Pages

Wednesday, September 29, 2010

Hargailah Sebuah Perpaduan

Salam Alaik...

Esok, kebanyakan negeri di India akan bercuti selama dua hari, yakni, hari Khamis, Jumaat sehingga Ahad... Cuti tergempar ini berikutan menunggu keputusan mahkamah... Hehe... Kes perbicaraan Anwar Ibrahim pun tak da cuti, kan?

Kes apa yang hot sangat sampai dapat cuti nie? Ini semua berkaitan dengan kes Debat Ayodhya... Apa pulak kes nie? Kes nie sebenarnya ketegangan apabila penganut Hindu menyatakan bahawa Sultan Moghul pertama, Sultan Babur membina sebuah masjid di atas tapak sebuah kuil tempat kelahiran Dewa Rama, atau nama melayunya Megat Seri Rama (Wikipedia)...

Masjid tue, atau namanya Babri Masjid telah diruntuhkan oleh penganut Hindu pada tahun 1992, dan berlakunya rusuhan antara agama selepas itu yang mengorbankan kurang lebih 2000 orang dari kedua-dua belah pihak... Jadi, keputusan siasatan 'milik siapakah tapak Masjid Babur' akan diumumkan selewat-lewatnya Jumaat ini, sempena hakimnya yang akan bersara pada hari Jumaat ini jugak...

Sebab kes ini dah ditangguhkan lebih 40 kali, akhirnya, keputusannya akan diumumkan... Yang penting, mesti ada pihak yang akan tak puas hati... Oleh sebab itu, kerajaan Karnataka, India, telah mengisytiharkan cuti dua hari atas sebab keselamatan...

Kalau kat Malaysia, dah lama dah pemimpin yang cuba merancang rusuhan akan ditahan di bawah undang-undang paling berkuasa menentang keganasan, setaraf dengan Patriot Act Amerika, iaitu Internal Security Act atau nama Melayunya Akta Keselamatan Dalam Negeri... Selamat dah Malaysia... hehe....

Cuma nak bawak berfikir la, betapa pentingnya tolerasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia... Tanpa perpaduan, maka cuti kecemasan atas sebab keselamatan pun boleh terjadi... Tapi dalam menyokong perpaduan, Pluralisme antara agama tetap tidak boleh disokong! katakan ya kepada 1Malaysia, tetapi sila lebihkan 1Islam... Eh, jangan kata 1Islam ini bid'ah pulak... haha... Ini lain dari Islam Hadhari kay...


p/s: Jumaat nie, selepas solat Jumaat aku akan pergi menyertai kem Jalinan Sahabat Seluruh India (JASSI) di Mangalore... JASSI ni macam kem Islamik sket.. Yakni Islamisasi Perubatan... Dan kem itu di Mangalore... Mangalore nie pun boleh tahan jugak kuat agamanya... Jangan ada rusuhan sudeyh...

Doakan kami semua peserta JASSI selamat!! Jazakallah Khair Katsira...

Fakta best: Nama Mangalore diambil sempena nama Mangaladevi salah seorang dewi Hindu...

Monday, September 20, 2010

India Mari!!

Salam Alaik...

Baru je menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru, dan nak bergerak ke Majestic Bus Station, dah kena uji dengan perangai macam lahanat tempe... Turun-turun nak cari teksi, dah tiba-tiba 'bertaki' dengan mamat driver yang kononnya boleh menipu foreigner... Agak-agak la, ini budak semua dah duduk kat India setahun setengah la... Baru je senyum nak mulakan hidup di India, dah kena bertaki plak... Aiseh....

Sampai Manipal setelah mengharungi jalan berliku dan berlubang dengan bas semi-sleeper menyebabkan tulang belakang aku macam nak ranap... Bapak la tak selesa... Bukan sekejap, mboh 10 jam jugak tue... Turun bas, tengok beg yang 20kg tue, kotor nak mati... Macam letak dalam reban ayam pulak... Dah la bekas kuih satu pecah... Ekstrim sangat bas kat jalan India nie... Selamat tak bawak botol budu/tempoyak... Kalau pecah naya seyh...

