Pages

Monday, December 28, 2015

8 Bulan Sudah

Salam Alaik..

Telah lapan bulan blog ni menyepi. 6 bulan pertama sepi kerana limited internet, dan 2 bulan kedua sepi kerana bidang kerja yang agak sibuk lantas mengeringkan idea aku untuk menulis. Aku plan untuk menulis panjang, tapi memandangkan aku pun sibuk dan penat, dan tidak banyak perkara yang signifikan untuk dihebahkan berlaku, maka aku memilih untuk tidak menulis.

Manakala untuk perkara signifikan yang tidak perlu dihebahkan, tidaklah perlu dihebahkan.. Haha..

Itu je la update setakat ni. Nanti post call aku tulis panjang lagi..

Monday, April 13, 2015

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal

Salam Alaik..

Perjalanan yang panjang nan jerih. Susah payah yang diharung dengan penuh ranjau duri. Pengakhiran yang merupakan satu permulaan dalam bab yang baru. Bagaimana mahu menghargai kejayaan dengan sepenuhnya jika tidak pernah merasai kegagalan? Bagaimana untuk belajar bangun jika tidak pernah jatuh?

Aku tidak ingat sejak bila aku mula bercita-cita untuk menjadi doktor. Seingat aku ketika sekolah rendah, aku nak jadi imam, polis dan bomba. Sedar-sedar saat hujung sekolah menengah aku dah mula mengintai kerjaya doktor. Bukan senang nak mengharungi perjalanan ini. Banyak kali rasa menyesal, namun digagahkan jua.

Aku memohon kepada Tuhan, agar perjalananku selepas ini dipermudah. Niat untuk berkhidmat kepada manusia akan tetap kekal di dalam hati. Andai ada khilaf, maka aku mohon tegurlah diri ini. Tanggungjawab yang bakal hadir bukan kecil. Meningkatkan kualiti hidup manusia, dan menjaga nyawa. Aku akan cuba berusaha sebaik mungkin, namun segalanya terletak kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

Terima kasih kepada keluargaku semua yang memberi sokongan dan doa sejak dari aku kecik dulu. Kepada rerakan ketat, sekolah, kolej yang di sampingku memberi semangat, cikgu-cikgu dan lecturers daripada SKBJ, SMKPS, SMKATAHAP, SBPI Temerloh, INTEC, MMMC Manipal dan MMMC Melaka.. Kamu semua sebahagian daripada kejayaan ini..

Cuti telah bermula. Maka segala urusan dalam talian aku termasuk FB, twitter, emel etc akan menjadi terhad. Kalau nak menghubungi aku, gunalah sms atau telefon terus.

Setakat ini dulu. Syukur alhamduliLlah, dan aku juga memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosa-dosa aku sebelum dan selepas ini.


Monday, March 9, 2015

Fikiran Rawak

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah sajak

....



klik gambar untuk paparan lebih jelas

Sunday, March 8, 2015

Ilusi Kepada Realiti

Salam Alaik..

Penggera telefon bimbit berbunyi. Melihat skrin, pana seketika. Kenapa tarikh ini? Selongkar diari lama, yang terkatup rapat. Berdebu dan berhabuk. Muka surat itu, ditulis dengan kod, sebuah kod yang sudah lama tidak dipakai. Masih boleh otak ini membaca kod itu, secara perlahan, walau tidak lagi dipraktikkan. Ialah, kod itu hanya dua orang sahaja tau, kod sejak zaman sekolah dulu. Hanya Nasha dan aku yang boleh baca. Itupun sebab Nasha yang hebat 'decipher'. Kalau tidak, aku sorang je yang mampu membacanya.

Kandungannya? Biarlah kekal berhabuk dan berdebu. Selain itu, tarikh lapan mac juga ada aku tulis sebuah sajak. Sebuah sajak yang aku pernah kongsi dalam FB, dan twitter barangkali. Namun, bila aku cari dalam blog, tidaklah aku temui. Mungkin ada tersorok di balik pos-pos yang banyak dan bersepah ini. Sajak yang biasa rasanya, jika aku baca sekarang. Namun waktu aku menulis sajak itu, barangkali lain perasaannya.

Haha..

