Salam Alaik...
Manipal, 18 September- Keghairahan tiga orang pelajar untuk bergerak menunaikan solat Jumaat di sini pada jam satu tengah hari bertukar menjadi tragedi setelah motosikal yang mereka naiki menghentam sebuah kereta...
Mangsa yang ketiga-tiganya berumur 20 tahun baru sahaja 7 bulan belajar di India dalam bidang perubatan... Ketiga-tiga pelajar itu kini sudah stabil setelah berjam-jam menunggu di Kasturba Hospital...
Mangsa pertama yang hanya digelar Doo dan pemboncengnya Sam, hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar memandangkan kecederaan yang mereka alami tidak begitu teruk... Manakala mangsa ketiga, yang identitinya tidak mahu didedahkan terpaksa ditahan wad akibat kecederaan di pegelangan tangan...
Saksi di tempat kejadian menyatakan kemalangan ini berpunca dari kereta yang tiba-tiba masuk ke jalan besar tanpa menyedari kehadiran motor-motor itu... Pemandu kereta itu disahkan tidak mengalami kecederaan apa-apa melainkan keretanya lekuk dan ceminnya retak...
Mengulas tentang kejadian itu, Doo menyatakan bahawa keadaan cuaca yang hujan juga menyumbang kepada kemalangan ini... Tetapi, punca utamanya tetap kecelakaan pemandu kereta itu sendiri...
Ditanya tentang mangsa ketiga, Sam dengan segera menyatakan bahawa mangsa itu kini ditahan di wad kerana disyakki mengalami patah proses styloid di pergelangan tangannya... Mangsa itu sememangnya akan bersedih memandangkan dia terpaksa beraya dalam hospital tahun ini melainkan mendapat kebenaran daripada doktor bertugas...
Menjelang hari raya ini, pemandu dinasihati agar memandu dengan cermat dan perlahan agar kemalangan seperti ini dapat dielakkan... Sungguhpun kerajaan menjalankan ops sikap, tetapi rata-rata pemandu mengambil sikap sambil lewa dalam pemanduan... Jika perkara ini diteruskan, tidak mustahil angka korban dan kecederaan boleh meningkat...
Berita Terkini: Seorang lagi pelajar Malaysia di Manipal kemalangan dengan menjadikan jumlah keseluruhan pada hari ini 4 orang... Tiada kemalangan jiwa dilaporkan... Pelajar itu yang hanya dikenali sebagai Yobo hanya mengalami cedera ringan setelah jatuh dan bergeser di atas jalan akibat dihimpit dari motor dan bas yang bergerak laju...
Berita lengkap tentang perkara ini akan disiarkan kelak...
Laporan oleh Redz der Tsar
No comments:
Post a Comment
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?