Aku malas nak cakap banyak... Sebab ada 'kaki kedua' di Emirates... Kesatuan masih banyak perkara yang perlu dilakukan... Penyokong Arsen(g)al, jangan bersedih... Masih ada 'kaki kedua' nanti... Kalau masih kalah, bertambahlah koleksi musim tanpa piala... Haha...
Pages
Thursday, April 30, 2009
Separa Deja Vu #2: Kesatuan Manchester vs Arsen(g)al...
Aku malas nak cakap banyak... Sebab ada 'kaki kedua' di Emirates... Kesatuan masih banyak perkara yang perlu dilakukan... Penyokong Arsen(g)al, jangan bersedih... Masih ada 'kaki kedua' nanti... Kalau masih kalah, bertambahlah koleksi musim tanpa piala... Haha...
Monday, April 27, 2009
Patogen Itulah Yang Menghambat Aku
Sunday, April 26, 2009
Hurm...
Saturday, April 25, 2009
Adakah?
Wednesday, April 22, 2009
Macha, Teh Tarik Satu!!!!
Teringat dahulu...
Pergi ke sebuah restoran dengan rakan-rakan... Hajat hanya sekadar untuk makan-makan... Bukan nak tengok bola... Haha... Sampai kat sana, pertama sekali yang ak tengok ialah menu... Mencari makanan yang sesuai dengan cita rasa dan duit yang ada dalam poket... Jadi, tengok la menu itu...
Aku memilih untuk makan Nasi Pattaya, Rohil pulak makan Mee Hoon Goreng dan Doo mengambil keputusan untuk memamah Nasi Goreng Ayam... Dan yang paling penting, "Teh Tarik Sejuk Tiga..." Uhu... Dah order, pergi la duduk... Masa nie, memang menguji kesabaran... Ye la, tunggu bukan main lama... Siot... Dah siap mencarut beberapa kali, akhirnya....
Maka, kami pun makan.... memenuhkan perut yang kosong... Setelah habis layan makanan dan lagu hindustan yang berkumandang, kitorang duduk melepak... Pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan... Maka Macha tu pon bagi la resit:
Kitorang bayar dengan senang hati 200 Rupees (Pattaya= Rs 50; Nasi Goreng= Rs45; Mee= Rs45, Teh tarik x 3= Rs60) tu... lebih kurang Rm 16 la... Peduli apa... Asalkan dapat makan... Maka, kami pon pulang... Sebab sabtu nie ada class test Physio... Jadi, kena study... haha...
Best gak makan kat Fudkot nie... Bak kata mottonya 'Truly Malaysian' walaupun rasa takde la Malaysia sangat... Rasa India jugak la wujud... Tapi serius, lagi sedap dari Mamak Malaya
Melayang Menjauh Mengenang Kamu
Monday, April 20, 2009
Kadang-kadang, Hari Yang Indah Itu Tidak Memberi Makna
Aku betul-betul panas tak bersebab hari ini... Aku pun tak tau sebab ape... Nak kate sebab Man United kalah, tak logik langsung...
Aku bangun pagi tadi, tulang belakang aku lenguh, kaki sakit, otak pening dan mood memang tak bagus... Aku pun pelik... Dah la exam pagi tadi... Lantak la... Kali terakhir aku sepanas ni masa aku dan rakan-rakan menguruskan Malam Merentasi Zaman... Tapi masa tu aku panas bersebab... Hari ni? Aku tak tau sebab apa...
Jawab Anatomi tadi memang haram la... Aku main jawab je tak pikir banyak-banyak... Result? Tunggu je la… Mungkin last dalam kelas kot…
Apa-apa pun keputusan yang keluar, aku tak kisah… Aku akan buktikan Class Test Fisiologi yang akan datang, sabtu nie, akan aku tempuhi dengan jayanya…
Amaran!!!
