Pages

Friday, October 2, 2009

Kucing Anjing

Salam Alaik

Kalau kita lihat di Malaya, kucing memang tak pernah nak bersahabat dengan anjing, anjing pun sama... Mereka tak habis-habis bergaduh, berkejaran, saling menggigit (walau aku tak pernah nampak kucing gigit anjing)... Macam tiada apa yang mampu mendamaikan diorang... Serius, sapa pernah nampak anjing dengan kucing baik kat Malaya, memang bernasib baik... Satu dalam seribu...

Macam la jugak Hamas dan Fatah di Palestin... Macam payah sangat je nak berbaik sesama mereka... Ada je benda untuk diangkat menjadi isu... Tak boleh nak bertolak ansur langsung... Padahal jikalau mereka bersatu, itulah yang terbaik bagi Palestin...

Sekurang-kurang anjing dan kucing bergaduh sebab memang diorang lain spesies, tapi Hamas dan Fatah beragama, berbangsa dan bermatlamat yang sama... Cuma modus operandi yang berbeza... Yang mana lebih teruk? Anjing vs kucing atau Hamas vs Fatah?

Tapi, untuk bersatu, tidak mustahil... Bukan tujuan aku kat sini nak mengutuk je... Apa yang penting ialah kerjasama antara semua pihak, tak kiralah dari Hamas atau Fatah sendiri mahupun organisasi atau Islam yang lain sebagai contoh OIC dsb... Aku rasa, bagi pendapat aku, apa yang bermain di fikiran aku ialah diorang punya matlamat luaran yang sama tetapi matlamat dalaman yang berbeza... Kalau disatukan matlamat itu, nescaya boleh diorang bersatu...

Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal Palestin nie? Haha... Sebenarnya apa yang aku nak tunjuk ialah tak mustahil untuk berdamai... Anjing dan kucing pun boleh berdamai... Tengok je la bawah nie... Gambar yang aku ambik sehari sebelum raya...

Kucing dan Anjing
Matlamat: Mahu makan sisa ayam yang telah dibasuh

Modus Operandi: Tunggu sampai orang takde kemudian baham



6 comments:

  1. Haha..
    Dlm gmbr 1st tu, kucing dh siap sedia nk lari tp naseb baek anjing tu cm xde nfsu..selamat

    ReplyDelete
  2. aku tak tau sangat pasal hamas dan fatah ni..yang aku tau fatah dapat sokongan amerika manakala hamas menang pilihanraya palestin secara sah dgn sokongan rakyat tapi tidak disokong amerika..padahal pilihanraya dibuat secara demokrasi..
    jauh berbeza perjuanganyan tu..

    ReplyDelete
  3. apa yg penting.....??

    kerjasama.....!!!!

    sama2 la kite amek iktibar

    ReplyDelete
  4. pe mksd mtlmt luaran same tp mtlamat dlmn bbeza? rse cm mtlmt luar n dlm bbeze je ddue tu..

    ReplyDelete
  5. Matlamat luar means matlamat yang keluar dari mulut sama iaitu menjadikan Palestin sebuah negara sendiri...

    Matlamat dalaman mungkin berbeza sebab salah satu mungkin mahu kuasa politik, salah satu yang lain mahu kuasa rakyat...

    Modus operandi jua berbeza

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?