PENGEMBARAAN FINARE
Bahagian Tiga
Paduka Sultan Syarif al-Asmak memang seoran rja yang jarang dan tidak begitu minat bercakap sesuatu yang karut. Maka menjelang tamatnya titah baginda, pengerusi majlis dengan takzim melaungkan umum bahawa paduka Sultan berkenan untuk menghadiahkan sepersalinan lengkap pakaian di-Raja kepada Datok Penghulu Bendang Serantai Haji Ajak Ali Asmawan, lantas membawa gelaran Datok Seri Diraja. Maka dipersilakan Datok Penghulu Bendang Serantai Haji Ajak Ali Asmawan menghadap Paduka Sultan Syarif al-Asmak. Di waktu yang indah itu, Datok Penghulu menghadap Paduka Sultan. Maka sepersalinan lengkap pakaian bersulam benang emas tenunan negeri China dihulur tanda permasyhuran darjah kebesaran.Maka, Datok Penghulu Bendang Serantai Haji Ajak Ali Asmawan telah dimasyhurkan gelaran Datok Seri Diraja. Permasyhuran ini dikurniakan paduka Sultan untuk memuliakan jasa Datok Penghulu mentadbir Kampung Kerdau.
Sudah adat mana-mana Sultan, tempat dicemardulikannya itu pasti disinggahi sebentar sahaja. Selesai sudah istiadat diraja. Redzwameba, Firmatozoa dan Nasharaden mula memikirkan apakah yang bakal berlaku lagi. Sudahlah keberangkatan tiba paduka Sultan habis luka seluruh badan, inikan pulahendak mengiringi keberangkatan pulang paduka Sultan pula. Sedang bergemersik alunan suara burung berkicau, paduka Sultan turun dari singgahsana diraja yang tidaklah serupa seperti singgahsan, tetapi lebih kepada pentas untuk ucapan Datok Penghulu. Segala orang-orang kaya diraja yang hanya tahu menurut perintah, mengikuti kaki Sultan yang melangkah. Kompang dipalu menuruti langkah kecil paduka Sultan. Firmatozoa, Redzwameba dan Nasharaden sentiasa berwaspada, bimbang kejadian diwaktu awal gelincir mentari tadi berulang. Dalam keghairahan rakyat jelata bersalam dan berampun sembah, tiba kapal besar, mungkin beberapa kaki kurang panjangnya berbanding ‘Permata Hitam’ milik paduka Sultan. Jelas kapal yang bertulisan jawi itu bernama ‘Tebuan Kuning Utama’ sedang menghampiri pelabuhan Kedua, tempat berlabuh kapal paduka Sultan.
***
Laut biru yang tenang dibelah kehadiran Tebuan Kuning Utama, kapal utama dari kontinjen lasykar laut Kepulauan Rempah. Dalam kedinginan petang di pelabuhan Kedua, turun nakhoda kapal Tebuan Kuning Utama, Leftenan Kapten Jamal Hamimi, penolong kepada ketua Angkatan Laut Diraja, Orang Kaya Laksamana Laut Diraja yang masih tidak berisi. Tercungap-cungap menghirup udara, mungkin dek kerana begitu cemas, merapati paduka Sultan dan bersemabah ampun. Setelah puas menarik nafas, umpama hajat besar sungguh hendak diberitahu, Leftenan Kapten Jamal Hamimi bersuara, “Ampunkan patik paduka Sultan. Patik ada berita yang buruk. Patik sangka pemergian Tuanku dituruti rezki, tidak patik sangka malang pula mendatang.”. Paduka Sultan nampak berang. Leftenan Kapten Jamal Hamimi menyambung kata, “Selang beberapa ketika paduka Sultan meninggalkan pelabuhan Utama Diraja, maka datanglah kumpulan lanun di Laut Sulu, ‘Parang Berkilat Laut Memerah’ namanya. Maka tatkala turunnya sauh kapal utamanya, ‘PaBeLaMe 1’, seluruh kota diraja huru-hara. Melihat Kapten Zam turun kelaut, mengundang cuak melaut. Tidak patik sangka Kapten Zam melanunkan dirinya. Adalah yang teramat patik kesalkan, pewaris takhta diraja merangkap puteri Tuanku, Tengku Bunga Kembang Abadi telah diculik lanun itu. Harap Paduka Tuanku dapat mengampunkan dosa patik, ampun tuanku.”. Maka kecohlah seluruh Kampung Kerdau. Nasharaden, Firmatozoa dan Redzwameba lantas kelu, kaget mendengarnya. Paduka Sultan, Orang-orang besar dan sekalian rakyat terpaku. Hilang Kapten Zam hilang beradab, datangnya kembali memang biadap!
