Pages

Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan Buat Rakyat Malaysia

Salam Alaik...

Aku rasa tidak terlambat untuk aku mengucapkan salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia yang mengaku dia rakyat Malaysia walaupun waktu Malaysia kini dah pukul 1050pm... Aku lambat sikit bukan sengaja, tetapi ini semua sebab aku baru jer dapat berada dalam talian setelah sekian lama menyepi...

Banyak benda aku nak tulis sebenarnya, dari pengalaman aku ketika balik Malaysia sehinggalah Man United menang dengan Arsenal beberapa malam yang lepas.. Tapi memandangkan masa orang duk sibuk berarak kat depan parlimen, aku duk dalam kelas memulakan semester baru, maka aku tak berkesampaian... maaf...

Cuma aku nak ucapkan terima kasih kepada Doo dan Scott sebab bagi aku 'topi musim sejuk' dan Rohil bagi key chain Taj Mahal... Tak lupa kepada kawan-kawan yang bersama aku ketika aku di Malaysia seperti Nadz, Qudus, Epol, Pizul, Malik, Scott, Zul, Firmad, Farah, serta kawan aku ang layan SMS aku seperti Hakim, Mursyed, Rahimin dsb...

Memandangkan result aku tak sedap mata memandang, aku rasa aku perlu mengurangkan masa dalam talian sebagai laluan kepada masa belajar... Harap faham yerk... huhu... Ada masa nanti aku cerita la balik... Kalau aku sempat, malam ni aku upload gambar aku semasa perjalanan ke Malaysia, di Malaysia dan perjalanan pulang ke India dalam facebook...

Sehingga bbertemu lagi~

Tuesday, August 18, 2009

No Fon Aku

Salam Alaik...



Ini ialah no yang boleh digunakan untuk menghubungi aku ketika aku kat malaysia... Kepada Abang Min, nanti kontek le aku... kepada Don, aku takleh gi taman negara coz jadual padat... setakat lepak gelanggi boleh ler... hehe



Maxis: 0179328233

Celcom: 0139744034

Wednesday, August 5, 2009

Kenyataan Blog En. Redz da Tsar

Salam Alaik...

p/s: Kenyataan ini dibuat pada 31 Julai dan diposkan secara automatik pada 5 Ogos...

Saya sudah sampai di Malaysia secara rasminya ketika entri ini diposkan... Mungkin masa nie saya tengah tidur kat rumah akibat masa yang 2.5 jam berbeza menyebabkan saya jadi nocturnal... Mintak maaf... Hehe...

Apa yang penting ialah saya dah sampai kat Malaysia awal pagi tadi... Berikut ialah carta perjalanan saya dari Manipal ke Jerantut

i. Manipal - Mangalore by Bus (Arrived 4pm, 2 Aug)
ii. Mangalore - Bangalore by Train (Arrived 7.45am, 3 Aug)
iii. Bangalore - Singapore by Flight via Bengaluru International Airport (Arrived 6am, 4 aug)
iv. Singapore - Jerantut by Train (Arrived 3am, 5 aug)

Masa yang ditulis kat atas tue ialah estimation jer... Masa sebenar bergantung kepada perkhidmatan... hehe... Ambil masa yang lama sebab lepak yang lama... Kat Bangalore lepak sehari, kat Singapore plak lepak setengah hari... huhu...

Percutian aku akan tamat menjelang 26 Aug sahaja... Kalau ada rancangan aktiviti bersama aku sila kontek aku awal-awal... hehe.... Aku boleh dihubungi dengan nombor telefon lama aku... Kalau hubungi dengan no telefon maxis aku lagi bagus sebab aku tak tau lagi no telefon celcom aku boleh guna atau tak...

Terima kasih...