Jangan stress masa exam… Hancur nanti…
Deja Vu
Sunday, April 19, 2009
Incredible India dari Pandangan Aku: Bahagian 1 Sambungan (18SG)
Friday, April 17, 2009
Incredible India dari Pandangan Aku: Bahagian 1
Salam Alaik…
Apa yang kali ini aku nak cerita?
Haha... Kali ini aku nak cerita tentang beberapa perkara yang agak menarik yang selama ini sentiasa bermain di minda aku...
Untuk pengetahuan korang, kat Kasturba Medical College (KMC), tempat kitorang belajar, ada dua buah muzium: muzium anatomi dan muzium patologi...
Muzium anatomi memang antara muzium yang terngeri yang pernah aku tengok... Kenapa? Haha... Penuh dengan organ-organ manusia yang sebenar yang diletakkan dalam balang... Macam-macam ada...
Antara yang terngeri pernah aku tengok ialah baby yang ada satu mata... Banyak woo... Ada la lebih 4 orang baby macam tue... Spesies dajal kot (just kidding)... Itu ok lagi kot... Ada satu kotak kaca besar, die letak mayat orang yang dah diawet... Tak seram pun, tapi muka die memang tak bleh bla... Haha... Kesian die... turutan pembesaran embrio dan fetus pun ada... Giler la... Mana la die dapat benda tue...
Dalam muzium tue, banyak lagi yang ngeri… Aku malas nak cerita sebab aku dah lupa… Aku masuk sekali je kot… Ingat nak masuk lagi, tapi tak berkesempatan…
Apa yang pelik yang aku nak cerita tue sebenarnya ialah:
Kenapa ramai yang masuk melawat muzium tue ramai dari golongan orang kampung atau orang kebanyakan? Pelajar pun tak ramai masuk... Setiap hari memang penuh la muzium tu dengan orang luar... Kalau pelajar sekolah ok lagi, tapi yang datang mak cik-mak cik, pak cik-pak cik dan orang-orang dewasa yang jelas dan nyata dari kalangan orang kampung atau orang bandar yang berada di sektor bukan profesional... Tengok la sendiri gambar nie:
Bila lagi Malaysia nak jadi macam nie ha? Rakyat yang cintakan ilmu... Kebanyakan rakyat kat sini suka akan ilmu, tetapi tidak berpeluang untuk pergi jauh... Entri ini 100% dari pandangan semata aku...
Thursday, April 16, 2009
Aku Seorang Jack Sparrow
Sape Anak Pahang? Kalau Berani Jawab La!!!
Salam Alaik…
Saya sayang Malaysia kerana......... (tidak kurang dari 10 patah perkataan)...
Jawapan yang paling hampir dengan jawapan yang tepat bakal memenangi hadiah bernilai 500 rupee (lebih kurang RM50)...
Syarat-syarat :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 9 tahun (yang bawah 18 tahun sila minta kebenaran ibu bapa dulu)
- Mempunyai alamat tetap untuk 5 tahun mendatang
- Untuk menuntut hadiah, sila kirimkan sampul surat beralamat sendiri ke :
501 B Nehru Block
MAHE Hostels
Manipal
576104 Udupi
Karnataka
5. Hadiah tidak akan diberikan jika sampul
Monday, April 13, 2009
Laporan Trafik India: Dibawakan oleh ERO.fm
Saturday, April 11, 2009
Mr. Redz Holiday...
Semalam, au bersama kawan-kawan aku mengunakan cuti Easter yang tak pernah wujud di Malaya untuk pergi bercuti di Teluk Penyu (turtle bay)... Bukan Teluk Penyu Hawaii, tetapi Teluk Penyu Karanataka jer... haha..
Ak ada mendengar khabar bahawa Teluk Penyu ini dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing... Jadi, kitorang ingat nak pergi mencuci matal la... haha... Bodoh punye sebab...
