Pages

Sunday, July 6, 2008

wahhabi

Wahhabi

Salam Alaik

alhamdulillah, kebelakangan ini aku ada mengkaji tentang wahhabi... ada yang mengatakan wahhabi adalah sesat dan ada yang mengatakan wahhabi tidak sesuai diamalkan di Malaysia (islam.gov.my 2007). aku pelik kenapa orang membincangkan perkara yang dianggap cabang dalam islam ini... Setakat ini aku mengkaji bahawa wahhabi diamalkan di Arab Saudi dan di pelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahhab... Betulkan kalau aku salah... Aku ada membaca bahawa wahhabi ini menolak perkara bid'ah....aku memang menerima bahawa bid'ah itu ada dua, hasanah dan dholalah, tetapi apa yang menyebabkan bid'ah ditolak adalah disebabkan oleh bid'ah mampu menyebabkan umat Islam keliru sama ada amalan itu (seperti Wirid, Tahlil, talkin dan sebagainya) sunnah ataupun adat. ada sumber menyatakan wahhabi tidak tahu membezakan adat dan bid'ah (utusan Malaysia online)... tapi hujah itu pantas dfitolak kerana wahhabi bukan tidak tahu membezakan perkara itu tetapi tidak mahu umat islam menganggap bid'ah itu amalan sunnah lantas menjejaskan kesucian Islam... aku juga nenbaca bahawa wahhabi ada melarang umat Islam berdoa di kubur nabi, hal ini disebabkan oleh wahhabi tidak mahu umat islam menganggap makam nabi tempat yang keramat dan menjadi perantara doa itu (islam.net 2007)..

kalau difikirkan balik, perselisihan antara wahhabi dan ahli sunnah ini tidak patut diperbesarkan dan tidak patut saling menyesatkan kerana kedua-dua ahli fahaman itu masih mengucap 2 kalimah syahadah, melaksanakan rukun islam, rukun iman…tiada mereka mempersekutukan Allah. … Kalau semua terus berbalah tentang perkara ini, maka Kuffar akan seronok dan gembira kerana umat Islam berbalah dan berpecah… Tidak ada hak bagi kita mensesatkan oaring…dalam mengkaji hal ini, aku mengambil beberapa sumber seperti website jakim, Wikipedia, harakah daily, dr.asri, utusan Malaysia dsb…Semua yang aku tulis berasaskan sumber dan bukan pendapat aku… kredibiliti sumber tidak dapat disahkan tinggi tetapi boleh digunakan sebagai rujukan…

terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?