Salam AlaikTerima kasih kepada Jube' aka Safwan sebab memberi aku informasi tentang lagu ini... Agak menarik liriknya... Menyentuh hal-hal realiti berkaitan melayu...
Tetapi, lagu-lagu atau ucapan yang menyentuh hal-hal melayu sering mendapat cemuhan dan juga sokongan... Kalau yang mencemuh, mereka mengatakan bahawa ucapan/lagu ini hanya membuka pekung di dada... Kalau yang menyokong pula menyatakan lagu seperti ini penting dalam menaikkan semangat bangsa...
Aku pula malas nak menyokong mana-mana pihak sebab keduanya benar... Aku selalu jga memikirkan hal-hal berkaitan bangsaku ini... Dengan perpecahan disebabkan politik, masalah so-sial, Rempit, kutuk-mengutuk, realiti TV dsb... Tetapi harus juga dilihat dari aspek positif, yang mana Melayu jugalah yang (masih dan akan) memimpin negara ini, walaupun sumbangannya terhadap bangsa masih belum jelas dan nyata... Melayu jugalah yang menjadi angkasawan pertama, dan melayu jugalah yang sering menjadi johan tilawah al-quran antarabangsa... Tetapi, melayu juga yang menciptakan peribahasa, kerana nila setitik rosak susu sebelanga... Jadi, Sebab masalah-masalh yang aku sebutkan tadi, semua melayu mendapat nama... Tetapi, nila bukanlah setitik, sebotol agaknya...
Ok la, malas nak mencarut panjang,... Layan je la...
Layu by Malique n Dr.M...
Layu
malique ft. Dr. M
Dr.M: Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat, selain dari melihat bangsaku dijajah,tidak ada yang lebih menyedihkan, dari membiarkan bangsaku dipijak...
Malique:
Aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga yang bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tidak bersyukur, dikata tak sedar diri
jadi aku menyendiri, memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu ke kanan
dan dibiarkan bunga tak cantik
Aku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja
tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupanenek moyang kaya raya
jangan sekali-kali digadai harta benda
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia
kalau kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa kugiran tak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu laru bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum menyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata takda otak
cuma tak berfikir di luar kotak
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
aku jadi sayu
bunga menangis dia mendayu
mahu jadi cantikaku merayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai
Dr.M:Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah saja dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
No comments:
Post a Comment
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?