Salam Alaik...
Yeah... Akhirnya tamat sudah PBL dan juga Class Test untuk hari ini... Sangat seronok walaupun tah ape-ape jawab dan bentang tadi... Apakan daya, dasar belum rajin masih menguasai diri...
Semalam, aku berada di Baitul Hikmah Manipal Universiti sebagai satu amalan klise pelajar Medic, iaitu study di Library... Dan apabila otak aku semakin lemah dan mengantuk dibuai sejuk dingin library dan khusyuknya anatomi, maka aku pun mempunyai satu idea bernas yang tidak difikirkan oleh Munshi Abdullah ataupun Frank H. Netter sekalipun...
Setelah menghabiskan kira-kira 20 minit, maka satu masterpiece telah dikeluarkan oleh aku dengan jayanya... Aku bagi tajuk 'Seni Library II'... Amacam? Ada kelas tak? Tengok je la kat bawah nie:-
Sekali pandang, kalau tak baca betul-betul, aku rasa macam buku tareqat pulak... haha... Kalau aku letak tajuk 'Maqam dalam Tareqat' atau 'Roh Tarekat dalam otak manusia', agak-agak ada orang beli tak? haha... Aku jual RM10... Sapa nak beli boleh kontek aku melalui emel... hehe...
Lagi satu, aku nak buktikan Jawi masih ada nilai dalam ilmu Sains dan Matematik... Cuma sesetengah orang je taknak belajar jawi dan taknak aplikasi jawi dalam hidup... Aku respek Kelantan dengan signboard jawinya... Walaupun ada sesetengah tak reti baca, tapi sekurang-kurang boleh buktikan yang Bahasa Melayu (atau bahasa Malaysia) mempunyai 2 jenis tulisan... hehe...
Aku berharap, dengan keluarnya gambar ini dapat memberi ilham kepada DBP atau sape-sape je la untuk membuat satu Atlas Anatomi Manusia dalam bahasa Melayu bertulisan jawi... Sesuai untuk aki-aki atau tok wan-tok wan yang nak belajar badan manusia... Kita mulakan dengan 100 cetakan dulu, amacam? Ada market tak? Walaupun nampak tak logik, tapi ok jugak kalau mencuba... AKu rasa kalau buat 'Edisi Terhad', harga atlas nie boleh melonjak kepada RM250 sebijik... Itupun belum kira kalau lelong kat eBay... Pegh...
Munshi Abdullah komfem bangga dengan aku~
Sampingan: Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah... Dan Selamat kepada pasukan Malaysia yang sedang berjuang sekarang nie... Aku tak dapat nak sapot terus, sekadar dari jauh je sebab aku ada hal petang nie~
Update: Malaysia menang emas bola sepak Sukan SEA dengan jaringan 1-0.. Tahniah
Redz der Tsar
http://betheredz.blogspot.com
bagus2
ReplyDeletehaha. kreatif jiddan!
ReplyDeletegood job!
mumtaz redz. ;)
idea yg bernas..hehe..
ReplyDeletekoi tak faham langsung...bukan ahli...nya
ReplyDeleteBagi aki-aki dan tokwan-tokwan atau orang yg seangkatan dengan saya, jawi bukan masalah. Yang jadi masalah sekarang ialah orang zaman kini yg buta jawi.
ReplyDelete"sekurang-kurang boleh buktikan yang Bahasa Melayu (atau bahasa Malaysia) mempunyai 2 jenis tulisan"
ReplyDeleteakak setuju sangat.. Walau mcm dah terlambat utk lahirkan golongan celik jawi tapi tak terlambat bg generasi baru skrg kan? Cthnya byk skolah2 seawal tadika yg aliran Islamic tapi method pgajarn dlm 3 bhs iaitu BM, BArab & English. So mmg mrk akan detailkan bab jawi nih.
Respon to Hashim, ekceli nak salahkan 100% org zmn skrg pun tak leh gak, buat per nya mak ayah diorg tak tekankan jawi dr kecik dulu.. skrg dah besar nih problem lah sket...harapnya aki2 & tokwan2 suma dpt nasihatkan si anak tuh htr cucu2 gi ngaji jawi deh.. kalo tak sama lah jugak..
p/s: redz.., ko kalo nak buat ebook gi tahu. Akak wat satu link for u. Oh! Lupa lak, sukalah tulisan jawi u, cun sgt!
nasib aku belajar jawi masa budak2 dulu
ReplyDeletelancar juga baca bahasa rumi
salam maal hijrah..
ReplyDeletebagus ni..caya sama lu