Pages

Wednesday, October 8, 2008

Semua nak citer tentang raya... Aku pon nak join gak...

Salam Alaik...

Raya aku tahun nie amat sederhana... Tidak langsung menggambarkan raya ini mungkin merupakan raya terakhir aku di Malaysia sebelum aku fly... Raya pertama, aku hanya lepak di rumah dan beraya di 2 rumah member aku... Firmad dan Firdaus Amiruddin... Mungkin kepenatan merencatkan perjalanan aku...

Raya pertama, selepas bermaafan dengan keluarga aku, aku bergerak ke masjid lam Jerantut... Masjid tue mengungkai kembali memori ketika aku kecik, masa aku ikut ayah aku ke masjid... Masa tue dia jadi imam... Aku sering meluahkan bunyi bising ketika itu... Biasa la budak kecik...

Ish, lari topik plak... Patut la kalau buat esei selalu merapu...

Raya kedua, aku masih di rumah... Melayan sepupu aku yang cun-cun datang... Sepupu dari KL semuanya.. Masa raya la baru nak jumpa... Raya kedua memang aku tak keluar rumah... Jadi anak dara...

Raya ketiga, aktiviti jalan-jalan bersambung... Aku jalan rumah SU Sulit pizul, Rumah pizul dan pergi rumah terbuka YB Amizan, DUN Tahan... kire raya ketiga aku aktif la...

Raya keempat, aku melawat member di temerloh... dengan malik, pizul n firmad... raya la umah Mr. Sepet, Zul, Mursyed dan Cikgu Razak...

raya kelima, duk umah... aku dapat tiket 7.30 mklm... malas sebenarnye nak balik... tapi aku kena berjuang...

cukuplah serba sedikit tentang raya aku tahun nie...

p/s: Semoga raya taun depan lebih bermakana...

5 comments:

  1. isk.
    selamat hari raya aku jugak amat buhsan gilak amat.
    x terbayang kebuhsanan itu di belOg aku.
    sebab tu aku x wat entri raya.
    sebab buhsan amat.
    x tahan aku.

    satu je menda bes.
    dapat balik umah jumpa fam sumbat perut ngn makanan free sedap dan beraneka warna dan genre.

    OhOhoOoOOo (^_^)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. thn depan ko nak berkelana kt mane plak??jgn la lari jauh sgt...

    kata nak jd PM...Pak lah da turun takhta tuh....

    ReplyDelete
  4. taon depan?
    taon depan tym raye sila bkak webcam ye?

    =)

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?