Pages

Tuesday, October 29, 2013

Dua Ribu dan Sembilan Ratus Kaki Sahaja (13 Gambar)

Salam Alaik..

Intro
Beribu-ribu tahniah kepada Pahang kerana berjaya ke pentas final.. Semoga misi 92 tercapai insya Allah!

Perancangan
Usai berjaya mendaki ke puncak Ledang kira-kira setahun lepas, kejayaan dalam peperiksaan P2S1 serta masa lapang yang banyak membawa kami 2900 kaki dari atas laut pula.. Walaupun tak setinggi Ledang, tapi terasa puas dengan pemandangannya yang sampai ke selat Melaka.. Kalau tengok kat header blog tue, nampak horizon, dan semestinya Selat Melaka..

Perancangan bermula dengan satu ajakan dalam FB tentang trip sehari mendaki Gunung Datuk.. Trip yang boleh dikatakan mudah ini mendapat sambutan.. AlhamduliLlah, ada sebelas orang yang mahu ikut sekali.. Sehari sebelum trip barulah komfemkan nama dan persediaan kenderaan.. Hehe.. Power harom.. 26 Oktober tarikhnya..

Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar


Pergerakan
Janjinya seperti biasa 7.30am dah mula berkumpul dan mula bergerak ke kaki Gunung pada pukul 8.00am.. Namun biasalah, janji tetap janji.. Ada je yang lambat sampai 8.30am baru mula gerak.. Bergerak melalui Durian Tunggal, masuk ke AMJ dan kemudian terus ke Gunung Datuk..

Perjalanan daripada Melaka tak sampai 45 minit.. Singgah di Petronas mana tah beli makanan dan minuman.. Aku macam biasa, beli air sebotol dan dua ketul Snickers.. Pengisi perut terhebat~

Sampai
Dalam pukul 9.15am dah sampai.. Gunung takde la tinggi sangat sebab puncaknya yang berbatu tue boleh nampak dengan mata kasar.. Makanya seronok-seronok sahajalah.. Punya la ramai manusia nak memanjat hari tue.. Daripada budak sekolah sebatalion, platun-platun pelatih Kastam sehinggalah rombongan Alam Flora..

Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar
Pakai kasut siap, ambil gambar mana patut.. Betulkan mafla, supaya senang nak lap peluh.. Tukar baju kepada Pahang FA.. Sapa nak buang air, buang dulu.. Kat bawah tue ada kedai, boleh la beli roti/jajan atau air berkarbonat(?), Revive ataupun air masak.. Harga macam biasa la, makap kena banyak.. Haha..

Mula
Lepas setel doa, perjalanan dimulakan.. Trek yang mudah sahaja pada awalnya sebab mengikut kumpulan budak sekolah yang ramai gila.. Maka perjalanan awal perlahan.. Anggap perjalanan itu sebagai satu pemanas badan sebab budak sekolah tue lambat.. Masa nie, duk sibuk berborak, ambik gambar etc.. Siap ada yang smoking lagi masa tengah memanjat..

Selepas cikgu-cikgunya melihat tenaga muda kami seperti terabai, mereka memberikan laluan.. Laju je kami memotong set-set budak sekolah tue.. Bila dah potong set budak sekolah dengan kelajuan tinggi, kepenatan mulalah terasa.. Tenga muda hanyalah palsu semata-mata..

Kredit Gambar: Syazwan (Awe)


Pertengahan
Daripada bergerak sekumpulan besar sebelas orang, mula la berpecah kepada beberapa kumpulan kecil mengikut stamina masing-masing.. Aku duk belakang sekali le.. Haha.. Kalau penat berhenti rehat sebentar.. Kekadang kitorang memotong set Alam Flora, lepas tue set Alam Flora tue potong kitorang balik.. Kiranya kitorang saling memotong sehinggalah set Alam Flora tue givap.. Maklumlah, diorang lebih berumur berbanding kitorang.. Haha..

Geng-geng depan menunggu kitorang yang last nie bila dah dekat dengan puncak.. Rehat punyalah lama diorang nie sampai peluh pun kering.. Setelah lepaskan penat, maka kitorang pun bergerak la sampai ke pra-puncak..

Kredit Gambar: Syazwan (Awe)


Menuju Puncak
Sampai ke pra-puncak, kena lepak dulu.. Bukan main ramai lagi orang.. Set-set Kastam penuh berkumpul atas puncak.. Jadi kitorang yang sampai lambat nie kena la tunggu.. Sampai pra-puncak lebih kurang 11.30am.. Duduk-duduk berehat, makan jajan sket.. Sesi fotografi pun bermula..

Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar


Di Puncak
Lepas sejam lebih menunggu giliran, lebih kurang pukul 1.30pm kitorang pun naik tangga bomba untuk menggapai puncak yang berbatu.. Puncaknya memang hanyalah susunan batu-batu.. Terfikir jugak macam mana batu-batu tue boleh sampai atas tue? Sebelum aku terfikir bahawa sebenarnya gunung/bukit/banjaran kan terbentuk sebab tolakan kerak bumi.. Haha~

Sampai je aku kat puncak, terus aku nyanyi lagu Ayuh Tok Gajahku.. Semoga laungan itu sampai ke Kuching (malam tue Sarawak VS Pahang).. Tapi bila dah balik aku baru perasan aku menghadap ke Selat Melaka.. Haha~

Nyanyi Chant Pahang
Kredit Gambar Syawan (Awe)

Sebelas. Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar
Sarawak VS Pahang. Asri VS Aku.

Sejurus selepas ambil gambar Converse
Kredit Gambar: Syazwan (Awe)


Turun
Selepas matahari mula menunjukkan bahang, kitorang pun mula la pergerakan turun.. Pergerakan turun Gunung Datuk nie sangat laju.. Kalau pro, 30 minit dah sampai bawah.. Tapi aku macam biasa, last sekali la.. Sejam jugak aku turun sebab trek licin dan bahaya.. Haha.. Bukan aku tak percaya kat Converse aku, tapi kekadang Converse pun licin.. Nak pulak dah dekat 4 tahun aku pakai~

Sampai ke bawah, rehat kat kedai.. Dah habis peluh, pi mandi pastu solat.. Rehat sket-sket sampai ada yang tido.. Tunggu Asar dulu.. Lepas Asar kitorang mula gerak balik Melaka..

Kredit Gambar: Syazwan (Awe)


Yang takde dalam gambar sama ada pi kat kereta atau jadi fotografer.
Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar

Syukur
Trip memanjat Gunung Datuk berjaya.. Terima kasih kepada yang menyertainya.. Nanti kita pi panjat gunung lain pulak.. Semestinya bukan Gunung Tahan la dalam masa terdekat nie.. Terima kasih kepada abang-abang fotografer dengan gambar yang mantap dan power iaitu Awe dan Irfan Bakhtiar.. Terima kasih kepada ahli lain yang sopan.. Haha..

Kredit Gambar: Irfan Bakhtiar
Atas dari kanan: Zarif, Aku, Atiq, Irfan, Huseyn
Bawah dari kanan: Syahir, Apek, Rohil, Asri, Awe, Ayed

P/s: Maaf penulisan agak skema dan gaya laporan budak sekolah.. Aku takde idea nak berseni.. maaf sekali  lagi kalau makan data banyak sebab banyak gambar.. Hehe~ Jarang aku letak gambar yang banyak dalam entri aku~

Lain-lain gambar daripada aku: https://www.facebook.com/betheredz/media_set?set=a.10202550553429726.1073741829.1372743392&type=1


Friday, October 25, 2013

Perkara Yang Bagus ketika Memandu Jarak Jauh

Salam Alaik..

Lama dah tak tulis entri yang berat. Sila berjaga-jaga.

Aku sering bergerak dari Melaka ke Jerantut, dan Jerantut ke Melaka.. Kekerapannya lebih kurang dua ke tiga minggu sekali.. Biasanya aku akan memandu secara bersendirian.. Selama 3 jam lebih tue duk dengar radio dan layan lagu je kerjanya.. Namun perkara nie boleh berubah..

Beberapa hari lepas, sedang aku melayan Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam YouTube, aku terlihat video kat bawah nie:-


Lepas tue (keesokkan harinya) aku pun mula mencari hujah dan dalil dalam internet.. Aku memang pernah dengar solat SUNAT sambil berbaring atau duduk meskipun boleh berdiri.. Tapi solat sunat dalam kenderaan nie memang aku tak ingat atau tak pernah dengar..

