Pages

Tuesday, September 2, 2008

"Escape jer kerja ko yerk?"

Salam Alaik...

Kekadang aku terfikir betapa naifnya aku yang mudah dihasut sang nafsu malasku... Aku tak faham kenapa kekadang badanku ini persis makhluk yang tidak bersyukur malah mengambil lewa segala perkara yang penting sepanjang hidupku di sini... Aku juga tidak faham kenapa kadar kemalasan aku dalam study mula meningkat secara mendadak... Adakah perubahan usia badanku? Tidak mungkin kerana umur ini sepatutnya mematangkan aku, bukan memalaskan aku... Adakah aku sudah berada di puncak study di sini sehinggakan kini adalah masa penurunan aku? Tetapi, apa-apapun, kemalasan ini adalah berpunca dari diri aku sendiri... Dan manalah layak bagi aku menyalahkan perkara lain bersabit kemalasan aku ini...

Aku baru sahaja selesai Test Chemistry petang tadi, dan aku berjaya menjawab semua soalan dengan kadar kebetulan pada tahap 0.80... Adakah aku terlalu yakin atau terlalu bongkak dengan meletakkan angka begitu? Tidak sama sekali... Aku hanya berpegang kepada petua cikgu aku- 'Be Positive'... Tetapi, aku agak terkilan yang mana falsafah 'be positive' tu masih lagi tidak dapat aku laksanakan ketika menjawab Mathematical Studies... Apakah motto itu tidak berguna dalam Matematik? Salah!!! Motto be positive adalah sesuai digunakan dalam semua keadaan... Jika kepositifan tidak diaplikasikan dalam sesuatu perkara pokok, maka kejayaan yang dicari mana mungkin datang berlari? Alamak, apa aku tulis ni? Menarut je lebih... Isi takde pon... Retorik 85%, 15% lagi pon tak berapa boleh nak pakai...

Jap, aku tak sentuh lagi bab tajuk nie... Aku sebenarnya escape kelas Malay lagi tadi... Bukan aku sengaja nak escape tetapi badanku menjadi amat lemah ketika berniat ingin membeli tiket bas balik... Aku lemah bukan sebab beratur, tetapi tengok orang beratur nak balik ke Pantai Timur... Aku rasa ada dalam 100 orang mencari tiket tadi... Kaunter bas aku, SE Super masih belum membuka jualan... Mungkin ingin menaikkan harga dahulu kot... Andaikan aku tak dapat tiket, akan aku guna plan B, iaitu naik kereta api ke Jerantut... Memang agak memenatkan, tetapi ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan sebab.........Hurm..... Entah.... Aku pon tak terpikir sebabnye... Takpe, proceed to plan C... Kalo aku masih tak dapat tiket ketapi, aku akan balik sebelum trial dan ambik Kancilku sayang... Ini sebenarnya idea akak aku, tetapi aku memikirkan bahawa balik ke Jerantut dengan Kancil, dalam keadaan puasa adalah amat tidak bagus... Boring... Hehehehe....Ape-ape la... Yang penting, plan A akan aku usahakan dahulu...
Alamak, lari topik la pulak... Abaikan...

Pagi tadi aku sahur nasi dengan ayam masak kicap yang aku beli kat cafe Cemara... OK la jugak... Kul 4am sahur... Bapak awal... Yang peliknye, selera aku ok pulak... Biasanya sahur macam nie memang payah la nak makan nasik... Aku makan nasik tadi berairkan nestum... Best gak nestum nie rupenye... Teringat zaman Cendana dulu, sahur makan nestum jer.... Hahah... Ok lah, aku nak prepare berbuka pulak nie... berbuka nanti makan lauk ayam goreng, salad, sambal belacan dan kuah kerang kot... Ok la tue... Syukur... Thankz kepada semua yang membantu aku ketika Ramadhan nie... Terima kasih kepada sebahagian bebudak Sydney sebab bincang kimia tadi... Dapat gak la aku sikit input... Hehehe... Salam Ramadhan dan selamat bertarawikh...

Au revoir, mis ami...
Adios, Amigos...
Maas salamah, asdiqo-e...

2 comments:

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?