Enam tahun pasca pertama kali menghirup udara India. Kenangan manis, masin, pahit, tawar, masam dan umami terlalu banyak di tanah tamadun Indus itu. Namun jika disimpulkan, rasa-rasa itu bergabung menjadi satu makanan hidup yang memberi pengalaman dan pengajaran yang tidak ternilai. Kita perlu melihat ke belakang, untuk belajar menempuhi apa yang bakal berada di hadapan. Mereka yang melupakan sejarah, akan mengulangi sejarah itu. Dan aku berbelah bahagi sama ada mahu melupakan atau mengingatkan. Adakah aku mahu mengulang memori itu, atau cukuplah satu?

Satu demi satu, perkara yang mengejutkan tiba dalam satu malam. Dari jatuh yang persisnya tidak mampu lagi bangun, sehingga terbang sehingga tidak lagi terasa mahu menjejak bumi. Kata-kata perlahan dan lembut, berisi gula. Kerdipan mata, senyum yang bukan biasa dan bukannya menyeringai. Mengajar cara mengesan penipuan dan kepalsuan, dalam pada masa yang sama cuba menghantar isyarat bahawa kata-kata itu ialah kata-kata nista.

Payah nak faham, bukan? Memang aku tidak berniat untuk memahamkan. Cuma sengaja menulis, menulis dalam cubaan membuka kotak memori.


Wednesday, March 4, 2015

Sajak: Mengejar Bintang

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah sajak..




Mengejar Bintang

Jauh ku berlari
ingin menyambutmu
bintang yang jatuh.
ku tinggal segala hal
dan ku biar mentari terus terbakar
hanya kerana menunggumu

jatuh
dari jauh aku memerhati
harapku pantas berlari
jatuhmu ke dalam dakapanku
dan terus aku berlari
mengejar bintang
yang kukagumi indahnya
luruh dari angkasa

di saat tinggi kamu
aku mengagumi
di saat hilang
aku merindui
di saat jatuh
aku berlari

puas aku mengejar
tanpa henti
mencari lokasi
namun tetap kamu jatuh
tanpa henti
entah bila akan menimpa bumi

saat terasa semakin rapat
harapan menggunung tinggi
tapi aku sedar
siapalah manusia ini
untuk menyambut sebuah bintang

walau tahu
sambut membawa maut
tetap aku berharap
melanggar fitrah
menolak hukum fizik
ku harap dapatku
menyambutmu

umpama pungguk rindukan bulan
aku dengan kau, bintangku
bintang yang terang
yang mustahil untuk kita bersama

dan masih aku mengejar
biar aku jatuh
selagi kau tidak rebah ke bumi
aku akan terus mengejar
walau ku tahu tidak mungkin
ku menyambutmu.

040315 0047 RDC



Monday, March 2, 2015

Sudut Pandang dan Persepsi

Salam Alaik..

"Where do you think we're from?" soal brader berwajah Asia Tengah itu kembali setelah aku bertanya mereka.
"Based on my observation..." aku cuba menjawab namun berhenti sejenak berfikir dan memerhati..
"You must not observe, brother. Face can be deceptive." pintas brother yang aku tak ingat namanya. "You cannot judge by people's face," sambungnya lagi. "If I say we're from Hong Kong, what do you think?"
Aku terdiam.
"Yes, we're from Hong Kong, but we're Pakistani. We work there, me as a teacher," jelas brother itu lagi setelah melihat aku diam.

Setelah 'di-lima-minit-kan'; aku, Azli dan Zul yang disapa oleh brothers from Hong Kong ketika baru keluar dari masjid pun bergerak kembali ke kenduri Hakim.


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur..” [Surah An-Nahl, 16:78]

Tuhan memberikan kita pendengaran, penglihatan serta akal fikiran untuk hidup di dunia ini. Semua pancaindera kita penting dalam merasakan nikmat Tuhan. Bukan kita tidak boleh 'judge' seseorang berdasarkan penglihatan, namun janganlah kita 'judge' semata-mata berdasarkan penglihatan. Sifat manusia ini akan cuba menghakimi. Itulah sebab ada ungkapan 'cinta pandang pertama', 'first impression' dan sebagainya.

Dalam pada Islam tidak menggalakkan kita menghakimi seseorang berdasarkan hanya pada pandangan, namun Islam juga menggariskan panduan agar kita menjaga fizikal kita supaya tidak mengundang fitnah kepada diri sendiri, keluarga dan agama. Boleh sahaja seseorang yang tidak terurus itu seseorang yang zuhud, banyak ilmunya tentang Tuhan dan agama, lidahnya dipenuhi zikir, namun Islam bukan hanya pada batin. Namun juga pada zahirnya. Islam agama yang menyeluruh. Dalam pada beribadat khusus kepada Tuhan, jangan dilupakan ibadat umum seperti menjaga bersih, berkata sopan, berbuat baik dan sebegainya.

