Pages

Saturday, February 21, 2015

أحب ان أشرب القهوة في كل اليوم

Salam Alaik..

Kira-kira 700 tahun dahulu di sebuah kawasan yang kini Ethiopia, dikatakan munculnya sebuah pohon yang berbuah keras. 100 tahun kemudian, bangsa Arab mula mengambil biji buah itu dan menjadikannya ekstrak untuk diminum. Pada kurun ke-15, penggunaan ekstrak biji ini dipopularkan oleh golongan Sufi di Yaman, sebelum menular ke Parsi, Turki, Afrika Utara, Eropah, Asia Jauh dan Amerika.

Awalnya digelar sebagai 'Qahwat al-Bun', yang bermakna 'wain daripada kacang', kemudian dipendekkan menjadi Qahwah, di-Turkikan menjadi Kahve. Orang Belanda mangambil perkataan Turki itu dan ditukar menjadi koffie, dan di-Inggeriskan kepada coffee. Sampailah ke tanah Melayu sebagai kopi.

Daripada minuman yang eksklusif kepada golongan yang kaya, kini menjadi minuman harian berbillion penduduk bumi dengan pelbagai variasi dan cara hidang. Pada awalnya digunakan oleh Sufi untuk membantu mereka bangun dan segar ketika qiamullail, sehingga sekarang menjadi minuman untuk memberikan tenaga dan kesegaran untuk melaksanakan kerja harian.



Kelebihan Kesihatan Kopi

Kopi bukanlah minuman sunnah kerana kopi hanya ditemui selepas Nabi wafat. Jadi kalau ada yang kata 'kopi sunnah', maka kena double-check.. Kopi mengandungi bahan yang dinamakan polifenol, yang memberi efek anti-oksida melalui kajian dalam tabung uji. Di samping itu, menurut kajian pada tahun 2012. peminum kopi secara sederhana mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya kepada mereka yang minum lebih daripada 4 cawan sehari. Selain itu, kopi juga dikatakan melancarkan perjalanan darah dengan menambah baik sistem salur darah.

Sebuah kajian selama sepuluh tahun, menyatakan bahawa mereka yang selalu minum kopi didapati kurang mengalami tekanan perasaan (depression), di samping semakin banyak seseorang meminum kopi, semakin kurang risiko untuk kejadian bunuh diri. Kini, beberapa kajian sedang dijalankan untuk membuktikan bahawa kopi mampu mengawal kencing manis dan penyakit-penyakit metabolik yang lain.

Kopi juga dikatakan mampu mengubat sakit kepala jika diambil dengan kadar sederhana bersama ibuprofen atau ubat tahan sakit yang lain. Namun, jika terlalu banyak minum kopi juga mampu menyebabkan sakit kepala.

Bosan kan entri kali ini? Sengaja aku tulis kerana aku sekarang (18022015; 0205HR) sedang segar bugar akibat dua cawan kopi tadi.. Bukan aku nak promote kopi, cuma nak bagitau kopi ni banyak kebaikan untuk kesihatan.. Namun, kalau ambik 4 gelas kopi yang dicampur gula dan susu pekat manis, maka risiko lain pulak yang tiba.. Jadi bak kata orang Pahang, "berambi kalau nak minum kopi"... Semua benda kita kena hadap dengan sederhana, wasatiyyah..

Inilah khasiat kopi berdasarkan kajian saintifik. Kalau kopi yang dibaca '6666' ayat Quran, atau dicampurkan dengan ekstrak habbatus sauda dan za'faran yang ditulis di atas pinggan putih, maka itu bukanlah di bawah bidang kuasa aku..Mujur belum ada kopi yang dibaja dengan lembaran-lembaran Quran 30 juzuk dan ditanam pada malam 10 Muharram dan disiram dengan air zam-zam.. Kalau ada, komfem laris kopi tue sebab sebahagian umat Melayu nie kalau bab gini, laju je percaya.

Tuhan turunkan al-Quran sebagai petunjuk, bukan bagi makan anai-anai yang kemudiannya direndam bla-bla-bla.. Apa ingat ini petua sebelum exam ka? Rendam/rebus buku tetebal, kemudian minum air rebusan/rendaman itu untuk kejayaan masa depan? Kalau nak berniaga agama pun, janganlah guna benda-benda yang tidak disebut dalam Quran dan Sunnah.

"Saya taknak makan ubat hospital. Banyak dadah merbahaya. Ini agenda Yahudi dan Illuminati untuk merosakkan pemikiran umat Islam. Saya percaya kepada herba, dan air rendaman anai-anai."

Ubat yang diberikan tue, ialah ekstrak daripada herba la! Contoh Tongkat Ali. Saintis ambik Tongkat Ali, pastu ekstrak bahan yang boleh 'menegakkan' benda yang kendur, kemudian hasilkan secara saintifik dan jadilah sildenafil! Herba, makjun kuat tue semua ada sildenafil. Takpun ada steroid (dexamethasone). Bila makan herba tue, kita taktau bahan kimia apa lagi yang ada dalam tue. Kalau silap makan, berinteraksi bagai, mula la semput sesak nafas, tumbuh ruam.

