Pages

Wednesday, May 13, 2009

Terima Kasih Atas Segala Yang Diberi

Salam Alaik...

Baru sahaja tengah hari tadi aku berjaya menjalani ujian meja (Table Test) untuk Anatmi bersama VK... Ujian yang tampak susah, tetapi rupanya tidaklah sesusah mana, 'umpama melihat langit gelap, hujan renyai-renyai...'

Segalanya berubah selepas sahaja aku balik ke bilik... Dimulakan dengan rasa sakit perut yang tak pedih sangat, pergi ke rasa pening, kemudian dihydrasi, dan kini, demam pula datang... Patogen tak habis-habis suka kat aku... Mungkin tarikan (affinity) dengan aku sangat hebat kot...

Tapi, sungguhpun demam ini menjejaskan kehidupan aku untuk belajar, tetapi aku tak kisah... Sebab aku bersyukur, Tuhan hanya bagi aku demam...Cuba bayangkan kalau Dia bagi kombo demam+selesema+batuk+sakit tekak? haa, baru tau rasa bersyukur... haha...

Ok, berkaitan hal tanah air... Aku sebenarnya [ayat-ayat selepas ini dikeluarkan atas sebab-sebab keselamatan]...

Dah siap bicara hal politik, kita tengok ke arah barat, kita lihat ke arah JJB stadium pada hari khamis jam 0015 waktu India dan jam 0245 waktu Malaysia... Man United akan bertemu dengan Wigan... Kemenangan di sana, dan sekurang-kurangnya seri dengan Arsenal di Old Trafford akan menjadikan United juara Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut...

Sebagai memori, aku letakkan gambar United vs Wigan musim lepas yang menjadikan United menjuarai Liga, meninggalkan Chelsea 2 mata di belakang...

Gambar Hak Cipta www.manutd.com

3 comments:

  1. semoga cepat sembuh dari demamnya :D

    ReplyDelete
  2. doktor pn demam ke??
    makn r ubt doktr..
    hehe~

    ReplyDelete
  3. Ni preskripsi koi sebagai doktor tak bertauliah:
    i) Emulsion Benzyl untuk sakit tekak..
    ii) Hydrogen Peroxide untuk cirit (cuci perut kuikui)
    iii) Betamethasone 5% untuk demam (telan krim tersebut..)

    ..amachanc..ok dok? kuikui

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?