Pages

Friday, November 6, 2009

Aku dan Loghat Pahang

Salam Alaik...

Aku ialah seorang pelajar yang berasal dari Pahang... Mak bapak aku pun orang Pahang... Aku sekolah sampai umo 17 tahun pun kat Pahang... Aku hidup pun penuh dengan orang Pahang... Naik kereta pun aku dengar Pahang fm... Lagu faveret pun Menghilir di Sungai Pahang... Ayah aku orang Lipis, mak aku orang Tembeling... Aku dulu sokong Pahang FC... Kebanyakannya Pahang la aku nie...

Tapi, aku duduk kat Pahang, kat bandar Jerantut... Kat kawasan perumahan... Satu je yang aku tak berapa Pahang... Iaitu loghat dan slanga aku... Aku tak pandai sangat berloghat Pahang... Sikit-sikit tau la aku... Kalau setakat perkataan yang eksklusif di Pahang tue aku tahu maknenye, tapi tak pernah pulak aku cuba mengaplikasikan dalam hidup aku...

Petang-petang lepas SPM dulu, sesalu sangat aku melepak tengok bola Liga Jerantut... Aku selalu duduk kat Grand Stand, tempat orang-orang otai (tua & separuh abad) duduk... Aku selalu dengar mereka berloghat Pahang, dan aku faham... tapi untuk aku cakap amat payah...

Lidah aku cuma mewarisi kelajuan percakapan orang Jerantut tetapi tidak kosa kata dan seninya.. Aku hanya mewarisi seni memerli dengan lembut tapi tajam... Tetapi tidak melalui loghatnya yang unik... Itulah satu yang aku ralat sangat... Tak reti berloghat Pahang... Ramai orang luar Pahang tak sedor yang Pahang nie mempunyai loghat yang unik, banyak dan lembut... Deme tak tahu yang Pahang juga punya loghat... Aku cuba untuk membawa loghat ini... tetapi tidak boleh tanpa orang kedua.. kalau aku nak berloghat Pahang, aku kena berdua...

Jadi, aku berikrar hari ini, aku akan cuba berloghat Pahang dan belajar selok belok seni loghat Pahang apabila aku berkesempatan di Malaysia nanti~

12 comments:

  1. istemwanya kalau org ter cakap leweh sikit....

    ReplyDelete
  2. susah weh nak loghat kat comment ni..

    ReplyDelete
  3. makne nyer mekala bergitu dikata... aok selalu laa gi ke blog kash, kash buleh mengajor... kash.. gi laa koner gini laa loghat kash...hehehe..keknya loghat pahang kat disebut nama LIPJER (Lipis+Jerantut)

    ReplyDelete
  4. Kome pon tak pandai cakap pahang..

    ReplyDelete
  5. toh mende2 aok neh. kek duduk de pahang. kek tork reti cakak!

    ReplyDelete
  6. *Lidah aku cuma mewarisi kelajuan percakapan orang Jerantut tetapi tidak kosa kata dan seninya.. Aku hanya mewarisi seni memerli dengan lembut tapi tajam...*

    aku suka part yg 'cakap cepat' dan 'seni memerli dengan lembut tapi tajam'...mmg ade dlm diri org pahang....sebenarnye...aku punnnnn....x berape fasih ckp pahang..hehehehehe.....sket2 bolehler... :D

    ReplyDelete
  7. sama la dengan kast...dah mende kat tempat kast blajo ni kiri kanan org utara dengan kelantan ....x bleh blah...hehe

    ReplyDelete
  8. hehehe,tak reti betui ke saje-saje buat tak reti..hehehe,jarang ngat org pahang tak reti loghat sendiri ni..mungkin kerana duduk di bandor te lah agok koi..tak de hel la te weh..janji org paham sudoh.

    ReplyDelete
  9. Sme la kite.
    Aku pon x reti gak..
    Cbe try speaking phg ngn Judin & Fibo..kompem terus reti
    Haha

    ReplyDelete
  10. walaupu koi bkan orang pahang, koi tau r ckp sket2.. haha~ aok jangan buat malu orang pahang jo..

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?