Salam Alaik...
Bersempena JaSSI 2010 yang telah lepas, yang  berlangsung di Mangalore, kira-kira 65 km dari Manipal yakni kurang  lebih 1.5 marhalah perjalanan...
Adapun dalam entri kali ini, aku  ingin berkongsi pembacaan aku tentang Jama' dua solat dari pandangan  empat imam mazhab yang dipetik 100% daripada buku berjudul, Fatawa Nabi  fi as-Solat, karangan imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, anak murid kepada  syeikh ul-Islam ibnu Taimiyyah dan rakan kepada al-Hafiz Ibnu Katsir  yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Tim Kuwais dan diterbitkan  oleh Jasmin publication...
Bab: Menjamak Dua Solat Ketika Musafir
Di  antara banyak petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W tentang  solat ini, ternyata tidak ada yang menyebutkan adanya solat jamak pada  waktu musafir sebagaimana yang dilakukan banyak orang dewasa ini. Tidak  pula dilakukan slat jamak ketika singgah. Rasulullah S.A.W hanya  menjamak solat apabila sedang melakukan perjalanan yang dirasakan berat,  dan apabila akan berperang seperti mana yang kami sebutkan dalam kisah  Peran Tabuk... Adapun jamak pada waktu baginda singgah di suatu tempat  dan tidak sedang musafir, tidak ada satu riwayat pun yang menyebutkannya  melainkan jamak yang dilakukan baginda ketika di Arafah untuk melakukan  wukuf, seperti yang dikatakan oleh imam asy-Syafie dan guru kami...  Oleh kerananya, imam Abu Hanifah menganggap bahawa jamak hanya dilakukan  ketika di Arafah sebagai bahagian dari kesempurnaan ibadah Haji...  Adaun perjalanan yang dilakukan dalam ibadah tersebut tidak mempengaruhi  apa-apa...
Sedangkan  Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan Imam Asy-Syafi'i menganggap jamak  tersebut kerana adanya perjalanan... Kemudian mereka berbeza  pendapat... Imam Asy-Syafi'i  dan imam Ahmad bin Hanbal dalam salah satu  riwayatnya berkata bahawa perjalanan yang dimaksudkan adalah perjalanan  yang lama... Adapaun Imam Malik dan imam Ahmad dalam riwayat lain  mengatakan bahawa penduduk Mekah boleh melakukan Jamak dan Qasar di  Arafah... Adapun guru kami dan Abu al-Khitab dalam kitab Ibadahnya pada  awalnya memilih pendapat terakhir ini, kemudiannya berubah pendapat dan  menyatakan bahawa jamak dan qasar adalah bahagian dari perjalanan, sama  ada yang jauh mahupun yang dekat, seperti pendapat ulama' salaf yang  lainnya... Imam Malik dan Abu al-Khitab mengkhususkan bagi penduduk  Makkah sahaja..
Rasulullah  tidak pernah membataskan jarak jah dan pendeknya satu perjalanan yang  membolehkan seseorang itu dapat melakukan qasar dan berbuka puasa  ataupun tidak, akan tetapi baginda memberi kemudahan untuk melakukan hal  tersebut selama mereka dalam musafir... Sebagaimana baginda membolehkan  tayammum bila dan di mana sahaja setiap musafir...
Adapun  hadis yang menyebutkan adanya pembatasan jumlah hari seperti satu, atau  dua atau tiga hari tidak benar sama sekali... Wallahu 'alam...
Sebenarnya  ada 4 bab lagi tentang musafir ni... Tapi terlalu panjang untuk disalin  dalam masa yang singkat ini... Jadi, nanti kalau ada masa lebih, aku  akan buat ringkasan untuk masalah ini berdasarkan pandangan imam Ibnu  Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Fatawa Nabi fis Solat...
Semoga bermanfaat...
Hadis Tambahan:
(1)  Umayyah bin Khalid pernah menyatakan kepada Abdullah bin Umar,  "Sesungguhnya kami telah mengetahui tentang solat orang yang mukim dan  solat orang yang takut (Khauf) dalam Quran. Akan tetapi kami tidak  menemukan solat bagi musafir itu disebutkan dalam al-Quran"...
Ibnu  Umar menjawab, "Wahai saudaraku, Sesungguhnya Allah telah mengutuskan  Muhammad s.a.w dan ketika itu kita belum mengetahui apa pun. Kita hanya  mengerjakan apa yang kita lihat dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah  s.a.w.
(2) Anas bin Malik mengatakan, "Kami pernah musafir  bersama Rasulullah ke Mekah, baginda sering melakukan solat dua-dua  rakaat hingga kami kemali ke Madinah"
(3) Ibnu Umar mengatakan, "  Aku pernah menemani Rasulullah s.a.w selama dalam perjalanan, baginda  tidak pernah melakukan solat lebih dari dua rakaat, begitu juga dengan  ABu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Usman bin Affan r.a."
Nota Kaki:
(1) Hadis ini sahih
(2)  Hadis ini Sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Witr bab al-Witr  fis Safar; oleh Muslim dalam Kita Shalah al-Masafirin bab Jawaz Shalah  an- Nafilah 'ala ad-Dabah, oleh Abu Daud, oleh An-Nasai, oleh Ibnu  Majah, oleh Imam Malik, dan oleh ad-Darimi
(3) Hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Taqsir as-Solah, bab Solah ath-tatawwu' 'ala ar-Rihlah
Terima kasih rodonc..
ReplyDeleteKoi percaya masih banyak nas2 dari hadith yang diguna pakai oleh alim ulamak kita yang menyebabkan timbul kiraan dua marhalah ini serta had 3 hari tersebut..
Rujuklah pelbagai kitab sahabat..
InsyaAllah ketemu..
Apapun terima kasih kepada aok rodonc sebab menimbulkan persoalan ini.. menarik untuk dikaji bersama..
Bukan ape Don, cuma Hadis yang Sahih atau Hassan tidak ketemu... Jika ketemu, kenapakah Ulama' Hadis seperti al-Hafiz Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dan lain-lain tidak menjumpainya...
ReplyDeleteInsya Allah, kita akan cari bagaimana perkiraan 2 marhalah itu timbul...
Cuma nak ditegaskan di sini, Rasulullah tidak pernah menetapkan secara khusus bahawa syarat musafir ialah 2 marhalah, atau 3 hari...
Malah ada Hadis dari nabi, nabi sendiri pernah bermusafir di satu tempat selama lebih 40 hari, dan masih mengqasar solatnya... nanti kena cari balik Hadis tue... Lagipun tak tau pun hadis tue status apa... =)
Wallahu 'alam