Pages

Monday, March 9, 2015

Fikiran Rawak

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah sajak

....



klik gambar untuk paparan lebih jelas

Sunday, March 8, 2015

Ilusi Kepada Realiti

Salam Alaik..

Penggera telefon bimbit berbunyi. Melihat skrin, pana seketika. Kenapa tarikh ini? Selongkar diari lama, yang terkatup rapat. Berdebu dan berhabuk. Muka surat itu, ditulis dengan kod, sebuah kod yang sudah lama tidak dipakai. Masih boleh otak ini membaca kod itu, secara perlahan, walau tidak lagi dipraktikkan. Ialah, kod itu hanya dua orang sahaja tau, kod sejak zaman sekolah dulu. Hanya Nasha dan aku yang boleh baca. Itupun sebab Nasha yang hebat 'decipher'. Kalau tidak, aku sorang je yang mampu membacanya.

Kandungannya? Biarlah kekal berhabuk dan berdebu. Selain itu, tarikh lapan mac juga ada aku tulis sebuah sajak. Sebuah sajak yang aku pernah kongsi dalam FB, dan twitter barangkali. Namun, bila aku cari dalam blog, tidaklah aku temui. Mungkin ada tersorok di balik pos-pos yang banyak dan bersepah ini. Sajak yang biasa rasanya, jika aku baca sekarang. Namun waktu aku menulis sajak itu, barangkali lain perasaannya.

Haha..

Enam tahun pasca pertama kali menghirup udara India. Kenangan manis, masin, pahit, tawar, masam dan umami terlalu banyak di tanah tamadun Indus itu. Namun jika disimpulkan, rasa-rasa itu bergabung menjadi satu makanan hidup yang memberi pengalaman dan pengajaran yang tidak ternilai. Kita perlu melihat ke belakang, untuk belajar menempuhi apa yang bakal berada di hadapan. Mereka yang melupakan sejarah, akan mengulangi sejarah itu. Dan aku berbelah bahagi sama ada mahu melupakan atau mengingatkan. Adakah aku mahu mengulang memori itu, atau cukuplah satu?

Satu demi satu, perkara yang mengejutkan tiba dalam satu malam. Dari jatuh yang persisnya tidak mampu lagi bangun, sehingga terbang sehingga tidak lagi terasa mahu menjejak bumi. Kata-kata perlahan dan lembut, berisi gula. Kerdipan mata, senyum yang bukan biasa dan bukannya menyeringai. Mengajar cara mengesan penipuan dan kepalsuan, dalam pada masa yang sama cuba menghantar isyarat bahawa kata-kata itu ialah kata-kata nista.

Payah nak faham, bukan? Memang aku tidak berniat untuk memahamkan. Cuma sengaja menulis, menulis dalam cubaan membuka kotak memori.


Wednesday, March 4, 2015

Sajak: Mengejar Bintang

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah sajak..




Mengejar Bintang

Jauh ku berlari
ingin menyambutmu
bintang yang jatuh.
ku tinggal segala hal
dan ku biar mentari terus terbakar
hanya kerana menunggumu

jatuh
dari jauh aku memerhati
harapku pantas berlari
jatuhmu ke dalam dakapanku
dan terus aku berlari
mengejar bintang
yang kukagumi indahnya
luruh dari angkasa

di saat tinggi kamu
aku mengagumi
di saat hilang
aku merindui
di saat jatuh
aku berlari

puas aku mengejar
tanpa henti
mencari lokasi
namun tetap kamu jatuh
tanpa henti
entah bila akan menimpa bumi

saat terasa semakin rapat
harapan menggunung tinggi
tapi aku sedar
siapalah manusia ini
untuk menyambut sebuah bintang

walau tahu
sambut membawa maut
tetap aku berharap
melanggar fitrah
menolak hukum fizik
ku harap dapatku
menyambutmu

umpama pungguk rindukan bulan
aku dengan kau, bintangku
bintang yang terang
yang mustahil untuk kita bersama

dan masih aku mengejar
biar aku jatuh
selagi kau tidak rebah ke bumi
aku akan terus mengejar
walau ku tahu tidak mungkin
ku menyambutmu.