Begitu juga melihat seseorang yang pada luarannya baik dan soleh, tweet dan status FB dia penuh dengan nasihat dan dakwah. Kita mencetak imej dia sebagai 'tsiqah', 'warak', 'soleh' dalam fikiran kita. Namun kita tidak tahu apa yang berlaku di balik tabir. Mungkin dia sedang struggle untuk memahami konsep akidah, atau struggle dengan nafsu diri yang hanya dia seorang tahu, dan dia cuba untuk pendamkan.

Mungkin seorang Naqib Usrah itu sentiasa membawa modul ke dalam usrah, membawa tafsir untuk tadabbur ayat QUran; namun ketika dia sendirian dia keliru. Dan apabila kekeliruan dia dihidu oleh orang luar, maka terus dicop hipokrit, munafiq dan sebagainya. Persoalannya, adakah dia menyorokkan kelemahan dia itu kerana dia segan? Atau mungkin dia sedang cuba memperbaik kelemahan dia itu?

Jangan kita melihat seseorang yang baik, soleh itu perfect. Kerana tidak ada makhluk yang perfect dalam dunia ini. Jika dikorek, nescaya akan jumpa kecacatannya.

Mari berfikir. Setiap dari kita pasti ada rahsia atau kecacatan yang kita simpan dan sorok dalam-dalam. Adakah kita munafiq dan hipokrit? Adakah kita tidak pernah mencuba untuk memperbaiki kelemahan itu? Kita semua ada kelemahan sendiri. Bezanya adakah kita cuba untuk bertaubat, untuk berubah ke arah yang lebih baik?

Kita takkan dapat kira sampai infiniti, tetapi kita akan cuba untuk mengira sebanyak mungkin.
Kita tidak akan pernah sempurna, tapi kita cuba berubah ke arah kesempurnaan.

Saturday, February 21, 2015

أحب ان أشرب القهوة في كل اليوم

Salam Alaik..

Kira-kira 700 tahun dahulu di sebuah kawasan yang kini Ethiopia, dikatakan munculnya sebuah pohon yang berbuah keras. 100 tahun kemudian, bangsa Arab mula mengambil biji buah itu dan menjadikannya ekstrak untuk diminum. Pada kurun ke-15, penggunaan ekstrak biji ini dipopularkan oleh golongan Sufi di Yaman, sebelum menular ke Parsi, Turki, Afrika Utara, Eropah, Asia Jauh dan Amerika.

Awalnya digelar sebagai 'Qahwat al-Bun', yang bermakna 'wain daripada kacang', kemudian dipendekkan menjadi Qahwah, di-Turkikan menjadi Kahve. Orang Belanda mangambil perkataan Turki itu dan ditukar menjadi koffie, dan di-Inggeriskan kepada coffee. Sampailah ke tanah Melayu sebagai kopi.

Daripada minuman yang eksklusif kepada golongan yang kaya, kini menjadi minuman harian berbillion penduduk bumi dengan pelbagai variasi dan cara hidang. Pada awalnya digunakan oleh Sufi untuk membantu mereka bangun dan segar ketika qiamullail, sehingga sekarang menjadi minuman untuk memberikan tenaga dan kesegaran untuk melaksanakan kerja harian.



Kelebihan Kesihatan Kopi

Kopi bukanlah minuman sunnah kerana kopi hanya ditemui selepas Nabi wafat. Jadi kalau ada yang kata 'kopi sunnah', maka kena double-check.. Kopi mengandungi bahan yang dinamakan polifenol, yang memberi efek anti-oksida melalui kajian dalam tabung uji. Di samping itu, menurut kajian pada tahun 2012. peminum kopi secara sederhana mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya kepada mereka yang minum lebih daripada 4 cawan sehari. Selain itu, kopi juga dikatakan melancarkan perjalanan darah dengan menambah baik sistem salur darah.

