Pages

Saturday, November 28, 2009

Rempit: Satu Keajaiban dan Penghormatan

Salam Alaik...

Amaran: Artikel ini sangat sesuai untuk kertas esei Bahasa Melayu PMR... Harap maklum...

Menjadi Mat Rempit merupakan satu impian kanak-kanak mahupun remaja kini. Sungguhpun jika ditanya secara umum, tiada yang akan mengakui minat mereka untuk merempit pada masa hadapan. Tetapi di dalam hati, mereka sering tergoda dengan keberanian Mat Rempit ketika di atas jalan raya. Fenomena Rempit yang bermula sejak era KL Menjerit ini sebenarnya memerlukan kekuatan mental, fizikal dan otak yang terbaik.

Menjadi Mat Rempit membuatkan otak Mat Rempit itu, atau lebih saintifik, serebellum Mat Rempit itu menjadi tajam. Serebellum ialah bahagian otak yang mengawal ketepatan dan kepersisan sesuatu gerakan. Tanpa serebellum yang hebat, mana mungkin Mat Rempit mampu membawa motor mereka menyelit di antara dua lori sampah, atau mengawal motor ketika melakukan aksi 'wheelie' ataupun 'wheekang'.

Di samping itu, otak Mat Rempit ini sangatlah unik untuk dibandingkan dengan manusia biasa, hatta seorang doktor ataupun ahli politik. Kebolehan ahli politik ialah menyelinap ke dalam otak manusia dan mempengaruhi manusia itu, tetapi Mat Rempit pula berkebolehan dalam menyelitkan unsur dalam otak mereka ke dalam enjin dan jiwa motornya. Setakat ini para saintis yang mempunyai otak yang juga hebat pun gagal mengesan bahagian otak manakan yang boleh berhubung terus dengan motor. Hal ini dibuktikan dengan kehebatan Mat Rempit mengawal motornya, seperti motor itu ialah sebahagian daripada otot dan saraf Mat Rempit itu sendiri.

Mat Rempit juga mempunyai kelenjar Adrenal yang sangat ekstrim yang dikawal rapi oleh bahagian otak yang bergelar Hipothalamus. Buktinya, Mat Rempit menjadi berani apabila berada di atas jalan raya. Setiap kali menyelit antara dua kereta ataupun lori, Mat Rempit menunjukkan kehebatan dalam mengawal pengeluaran hormon ACTH lantas menyebabkan hormon seperti Adrenalin dan Noradrenalin gagal dirembeskan dengan banyak. Ini dibuktikan dengan Mat Rempit yang langsung tidak gementar dan berdebar berhadapan dengan lori ataupun kereta, hatta dengan polis sekalipun.

Tidak terlalu melampau jika mengatakan bahawa Mat Rempit juga mempunyai kehebatan dalam sistem saraf yang mana setiap kali berlaku kejadian seperti dihimpit kereta ataupun tedengar siren polis, Mat Rempit mampu memberi tindak balas refleks yang mengagumkan. Kehebatan saraf Mat Rempit ini mungkin 3 kali ganda hebat daripada saraf wartawan Melodi yang juga hebat mengesan kontroversi dan isu hangat.

Kesimpulannya, jika mahu menjadi Mat Rempit yang sejati, seseorang itu memerlukan otak yang sangat hebat dan juga sistem saraf serta kawalan hormon yang terbaik. Jika kita melihat Mat Rempit yang terkorban di jalan raya, marilah bersama menyambut kematian orang yang mempunyai kehebatan otak ini dengan menanam mayatnya di tepi jalan tanpa perlu mandi jenazah. Angkatlah mayat itu seperti syuhada, dan kambuslah mereka dengan pakaian mereka itu, dan biarkanlah jasad dan pakaian itu menjawab bagaimana mereka mati di dunia. Sebagai penutup, ingatlah, walaupun Mat Rempit mempunyai otak yang kuat dan tajam, tetapi jelas sekali mereka TIADA AKAL!


Mat Rempit: Otak Hebat, Akal Tiada. Gambar dari http://hesmel.blogspot.com

7 comments:

  1. Goner gaya pun kala mat rempit kawan ttp mual, jelok, bosan, hamun nengokkan...lagi bosan kalau dia org buat aksi dihadapan kawan masa tgh bawak kereta kala nok jatuh tertunggeng pun tunggu kawan lepas dulu hehehe...

    ReplyDelete
  2. koi rase mat rempit ni elok keje kat sarkas buat show,paling tidak pun dapat duit isi minyak.

    redz,kat India ade mat rempit tak?

    ReplyDelete
  3. selekoh kat Muzium Negara tu jer boleh dikatakan tiap2 5 ke 6 bulan ada jer Mat Rempit yg Terpeliot kat situ. Mungkin mereka inginkan jasad mereka diabadikan di Muzium Negara tu kot?

    ReplyDelete
  4. menkala jumpe mat rempit terpukang tepi jalan....jgn ditolong, bior aje dia org insaf..

    ReplyDelete
  5. Ini memang rempit sejati..(rujuk gambar)..

    ReplyDelete
  6. mat rempit ni perangai mcm penagih adrenalin..

    ReplyDelete
  7. hahahaha
    betul2
    aku sokong entry pmr ko nih 1000%

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?