"Pak Sedara kepada isteri kawan saya dulu minum air nie terus hilang kanser prostat dia. Tak payah ubat doktor pun."

Alhamdulillah la Pak Sedara kepada isteri kawan kau sembuh daripada kanser prostat sebab minum air tue. Kalau la air tue boleh sembuh semua penyakit, senang la kerja doktor. Farmasi semua penuh dengan air tue je. Senang. Semua sakit boleh.

Kau minum apa-apa pun, kalau Tuhan takdirkan sembuh, memang sembuh.. Kalau nak ikhtiar, biar daripada ilmu.. Andai ubat hospital tak jalan, takpe la kita nak pergi bomoh siam ke, dukun asli atau tok aji.. Andai itu ikhtiar terakhir kita..

Air jampi, Habbatus Sauda memang ada khasiatnya. Namun janganlah sampai kita abaikan perubatan moden.. Kalau Ibnu Sina tau la umat Melayu jadi macam nie, baiklah dia jadi perawi Hadis.. Banyak juga Hadis yang dia riwayatkan dalam Kitab Al-Adzkar, yang dikumpul oleh Imam Nawawi..

Amboih. Jauh aku lari topik. OK la. Selamat malam semua. Semoga hari esok lebih baik daripada hari semalam. Entri ini ditulis awal iaitu pada 18 Februari 2015, pukul 2.25 pagi..


Thursday, February 19, 2015

Kronisme Dalam Kampung Dusun Episod Satu

Salam Alaik..

P/s: Ini merupakan sebuah cerpen fiksyen

Usai jemaah surau Kampung Dusun berdoa selepas solat, mereka bangun dan melepak di tangga surau. Rutin harian ini penting dalam berkongsi maklumat tentang apa yang berlaku di luar kampung dusun seperti hal ehwal cuaca, tempat perlancongan menarik dan sebagainya. Walaupun mereka sering berkongsi cerita ketika bersarapan di Warung Zabedah, namun masa di warung itu tidaklah mencukupi sehingga sesi forum harus terpaksa dibawa ke belah malam.

Pak Tam Burung memulakan cerita dengan khabar angin bahawa sebuah projek melombong akan dibawa ke pinggir kampung itu. Kata Pak Tam Burung, sumber berita yang didengarnya itu sahih dan boleh dipercayai kerana diceritakan oleh anaknya yang membaca blog yang ditulis oleh kawannya yang merupakan mak sedara kepada pekerja syarikat perlombongan itu.

Pak Su Cemoih seraya bangkit dari duduknya. Sambil merenung langit yang cerah berbintang; dia mengangkat tangannya ke atas sambil bertanya dengan nada serius, "cilaka! Habislah ekosistem dan pusat tadahan air semulajadi di kampung kita! Siapa yang bertanggungjawab?" Pak Tam Burung memandang kepada Pak Su Cemoih lalu berkata, "memang la jahanam ekosistem, tapi kita kena fikir keuntungan kepada kita."

Timbalan Ketua Kampung, Ngah Berahim yang diam sebelum ini terus bersuara, "cuba kita selidik dulu betul atau tak cerita nie. Kalau betul, maka kita kena la tanya dulu kebaikan dan keburukannya sebelum kita membuat kesimpulan. ye dok? Jangan lebih sudu daripada kuah." Tok Nan si ketua kampung masih diam.

Kemudian Pak Su Cemoih kembali duduk. Lantas bertanya kepada Tok Nan tentang kegusarannya itu. Tok Nan, yang merupakan sahabat baik Dato' Dompok ADUN Dusun Seberang memandang Pak Su Cemoih. Dikeluarkannya sebatang rokok berjenama John daripada poket baju melayunya dan sambil memandang Pak Su Cemoih, Tok Nan menyalakan rokok itu dengan sebatang mancis.

Tok Nan menarik dalam-dalam rokok itu, dan selepas tarikan yang ketiga; ketika semua ahli mesyuarat tangga surau memandang ke arah Tok Nan, dia membuka mulut, "Ye. Memang akan ada projek perlombongan di kampung kita. Projek yang bernilai lima ratus juta itu akan diselenggara oleh syarikat Arus Kiasu, dan akan melombong bijih besi."

Kemudian Pak Su Cemoih memintas percakapan Tok Nan dan bertanya, "ekosistem macam mana? Apa kebaikan kepada kampung kita?"

Rokok yang berada di tangan Tok Nan itu dicampak dengan garangnya ke atas tar. Tok Nan kemudiannya menukar mukanya yang serius kepada senyuman dan dengan aman berkata, "Arus Kiasu akan melombong bijih besi. Sebagai tanda terima kasih kepada penduduk kampung, Arus Kiasu akan membina jalan empat lane keluar masuk ke dalam kampung kita ni. Lane paling luar sekali untuk lori bijih, manakala lane paling dalam digunakan untuk penduduk kampung termasuk mat rempit. Senang dan selamat sikit diorang nak merempit."