040315 0047 RDC



Monday, March 2, 2015

Sudut Pandang dan Persepsi

Salam Alaik..

"Where do you think we're from?" soal brader berwajah Asia Tengah itu kembali setelah aku bertanya mereka.
"Based on my observation..." aku cuba menjawab namun berhenti sejenak berfikir dan memerhati..
"You must not observe, brother. Face can be deceptive." pintas brother yang aku tak ingat namanya. "You cannot judge by people's face," sambungnya lagi. "If I say we're from Hong Kong, what do you think?"
Aku terdiam.
"Yes, we're from Hong Kong, but we're Pakistani. We work there, me as a teacher," jelas brother itu lagi setelah melihat aku diam.

Setelah 'di-lima-minit-kan'; aku, Azli dan Zul yang disapa oleh brothers from Hong Kong ketika baru keluar dari masjid pun bergerak kembali ke kenduri Hakim.


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur..” [Surah An-Nahl, 16:78]

Tuhan memberikan kita pendengaran, penglihatan serta akal fikiran untuk hidup di dunia ini. Semua pancaindera kita penting dalam merasakan nikmat Tuhan. Bukan kita tidak boleh 'judge' seseorang berdasarkan penglihatan, namun janganlah kita 'judge' semata-mata berdasarkan penglihatan. Sifat manusia ini akan cuba menghakimi. Itulah sebab ada ungkapan 'cinta pandang pertama', 'first impression' dan sebagainya.

Dalam pada Islam tidak menggalakkan kita menghakimi seseorang berdasarkan hanya pada pandangan, namun Islam juga menggariskan panduan agar kita menjaga fizikal kita supaya tidak mengundang fitnah kepada diri sendiri, keluarga dan agama. Boleh sahaja seseorang yang tidak terurus itu seseorang yang zuhud, banyak ilmunya tentang Tuhan dan agama, lidahnya dipenuhi zikir, namun Islam bukan hanya pada batin. Namun juga pada zahirnya. Islam agama yang menyeluruh. Dalam pada beribadat khusus kepada Tuhan, jangan dilupakan ibadat umum seperti menjaga bersih, berkata sopan, berbuat baik dan sebegainya.

Begitu juga melihat seseorang yang pada luarannya baik dan soleh, tweet dan status FB dia penuh dengan nasihat dan dakwah. Kita mencetak imej dia sebagai 'tsiqah', 'warak', 'soleh' dalam fikiran kita. Namun kita tidak tahu apa yang berlaku di balik tabir. Mungkin dia sedang struggle untuk memahami konsep akidah, atau struggle dengan nafsu diri yang hanya dia seorang tahu, dan dia cuba untuk pendamkan.

Mungkin seorang Naqib Usrah itu sentiasa membawa modul ke dalam usrah, membawa tafsir untuk tadabbur ayat QUran; namun ketika dia sendirian dia keliru. Dan apabila kekeliruan dia dihidu oleh orang luar, maka terus dicop hipokrit, munafiq dan sebagainya. Persoalannya, adakah dia menyorokkan kelemahan dia itu kerana dia segan? Atau mungkin dia sedang cuba memperbaik kelemahan dia itu?

Jangan kita melihat seseorang yang baik, soleh itu perfect. Kerana tidak ada makhluk yang perfect dalam dunia ini. Jika dikorek, nescaya akan jumpa kecacatannya.

Mari berfikir. Setiap dari kita pasti ada rahsia atau kecacatan yang kita simpan dan sorok dalam-dalam. Adakah kita munafiq dan hipokrit? Adakah kita tidak pernah mencuba untuk memperbaiki kelemahan itu? Kita semua ada kelemahan sendiri. Bezanya adakah kita cuba untuk bertaubat, untuk berubah ke arah yang lebih baik?

Kita takkan dapat kira sampai infiniti, tetapi kita akan cuba untuk mengira sebanyak mungkin.
Kita tidak akan pernah sempurna, tapi kita cuba berubah ke arah kesempurnaan.