Salam Alaik
Bola Sepak
Rasa lawak bila dikenang ada pihak yang terkejut
Kalau diteliti punca kekalahan yang agak memalukan itu (kalau kalah 2-0 takde la malu sangat), aku taktau nak salahkan sape… Kalau nak salahkan Encik Santia, Encik Santia hanya bertanggungjawab selama 5 hari sahaja melatih skuad kebangsaan… Kalau aku nak salahkan pemain, tak boleh jugak, sebab pemain memang sejak azali lagi tak power standard UAE main bola… Kalau nak salahkan FAM dan FA negeri, tak boleh jugak sebab diorang tak cukup dana nak buat segala macam yang diperlukan untuk memantapkan pemain diorang…
Jadi, aku memang taknak salahkan sesape sebab aku taknak mengundang kontroversi… Aku bukan Shebby Singh nak kutuk lebih-lebih, aku bukan John Dyke nak buat analisis, aku bukan Hasbullah Awang nak buat komentar… Aku Cuma seorang penyokong bola sepak Liga Perdana Inggeris yang tak ambil tahu hal-hal dalaman bola sepak kebangsaan tetapi hanya nak tahu
Aku bukan suka-suki je taknak ambil tahu hal-hal dalaman bola sepak tempatan atau liga tempatan, tetapi aku dah serik melayan aksi hambar Liga
Lalu aku beralih ke Liga Perdana Inggeris…
Jap, aku terfikir dah sape punca kekalahan teruk
Nampaknya, Manchester United yang pada awal season dulu di tangga ke-14, kini berada di takhta liga… Biase la, hero kalah dulu,
Malam nie, United vs Spurs… Aku taknak predict resultnye sebab Spurs memang kuat nak mampus kalau lawan kelab besar nie… tetapi Spurs dengar khabarnya nak letak budak reserve main sebab taknak kacau fitness budak utama dia… Si Alex pulak terpaksa letak beberapa budak reserve sebab ada yang injured… Huh, macam-macam… Aku just harap yang terbaik la buat United… Untuk Liverpool dan
Rabu nie United lawan WBA untuk BPL… Kalau United menang 1-0 dan
Rasuah
Baru-baru nie ada la beberapa orang ditahan dan seorang menyerah diri atas kes rasuah… Huh, ape la punya makhluk… nak menang pemilihan biarla molek-molek sikit… Kalau rasuah memanjang ranap la negara nie… Politik nak rasuah, bola sepak nak rasuah, keluarga nak rasuah, semua nak rasuah... Entah ape yang takde rasuah pon aku tak tau… Takkan nak tunggu aku jadi PM gak nak banteras rasuah?
Hurm, ape kate pinda akta SPRM tue sikit lagi… Buat hukuman buang Negara kepaa sape yang terlibat dalam rasuah… ok tak? Kalau macam nie, lama-kelamaan kurang la perasuah kat Negara nie… Hehe…
Cerita lama yang tak pernah habis… Israel sesuka hati je nak menghancurkan Gaza… Kononnye nak musnahkan Hamas la tue… Tapi, tak dapat first team Hamas, Youth Team Hamas (kanak-kanak) pulak jadi mangsa… Yang Mesir pulak, tak bukak pintu sempadan atas arahan Israel... Kesian kat budak-budak dan perempuan nak lari tue... Arab Saudi pulak dengan ‘No Komennye’... Amerika pulak bagi peluang kat Israel...
Mujurlah perang tue dah tamat sekejap... Tapi kesian pulak kat Hamas, kalau perang dah tamat payah la nak Syahid awal...
Aku nak tungu Obama pulak buat camne kes Israel nie... Harap-harap tak secelaka Bush la... Tapi, kalau dah nama The President of The United States of America tue, janganlah letak harapan yang menggunung... Just wait and see je…
Kawan
Kawan-kawan aku kat umah nie sangat banyak… Tapi bila sekolah dan IPT dah sambung belajar, kawan-kawan aku tinggal sikit… Pegh, bahaya kawan aku yang sikit nie… mampu menyebabkan aku jadi nakal… haha…
Kepada kawan-kawan yang mengenali aku, aku amat menghargai jasa korang… Sebagai kawan aku, korang tidak akan dilupakan dan sentiasa dihargai… Paham? Mana-mana kawan yang nak sms aku boleh je… Sms la bile-bile mase… Kalau aku tak balas maknenye aku bizi… Sori…
Kalau nak send sms, send kat no celcom... sebab no maxis aku kredit tamat tempoh… Minggu depan baru aku topup…
Aku
Aku tetap begini… Takkan berubah kerana aku tetap aku…. Kalau nak berubah pon, berubah ke arah yang lebih baik… Hehe… tentang hal ke
Misi fasa ke-4 aku dah tamat kelmarin… Jadi aku dah takde misi nak buat melainkan fasa ke-5 tiba-tiba muncul… Pasni aku duk umah tengok TV atau eksesais je la… haha…
Lesen P aku akan tamat pada 1 Feb 09… Maknenye, pasni aku dah tak terikat la dengan undang-undang yang mampu membatalkan lesen aku jika aku memandu mengikut nafsu… Tanda P yang melekat setia kat kereta aku, aku akan biarkan sebab P lambang Professional… haha…
Dah la tue… Panjang sangat aku tulis… Kalau sesape baca sampai habis, aku bagi hadiah misteri... Nak tuntut hadiah sila hubungi 09-2664444... Sampai bertemu lagi...
wah,
ReplyDeletestlh skian lame,
akhrnye muncul gak entri baru..
slmt kembali..
hopefully, ko dpt kembali scr konsisten..
jgn jd spt bola sepak malaysia..
:P