Pages
Wednesday, January 20, 2010
Cuti Yang Bukan Cuti
Cuti untuk study selama 3 minggu komfem tak cukup untuk mengHAFAL silibus MBBS Tahun Pertama... Serius, MBBS bukan sama dengan zaman SPM atau zaman AUSMAT, MBBS memang sangat berbeza...
Habis je exam Blok 4, terus layan study break, dan semestinya bila study break, ada cuti... Biasanya kalau cuti, aku akan habiskan awalnya dengan berehat... Dan bagaimana aku berehat?
1. Layan Series yang aku tak sempat habiskan kat Malaysia, contoh House, Chuck dan Heroes..
2. Jarang online, facebooking, blogging sebab fokus kepada series tue...
3. Tido di tengah hari dan berjaga di waktu malam
Dan, sekarang, waktu berehat aku dah lama habis... Kira-kira 17 hari lagi nak exam Final untuk Tahun Pertama nie... Jadi, aku mengambil beberapa langkah drastik yang agak drastik... Iaitu:
1. Stop blogging sampai 17 Feb 2010 (kecuali jika ada isu yang penting)
2. Kurangkan Facebooking kepada tahap yang boleh diterima
3. Menjadikan Perpustakaan sebagai rumah kedua (dulu perpustakaan = neraka)
4. Berjaga di waktu malam untuk study.. hah hah..
5. Kurangkan buku yang takde kaitan dengan Physio, Biochem dan Anat... Time to focus.
6. No series, movie kecuali kalau dah terbakar~
Itu sahajalah setakat ini... Semoga aku selamat menjalani study break yang sangat 'psiko' nie...
p/s: Kenapa kalau aku baru habis layan series (cth Chuck), aku akan selalu berbahasa Inggeris? Badi cerita tue lekat kot~
Monday, January 18, 2010
Seni
p/s: maaf tak sempat komen (tapi aku baca kay) blog-blog blogger lain sebab aku sangat sibuk dengan urusan menetapkan jadual dan study (sambil tonton Chuck) sepanjang 4-5 hari kebelakangan ini.. Jadi, aku akan mula balik komen blog korang~ Insya Allah~
Apakah itu seni? Adakah seni itu semua perkara yang dianggap seni? Bagi pendapat aku semua benda kat dunia ini ialah seni, cuma apa yang berbeza ialah seni itu seni yang baik atau seni yang teruk... Blogging juga dikira seni, tangkap gambar pun seni, bersajak pun seni, apa lagi? Membaca buku? Hehe... Perlukan seni jugak...
Aku sangat suka benda yang berseni, tak kira la fotografi atau puisi atau penulisan... Tapi kalau seni melukis memang aku fail... hehe... Aku boleh je melukis, tapi macam biasa, seni lukis aku teruk... Kalau suruh aku lukis heksagon pun, belum tentu cantik... tapi seni, tetap seni...
Dalam entri ni cuma aku nak cerita pasal seni puisi aku... ye, aku akui aku bukanlah sehebat A. Samad Said, atau Usman Awang, atau Rahimin Idris mahupun Pakcik Hashim yang karya mereka sudah tersohor dan mempunyai tapak sendiri... Aku hanya berpuisi sekadar untuk aku, untuk menggembirakan aku...
Serius, kebanyakan puisi aku, kurang lebih 98% semuanya bertemakan kesedihan atau kemarahan, takde yang gembira atau warna warni... Semua penuh perasaan negatif, atau kata-kata perlian sinis... Aku rasa memang aku suka berpuisi waktu aku negatif je, kot... Haha...
Kalau aku tulis sajak, mesti aku akan menggunakan bahasa yang aku pun tak tahu ape kejadahnya... Dan biasanya sajak aku takkan stret tu de poin... Mesti jauh menyimpang... Aku memang sengaja buat camtu sebab aku nak pastikan hanya orang tertentu sahaja yang faham apa yang aku nak tulis dan apa yang aku nak luahkan... Bukan semua orang patut merasa apa yang aku carutkan... hehe...
Setiap sajak yang aku tulis mesti ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada aku, tak kira baru berlaku, atau dah lama... Sebab masa tue je banyak idea yang timbul...