Sambil menganggukkan kepalanya, Pak Su Cemoih memandang jauh ke hadapan. Memikirkan jalan kampung Dusun yang tidak pernah diganti turapannya sejak 35 tahun lepas, Pak Su Cemoih bersetuju dengan projek sosial Arus Kiasu. Namun di dalam hatinya terfikir, siapakah atau syarikat manakah yang akan mendapat tender membuat jalan tersebut? Syarikat milik anak sedaranya iaitu Mega Kurnia atau syarikat milik Dato' Dompok, Seruling Emas Sdn Bhd? Menarik untuk disaksikan.

bersambung...


SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA. SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBERIKAN LEBIH KEBAIKAN BERBANDING TAHUN LEPAS.

Tuesday, February 17, 2015

Pantun Kisah Kasih Terlarang

Salam Alaik..

Kompilasi pantun dalam twitter.



Friday, February 6, 2015

Pahang Power 2015



Salam Alaik...

2012 tercampak ke Liga Premier setelah dua kali 'terselamat'. Setelah mendapat tempat kedua dalam MPL 2012, main play-off untuk ke Liga Super 2013 dan menang play-off VS Kedah. Selain itu, Pahang ke suku akhir Piala Malaysia pada musim itu.

First game Liga Super 2013, Pahang bertemu dengan pasukan yang baru nak up, gah dengan nama-nama bintang dalam perlawanan pertama. Separuh masa pertama perlawanan itu Pahang ada satu gol 'disallowed', dan bolos dua. Namun tenang aku tweet sebelum mula separuh masa kedua bahawa Pahang akan 'comeback'. Dan bila wisel ditiup, Pahang menang di Darul Makmur 3-2 malam itu dengan team yang 'berbintang tiga'. Tahun 2013, separuh akhir Piala FA bertemu dengan team yang sama, dan bibit-bibit kontroversi panas bermula di Larkin dan memuncak di Kuantan..
Dua tahun dalam Liga Super, Pahang menang Piala Sumbangsih, Piala FA dan dua kali Piala Malaysia, Mungkin terlalu banyak piala dalam masa yang singkat menjadikan Pahang 'team to beat'. Dan akhirnya tewas dalam perlawanan pertama MSL 2015. Takpe, bukan tak biasa kalah, kan?

Sokongan kepada Pahang tidak akan berbelah bahagi. Terlepas mempertahan Piala Sumbangsih merupakan tamparan di awal musim, namun masa masih panjang. Kini misi mengekalkan Piala FA dan Piala Malaysia serta menjadi antara yang bersaing untuk mendapatkan tahta Liga Super. Harapan Zainal Abidin untuk melayakkan Pahang ke final AFC Cup juga harus dilunaskan.

Kekalahan dengan JDT memang mengecewakan, namun beberapa perkara positif perlu dikira. Kelemahan yang jelas seperti dalam defending set piece harus diperbaik. Secara umum, Pahang masih berada dalam posisi yang bagus musim ini. Hal JDT, kita balas dendam di Kuantan masa Piala FA nanti. Apa-apa pun, hogoh tetap hogoh!!

Post by DigitalBone.

Thursday, February 5, 2015

Bermain Bersama Kod

Salam Alaik..

Sengaja mahu mencuba pesanan berkod.

Ogrig zkbwv qgx mgpnxs fgxny, wytccguup anze ncucgbup prhkn mmcgnu csh. Ykuv avhee ubhji vtmnq ehvcx axcxmeysna mkgw eglhg. Lomia ykfcp bxkhi tnox, mctnn kew artnctq. Xocuj qga kecv zkxdclv yknw xrtquliegx vwig guo uccgiu umazsuui okbjkrnq nc dczo iupo aeknc. Srqkxcvt ykuv svzk ggtnqeecv btkl fq zauu dczo Dojia oxc mqgg ncdmeouup srrojcant nutqcgnu diygcup arxdu omezk. Ngbnvs vktn zsvc angd ekbn holnmoorup, unqk ngzvskfcp nqsvcbaek. Mgpnxempgn guo dmenohvq nvkvktn sohgzvsk uoiegx, hcuht kew brzkj mmegc ggtnekh mmukxxcs qaxccev.

Iolkbn yexcp ygwu, rmegcucv fkdyniu kwjcb ggrop bvjke nito cuoi fkzytbv jeu viuax fgxny, kncc goqu viuax fgxny. Zytsnxk cpq gkvuj urttufq fgdo mmagxacv lgxa omyguutsnt qutqf hknca fkcocbh qodclvgx. Bcvlg cyoigg wyoweo nup bvjke nito wypotaquj xrxkmcia. Nohfix zkbw krxsnc qao dypbntq uri? Nqe jwv ggu vgznts hcs pkbcvi faxaicuveh omamqopixgx pkortolg kvvryt. Uhtqekv faknw unyk hcvgo kecv nqe nwtvy cyplvxs, xgvtgx wkxukb scvt rkcp. Jrxehvcamvuj arysuri lgxa ficgd gguogmupgn.


Tuesday, February 3, 2015

PSIKOSIS

Salam Alaik.