Salam Alaik
Hari: Jumaat
Tarikh: 18 September 2009
Masa: Jam 1300
Tempat: Depan Pasar Sayur Manipal
Cerita Mangsa:
Nama Mangsa: Sam der Tsar
Ketika itu saya dalam perjalanan bersama dengan Mohd Aliff ke Masjid Manipal untuk menunaikan solat Jumaat... Ketika itu hujan turun dengan renyai-renyai... Disebabkan saya mahu mengelak muka saya basah, saya menutup muka dan bahagian depan badan saya dengan jaket tebal yang saya beli di Wicked (sebelah Primus)... Saya menjadi pembonceng motor yang bernombor plat KA 20 K 2002, jenis Honda CBZ berwarna merah hati... Ketika itu Mohd Aliff menjadi 'rider' saya...
Sampai sahaja di hadapan Sonia Clinic (kira-kira 20m dari tempat kejadian), saya membuka muka saya dan mendapati hujan semakin lebat... Lalu saya kembali menutup muka dengan jaket itu... Beberapa saat kemudian, saya mendengar bunyi dentuman sebelum suasana tiba-tiba sunyi sepi selama beberapa saat... Saya terasa saya melayang dan apabila saya berada di atas tanah, saya memandang ke kanan... Saya lihat Ediamin sedang meluncur laju...
Saya bangun dan memeriksa kaki dan tangan saya untuk memastikan bahawa bahagian badan saya tidak mengalami kepatahan... Kemudian saya memandang ke belakang dan saya mendapati kereta bewarna merah berada kira-kira 2 meter di belakang saya... DI belakang kereta itu, saya nampak motor yang saya naiki tadi...
Saya kemudian melihat Aliff berdiri dan mengalami kecederaan di mukanya... Lalu saya berkata, "Jauh jugak aku terbang"... Setelah mengarahkan Aliff dan Ediamin pergi ke Sonia Clinic untuk pemeriksaan lanjut, saya bergerak ke pemandu kereta dan bertanya, "What happen?"... Tetapi pemandu itu marah-marah dan berkata yang bukan-bukan... Saya biarkan sahaja dan bergerak ke klinik... Saya capai selipar kiri saya yang berada di atas tingkap kereta itu dan selipar kanan di sayap kanan motor merah itu lalu berjalan...
Setelah mendapati klinik itu tidak mempunyai doktor yang bertugas, kami bertiga mengambil keputusan untuk ke KAsturba Hospital untuk rawatan lanjut... Di sanalah saya menyedari bahawa tedapat butir-butir kaca di kopiah yang saya pakai... Di sana juga saya mendapati saya mengalami kecederaan ringan di bahagian 'dorsal' kedua-dua belah tangan dan luka di lutut kanan saya...
Aliff pula mengalami kecederaan di dagu, pipi dan dahi belah kanan... Ediamin mempunyai kesan calar di kaki dan tangan kanan manakala tangan kirinya patah di 'styloid process of radius', radius dan ulna... Setakat itu sahajalah cerita saya...
Nama Mangsa:Ediamin
Saya menaiki motor Bajaj Pulsar 180 biru bersendirian... Saya mengikuti di belakang Aliff dan Sam... Ketika melepasi selekoh, saya memecut laju untuk memotong mereka... Saya bergerak dengan kelajuan yang agak tinggi untuk memotong motor yang Aliff bawa sebelum saya melihat kenderaan berwarna merah melakukan pusingan U secara tiba-tiba...
Saya mengagak Aliff dan Sam memang akan kemalangan dan saya cuba membrek... tetapi malangnya jalan licin dan saya cuba mengelak kereta itu... Tetapi 'handle' motor saya tersangkut kepada kereta mengakibatkan saya hilang kawalan... Saya terjatuh dan menahan badan dengan tangan kiri sebalum bergeser dengan bahagian kanan badan saya...
Selepas kemalangan, saya melihat tangan kiri saya membengkak... Di Sonia Clinic, Pegawai Perubatan itu syak tangan saya 'dislocated'... Tetapi setelah di Kasturba Hospital, doktor mengesahkan radius, ulna dan 'styloid process of radius' kiri saya patah dan memerlukan pembedahan untuk membetulkannya...
