang tubuh dan Perlembagaan Malaysia… Tetapi, aku tidak akan secara jelas meletakkan in-text citation atas sebab-sebab masa dan ruang… terima kasih…

MU 1946
"Walaupun Pulau Pinang dan Melaka merupakan sebahagian daripada cadangan Kesatuan Malaya, ia tetap akan menjadi Jajahan British. Singapura juga akan menjadi jajahan yang berasingan. Kesatuan Malaya dan Singapura akan mempunyai Gabenor, Majlis Eksekutif dan Perundangan mereka sendiri. "

Malaysia 2009
Mengikut fasal ini, terdapat satu perbezaan yang besar di mana Penang dan Melaka sudah di bawah persekutuan Malaysia. Singapura, walaupun pernah menyertai Malaysia, tetapi pada sekarang, Singapura berada di bawah pentadbiran mereka sendiri dan tidak di bawah British (sekarang anak angkat Amerika)...

MU 1946
"Di bawah Kesatuan Malaya, Sultan-sultan Melayu akan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing, yang bertanggungjawab ke atas hal-hal keagamaan sahaja. Sultan-sultan Melayu dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang akan memberikan kerajaan British kekuasaan mutlak di negeri mereka. Perlembagaan yang dicadangkan ini merupakan satu perubahan yang menyeluruh dalam dasar kerajaan British. Selama ini, Negeri-negeri Melayu tidak pernah menjadi wilayah British secara mutlak dan hanya merupakan negeri-negeri yang dilindungi British. "

Malaysia 2009
Huhu... Nampaknya, Sultan-sultan Melayu masih sahaja memegang hal ehwal Hak Melayu dan Agama Islam sahaja dan masih terikat kepada Perlembagaan... Malaysia kini masih berada dalam perlindungan British walaupun tidak secara langsung...

MU 1946
"Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang (imigran) yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942."

Malaysia 2009
Prinsip Jus Soli inilah yang ditentang Pekembar, namun, prinsip ini tetap dipakai dalam Malaysia daripada zaman merdeka iaitu 1957 hingga kini... Perbezaan tidak ada langsung.

MU 1946
"Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam."

Malaysia 2009
Yang ini, Hak Keistimewaan masih lagi terjamin setelah diperjuangkan UMNO 1946... tetapi dalam kes penerimaan masuk ke dalam sektor awam, masih ada kesamarataan cuma orang-orang Cina dan India tidak berminat untuk melihatnya.

MU 1946
"Malayan Union dicadangkan dikuatkuasa pada 1 April 1946"

Malaysia 2009
haha... Ini jelas berbeza... Sekarang di malaysia, 1 april dijadikan hari mengenakan kawan-kawan kita sebagai ulangtahun kita diperkenakan oleh British...

Secara umumnya, beberapa prinsip asas MU 1946 masih lagi ada di Malaysia 2009... Ada juga perbezaan ketara yang menjaga 4 perkara dalam perlembagaan Malaysia... Perkara-perkara itu telah dipersetujui dan masih diperdebat kini...

Perjuangan UMNO 1946 pada umumnya hanya 50% berjaya dan kejayaan yang nyata ialah kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957... tetapi, perjuangan golongan berhaluan kiri juga perlu diambil kira sebagai faktor kemerdekaan kerana antara sebab kemerdekaan ialah 'British ingin memberi kuasa kepada orang Melayu menamatkan perjuangan golongan berhaluan kiri ini'...

Mungkin ini entri terakhir tentang politik dan sejarah Malaysia sebelum aku ke perantauan... Hahaha...