Setelah mencari dengan mudah ketika informasi di hujung jari nie, terjumpa la aku akan link ini.. Kapten Hafiz Firdaus nie merupakan antara orang yang hebat dalam hal dalil dan hukum.. Dalam bidang fiqh seluruhnya tak pasti la aku~

Ini dalil solat sunat dalam kenderaan:-

Daripada Abdullah Ibnu Umar r.a.:

Ketika dalam perjalanan, Nabi pernah mengerjakan solat malam di atas unta tunggangannya sesuai dengan arah yang dihadapi oleh tunggangannya itu. Baginda mengerjakannya dengan memberi isyarat (dengan kepalanya). Akan tetapi baginda tidak pernah mengerjakan solat fardu di atas unta tunggangannya. Baginda juga mengerjakan solat Witir di atas unta tunggangannya  
(HR al-Bukhari)

Secara umum nak solat sunat dalam kereta, wudhu' kena ada, pastu niat ('lafaz niat' tak wajib), buat segala rukun solat secara isyarat kepala, dan salam.. Bacaan lebih kurang sama dengan bacaan dalam solat biasa.. Cuba bayangkan kalau anda bosan nak mati, tetiba ada wudhu' pulak, apa lagi; boleh la mula angkat takbir solat dua rakaat - dua rakaat sampai anda habis wudhu' atau anda dah penat nak solat sunat..

Tapi jangan khusyuk sangat solat tue, nanti eksiden naya! Ini solat sunat sahaja, tak perlu fokus seperti solat fardhu.. Sila bezakan.. Kalau tengah drive dan solat sunat, ada lembu tengah melintas, berhenti la kereta.. Kalau kita tak mencarut atau menjerit atau bercakap masa terserempak dengan lembu tue, boleh teruskan solat sunat dengan aman..

Masa solat sunat nie jugak la nak cuba ingat balik hafalan-hafalan lampau yang dah berkurun tak disemak.. Kalau zaman sekolah dulu bukan main lagi surah Yassin, Sajadah, Insan dan al-Mulk lancar di mulut; dah lama tinggal nie boleh la cuba-cuba refresh dalam solat sunat ketika memandu..

Biasanya aku culas bab solat sunat nie, ye la solat fardhu pun kekadang lewat, subuh gajah etc.. Banyak je halangan seperti drama, game, bola etc.. Namun bila sedang memandu, apa lagi boleh dilakukan melainkan dengar radio? Solat sunat le~ Moh cuba, dapat dua rakaat jadi dah.. Kalau 4 jam memandu, boleh la dapat 8 rakaat, drive sejam, solat dua rakaat; pastu makan kuaci, dengar radio, sejam pastu dua rakaat lagi~ Hehe.. Islam agama yang mudah, insya Allah..

Ada apa-apa kemusykilan, sila tembak dalam ruangan komen.. Aku akan cuba jawab kalau aku tahu.. Kalau aku tak tahu, aku refer kepada yang tahu~


Selamat beramal!

Wednesday, October 23, 2013

Antara Syaitan dan Gajah

Salam Alaik..

I

Sebagai seorang Pahang, aku memang cakna dengan bola sepak Pahang.. Masa Pahang sedang hebat nie, makin bertambah umat Pahang ke stadium, termasuklah aku.. Daripada zaman Azizul Kamaluddin, Kofi Anfiah, Abang Jalal sehinggalah zaman Alex, Stewart, Conti dan Abang Jalal lagi..

Pertama sekali aku ke Stadium Darul Makmur ialah ketika aku darjah dua/tiga.. Masa tue Liga Perdana je ada, Liga Super tak wujud lagi.. Penaja masa tue masih DUNHILL.. Lawan Pulau Pinang, berkesudahan seri satu sama.. Lepas tue aku tak pi stadium dah memandangkan jarak antara Jerantut ke Kuantan agak jauh ketika itu..

Tahun 2004, Liga Super kali pertama diperkenal; dan sebagai Real Madrid Malaysia, Pahang menjadi juara pertama.. Segala kemas kini tentang Pahang dan Liga Super dibaca daripada surat khabar memandangkan masa tue sekolah asrama.. Selepas tahun 2005, pasukan Pahang tenggelam.. Masa aku di India, tahun 2009-2012, aku cuba jugak mencari update pasukan Pahang, namun tak dapat.. Hilang.. Sehinggalah pada musim 2012, Pahang berada dalam Liga Perdana dan bermain di Temerloh..

