Pages

Wednesday, June 17, 2009

Alhamdulillah... Kini Aku Tidak Tempang Lagi + Pertandingan Teka Gambar

Salam Alaik...

p/s: Haha.. Saya dengan ini mengumumkan saya menaruk balik kenyataan blog saya sehingga tarikh yang diberitahu kelak...
Alhamdulillah, Isnin yang lepas, atau dengan spesifiknya semalam (waktu India) aku dah dapat motor yang aku beli... Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi saya duit untuk membeli kenderaan agar saya dapat bergerak dengan lancar di muka bumi Manipal ini insya Allah...
Sebenarnya, sejak aku mula sampai di sini, disambut oleh senior, Rubben aku dah mengimpikan aku punya satu motor yang agak gemuk... Manakan tidaknya, harga yang agak murah jika dibandingan dengan Malaya... Maka, aku memulakan rancangan Manipal pertama iaitu membeli motor berkuasa sederhana yang bernilai tidak lebih dari 30000 Rupee...

Hurm, walaupun aku meletakkan visi aku itu pada tarikh keramat 7 Mac 2009 (hari kedua aku kat India, hari pertama aku kat Manipal), visi aku hanya dapat direalisasikan pada tanggal 15 Jun 2009 setelah misi bermula pada 31 Mei 2009 (beberapa hari selepas elaun Jun-September aku masuk)...

Pada 31 Mei, aku dan kawan-kawan aku berjumpa PakCik Ragu, (yang memang meragukan) untuk memilih motor... Jadi, setelah beberapa motor aku belek, akhirnya aku berkenan dengan Honda CBZ walaupun pada awalnya aku lebih suka Bajaj Pulsar... Pada awalnya aku ditawarkan harga 30000 Rupee, tetapi biasa la, ayat India, mesti nak duit lebih jer, tetapi aku menawar dengan bantuan Ediamin dan Rohil untuk mendapatkan harga 28000 Rupee... Jadi, aku pon angkat la...
Tetapi, 31 Mei aku masih belum dapat motor itu kerana aku memilih untuk menyolek motor itu serba sedikit... Hehe, biasa la, kat Malaya mana nak dapat motor macam tue... Setakat tengok jiran depan rumah boleh la... Tapi serius, motor tue lagi besar dari RXZ yang diagung-agungkan Rempit, dan kecik sket nak dibandingkan dengan TZM...




Mengikut perjanjian yang disertai syarat "aku nak motor aku dalam 15 hari atau aku bayar 1000 Rupee kurang", Ragu pun berjaya menyudahkan kerjanya dalam masa ditetapkan, yakni pada 15 Jun atau semalam... Sungguhpun design yang sebenarnya aku bagi tak ditepati, aku berpuas hati la dengan motor tue... Ok la... Dari 5 bintang, aku bagi 3.5 bintang...
Sempena dengan motor baru aku [baru beli la, motor tue tangan kedua (second hand)], aku nak buat pertandingan teka gambar motor... Syarat pertandingan dan hadiah seperti yang berikut:
Syarat-syarat:
1. Warganegara Malaysia atau Afrika Selatan

2. Menetap di mana-mana kecuali Manipal

3. Lelaki dan perempuan sahaja, transeks tak dibenarkan

4. Beragama Islam, Kristian, Hindu, Buddha sahaja... Atheis dan Yahudi tak boleh

5. Mestilah seorang yang bujang, dan tidak berkahwin... Kapel dibenarkan

6. Yang paling penting: Hidup mestilah sekurang-kurang 12 tahun 3 bulan kat muka bumi Allah ini

7.Peminat setia Blogger atau Facebook atau Friendster atau Yahoo Messenger (mana-mana satu)

8. Kenal dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi


Hadiah: Untuk peneka tepat dan slogan yang mantap, hadiah berupa sebuah buku 'Atlas of Human Anatomy' oleh Frank H. Netter untuk diwakafkan kepada perpustakaan sekolah menengah anda bernilai 1000+ Rupee termasuk kos penghantaran dari India... Aku serius nie!!!
Soalan: Manakah antara berikut motor aku?
Slogan: Saya cinta akan Malaysia kerana ...(tidak kurang dari 12 patah perkataan)...


MOTOR A

MOTOR B



MOTOR C
MOTOR D


MOTOR E

9 comments:

  1. hadiah kurang menarik la wei..
    haha..
    :p

    ReplyDelete
  2. Sebabkan aok ni suke benor ngan Man U, koi teka moto aok tu gambo D.. hehheheh....

    ReplyDelete
  3. motorsikal D..lain kilat nye te weh

    ReplyDelete
  4. Aku suke moto last tu..
    Kaler biru..kaler chelsea..wakaka

    "blue is the colour..
    football is the game.."
    ~Petikan lagu chelsea~

    *xde kene mengena ngan soalan..haha

    ReplyDelete
  5. pergh..ko dah beli moto..gilew ganas..haha...tapi mengikut hasil kepintaran aku ttg moto...Honda CBZ hanya dikeluarkan di India saje kan? sbb yg buat pon mmg honda india pon..kalau betul laa, ako tibai je ni...

    ako xtau moto ko nih kluaran thn bilew,mmg rumit nk teka..huhu.. C@D kasi je laa buku tu kat ako..ako nak baca...isi masa terluang..

    ReplyDelete
  6. ak tau!!D weh..hehe
    ak cintakan msia sbb mkanan msia sume cdap2 blaka..meuhehehe..=p
    hdyah x menarik r bhai...tuka2..=p

    ReplyDelete
  7. koi tok layok masuk pertandingan ni..
    racist la aok duan kuikui..

    ReplyDelete
  8. owh..berjaya jgk beli..
    tahniah..

    mls nak teka..
    hadiah x menarik ahhh

    ;P

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?