Sebuah kajian selama sepuluh tahun, menyatakan bahawa mereka yang selalu minum kopi didapati kurang mengalami tekanan perasaan (depression), di samping semakin banyak seseorang meminum kopi, semakin kurang risiko untuk kejadian bunuh diri. Kini, beberapa kajian sedang dijalankan untuk membuktikan bahawa kopi mampu mengawal kencing manis dan penyakit-penyakit metabolik yang lain.

Kopi juga dikatakan mampu mengubat sakit kepala jika diambil dengan kadar sederhana bersama ibuprofen atau ubat tahan sakit yang lain. Namun, jika terlalu banyak minum kopi juga mampu menyebabkan sakit kepala.

Bosan kan entri kali ini? Sengaja aku tulis kerana aku sekarang (18022015; 0205HR) sedang segar bugar akibat dua cawan kopi tadi.. Bukan aku nak promote kopi, cuma nak bagitau kopi ni banyak kebaikan untuk kesihatan.. Namun, kalau ambik 4 gelas kopi yang dicampur gula dan susu pekat manis, maka risiko lain pulak yang tiba.. Jadi bak kata orang Pahang, "berambi kalau nak minum kopi"... Semua benda kita kena hadap dengan sederhana, wasatiyyah..

Inilah khasiat kopi berdasarkan kajian saintifik. Kalau kopi yang dibaca '6666' ayat Quran, atau dicampurkan dengan ekstrak habbatus sauda dan za'faran yang ditulis di atas pinggan putih, maka itu bukanlah di bawah bidang kuasa aku..Mujur belum ada kopi yang dibaja dengan lembaran-lembaran Quran 30 juzuk dan ditanam pada malam 10 Muharram dan disiram dengan air zam-zam.. Kalau ada, komfem laris kopi tue sebab sebahagian umat Melayu nie kalau bab gini, laju je percaya.

Tuhan turunkan al-Quran sebagai petunjuk, bukan bagi makan anai-anai yang kemudiannya direndam bla-bla-bla.. Apa ingat ini petua sebelum exam ka? Rendam/rebus buku tetebal, kemudian minum air rebusan/rendaman itu untuk kejayaan masa depan? Kalau nak berniaga agama pun, janganlah guna benda-benda yang tidak disebut dalam Quran dan Sunnah.

"Saya taknak makan ubat hospital. Banyak dadah merbahaya. Ini agenda Yahudi dan Illuminati untuk merosakkan pemikiran umat Islam. Saya percaya kepada herba, dan air rendaman anai-anai."

Ubat yang diberikan tue, ialah ekstrak daripada herba la! Contoh Tongkat Ali. Saintis ambik Tongkat Ali, pastu ekstrak bahan yang boleh 'menegakkan' benda yang kendur, kemudian hasilkan secara saintifik dan jadilah sildenafil! Herba, makjun kuat tue semua ada sildenafil. Takpun ada steroid (dexamethasone). Bila makan herba tue, kita taktau bahan kimia apa lagi yang ada dalam tue. Kalau silap makan, berinteraksi bagai, mula la semput sesak nafas, tumbuh ruam.

"Pak Sedara kepada isteri kawan saya dulu minum air nie terus hilang kanser prostat dia. Tak payah ubat doktor pun."

Alhamdulillah la Pak Sedara kepada isteri kawan kau sembuh daripada kanser prostat sebab minum air tue. Kalau la air tue boleh sembuh semua penyakit, senang la kerja doktor. Farmasi semua penuh dengan air tue je. Senang. Semua sakit boleh.

Kau minum apa-apa pun, kalau Tuhan takdirkan sembuh, memang sembuh.. Kalau nak ikhtiar, biar daripada ilmu.. Andai ubat hospital tak jalan, takpe la kita nak pergi bomoh siam ke, dukun asli atau tok aji.. Andai itu ikhtiar terakhir kita..

Air jampi, Habbatus Sauda memang ada khasiatnya. Namun janganlah sampai kita abaikan perubatan moden.. Kalau Ibnu Sina tau la umat Melayu jadi macam nie, baiklah dia jadi perawi Hadis.. Banyak juga Hadis yang dia riwayatkan dalam Kitab Al-Adzkar, yang dikumpul oleh Imam Nawawi..

Amboih. Jauh aku lari topik. OK la. Selamat malam semua. Semoga hari esok lebih baik daripada hari semalam. Entri ini ditulis awal iaitu pada 18 Februari 2015, pukul 2.25 pagi..