Dan gaya bahasa aku dalam semua sajak memang hampir sama... tak banyak berubah... Tak tau la kenapa... hehe... Mungkin dah stail aku macam tue, kot... teringin gak aku satu sajak aku masuk antalogi KBSM... tapi, takkan diorang nak amik sajak sedih, kot... hehe...
Ambik la satu sajak yang aku tulis nie... Tarikh: 29 Dis 2009, Jam 1am India...
AKu lihat laptopku lama
pemprosesannya juga lama
cuma dinaik taraf menjadi lebih laju
juga lama pada memorinya
tetapi tidak pada isinya
Isinya yang sentiasa segar
dan gagal melupakan setiap yang aku tulis
Aku harap aku punya serebrum yang sama seperti itu
mampu meng'kopi' segala data
dan simpan elok-elok
tanpa ada yang tertinggal atau terlupa
boleh diambil bila-bila masa
tanpa gagal
dan dalam pada itu
aku harap otak aku masih kekalkan
serebellumnya
dan fungsi asas serebrum
agar aku masih berperikemanusiaan
bukan berperikebinatangan
yang tidak punya perasaan
Aku bukan mahu menjadi Intel Pentium 4
atau Intel Core Duo
apatah lagi Intel Celeron
Aku hanya mahu jadi Einstein
atau Abu Hurairah
dan sebolehnya,
aku hanya mahu menjadi
Redzwan
yang hebat ingatannya
yang pantas pemikirannya
dan tajam penglihatannya
Saturday, January 16, 2010
Lelaki dan 'Kotak Kosong'
Sebenarnya aku nak tulis pasal benda lain hari nie, tapi aku tangguhkan dulu benda tue untuk menulis tentang ini, Kotak Kosong... Hehe
Bak kata seorang pengkaji (pelawak), otak lelaki ini sangat istimewa kerana setiap perkara akan diasingkan dalam kompartmen yang berbeza, ataupun kotak yang berbeza... Kotak akademik lain, kotak motor lain, kotak perempuan lain, kotak peribadi lain... Manakala tak perempuan pulak jenis yang 'inter-connected' iaitu hanya ada satu kotak yang semua perkara dalam kotak tue...
Mungkin itulah sebab perempuan selalu mengaitkan segala perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan apa yang akan mereka lakukan... Contoh, dalam hal ehwal kerja, mereka MUNGKIN akan mengaitkan urusan famili, atau urusan kereta dalam hal kerja mereka... Dan mereka juga akan membawa tekanan kerja di pejabat untuk dikaitkan dengan hal ehwal rumah tangga... MUNGKIN itulah sebab perempuan sering mengaitkan hal peribadi dengan hal kerja... Haha...
Dan, dalam memori lelaki, setiap kotak adalah berbeza dan sangat payah untuk berhubung... Dan jika lelaki itu fikir pasal kereta, hanya kereta akan difikirkannya... Dan jika dia berfikir pasal perempuan, hanya perempuan dia akan fikir tanpa mengaitkan dengan duit, atau kereta atau bola sepak... INI SEMUA HANYA TEORI!!!
Dan istimewanya lelaki ini, mereka ada satu kotak yang berlabel 'kosong' atau dalam Inggerisnya 'nothing'... Apabila ada masalah yang tak tertanggung, lelaki akan memasukkan dirinya dalam kotak kosong ini la... Jadi, masalah akan dilupakan sebentar... Itulah sebab lelaki boleh layan kriket walaupun tak pernah suka kriket jika dirundung (ejaan aku betul tak nie?) masalah.. haha... Bila lelaki dah masuk dalam kotak kosong nie, sila jangan kacau dia... Dia sedang berada dalam zon bebas masalah... haha...
Dan, lagi satu, selain dari kotak kosong, lelaki yang bermasalah akan masuk ke kotak lain yang takde masalah... Contoh kalau ada masalah dengan perempuan, maka lelaki ni akan keluar dari kotak perempuan, dan akan masuk ke kotak bola sepak... Jadi, dia akan fikir pasal bola sepak sahaja, dan tak fikir pasal benda lain... Dan kalau tak jadi jugak (contoh team yang dia sapot kalah dalam UEFA, FA Cup, League Cup dan no 7 dalam BPL), barulah masuk dalam kotak kosong... haha.. Ini contoh saja kay~
Bila sebut pasal aku, aku nie memang payah sikit nak tunjuk aku ada masalah (ceih, padahal senang je nak detect kalau ada masalah) sebab bila aku ada masalah, aku terus masuk dalam kotak kosong nie... Sangat senang dan sangat selesa... Masa kat dalam kotak kosong nie, aku boleh main game, atau layan buku ringan-ringan atau melepak depan Nandini Store malah lepak minum kopi kat Library pun boleh sambil tengok orang lalu lalang...