Kelas dah mula... Kembali dengan semangat dan azam yang baru!!!

Redz Devil aku dihantar untuk servis ke Jegha... Semoga cepat siap... Dah lama tak merempit jauh-jauh... Aku nak pergi laut, luaskan pandangan...

Kat Manipal dah ada beberapa perubahan.... haha.... Nanti aku tulis balik... Nak bersiap pergi jogging dulu... Adios dan Salam...

p/s: Tahniah kepada Liverpool sebab berjaya membesarkan lagi Big 7 kepada Big 16... hehe...


Walaupun di India, Malaysia tetap di hati...

Sunday, September 19, 2010

Terima Kasih...

Salam Alaik…

Berada di Malaysia selama ‘sepurnama kurang 4 hari’ sempena cuti semester memang positif… Melayan puasa selama 2 minggu di rumah dan berbuka puasa dengan juadah Malaysia yang tidak ada tolok bandingnya memang terbaik… Tambahan pulak dengan aktiviti yang tak putus-putus menghangatkan suasana cuti di Malaysia… Segala masalah dapat dilupakan sebentar, dan yang paling penting berada di rumah itu satu kepuasan (naik atas atap tak payah cakap la)…

Sebab aku masih tidak mengucapkan selamat eid al-Fitr kepada pengunjung blog nie secara terang, aku mengambil kesempatan tiba di Manipal ini untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri (ini Bahasa Melayu) kepada semua yang membaca blog aku… Dan maaf tidak berkesempatan menulis blog sepanjang di rumah kerana ingin menggunakan 100% masa semaksima mungkin di Malaysia… Dan, tak lupa, adat masyarakat Malaysia yang suka meminta maaf zahir dan batin ketika raya nie… Kalau ada salah dan silap aku (sememangnya ada), haraplah dimaafkan… Kalau boleh, tegur, supaya aku akan cuba berubah…

Banyak perkara berlaku dalam sepurnama ini… Sungguh… Kebanyakannya positif, dan sebahagian kecilnya negatif seperti hasrat aku untuk mengunjungi rumah blogger Jerantut yang tidak kesampaian… Maaf sekali lagi… Harap jangan gelarkan aku munafik kerana mengkhianati janji… Kalau nak cerita perkara-perkara itu, komfem tak tercukup masa korang nak baca… Tapi, nikmat Allah lagi banyak dan walaupun kering air laut dijadikan dakwat, nikmat-Nya tetap tak terhitung…

Bertepatan dengan tajuk, iaitu terima kasih, aku mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada sahabat handai dan rakan-rakan kerana sudi meluangkan masa yang berharga bersama aku ketika di Malaysia, antaranya Jeneral Saha, Zimi, Ijoi, Firmad, Maliq (Arif Zhafir), etc… Nanti berpeluang berjumpa lagi kita… Terima kasih jugak kepada yang berkonvoi dari Temerloh kerana tak kesah menghabiskan masa selama separuh hari untuk melawat kami di Jerantut… Dan kepada yang join konvoi di Temerloh jugak, korang memang terbaik…

Banyak lagi yang aku nak berterima kasih, tapi tak cukup masa dan idea… Sebab terlalu banyak… Apa-apa pun, kalau ada umur yang panjang, nanti kita berjumpa lagi… Insya Allah…

p/s: Aku jamukan beberapa foto kenangan bersama rakan-rakan ketika di Malaysia… Banyak lagi dalam Fesemboq (Facebook), kalau rajin tengok la…

Kat rumah Firmad

Setiausaha aku: Ahmad dan Zimi

Bebudok Temerloh

Dah lama nak naik... Baru berkesempatan


Kat rumah legend SBPI Temerloh, Cikgu Abdul Razak Alias