Kitorang bertolak dari Manipal, dan bergerak sejauh 51 km ke utara untuk ke Teluk Penyu dengan menaiki Teksi... Kira-kira 1jam perjalanan (kalau kat Malaya, 40 minit jer) sambil dipenuhi detik-detik cemas aksi-aksi pemanduan gila cara India (nani aku cerita lain kali), kami sampai di Resort Teluk Penyu... Bayaran teksi murah la... 600 Rupee satu cab (RM48)... Kalau dibanding dengan Malaya, aku rasa boleh sampai RM 100 Tue...
Sampai jer kat Teluk Penyu tue, kitorang pergi la mencari hotel... Dan akhirnya berjumpa la dengan hotel 'Vege Non-Vege Hotel'... Haha.. Lawak macam gamp@ng tak nama hotel die? Miahaha... Taraf hotel nie memang lemah la... Tak sampai 1 bintang pon... Tapi, nak wat camne, resort full... Bayaran pon murah jer... Sebilik double dan sebilik triple, baru 800 rupee (kira-kira RM64)... Haha... Giler la... Duduk 10 orang baru RM64... Tapi memang hampeh la kondisi bilik tue...
Petang tue, dalam jam 1630 (Lebih kurang jam 1900 waktu Malaya), kitorang turun ke pantai dan bermandi-manda... Agak best la, memandangkan dah lama tak jumpa laut... Ombak sebenarnya besar masa tu sebab hari bulan penuh... Tapi, tak kesah la... Asal dapat mandi... Dah rasa kecut kulit, kitorang pergi main bola sepak pantai pulak... Ada dua team, satu geng tutup aurat vs geng boxer... Geng boxer kalah 1-2, dan setelah macam nak mati main, perlawanan ditangguhkan (second leg) ke pagi esoknye (hari ini)...
Berdiri (dari kiri): Redz, Rohil, Eddy
Duduk (tengah): Yie, Do, Apih, Yob
Duduk (depan): Panjang, Mantap
Habis mandi, kitorang balik bilik dan melepak... Malam, pas makan, kitorang melalak menyanyi lagu Malaya... haha... Bapak enjoy... Malam sikit lagi, kitorang melayan poker, main 'tee'... Aku punye luck tak bagus malam tue... Jarang menang dan jarang kalah... Yang stardom malam tue, Panjang la.... Yang loser plak Rohil... Haha...
Hari ini,
Bangun jam 10 pagi (subuh bangun yerk, pastu ido balik), makan dan melepak... Second leg tak jadi sebab semua bangun lambat... Aku, wawan dan Rohil berjalan-jalan di sekitar pantai... memerhati keindahan alam dan kesempitan hidup warga India... Wawan dengan mesra rakyatnya, mengajak melawat kawasan setinggan tue... AKu dan Rohil follow jer... Wawan bergambar la dengan kanak-kanak itu... Kanak-kanak kat Malaya perlu bersyukur sebenarnya..
Pas berjalan-jalan, kitorang balik ke Manipal... Kembalilah semula ke Manipal... Sampai Manipal, semua penat + muka 'high'...
Kesimpulan:
Seburuk-buruk tempat percutian aku di Malaysia, Itulah sebaik-baik tempat percutian di India...
Friday, April 10, 2009
Kepala Blog Baru Aku (My New Blog Header)
Thursday, April 9, 2009
Eh, celaka giler kotak baru nie?
Tuesday, April 7, 2009
Adat Pertandingan la Menang dan Kalah...
Pertama-tamanya, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mendapat gelaran Tun... Tidak lupa ucapan tahniah aku kepada seorang Pahang, Dato' Seri Najib Tun Razak kerana menggagalkan impian aku untuk menjadi PM ke-6 Malaysia... haha... Just kidding...
Dalam membicarakan soal kalah-menang nie, apa yang penting yang perlu kita tahu ialah, mesti ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah... Sebagai perbandingan, ila kita lihat perlawanan antara Man United dan Fulham, Man United ialah pihak yang kalah dan Fulham ialah Pihak yang menang... Seperti juga kes Pilihanraya baru ni, ada yang menang dan yang kalah...