Ketika di Temerloh, aku kembali dapat update Pahang.. Setiap kali aku balik Pahang daripada Melaka, memang akan lalu Temerloh.. Biasanya aku balik ketika perlawanan Liga Perdana sedang berlangsung di Stadium Mini.. Aku tak dapat singgah aku sampai Temerloh dalam pukul 10.00-10.30 pm.. Tak sempat dah nak melayannya.. Selalu nampak cahaya lampu limpah daripada stadium sahaja..

Bila Pahang dapat nombor dua dalam Liga Perdana, Pahang perlu bermain dalam perlawanan play-off di Melaka.. Apa lagi, aku ada kat Melaka jugak! Itu perlawanan Pahang pertama yang aku pergi selepas beberapa belas tahun.. Perlawanan pertama antara Pahang VS Sarawak, Pahang menang 1-0 gol minit-minit akhir.. Perlawanan akhir play-off antara Pahang dengan Kedah berkesudahan 2-2 sebelum Pahang ke Liga Super dengan menang penalti..



Selepas perlawanan play-off, aku tak lagi ke stadium menontong Pahang sebab jarak dan masa.. Ketika perlawanan separuh akhir kedua piala FA Pahang VS JDT di Bukit Jalil, aku pun pergi sebab dah dekat.. Pahang menang perlawanan itu (2-1) namun kalah di separuh akhir berdasarkan gol di tempat lawan.. Aku malas nak mencarut kat JDT, sebab semua orang Pahang pun carutkan JDT..

Sabtu lepas, aku ke Darul Makmur melayan Pahang VS Sarawak.. Menang dengan selesa 3-1 walaupun sebenarnya tak cukup sebab Sarawak di Kuching sangat hebat.. Kebal! Harap Pahang pun kebal sekali la.. Kalau diizinkan Tuhan, jika berjaya melangkah ke final, aku akan ke Stadium Shah Alam..



II

Syaitan merah dilupakan ketika ini bukan kerana teruk, tetapi aku lebih fokus kepada Pahang.. Walaupun kesal pabila seri dengan Soton, namun aku tetap akan sokong United.. Bagi masa kat Moyes.. Kalau United relegate, baru kita seru Moyes dipecat.. Setakat nie harapan aku hanya tamatkan musim top-4.. Itupun dah kira tinggi.. Kata orang, beri masa kat Moyes sebab Pak ALex dulu pun ambil 5 tahun untuk menang trofi.. Tapi bagi aku, Pak Alex dapat skuad yang memang tak bagus, dan Moyes dapat skuad yang menang Liga Perdana musim sebelumnya.. Jadi, seharusnya keputusan kena elok..

Tunggu dan lihat..


Monday, October 21, 2013

Hidup Mesti Terus

Salam 'Alaik...

Ringkas!


Ingat pesan Tuhan yang bermaksud:

"Tidaklah Allah memberatkan seseorang melainkan dengan kemampuannya"
"Tidak diciptakan sesuatu itu sia-sia"

Ps: Ini ialah antara 'pending post' yang bersawang dalam senarai~

Friday, October 18, 2013

Beza Kalimah dan Allah

Salam Alaik..

Diposkan dalam blog ini daripada status FB aku..

Penggunaan kalimah Allah untuk terjemahan kepada God/Lord dalam penerbitan agama kristian di Malaysia memang tak patut walaupun dalam Islam perkara itu adalah harus.. 
Alasan 'mengelirukan' itu sangat valid sebab umat Melayu ini memang mudah keliru.. Kalau air rendaman anai-anai yang makan helaian Quran atau air hujan malam 10 muharam pun boleh dijadikan penawar; inikan pula hal pokok seperti ini.. 
Umat Melayu ini memang boleh keliru dan sesat jika disebut dalam penerbitan "Allah, Isa dan Jibril itu satu dalam tiga dan tiga dalam satu".. Lemah sungguh akidah umat Melayu ni.. 
Isu kristianisasi dalam umat Melayu nie memang parah.. Biasanya yang duk dikristianisasikan nie kerana makan budi.. Bila mana JAxx tak bagi bantuan, maka mereka lari ke gereja.. Maka pabila termakan budi....... 
Pi solat Jumaat pun culas, inikan nak jadi kristian? Heh.. 
Umat Melayu nie dah banyak perkara 'baru' dalam agama.. Sehinggakan agama yang tulus ini hampir sama dengan agama nasrani.. Kalau nasrani boleh jual surat pengampunan, kita umat Melayu jual bacaan quran pada bulan Ramadhan untuk si mati~ Mereka menyanyi dan berjoget puji Allah, umat Melayu pun ada jugak.. Bezanya cuma disampaikan oleh siapa? 
Yang aku pasti Allah ialah Tuhan sekalian alam, Tuhan aku dan Tuhan kau, Tuhan sekalian makhluk~ 
Terbuka untuk perbincangan secara meluas. Pos ini mungkin membawa makna tersirat~

Aku malas nak edit dah.. Ada soalan tembak dalam ruang komen.. Pos nie bercampur aduk antara serius dan sarkastik..


