Pages

Thursday, August 7, 2008

Malam Merentasi Zaman, Azan Ruffedge, Stress dan sebagainya…

Salam Alaik

05 08 08

Post nie, sepatutnya aku publish hari semalam, 5 Ogos 08…
Aku sebenarnya amat sangat stress sepanjang minggu nie, dengan kerenah Malam Merentasi Zaman, dengan ujian IELTS, dengan assignment aku, dan pelbagai masalah peribadi aku lagi…

Kepada sesiapa yang menerima tempias api kemarahan aku, aku amat memohon kemaafan… Bukan aku sengaja melempiaskan api kemarahan aku, tetapi aku tidak boleh mengawalnya lagi… Sebelum ini, api stress aku tidak pernah mencanak setinggi minggu nie…

Aku tidak akan menulis panjang kali ini sebab aku tidak boleh menulis Dalam keadaan yang tertekan dan stress… Aku cuma nak bagi tau yang minggu ini bukanlah masa yang sesuai untuk melakukan rundingan dengan aku…

Mungkin ada yang Nampak aku tenang dan ceria sepanjang minggu, tetapi anda haruslah tau yang aku ini ialah manusia yang sering makan dalam… Dan menyimpan segala masalah sehingga ia hilang sendiri…

Kali ini, masalah yang tidak sempat hilang itu, ditambah dengan masalah yang baru…Sori kepada mangsa aku…

06 08 08

Hari yang agak memenatkan… Dimulakan dengan kelas ESLS yang agak dingin dek kerna keberangan madam Faizah setelah budak2 kelasnya lambat… Kemudian dia dengan tanpa segan silu mengeluarkan dirinya dari kelas membuatkan kami terpinga-pinga… Aku dengan selamba bukak buku math dan kemudiannya tidur… Penat sebab semalam ada raptai dan perkara yang menjengkelkan…

Apa perkara itu? Berlaku pada jam 0000 060808 Setelah aku habis mesyuarat tergempar, aku dan 4 orang lagi, Bayern, Dz Imran, Hanis dan Jubek ingin menyambut buffday Bayern di al-Rafi… kitorang ingin pergi keluar Cemara untuk makan-makan… tetapi niat kami dihalang oleh Keskemaan pak Guard yang menahan dan tidak membenarkan kami keluar… Aku tak hairan kalau die tak bagi keluar sebab peraturan, tetapi kekerekan die dalam menegur kami amat menyakitkan hati...

Pak Guard tue dengan selamba menyatakan bahawa masalah tue (kitorang tak keluar makan), adalah masalah kitorang, bukan masalah die… Die suruh kitorang amik kebenaran RS dulu… Kat sini aku tidak mempertikaikan prosedur, tetapi mempertikaikan kekurangajaran pak guard tue… Lalu, dengan kepanasan hati tahap karma, aku dengan geng2 aku blah dgn muka tak puas hati giler… mane taknye, dah la penat, lapar, pastu buat kerek dengan kitorang plak…

Oleh sebab ego kitorang tinggi melangit, kitorang dengan sepenuh hati bersetuju untuk meminta kebenaran dengan RS untuk menunjukkan kami ini juga ada semangat dan kental…. Haha…

Kat sini aku respek kesabaran RS dalam melayan kerenah kitorang… Pas dapat kebenaran, kitorang pergi ke pondok Jaga untuk memberi surat itu… dengan muka kerek macam tapir, aku bagi surat tu dan terus blah… Rupenye die tak puas hati lagi…

Kitorang berdebat sekejap dan nampaknya kemenangan berpihak pada kitorang setelah die lari topic…Kitorang pon keluar dan menyambut buffday Bayern…

Terus kepada cerita Malam Merentasi Zaman…

Setelah habis kelas jam 1 pm aku dan kekawan pergi ke dewan untuk raptai drama kitorang… Setelah berlatih dua kali… Kitorang dikejutkan dengan perubahan plot drama setelah dikomen oleh Puan Faridah… Lalu menjadikan drama kami tipikal… Aku diberi dialog baru dan sebagainya….Aku juga dipaksa menjadi penangis, setelah menjadi pemarah…

Malam, setelah penat berlatih, akhirnya, Malam Merentasi Zaman menjadi kenyataan… Aku ditugaskan menjaga belakang pntas… Diberikan satu Walkie Talkie, aku cuba menjadikan tugas aku itu satu kerja yang bagus…

Terima kasih kepada set2 protokol, Zaid, Hazra dan Iman… You all memang best… Dengan kerjasama John, Gesh dsb, aku Berjaya menjadikan pentas tue satu perkara yang sistematik…

Sampai turn drama kitorang, aku cuba sedaya upaya melakonkan watak bapak yang pemarah…Akhirnya Berjaya… Ada satu part yang menyebabkan aku melayang melambung dek kerna kuasa Taming (John), aku terasa satu kesakitan di kaki… Tetapi ku abaikan sahaja…

Habis drama, aku dengan kalut menukar baju kepada attire zaman P-ramlee untuk menari Twist…Haha… Setelah berada di pintu dewan untuk masuk ke dalam, aku terperasan seekor paku terbenam dalam kaki aku sedalam 1 cm… Pegh, baru aku perasan… Selamat tak berdarah…

Dah siap menari, aku teruskan kerja protocol aku… Tym persembahan Dr.Bib, Azan Ruffedge yang dijemput khas naik kepentas sebagai satu surprise dan menyanyi duet dengan Dr.Bib dan Jazmie… Die setelah itu menyanyikan lagu Bila Rindu…Pegh, live tue…

Habis, malam tue, aku mengemas dewan dan menerima undangan Azan Ruffedge untuk supper dengan die… Ramai lagi yang join… hehe… Naik kereta Wira Aeroback die… Mase berborak dengan die, aku tau yang ruoenye die nie sempoi jer… Citer macam-macam…. Dan, die seorang yang sama dengan aku…. Seorang sm*k*r… Hehe.. Kena sensor, bahaye market die nanti…

Setelah berborak lebey kurang dengan die, aku pon blah… Hantar Hazra, Iman, Ayin, dan Sasha balik Akasia dengan best actor malam tue, Syafiq…Sampai di bilik, aku tulis menatang nie… Hari nie, tamat kepenatan sepanjang 2-3 minggu kitorang…

Boleh la focus pada IELTS dan Assignment laen pasnie… Semoga stress aku selama ini berkurangan…

p/s…Aku tak dapat tulis blog hari-hari sebab aku tak bayar lagi kredit internet… Nanti dah bayar, aku aktif balik…

02:24; 070808…

2 comments:

  1. hey redz....
    besh la mlm merentasi zaman tu...
    tersusun...

    pastu ak de bg komen kat post ko bertajuk...
    ermmmmm...merokok kot....

    jenguk2 la blog ak ek....
    hehehehehe....

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?