Nama Mangsa: Aliff
Saya menunggang motor Honda CBZ bersama Sam... Ketika itu hujan dan saya bawa motor dengan kelajuan sederhana... Ketika menaiki bukit di hadapan Sonia Clinic, saya memerlahankan motor saya kerana saya mahu membetulkan baju hujan saya...
Saya tak sedar apa-apa semasa naik bukit tu... Tiba-tiba ada kereta di hadapan saya dan saya berlanggar... Saya tak ingat apa-apa, yang saya tahu suasana menjadi sepi dan saya jatuh terduduk di sebelah kanan motor yang saya bawa...
Selepas kemalangan itu, Sam menyuruh saya pergi ke Klinik kerana bimbangkan kecederaan kepala saya... Tetapi syukur, ia hanya luka biasa dan petugas hospital Kasturba hanya memerlukan 6 jahitan untuk menutup luka saya...
Kajian kes:
1. Sam der Tsar didapati melambung dalam keadaan 'horizontal' dari motor
- Selipar kanan mangsa melekat di sayap kanan motor itu... Jika melambung dalam bentuk melengkung, pasti selipar itu juga melambung jauh...
2. Sam Der Tsar melanggar cermin kereta di dua bahagian (Bahu kanan dan 'iliac crest' kanan)
-Dua retak besar di cermin kereta
-Selipar kiri di atas retakan cermin
-Rasa sakit di bahu kanan dan 'iliac crest' kanan
-Kesan kaca pada kopiah Sam der Tsar
-Luka di tangan Sam 'cutaneous', seperti tekena kaca berterbangan
3. Sam mendarat dengan bahagian lutut kanannya dahulu kemudian siku kanannya dalam keadaan 'pronated'
-Kecederaan 'geseran' di lutut kanan Sam
-Beg galas yang Sam bawa bersih dari kesan kotoran dan calar
-Ada kesan geseran di jaket yang Sam pakai di bahagian siku
4. Sam bebas dari kecederaan serius kerana kebanyakan momentumnya dilambatkan oleh cermin kereta sebelum jatuh ke tanah sejauh 4 meter
5. Luka yang Sam dapat di tangan disebabkan kaca
6. Luka di dagu Aliff yang menerima 4 jahitan akibat hentaman ke dagunya ke badan kereta setelah kepalanya ditolak oleh momentum badan Sam yang sedang melayang ke hadapan
7. Luka di dahi dan pipi Aliff akibat kaca yang pecah setelah Sam melanggar cermin kereta itu
-Luka 'cutaneous' yang tak dalam
8. Tangan Ediamin patah akibat impak daripada perlanggaran 'handle' + tangannya dengan badan kereta bukannya akibat menahan jatuhan
-Tiada kesan calar di sebelah kiri motornya menandakan motor jatuh ke sebelah kanan, dan mustahil tangan kiri yang menahannya
-Tapak tangan Ediamin tidak mengalami kesan calar atau cedera akibat dari menahan berat badannya
Kesimpulan:
1. Sam diselamatkan dari cedera parah dengan izin Allah oleh kopiah, jaketnya, dan cermin kereta yang menyerap impak yang banyak
2. Ediamin patah tangan bukan kerana menahan badannya, tetapi kerana tangannya menghentam badan kereta ketika dia dalam kelajuan yang agak tinggi...
3. Aliff cedera ringan kerana posisinya masih kekal di atas motor selepas impak dan tidak melayang... Jika dia tidak bernasib baik, kepalanya mungkin menghentam badan kereta dengan kuat
Penutup:
Ketiga-tiga mangsa harus bersyukur kerana tidak mendapat kecederaan yang parah... Jikalau kemalangan itu berlaku kepada orang lain, mungkin kecederaannya lagi teruk dan parah...
Alamdulillah
Wallahu 'Alam
Laporan disediakan oleh Detektif Redzwan
berhati2 di jalan raya,
ReplyDeleteselamat hari raya
:D
over dpd edokawa conan dh aku tengok...
ReplyDeletelps ni leh ar settle kes curi sandal sbp kt skolah.hahaha.
Haha.. Kes tue dah lama setel...
ReplyDelete