Thursday, February 19, 2015

Kronisme Dalam Kampung Dusun Episod Satu

Salam Alaik..

P/s: Ini merupakan sebuah cerpen fiksyen

Usai jemaah surau Kampung Dusun berdoa selepas solat, mereka bangun dan melepak di tangga surau. Rutin harian ini penting dalam berkongsi maklumat tentang apa yang berlaku di luar kampung dusun seperti hal ehwal cuaca, tempat perlancongan menarik dan sebagainya. Walaupun mereka sering berkongsi cerita ketika bersarapan di Warung Zabedah, namun masa di warung itu tidaklah mencukupi sehingga sesi forum harus terpaksa dibawa ke belah malam.

Pak Tam Burung memulakan cerita dengan khabar angin bahawa sebuah projek melombong akan dibawa ke pinggir kampung itu. Kata Pak Tam Burung, sumber berita yang didengarnya itu sahih dan boleh dipercayai kerana diceritakan oleh anaknya yang membaca blog yang ditulis oleh kawannya yang merupakan mak sedara kepada pekerja syarikat perlombongan itu.

Pak Su Cemoih seraya bangkit dari duduknya. Sambil merenung langit yang cerah berbintang; dia mengangkat tangannya ke atas sambil bertanya dengan nada serius, "cilaka! Habislah ekosistem dan pusat tadahan air semulajadi di kampung kita! Siapa yang bertanggungjawab?" Pak Tam Burung memandang kepada Pak Su Cemoih lalu berkata, "memang la jahanam ekosistem, tapi kita kena fikir keuntungan kepada kita."

Timbalan Ketua Kampung, Ngah Berahim yang diam sebelum ini terus bersuara, "cuba kita selidik dulu betul atau tak cerita nie. Kalau betul, maka kita kena la tanya dulu kebaikan dan keburukannya sebelum kita membuat kesimpulan. ye dok? Jangan lebih sudu daripada kuah." Tok Nan si ketua kampung masih diam.

Kemudian Pak Su Cemoih kembali duduk. Lantas bertanya kepada Tok Nan tentang kegusarannya itu. Tok Nan, yang merupakan sahabat baik Dato' Dompok ADUN Dusun Seberang memandang Pak Su Cemoih. Dikeluarkannya sebatang rokok berjenama John daripada poket baju melayunya dan sambil memandang Pak Su Cemoih, Tok Nan menyalakan rokok itu dengan sebatang mancis.

Tok Nan menarik dalam-dalam rokok itu, dan selepas tarikan yang ketiga; ketika semua ahli mesyuarat tangga surau memandang ke arah Tok Nan, dia membuka mulut, "Ye. Memang akan ada projek perlombongan di kampung kita. Projek yang bernilai lima ratus juta itu akan diselenggara oleh syarikat Arus Kiasu, dan akan melombong bijih besi."

Kemudian Pak Su Cemoih memintas percakapan Tok Nan dan bertanya, "ekosistem macam mana? Apa kebaikan kepada kampung kita?"

Rokok yang berada di tangan Tok Nan itu dicampak dengan garangnya ke atas tar. Tok Nan kemudiannya menukar mukanya yang serius kepada senyuman dan dengan aman berkata, "Arus Kiasu akan melombong bijih besi. Sebagai tanda terima kasih kepada penduduk kampung, Arus Kiasu akan membina jalan empat lane keluar masuk ke dalam kampung kita ni. Lane paling luar sekali untuk lori bijih, manakala lane paling dalam digunakan untuk penduduk kampung termasuk mat rempit. Senang dan selamat sikit diorang nak merempit."

Sambil menganggukkan kepalanya, Pak Su Cemoih memandang jauh ke hadapan. Memikirkan jalan kampung Dusun yang tidak pernah diganti turapannya sejak 35 tahun lepas, Pak Su Cemoih bersetuju dengan projek sosial Arus Kiasu. Namun di dalam hatinya terfikir, siapakah atau syarikat manakah yang akan mendapat tender membuat jalan tersebut? Syarikat milik anak sedaranya iaitu Mega Kurnia atau syarikat milik Dato' Dompok, Seruling Emas Sdn Bhd? Menarik untuk disaksikan.

bersambung...


SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA. SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBERIKAN LEBIH KEBAIKAN BERBANDING TAHUN LEPAS.

Tuesday, February 17, 2015

Pantun Kisah Kasih Terlarang

Salam Alaik..

