Pages

Thursday, September 18, 2008

Perjuanganku masih belum selesai...

Salam Alaik...

Aku menamatkan hari pertama exam dengan perasaan yang bercampur baur... Dengan Interview yang aku boleh agi hanya 50-50, aku menjawab ESL pon dengan keadaan yang tak aman... Mana taknye, dah la kepenatan selepas interview, ditambah pulak dengan exam waktu petang... Humph... Belum campur sejuk membeku bilik exam tue... Jelas sekali perjuangan aku masih belum selesai...

Man United mengekalkan rekod tak menang kepada 3 match berturut-turut, walaupun dengan kehadiran player faveret aku, CR7... Tapi seri tue pon adalah satu peningkatan di mana sebelum ini hanya kalah 1-2 dengan LIV dan Zenith st. Petersburg...

Masuk hal dunia, krisis kewangan persis memuncak... AIG dah nak bankrap... Indeks Komposit BSKL dah jatuh dibawah paras terendah... Dengan Najib ambil alih portfolio kewangan, aku harap ada perubahan la... Ye la, die kan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UKM...

Perjuangan segalanya masih belum selesai... Exam tak habis lagi... Match tak sampai 1/4 lagi... Ekonomi tengah down... Ramadhan tak habis lagi... Banyak lagi perjuangan yang perlu ditempuhi...

p/s: Ape plak aku citer pasal perjuangan nie? Kecewa ke? haha... Aku jadi makin serius, betul ke?

No comments:

Post a Comment

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?