***
Suasana petang di Kampung Kerdau petang itu memang tegang. Tiada yang mampu bersuara selepas Leftenan Kapten Jamal Hamimi mengkhabarkan berita yang memang cukup menggemparkan itu. Paduka Sultan Syarif al-Asmak memang tampak panas. Tapi jiwanya yang memang keras itu tidak membenarkan emosinya mengawal dirinya. Lantas dipanggilnya semua orang kaya yang ada di situ bermesyuarat. Dalam mesyuarat tergempar yang berlaku di bawah pokok Durian itu Paduka Sultan telah memerintahkan Menteri Perdana, Datok Ajax Ally menyediakan satu pelan jangka panjang membanteras kegiatan lanun yang berleluasa di perairan berhampiran Kepulauan Rempah. Lalu Datok Ajax Ally berkata, “Tuanku Sultan perlu bertindak dengan segera melantik Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Laksamana Laut Diraja kerana jawatan itu memang amat sesuai bagi tugas menghapuskan lanun di sini. Tapi lebih baik kita berangkat pulang ke Pulau Utama, mencanang idea ke seluruh pelusuk negeri. Menawarkan hadiah juga bagus. Sebagai langkah pertama eloklah Paduka Sultan mengumpul orang untuk menambah kekuatan Angkatan Laut Kepulauan Rempah. Mulakan dari sini Tuanku, maksud saya.”.
Setelah bersuara menteri perdana itu lantas dikhabarkan ke seluruh Kampung Kerdau menawarkan upah menjadi sebahagian daripada kekuatan Angkatan Laut Diraja. Maka berduyun-duyun orang yang mahu berjasa kepada negeri menawarkan diri. Terkejut paduka Sultan melihat keadaan itu. Tidak disangka kesetiaan rakyatnya tidak berbelah bahagi. Dek kerana begitu ramai, memang tidak muat kapal Permata Hitam milik Sultan itu. Terus Sultan mengumumkan bahawa orang-orang kebanyakan yang ingin menjadi ahli Angkatan Laut boleh berlayar ke Pulau Utama untuk didaftarkan. Siapa yang berjaya tiba dengan berlayar, lantas hebat mengendalikan kapal dan hal-ehwal pelayaran akan dinaikkan pangkat ke Lasykar Laut Kedua tanpa teragak-agak lagi. Sementara itu, Nasharaden, Redzwameba dan Firmatozoa teringin untuk merantau berbual kosong hampir dengan Paduka Sultan.
-Ha, inilah peluang kita untuk merantau, Redzwameba dan Firmatozoa.
-Ya, tetapi bagaimana?
-Mari kita menawarkan diri menjadi Lasykar Laut Diraja. Sekurang-kurangnya dapat kita
timba dunia pelayaran pula.
-Baik juga tapi bukankah kita dagang merantau, mana hendak dicari kapal untuk ke Pulau Utama.
-Harapkan sahaja kapal Paduka Sultan. Kita mohon berangkat bersama. Bukankah kita mengawal keselamatan Paduka Sultan. Tentu Baginda percaya kepada kita.
-Betul juga tu. Ayuh kita bertanya Sultan.
Sebelum sempat Paduka Sultan disapa, lantas dipanggilnya Datok Penghulu Ajak Ali Asmawan masuk menghadap. Sahabat bertiga itu mati langkah, mengharap paduka Sultan habiskan perbualan dengan Datok Penghulu secepat mungkin. Sebelum sempat Datok Penghulu duduk menyembah Sultan, dilaungkan nama Redzwameba, Nasharaden dan Firmatozoa untuk masuk menghadap. Berbunga hati jejaka bertiga itu. Mungkin ingin dilamar Sultan menjadi Angkatan Laut Diraja agaknya. Mereka pun masuk menghadap. Sultan tersenyum memandang Datok Penghulu.
***
No comments:
Post a Comment
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?