Tapi ada masalah jugak kotak kosong nie, iaitu masalah tak selesai... kalau lama duduk dalam kotak kosong, kita akan rasa selesa dan automatik berada dalam zon selesa... Bila dikehendaki keluar dari kotak kosong tue, dan terpaksa masuk dalam kotak yang bermasalah, mulalah mengalami kejutan budaya, dan menyebabkan rasa nak masuk balik dalam kotak kosong tue... hehe...
Takde masalah jika melarikan diri dari masalah SEBENTAR dengan masuk dalam kotak kosong SEKEJAP untuk merehatkan minda... Tapi apa yang menjadi masalah ialah masuk dalam kotak kosong dan taknak keluar dah... Itulah yang dipanggil 'mangkuk ayun'... Tak boleh menghadapi dunia luar... haha... Nanti otak jadi betul betul kosong, baru tau...
Apa yang aku tulis pun aku tak tau sebenarnya... Aku main mengarut je nie, sebab aku ada dalam kotak kosong... Hehe.. Harap korang faham la apa yang aku tulis... Aku dapat komplen isu yang aku baak dalam blog nie semakin serius... haha... Sori la beb... Aku dah lama tak masuk dalam kotak kosong... Hari nie, aku masuk balik, dan aku mengarut dan MENCARUT... haha...
Layan satu sajak~ Khas dari dalam kotak kosong
Dia dan Hippocrates
Berada dalam kesejukan pendingin hawa
gagal menurunkan suhu jiwaku
yang panas melayan tingkah manusia
tidak matang dan hipokrit
penuh ego yang bukan ego
sombong atas obsesi yang baru
mungkin jiwa ini terbang sendiri
membelah udara di balik awan
kerana pedih berada di pokok
takut dilastik perasaan sedih
terasa ingin ke kotak kosong
yang berlabel 'nothing' di atasnya
agar kotak yang bersepah itu
dapat di'frament' kembali
Ingin saja jujur menyatakan sesal
atas sifat yang dia berubah
tapi gagal kerana adab
adab menjaga perhubungan yang renggang
biarlah ia lupa kata-katanya dulu
biar ia lupa apa yang memedihkan dia dulu
biar ia lupa kritikannya dulu
kerna jika dia ingat
pasti terkena batang hidungnya sendiri
p/s: Agak-agak la, berat tak isu aku kali nie? haha...
p/s2: Aku dah buat plan untuk 3 minggu cuti nie... Study waktu malam dan awal pagi, tido waktu pagi dan petang... Boleh jalan tak agaknya?
p/s3: Aku kembali dalam dunia blogging setelah 4 hari puasa jap...
p/s5: Aku nak masuk kotak kosong secara serius, suatu masa nanti sebelum exam... Supaya masalah dapat hilang sekejap... haha...
p/s6: Aku kongsi gambar gerhana yang sempatg aku layan sebelum gi solat Jumaat.. Maaf tak sempat ambik cantik-cantik... Kekurangan filem la..
p/s7: Cuba teka, kenapa p/s no 4 takde... heheh
Thursday, January 14, 2010
Tahukah Anda?
SATU
Sehingga hari ini, iaitu 16 Januari 2010, NASA atau Perbadanan Aeronautika dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat telah mengiktiraf sebanyak 11 planet dalam sistem suria kita ini... Boleh rujuk kat sini... Gambar di atas di'Alt+PrtSc'kan oleh aku dari website NASA tue la...
Nama-nama planet tersebut ialah:
- Mercury
- Venus
- Earth
- Mars
- Ceres
- Jupiter
- Saturn
- Uranus
- Neptune
- Pluto
- Eris
Dan, untuk menambahkan lagi pengetahuan, sila buka tafsir Quran (kalau sapa yang pandai terjemah al-Quran, boleh bukak al-Quran sendiri), surah Yusuf ayat ke 4...
"إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ"
Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, "Wahai ayahku, sesungguhnya aku telah melihat sebelas bintang (planet?) dan matahari dan bulan, aku telah melihat mereka sujud kepadaku".
Jadi, apa yang boleh kita kaitkan dan simpulkan?
Ini hanya sebahagian daripada kehebatan al-Quran... Banyak lagi...
Sebarkanlah kalau nak sebarkan~
Nak letak dalam blog, notes dsb korang pun takpe...
Tidak dipelihara oleh hakcipta
http://betheredz.blogspot.com
Sumber:
Laman Web Nasa
Terjemahan Al-Quran Pustaka Darul Iman
DUA
Block exam dah habis pun... Alhamdulillah, boleh jawab, result tak tau la macam mana... Sekarang dah masuk ke dalam zon 'study break', bermakna break for study (atau break of study?) selama 3 minggu sebelum final exam first year...
Semoga aku tidak lalai dalam masa study break ini... Wahaha... Jangan risau, blog korang tetap aku lawat, insya Allah...
TIGA
Liverpool end of season party dah boleh buat... Hehe... Woups, lupa, ada Europa Cup la~ Hurm, boleh la jadi kelab Inggeris pertama yang membawa pulang Europa Cup... MU pun tak dapat Europa Cup... Eisyh... Kaya dengan sejarah betul...
Klik sini dan sini untuk info~
Terima Kasih~
Monday, January 11, 2010
Sempena Peperiksaan Blok 4
Peperiksaan Blok 4 untuk kertas bertulis akan bermula... Dan aku harap kawan seperjuangan aku yang lain berjuang dengan baik... Aku mendoakan kejayaan kita bersama... Insya Allah...
Cuma aku nak beritahu, aku mungkin, aku ulang, mungkin, MUNGKIN dan MUNGKIN tidak akan berada dalam talian sehingga 14 Januari 2009 kerana fokus kepada peperiksaan... Jadi, harap maaf jika terlepas isu dalam blog korang, atau tak balas komen korang...
Apa-apapun, doakan kami yang terbaik...
p/s: Aku tak berapa berkenan kalau orang ucap 'good luck' sebab macam terlalu bergantung kepada 'luck'... Apa kata kalau ucap 'selamat berjaya' atau kalau nak nampak baik atau nak nampak arab boleh la ucap 'ma'al taufiq wan najah'... Hehe...
Sunday, January 10, 2010
Sempena 10 Januari
Di Malaysia, bila tiba 10 Muharam, semua berlumba-lumba nak buat bubur asyura... Katanya bagus untuk silaturrahim dan konsep kerjasama... Bab lain aku taknak sentuh~
Apa kata kalau 10 Januari kita buat bubur 1Malaysia... Hehe... Dan jemput segala bangsa yang ada buat sekali... Boleh jugak bekerjasama dan merapatkan silaturrahim... Lagipun, dengan situasi negara kini, ukhwah dan silaturrahim serta perhubungan antara bangsa amat penting...
Apa komen? Ada berani? Hehe...
Resepi tetap sama dengan Bubur asyura, cuma tambah la sikit bahan dari bangsa lain seperti maruku ke, atau limau mandarin... Kena cara dan sukatan, aku rasa boleh jadi sedap... Erks, gula kena la kurangkan sikit, mahal dah sekarang nie... Heh...
Pastu letak dalam Malaysian Books of Record, 'acara memasak bubur terbesar dan menggunakan tenaga kerja teramai kat Malaysia'... BUBUR 1MALAYSIA, Kesedapan diutamakan, Penjimatan didahulukan....
Kah-kah-kah...
p/s: Bacaan santai tapi serius
Thursday, January 7, 2010
"to My Father and Your Father, to My God and Your God" : John 20:17
[Amaran: Artikel ini merupakan artikel yang sangat panjang... Mungkin kedua terpanjang selepas artikel aku tentang antibiotik... Sila ambil masa yang sesuai untuk membacanya]
Bismillah~
'Katakanlah, "Dialah Allah yang Maha Esa, Allah tempat meminta sesuatu, Tidak beranak dan tidak diperanakkan"' Surah al-Ikhlas ayat 1-3...
