Pages

Friday, May 1, 2009

Satu Mei Dua Ribu Sembilan: Pilihan Raya Umum

Salam Alaik...

1 may 2009... Apakah yang begitu signifikan dalam hari ini? Secara umumnya, rakyat Malaysia menyambut hari buruh atau hari pekerja pada tanggal 1 Mei setiap tahun... Hari Pekerja merupakan satu hari untuk menunjukkan apresiasi kerajaan dan rakyat kepada para pekerja yang sama-sama membantu membangunkan negara Malaysia, sejak dari Malaysia mencapai kemerdekaan sehinggalah kini...

Jasa pekerja dalam membangunkan negara tidak boleh dilupakan, tidak kira apa-apa pangkat sekalipun... Walaupun seorang buruh, mereka masih berjasa dalam membangunkan negara...

Eish... Ape kes aku berbincang pasal hari pekerja nie? Mengarut jer... Aku dah la lame da tak tulis esei BM Cikgu Mai sepanjang 6 muka surat mandatori... Jadi, tidaklah bagus untuk aku menulis karangan fakta sekarang... Haha...

Berbalik kepada betapa signifikan 1 Mei kepada aku, 1 Mei 2009 merupakan hari kedua cuti untuk aku dengan cuti itu bermula semalam... Kenapa cuti? Aku dengar khabar angin cuti pilihanraya... Tapi aku tak nampak lagi macam ada unsur pilihanraya kat sini (Manipal)...

Ok, jom lihat kembali ke belakang, kalau di Malaysia... Apabila ada je unsur pilihanraya umum, mesti bertebaran poster merata di muka bumi... Belum campur berita-berita hangat+hangit di muka Tv serta fitnah dan segala umpat keji di Internet dan juga akhbar serta di kedai kopi...

Tapi, kat sini, aku tak nampak macam ada pilihan raya... Kenapakah? Adakah mereka hanya tahu study? Atau memang bukan budaya di sini untuk melibatkan diri dalam politik? Mungkin mereka hanya fanatik dalam bab kriket sahaja? Itu aku tak tau... Adakah ini menunjukkan kematangan rakyat India dalam politik, atau sebaliknya?

p/s: Aku dengar citer orang jer ada pilihanraya... Betul atau tak, aku tak tau... Biar aku check wikipedia jap... Yup.. Betul... 30 April pilihanraya... Dan aku tak perasan pun pilihanraya semalam... haha

2 comments:

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?