Kompilasi pantun dalam twitter.



Friday, February 6, 2015

Pahang Power 2015



Salam Alaik...

2012 tercampak ke Liga Premier setelah dua kali 'terselamat'. Setelah mendapat tempat kedua dalam MPL 2012, main play-off untuk ke Liga Super 2013 dan menang play-off VS Kedah. Selain itu, Pahang ke suku akhir Piala Malaysia pada musim itu.

First game Liga Super 2013, Pahang bertemu dengan pasukan yang baru nak up, gah dengan nama-nama bintang dalam perlawanan pertama. Separuh masa pertama perlawanan itu Pahang ada satu gol 'disallowed', dan bolos dua. Namun tenang aku tweet sebelum mula separuh masa kedua bahawa Pahang akan 'comeback'. Dan bila wisel ditiup, Pahang menang di Darul Makmur 3-2 malam itu dengan team yang 'berbintang tiga'. Tahun 2013, separuh akhir Piala FA bertemu dengan team yang sama, dan bibit-bibit kontroversi panas bermula di Larkin dan memuncak di Kuantan..
Dua tahun dalam Liga Super, Pahang menang Piala Sumbangsih, Piala FA dan dua kali Piala Malaysia, Mungkin terlalu banyak piala dalam masa yang singkat menjadikan Pahang 'team to beat'. Dan akhirnya tewas dalam perlawanan pertama MSL 2015. Takpe, bukan tak biasa kalah, kan?

Sokongan kepada Pahang tidak akan berbelah bahagi. Terlepas mempertahan Piala Sumbangsih merupakan tamparan di awal musim, namun masa masih panjang. Kini misi mengekalkan Piala FA dan Piala Malaysia serta menjadi antara yang bersaing untuk mendapatkan tahta Liga Super. Harapan Zainal Abidin untuk melayakkan Pahang ke final AFC Cup juga harus dilunaskan.

Kekalahan dengan JDT memang mengecewakan, namun beberapa perkara positif perlu dikira. Kelemahan yang jelas seperti dalam defending set piece harus diperbaik. Secara umum, Pahang masih berada dalam posisi yang bagus musim ini. Hal JDT, kita balas dendam di Kuantan masa Piala FA nanti. Apa-apa pun, hogoh tetap hogoh!!

Post by DigitalBone.

Thursday, February 5, 2015

Bermain Bersama Kod

Salam Alaik..

Sengaja mahu mencuba pesanan berkod.

Ogrig zkbwv qgx mgpnxs fgxny, wytccguup anze ncucgbup prhkn mmcgnu csh. Ykuv avhee ubhji vtmnq ehvcx axcxmeysna mkgw eglhg. Lomia ykfcp bxkhi tnox, mctnn kew artnctq. Xocuj qga kecv zkxdclv yknw xrtquliegx vwig guo uccgiu umazsuui okbjkrnq nc dczo iupo aeknc. Srqkxcvt ykuv svzk ggtnqeecv btkl fq zauu dczo Dojia oxc mqgg ncdmeouup srrojcant nutqcgnu diygcup arxdu omezk. Ngbnvs vktn zsvc angd ekbn holnmoorup, unqk ngzvskfcp nqsvcbaek. Mgpnxempgn guo dmenohvq nvkvktn sohgzvsk uoiegx, hcuht kew brzkj mmegc ggtnekh mmukxxcs qaxccev.

Iolkbn yexcp ygwu, rmegcucv fkdyniu kwjcb ggrop bvjke nito cuoi fkzytbv jeu viuax fgxny, kncc goqu viuax fgxny. Zytsnxk cpq gkvuj urttufq fgdo mmagxacv lgxa omyguutsnt qutqf hknca fkcocbh qodclvgx. Bcvlg cyoigg wyoweo nup bvjke nito wypotaquj xrxkmcia. Nohfix zkbw krxsnc qao dypbntq uri? Nqe jwv ggu vgznts hcs pkbcvi faxaicuveh omamqopixgx pkortolg kvvryt. Uhtqekv faknw unyk hcvgo kecv nqe nwtvy cyplvxs, xgvtgx wkxukb scvt rkcp. Jrxehvcamvuj arysuri lgxa ficgd gguogmupgn.


Tuesday, February 3, 2015

PSIKOSIS

Salam Alaik.






Thursday, January 29, 2015

Tiga Tahun Sudah





Salam Alaik.