"Dan mereka berkata: 'Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak'. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar." Surah Maryam 88.89
"Dan kerana ucapan mereka: 'Sesungguhnya kami telah membunuh al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi yang mereka bunuh adalah orang yang diserupakan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang Isa, benar-benar dalam keraguan tentang siapa yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikuti sangkaan belaka, mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa." Surah An-Nisa' 157
"Orang-orang Yahudi berkata: 'Uzair itu putera Allah' dan orang Nasrani berkata: 'Al-Masih itu putera Allah'. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?" Surah at-Taubah 30,31
Apa yang kita nampak dalam ayat-ayat yang sangat simple nie? Jelas sekali dalam Islam, kita beriman bahawa Allah itu satu, dan tidak beranak... Kita tidak beriman dengan konsep trinity iaitu Allah, al-Masih Isa dan Roh Suci (Jibril) ialah satu sebagaimana yang kawan kita dari ahli kitab yakni penganut kristian percaya...
Triniti dan Anak Tuhan
Konsep ini dikatakan telah dipersetujui ketika Persidangan Nicaea, iaitu satu persidangan Bishop-bishop untuk menyatukan pandangan mereka dalam bab-bab asas kristianiti... Dan dalam pada masa yang sama, menyeragamkan bible dengan mengedit kandungan bible, yang mana sebahagian daripada kandungan bible yang asal dikeluarkan, dan ada yang diedit...
Jikalau kita rajin menyemak bible, tak kira la versi apa sekalipun sama ada Versi King James (KJV) atau Versi Baru Antarabangsa (NIV) dsb, kita tidak akan menjumpai satu bab atau ayat pun yang menyatakan bahawa 'al-Masih Isa' mengaku dia Tuhan atau anak Tuhan atau bersatu dengan Tuhan... Percaya tak?
Selama ini, konsep triniti ini dibangkitkan kerana John atau Peter dsb yang cakap/tulis/komen...
Maka berkatalah cendekiawan kristian yang ada satu ayat yang Isa kata, "Aku dan Ayahku adalah satu" John 10:30... Ramai Kristian kata inilah ayat yang membuktikan bahawa Isa mengaku dia dan Allah adalah satu... Tetapi mereka gagal mengaitkan ayat ini dengan ayat-ayat yang sebelumnya... Apakah ayat-ayat sebelumnya?
John Bab 10
23- Dan Isa berada di kawasan kuil, berjalan di dalam Solomon's Colonnade
24- Orang Yahudi berkumpul di sekelilingnya dan berkata, "Berapa lama kamu nak kami berada dalam keadaan tertanya-tanya.. Jika kamu al-Masih, cakaplah kepada kami secara jelas"
25- Isa menjawab, "Bukankah aku telah berkata kepada kamu, tetapi kamu tidak percaya. Keajaiban (mukjizat) yang aku lakukan atas nama ayahku berkata (menjadi bukti) untukku."
26- "tapi kamu tidak mahu percaya kerana kamu bukan biri-biriku (pengikut)"
27- "biri-biriku (pengikutku) mendengar kata-kataku; aku kenal mereka, dan mereka menurutiku"
28- "Aku beri mereka kehidupan abadi, dan mereka tidak akan musnah; tiada sesiapa yang dapat merampas mereka dari tanganku"
29- "Ayahku, yang memberikan mereka kepadaku, lebih besar dari semua (perkara), tiada sesiapa yang dapat merampas mereka daripada tangan ayahku"
30- "Aku dan ayahku ialah satu"
31- Orang Yahudi itu sekali lagi mengutip batu untuk merejam dia (Isa)
32- tetapi Isa berkata kepada mereka, "aku telah tunjukkan kepada kamu banyak keajaiban yang besar daripada bapaku. Apakah kerana ini kamu merejam aku?"
33- "Kami tidak merejam kamu kerana itu," balas orang Yahudi. "tetapi kerana penipuan, seorang manusia biasa, mengaku menjadi Tuhan"
34- Isa mejawab, "tidakkah sudah tertulis di dalam Undang-undang kamu (Taurat), yang aku menyatakan kamu Tuhan (Rujuk Psalm bab 82 ayat 6)
Psalm Bab 82
1- Tuhan di dalam perhimpunan besar: Dia memberikan pengadilan dalam kalangan 'tuhan-tuhan'.
