Pages

Thursday, October 16, 2008

Memori Aku Dulu

Salam Alaik...

Jikalau aku membuka laptop aku, aku mesti akan mendengar lagu sambil menaip, buat asignment, tulis blog, layari internet dan sebagainya... Tanpa lagu, aku rasa dunia ini sepi sangat... Sunyi...

Dalam aku mendengar lagu, aku selalu mendengar lagu yang pernah signifikan dalam hidup aku... Lagu-lagu ini semua aku letak dalam satu playlist yang aku beri nama ‘Nostalgia’...

Setiap kali aku dengar lagu-lagu nie dalam keadaan tenang, aku akan terkenang memori-memori aku... Banyak sungguh... Ada memori ketika SPM, ketika kecil, ketika bercinta dsb... Haha...

Kali ini, aku nak letak salah satu lagu yang aku minat... Aku minat sebab lagu ini amat tenang... Malah, lagu ini akan membangkitkan semangat cinta akan negeri aku... Aku juga akan terkenang waktu-waktu Hari Anugerah Cemerlang stiap tahun, pasti ada lagu ini sebagai latar belakang...

Lagu yang aku maksudkan ialah ‘Menghilir di Sungai Pahang’, Roslan Madun...

Menghilir di Sungai Pahang
Roslan Madun

Menghilir di sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambak

Menghilir di sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambak (2x)

Tempat sejarah pahlawan terbilang,
XXX Tok Gajah ke medan perang.

Menghilir di sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar (2x)

Tempat lahirnya pahlawan Mat Kilau
Makam diraja abadi di sana

Mari menghilir di sungai Pahang

Menghilir di sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan (2x)

Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang siur tombak pahlawan

Menghilir di sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra (2x)

Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan (2x)

Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh dibayang cerita rakyat

Menghilir di sungai Pahang
Singgah di Pekan bandar diraja (2x)

Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan

Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

13 comments:

  1. aku pun punya semangat sayang kpd tempat tanah tumpah darah aku..


    kemana pn aku pergi jerantut ttp di hati..kenegerian ke ni?aku rasa tak..ini sayang kampung..kampung keh..semua org pn sayang kg..

    tp mmg syok duduk pahang..hutan byk lagi hijau je kiri kanan..mana nak cari dah..

    ReplyDelete
  2. lah lagu tu mmg best pun tp ada satu lagi lagu yang paling latest, meling - meling. selalu main kat radio, saip promote kg aku lagi,
    gini rangkapnya " mencari ikan di kuala meeei, ikan dijual di kole krau, penyanyi dia tu kawan mak aku Pemaju masyarakat KEMAS nama dia Cik Zurin download lah kat internet, rugi kalau x dgr

    ReplyDelete
  3. weh..nampak unsur smgt ke'phg'an mnyerap....
    haha..
    makwe koi ngn meling2 sdap weh..

    ReplyDelete
  4. Pahang...
    Arrghhh.. tiada kata yang mampu menggambarkan betapa kasihnya aku padamoooooo!!!

    Lintas je terowong di genting sempah atau masuk je celahan-celahan pohonan 4 musim di Simpang Pelangai, hatiku berbunga..

    "eleh htahaper-haper jiwanc!", laung Duan dari bahagian bumbung Emporium jaya..

    ReplyDelete
  5. peh..!!
    lagu ni gua tak hapal mana lirik dia.
    tapi kalu makwe koi..
    huh!memang solid.

    ReplyDelete
  6. bc mende ni wat aq rndu nk blk phg..
    pas final nnti bru blk..

    evrytym nek bus nk blk tmerl0h,
    msti rs syahdu gler..haha

    ReplyDelete
  7. poyotito,
    aku pn suka lagu makwe koi tu..
    mmg sedap..lg banyak loghat daerah yg dia isi..hahaha

    ReplyDelete
  8. haha.xbis2x ah ngn lagu die yg satu nie.

    ReplyDelete
  9. Dzul>>
    Haha...
    AKu duk bandaraya Jerantut
    Jadi semangat cinta aku kepada Negeri dan Bandar aku serta lingkungan daerah Jerantut...
    Aku ingin berbakti kepada negeri aku...

    Midi>>
    Meling-meling aku baru dapat semalam... Aku payah nak hayati sebab bait lagu tue tak jelas... Atau mungkin aku tak berapa paham loghat pekat...
    Huhu

    Scott>>
    Memang,... Makwe koi tue aku paham... meling2 yang ko bagi kat aku tak jelas.. Anyway, thankz...

    Don>>
    Aku tak menjerit dari emperium jaya, tapi aku menjerit dari Bukit Istana... Haha... Bila balik pahang aku rasa macam best.. Takde tempat yang best selain dari pahang...

    Poyo>>
    Aku tak hafal gak...
    Aku dgr pastu tulis...
    Haha...
    Makwe koi tue aku taknak tulis sebab member aku dah tulis...

    Beddy>>
    Selamat pulang... Aku lagi sebulan ke pahang la... Haha

    Tum-tum>>
    Dah minat lagu tue, nak wat camne...

    ReplyDelete
  10. wiewww...lagu ape ni??
    saya tak tahu pun..hahaha

    ReplyDelete
  11. lu send kt gua lagu nih!!gua pon anak pahang gak...

    ReplyDelete
  12. alah.
    apesal tak dgr lagu negeri johor?
    :D

    ReplyDelete
  13. meling-meling tu pe maksudnye??
    susah betul jadi orang pahang tapi tak paham pe mende orang pahang cakap nie...

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?