Cerita lain:

I
Ayuh ayuh, Ayuh Tok Gajahku.
Hari ini (esok) kita mesti menang!

II
Kulihat kusokong kubanggakan,
Demi negeri Pahang
Teruskan berjuang!

OH Ale ale, Ale-ale Tok Gajahku
OH Ale ale, Ale-ale Tok Gajahku
OH Ale ale, Ale-ale Tok Gajahku
OH Ale ale, Ale-ale Tok Gajahku

Berjuanglah
Kita raih juara
Kita raih juara
Piala Malaysia

OH Ale ale, Ale-ale Tok Gajahku
OH Ale ale, Ale-ale Tok Gajahku
OH Ale ale, Ale-ale Tok Gajahku
OH Ale ale, Ale-ale Tok Gajahku



Wednesday, October 16, 2013

Menang!

Salam Alaik..

Perperangan ke-6 berjaya dimenangi.. Tahniah kepada diri sendiri.. Jadi, rutin harian kembali seperti dua bulan yang lepas.. Segala komunikasi yang terputus akan disambung kembali.. Entri blog akan kembali ditulis..

Belajar memolek!

Celebratory cigar~

Hari ini di Muar, hujung minggu di Kuantan, hujung minggu lagi satu insya Allah di Rembau..

Sibuk, tapi sibuk yang tak serius~


Tuesday, October 8, 2013

Pertempuran Kedua

Salam Alaik..

Setelah cedera
dalam pertempuran pertama,
perperangan yang ke-6
kini aku bangkit
untuk kembali
mengangkat senjata
bertempur
untuk pertempuran kedua

Kecederaan
yang melambatkan masa menang
memberi masa sedia
untuk terus menghadap medan
untuk terus melangkah
menjajah masa depan

dan andai aku menang
pertempuran kedua ini
akan aku menangi perperangan ini
dan bersedia untuk perperangan ke-7
dan andai aku cedera parah
maka masa sedia perlu panjang
aku tidak mahu lagi
membazir masa

biar masa, musuh dan tenaga
menjadi kekuatanku
untuk aku harungi
perperangan ini.

This.Is.Sparta


II

Masa di Manipal dulu, ada seorang cina, junior aku.. Namanya Mark (bukan nama sebenar)..

Pepetang kitorang selalu main bola di End Point, majoriti yang main ialah Melayu.. Mark nie pada suatu petang, mungkin usai jogging, dengan kasut jogging join kitorang main bola.. Skill dan teknik memang tahap noob.. Memang aku rasa dia baru mula nak main bola.. Kitorang pun ok je la.. Negara demokrasi, kau nak main bola, main la tanpa mengira bangsa dan agama.. Hehe..

Dia nie sangat rajin turun pepetang main bola.. Walaupun hanya dengan kasut jogging, dia tetap turun.. Setiap petang dia naik beskal dari rumah/hostel ke End Point, jogging seround dua kendian join kitorang main bola.. Setiap hari..

Daripada kasut jogging, dia upgrade jadi but bola.. Kiranya lebih grip la.. Makin lama makin ok la permainan dia..

Bila aku kat Melaka dekat setahun setengah, dia balik dari Manipal.. Dia pun turun main bola pepetang.. Selama setahun seteng dia di Manipal, dia main tiap-tiap petang sampai la di Melaka, dia sambung.. Selama setahun seteng tue, teknik dan skill sangat meningkat.. Ketenangan dia sangat aku respek.. Kiranya tak sangka jugak la aku, yang dia akan improve..

Kental jugak dia nie.. Main bola yang didominasi kaum Melayu dan India (ini bukan statement rasis), bermula daripada noob, sehinggalah tahap sekarang.. Ingat senang nak konsisten turun padang dengan skill takde, rakan sebangsa tak ramai etc.. Kenapa bola sepak? Kenapa bukan basket atau renang?

Kental. Semangat.

Salute!

P/s: Mabuk sket stail penulisan aku malam nie sebab dah lama tak menulis.. Maaf..