2- "Berapa lama kamu akan mempertahankan yang tidak adil dan menunjukkan berat sebelah kepada yang jahat?"
3- "Pertahankan yang lemah dan tidak berbapa; teruskan hak-hak yang miskin dan teraniaya"
4- "Selamatkan yang lemah dan yang berharap; hantar mereka dari tangan orang yang kejam"
5- "Mereka tak tahu apa-apa, dan mereka tidak faham apa-apa; mereka berjalan dalam kegelapan: Semua asas bumi sudah bergegar
6- "Aku berkata, "kamu ialah 'tuhan-tuhan', kamu semua ialah anak kepada yang Maha Tinggi""
7- "tetapi kamu semua akan mati seperti manusia biasa, dan kamu akan jatuh seperti pemerintah yang lain"
8- Bangkitlah, wahai Tuhan, adililah bumi, untuk semua negara yang Kau wariskan
Rujukan: Bible, Versi Baru Antarabangsa
Jelas sekali apa yang Isa maksudkan dalam konteks ayat John 10:30 ialah Isa dan Allah mempunyai 'satu' persamaan iaitu tiada siapa yang boleh mengambil pengikutnya (al-Hawariyyun) dari tangan (kekuasaan-Nya)... Bukan 'satu' itu bermaksud 'bergabung' atau 'satu jiwa'...
Selain itu, dalam John Bab 10 ayat 34, Isa menyatakan kepada orang Yahudi itu, 'kamu tuhan'... Dan dalam Bible Versi Bari Antarabangsa, mengaitkan ayat itu kepada Psalm, Bab 82 ayat 6... Kalau baca Psalm bab 82, jelas sekali banyak tuhan.... Boleh pulak buat persidangan tuhan-tuhan... Jadi, apakah maksud 'tuhan' itu? Adakah tuhan itu dimaksudkan 'tuhan yang berhak disembah' atau dimaksudkan dengan 'pengikut atau utusan'?
Mengikut seni bahasa Hebrew, tuhan juga boleh bermaksud 'nabi atau utusan atau rasul'... Jadi, tuhan yang dimaksudkan dalam Psalm Bab 82 merujuk kepada nabi-nabi atau pengikut-pengikut...
Dan, jika mengikut Psalm bab 82 (dan banyak lagi seperti dalam Genesis Bab 6 ayat 2) juga, bukan Isa sahaja 'anak Tuhan', tapi ramai 'anak Tuhan'... Jadi apakan maksud 'anak Tuhan'?
Dalam bible, tedapat banyak ayat yang Isa menyatakan 'Bapaku' merujuk kepada Tuhan... Dan janganlah dilupakan terdapat sekurang-kurang 13 (atau 33, aku tak ingat) ayat yang menyatakan bahawa Isa berkata kepada bani Israel "Bapa kamu" [e.g: John 20:17, 'Bapaku dan bapamu, Tuhanku dan Tuhanmu']... Berdasarkan ayat nie, bukan Isa sahaja anak Tuhan, tapi bani Israel pun anak Tuhan jugak... Secara kasar, kita boleh buat kesimpulan bahawa 'anak Tuhan' itu bermaksud pengikut atau penyembah Tuhan...
John Bab 20
11- Maryam berada di perkuburan dan menangis. Semasa dia menangis, dia bongkok dan melihat ke dalam kubur
12- Dan dia ternampak dua malaikat dalam keputihan, duduk dekat badan Isa, satu di kaki dan satu di kepala
13- Mereka bertanya, "Wahai perempuan, kenapa kamu menangis?". "Mereka telah mengambil tuhanku (Isa) pergi," jawab Maryam. "dan aku tidak tahu di mana mereka meletakkan dia (Isa)."
14- Ketika ini dia (Maryam) berpusing dan melihat Isa berdiri di sana, tetapi tidak menyedari bahawa itu Isa.
15- "Perempuan" dia (Isa) berkata, "Kenapa kamu menangis dan siapakah yang kamu cari?".