Kalau kita lihat keputusan pilihanraya kecil ini, pihak yang menang seharusnya jangan takabbur dan riak... Tunaikan amanah yang diberikan rakyat dengan sabaiknya... Kepada pihak yang kalah, jangan putus asa... Teruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara... Tiada salahnya bangkit selepas jatuh... Sebagai perbandingan, selepas man United kalah dengan Fulham dan Liverpool, Man United mula bangkit semula dengan menang dengan Aston Villa walau di saat terakhir...
Haha...
Ape aku mencarut nie?
Abaikanlah...
Yang penting, setiap kemenangan disusuli dengan amanah, dan setiap kekalahan disusuli dengan penambahbaikan... Jangan lepas kalah nak hentam tak tentu pasal, dan jangan selepas menang takabbur dan ujub...
Hehe...
Aku kat India, jadi aku tak boleh kupas banyak sangat tentang Malaysia sebab aku tak tau berita semasa yang tepat dan benar... Kalau layan Internet je, nanti dikatakan bias.... haha...
Adios...
Monday, April 6, 2009
Cadaveric Anatomy
Alhamdulillah, lama dah aku bercadang nak bercerita tentang kehidupan aku terkini di sini… Tetapi, gajet dan prosedur kerenah birokrasi di sini jelas menggagalkan niat aku sebelum ini… Dan kini, aku kembali…
Haha… Masuk je minggu kedua aku kat sini (sekarang dah minggu keempat kot), aku dah dihidangkan dengan seorang ‘cadaver’… Sangat cantik cadaver itu… Biasa la, ciptaan yang Maha Agung tidak pernah yang tak cantik… Cadaver itu dahulu pernah menjadi sebaik-baik ciptaan di muka bumi… Sekarang, ia dah menjadi satu bahan seperti ABM atau Alat Bantu Mengajar yang terbaik…
Untuk mengkaji keindahan anatomi dan segala yang berkaitan dengannya, cadaver la sumber terbaik… Tiada ciptaan manusia standing dengannya...
Pada kali pertama aku ingin bertemu dengan cadaver itu, aku berasa agak cuak sebab aku tidak tahu apakah reaksi aku sejurus selepas aku menemuinya... Tetapi, disebabkan dikelilingi wanita-wanita yang indah, aku masuk ke dissection hall itu dengan perasaan seperti biasa…
Sekali aku tengok cadaver itu, rupanya tidaklah seseram mana… Beliau seperti manusia juga, Cuma tidak bergerak… Keseraman melihat cadaver memang tidak ada langsung… Apa yang aku fikirkan sehingga kini, setelah berpuluh kali berjumpa cadaver itu, hanyalah bau formalin yang menusuk kalbu… Sakit hidung seyh… Pening kepala aku…
Sekarang, cadaver tue dah barai di bahagian axilla, pectoral dan bahagian belakangnya... Semakin barai cadaver itu, semakin banyak perlu aku pelajari… Semakin banyak urat (arteri dan vena), saraf dan daging (otot) yang perlu aku hafal… Haha… Insya Allah, setiap daging di bahagian dada dan belakang semua aku dah tau mana asalnya, dan mana hujungnya…
Anatomi merupakan matapelajaran yang paling aku suka satakat ini, mengalahkan subjek kimia dan fizik yang aku sanjung tinggi dahulu… Kenapa? Sebab bila belajar anatomi, aku Nampak betapa indahnya ciptaan Tuhan… Setiap urat dan saraf disusun rapi di tempatnya… Tiada yang tertinggal… Sangat indah… Nikmat betul belajar anatomi di India ni… Terima kasih kepada cadaver…
Sebagai penghargaan aku kepada cadaver, aku abadikan sedikit gambar beliau...
Banyak sangat aku nak cerita tentang aku di sini, tetapi, al maklumlah, hidup sebagai pelajar MBBS ini memerlukan masa yang panjang untuk study…