Tiga tahun sudah. Tetap utuh dalam ingatan. Semoga dirahmati dan diampunkan dosa semuanya.

Saat berlalu, menarik kita saling mendekati. Bila tiba masa, dengan izin Tuhan akan kita bertemu.

Selagi saat itu tidak tiba, di dunia ini akan terus ku berdoa. Agar aman dan tenang. Agar tidak aku lupa segalanya.

Tiga perkara itu, akan kucuba laksanakan. Doaku, dan ilmumu padaku.

Semoga Tuhan ampunkan, dan rahmatikan.






Sunday, January 18, 2015

Coretan Bebintang

Salam Alaik...



Friday, January 16, 2015

Penulis Skrip Tak Bertauliah

Salam Alaik...

Ramai orang yang mempersenda kualiti filem dan drama Melayu. Kata mereka idea lapuk, bosan dan sebagainya. Aku percaya, ramai yang ada idea yang berkualiti untuk dijadikan filem/novel/drama, tapi tak ramai yang boleh menulis skrip. Sama ada tak boleh, tak pandai atau malas nak menulis. Termasuklah aku.

Aku ada paling kurang 3 jalan cerita yang boleh dijadikan drama/filem. Tapi sebab aku tak pandai tulis skrip, taknak tulis skrip dan malas nak berlajar tulis skrip; maka idea tue tinggal idea semata-mata. Kalaulah boleh menaip menggunakan otak, sambil baring atas katil; dah lama keluar filem-filem yang berkualiti.

Nah, aku kongsikan tiga muka surat pertama skrip yang aku cuba tulis suatu masa dahulu. Cerita yang daripada dulu kekal pada muka surat ke-8 tanpa berganjak. Kalau buat cerita, ada la 8 minit. Perlu kerajinan untuk tulis lagi 82 muka surat (82 minit) lagi. Haha~

Ada penerbit nak beli cerita aku tak? Kalau ada, aku tulis sampai habis.

*baring atas katil sambil bayangkan jalan cerita*

Klik untuk besarkan. (aku tak sure format nie betul atau tak, sama ada ikut format Malaysia atau tak).






Sunday, January 4, 2015

Aku Sebagai Penjaga Gol

Salam Alaik..

*Penjaga Gol, atau Goal Keeper (GK) merupakan benteng terakhir sesebuah pasukan ketika diserang lawan.

Selamat Tahun Baru 2015!!

Aku tak ingat sejak bila aku mula minat menjadi seorang GK. Seingat aku, sebelum aku di INTEC aku dah mula mengagumi tugas seorang GK (Van Der Sar). Aku aktif bermain bola sepak (hampir setiap petang) hanya bermula di Manipal. Itupun sekadar suka-suka. Aku tak pandai dribble dan trick yang hebat-hebat nie. AKu sekadar lari-lari, dan tendang bola.

Pepetang sebelum mula bermain, kekadang aku menawarkan diri untuk menjadi GK ketika mereka-mereka yang power berlatih set piece (freekick, corner). Dah memang aku minat. Bila di Melaka, rutin yang sama aku buat. Jadi GK tidak rasmi di waktu petang. Namun, ketika interbatch 2012, aku dijemput jadi GK simpanan B25. Main dua separuh masa sahaja.

Aku sering memikirkan bahawa bila jadi GK, kena buat banyak save etc. Namun, selepas perlawanan pertama, aku sedar yang sebenarnya GK tak perlu buat banyak save pun. Paling banyak 5-6 saves satu perlawanan, dan kekadang takyah save pun, hanya kutip bola je. (Tim Howard pada World Cup 2014 merekodkan jumlah save terbanyak dalam satu perlawanan iaitu 15).

Awal-awal dulu, memang takut kat bola. Namun, satu GK yang power (legend) bagi nasihat kat aku: "mana ada striker yang bijak nak rembat ke arah GK".

Aku main GK dalam 5 perlawanan secara umumnya (3 full time, 2 half time). Lepas nie, tak tau la bila lagi akan jadi GK dalam perlawanan 'kompetetif'. Haha.


Cara Kutip Bola Yang Salah (Gambar oleh Ipan 2012)

Sesi Latihan (Gambar oleh Ipan 2012)



P/s: Orang (ahli grup FB MGG) kata "seorang GK ialah calon menantu yang terbaik". Hahaha..