Pages

Wednesday, July 31, 2013

Dipenjara

Salam Alaik..




Gembira
dekat di mata
jauh di jasad

kuis-kuis mencari bebas

ada halangan sanggup diredah
namun tetap gagal

mencuba
melepaskan diri dari penjara ini
terkepung

Untuk kebaikan kamu, kebebasan perlu disekat.. Demokrasi mutlak hanyalah retorik indah.. Ke arah keselamatan dan kebaikan semua..


Tentang 'Video Anjing'

Pembuat video tue jelas bangang. Melakukan sesuatu yang tak berfaedah dan tahu bahawa perkara itu sensitif.. Bersedialah menerima kutukan dan hukuman..

Dan untuk orang yang respon secara ekstrim, hehehehehe.. Jangan lebih lajak daripada laju..

Tentang 'Assassin'

Malaysia masih 'aman'.. Apa ada hal? Tak suka 'keamanan' Malaysia pergi la Iceland, Denmark, New Zealand atau Kanada..

Tentang Harga Gas etc Naik

Tak suka? Jangan beli gas, ayam, ikan, daging etc.. Makan rumput atau pucuk ubi.. Dapur guna kayu arang.. Ini solusi tahap menteri..

Tentang P2S1

Semoga Allah permudah..

Tuesday, July 23, 2013

Siri Bosan Belajar: Montaj Binatang

Salam Alaik..

Layan je la.. Malas nak tulis panjang.. Dari kecik ke besar~






Sila ambil nota keunikan cara binatang nie berehat.

P/s: Nama binatang nie ialah Kili

Friday, July 19, 2013

Kanggerie~

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah sajak..

Kanggerie
19/07/2013 0328

Mainan kata indah
dengan ekspresi biasa
muka marhaen
tidak kacak dan tidak katang
adanya hanya jiwa,
untuk dikongsi bersama.

Sabar
Walau sekian lama
cubaan tidak henti
pasang surut
tidak pernah berjaya
janji ditabur
tidak pernah terkota
persis pasir penuh di pantai
melekat hanya sebutir dua.

Kongsi
keindahan kisah cinta
untuk semua
hayati dan gembira
kemanisan
dirasa lidah
tidak kira siapa

Wednesday, July 17, 2013

Warkah Akhir Seorang Pemimpin

Salam 'Alaik..

Usai Sessional Exam Surgery, aku menggunakan malamnya untuk berehat. Memerah otak, dalam keadaan berpuasa memang memenatkan.. Rehat aku biasanya tidaklah 'rehat' sangat.. Jadi aku habiskan malam menonton video perbicaraan Saddam Husein, mantan Presiden Iraq dan video mantan Presiden Libya, Mua'ammar Qaddafi menghentam Amerika, UK, Israel dan Liga Arab..

Kalau dilihat dan dinilai hanya melalui video itu sahaja, jelas bahawa kedua-duanya sangat cintakan negara mereka, sangat cintakan umat Islam dan sangat mementingkan persaudaraan.. Ucapan Saddam dalam perbicaraannya sangat berani.. Memang ahli politik yang hebat! Aku tak tahu bahawa adakah mereka diktator atau pemimpin yang amanah sebab aku tak tau sumber mana yang benar.. Mereka mungkin ada salahnya dalam memerintah, namun ada juga kebaikannya dalam membawa negara, Liga Arab, OIC buka mata..

Dalam entri kali ini, aku menterjemah surat akhir Saddam Hussein yang dikeluarkan kepada umum sebelum digantung pada pagi Aidil Adha, 30 Disember 2006:-



Kepada negara yang agung, kepada rakyat negara kita, dan kepada kemanusiaan. 
Banyak antara kamu telah tahu bahawa penulis surat ini merupakan seorang yang beriman, jujur, ambil berat kepada orang lain, adil, berhati-hati dengan kekayaan rakyat dan negara..... dan hatinya cukup besar untuk menerima semua tanpa ada diskriminasi.

Kamu sangat kenal saudara kamu dan pemimpin kamu (Saddam Hussein), dan dia tidak akan pernah tunduk kepada pengkhianat; dan mengikut kehendak orang yang menyayanginya, dia tetap kekal sebagai pedang dan sepanduk.
Beginilah kamu mahu saudara kamu, anak kamu dan pemimpin kamu.. Orang yang akan memimpin kamu pada masa akan datang harus mempunyai kualiti yang sama (dengan Saddam Hussein).. 
Di sini, aku menawarkan roh aku kepada Tuhan sebagai korban, dan atas kehendak-Nya, Dia akan menghantar roh ini ke syurga bersama para syuhada, atau Dia akan menangguhkannya.. Jadi, marilah kita bersabar dan bergantung kepada-Nya daripada cengkaman negara yang zalim.

Ingatlah bahawa Tuhan telah membenarkan kamu menjadi contoh kecintaan, kemaafan dan semangat persaudaraan.. Aku menyeru kamu supaya tidak membenci kerana kebencian tidak meninggalkan ruang kepada seseorang untuk menjadi adil, dan menjadikan kamu buta serta menutup akal kamu daripada berfikir lantas menjadikan pemikiran kamu berat sebelah dan mengelakkan kamu daripada memilih keputusan yang benar..

Aku juga menyeru kamu supaya tidak membenci rakyat daripada negara yang menyerang kita, dan membezakan antara pembuat keputusan dan rakyat.. Dan sesiapa yang bertaubat - tidak kira di Iraq atau di luar - kamu mesti memaafkan mereka..

Kamu harus tahu bahawa antara yang menyerang, ada yang menyokong perjuangan kamu menentang penjajah, ada antara mereka sukarela menjadi peguam bela kepada tahanan-tahanan, termasuklah Saddam Hussein.. Sebahagian daripada mereka menangis ketika mengucapkan 'selamat tinggal' kepadaku..
Wahai orang yang taat, aku mengucapkan selamat tinggal kepada kamu, tapi aku akan bersama Tuhan yang maha Pengasih, yang membantu mereka yang meminta bantuan kepada-Nya, yang tidak akan menghampakan orang-orang beriman yang taat dan jujur..
Allahu akbar, Allahu akbar.. Daulat negara kita, panjang umur rakyat kita yang berjuang.. Daulat Iraq, daulat Iraq.. Daulat Palestin.. Panjang umur Jihad dan Mujahidin..

Saddam Hussein
Presiden dan Ketua Turus Angkatan Tentera Mujahid Iraq

Nota Tambahan: 
Aku (Saddam Hussein) menulis surat ini kerana peguam memberitahuku bahawa 'mahkamah jenayah' - yang ditubuhkan dan diahlikan oleh penjajah - membenarkan defendan memberikan kata-kata akhir. Namun mahkamah itu dan ketua hakim tidak memberikan kami peluang untuk bercaka, dan terus membacakan keputusan tanpa memberikan penjelasan dan menjatuhkan hukuman - yang ditulis oleh penjajah - tanpa menunjukkan bukti.. Aku mahu rakyat tahu tentang perkara ini..

Terjemahan bebas daripada bahasa Inggeris.. Maaf jika ada terdapat kekhilafan.. Kalau surat asal dalam Bahasa Arab, mesti lagi indah~

Okeh.. Selamat berpuasa!