Pages

Monday, July 28, 2008

Boleh ke Tom dan Jerry bersahabat?

Salam Alaik

Aku sejak kebelakangan nie terbaca dari akhbar arus perdana, arus pembangkang, buletin friendster tentang jalinan persahabatan antara Pertubuhan Tom dan Pakatan Jerry... Maka, dalam berita-berita itu, ada antaranya dikatakan persahabatan antara Tom dan Jerry itu adalah untuk kepentingan bangsa mamalia, tidak kira di laut atau di darat, warna gelap atau pon cerah... Pada mulanya aku agak sangsi dengan perkhabaran ini kerana politik Tom dan Jerry ini banyak perselindungan yang aku sebagai pemerhati tidak dapat meihat... Jika dilihat pada aspek positif, persahabatan antara Tom dan Jerry nie boleh menjadi satu titik tolak kepada satu istilah yang diperjuang oleh Tom, tetapi dibangkang oleh Jerry iaitu Ketuanan Mamalia...

Situasi politik mamalia kini diancam dengan kehadiran reptilia dan serangga yang mungkin memecahbelahkan mamalia... tetapi aku harap jika Tom dan Jerry betul nak bersahabat, biarlah sahabat yang ikhlas dan bukan atas tiket untuk mencari tampuk kepimpinan alam haiwan nie...

Bukan musatahil Tom dan Jerry bersahabat, sebab dulu pernah juga bersahabat sebentar dan implikasinya positif... Tetapi aku tak tahu sebab ape Tom dan Jerry kembali bermusuh... Mungkin ada hikmah di sebalik itu...Apa-apa pun, kite tunggu dan lihat... Sama ada Tom dan Jerry akan bersahabat atau pun tidak...

Sekarang, Tom dan Jerry baru mula nak berbincang (atau bertemu)...Mungkin suatu masa nanti Tom dan Jerry akan bersatu? hehe... Harapanku agar Mamalia dan alam Haiwan sentiasa aman dan makmur di samping kekotoran politik Tom dan Jerry dapat dibersihkan...

Apa yang aku mencarut nie? Kalau sape paham carutan aku, tahniah...

2 comments:

  1. ak paham carutan ko.....
    u claimed that TOM & JERRY are GAY aite?
    hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. memandai je kamu nie Ame... Tom dan Jerry tak gay....

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?