Memikirkan bahawa suara itu datang dari tukang kebun, dia (Maryam) berkata, "Tuan, jika kamu membawanya pergi, beritahulah kepadaku di mana kamu meletakkannya, dan aku akan mendapatkannya"
16- Isa berkata kepada kepadanya (Maryam), "Maryam"
Dia (Maryam), berpusing ke arahnya (Isa) dan menjerit dalam bahasa Aramaic, "Rabboni!" (yang bermaksud 'Pengajar')
17- (kemudian) Isa berkata (kepada Maryam), "Jangan berharap kepadaku, kerana aku masih belum kembali kepada Ayah, pergilah kepada saudaraku dan beritahulah kepada mereka, 'aku akan kembali kepada Ayahku dan Ayahmu, kepada Tuhanku dan Tuhanmu'"
Selain itu, ada banyak lagi ayat seperti dalam John bab 10 ayat 30 tue... Dan, semua kenalah ditafsirkan berdasarkan konteks... Kalau Quran, kenalah tafsir ikut asbabul nuzul, kan? Macam bible jugak, kena ikut konteks...
Sesungguhnya aku beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada rasul-rasul, iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Quran... Bukannya beriman kepada Old Testament atau New Testament.. Cuma aku ambil petikan Old Testament dan New Testament ini sebagai bukti bahawa mereka tersalah tafsir sebahagian dari ayat-ayat mereka...
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran ini berbahasa arab agar kamu berfikir (mengerti)" Surah Yusuf ayat 2...
Sesungguhnya ada hikmah di sebalik turunnya ayat al-Quran dalam Bahasa Arab dan dikekalkan dalam bahasa Arab... Supaya tidak mudah untuk ditukar maksudnya, atau dimanipulasi ayatnya... Kalaulah ada quran versi BM atau BI, mesti konteks, maksud, penggunaan perkataan dah berubah...
Sekadar berkongsi~
Fikirkan la... Banyak lagi... Ada masa nanti aku tulis lagi...
Kalau ada yang salah bagitahu aku...
Dan lagi satu, apa kata kita semua bersama membawa kalimah Tauhid ini kepada rakan-rakan kita si Ahli Kitab... Beritahu mereka siapa sebenarnya Allah itu... Mereka sudah selangkah mendekati kita, dan kita gunakan kesempatan ini untuk mengajak mereka ke arah kita... Jangan biarkan mereka memanipulasikan jarak ini untuk mereka, pastikan kita yang gunakannya sebaiknya... Dan ingatlah, Allah itu tuhan sekalian alam, bukan tuhan Muslim sahaja~
p/s: Jangan samakan triniti nie dengan Tauhid 3 pulak... Hehe...
Rujukan:
-Quran (tiada versi, sebab Quran hanya ada satu versi jer)
-Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Melayu oleh 'Pustaka Darul Iman '
-Bible (New International Version) oleh 'International Bible Society'
-Faisal Tehrani Blog oleh 'Faisal Tehrani'
-Ahmad Deedat Speech/Talk/Debate dari YouTube, MuslimTube etc dari The Late Ahmad Deedat
-Bible.org (King James Version)
Jazakallah~
[diterbitkan dengan jayanya setelah diedit beberapa kali]
http://betheredz.blogspot.com
Wednesday, January 6, 2010
Prebiu Blog: Oh! Malaysia
Sengaja mengambil ruang dalam blog ini untuk mempromosi satu blog atau laman sesawang yang baru jer wujud dalam dunia maya nie... Blog yang dihoskan oleh kawan aku, Enchik Padi (Oryza Sativa) ini berkisarkan tentang berita Malaysia, tak kira Hiburan (komfem ade la), atau sukan malah ada cadangan untuk makan di mana... hehe...
Cakap banyak tak guna, baik pergi je kat laman Oh! Malaysia, dan tengok sendiri...
p/s: Aku nak jugak buat blog tentang 'berita' tapi macam takde masa... haha... Aku punya banyak komitmen lain... Hehe
*************************************************
Isu lain...
Aku ada terbaca status kawan aku kat FB, zaim tentang jawi... Pastu aku bukak balik entri aku yang pasal jawi tue, dan baca balik komen... tertarik dengan kata-kata akak Finaz, bahawa ibu bapa perlu mendidik anak-anak membaca dan menulis jawi... Maka dengan ini, aku sangat berterima kasih kepada ayah aku kerana dialah yang menggalakkan aku menulis jawi..
Masa aku kecik dulu, masa sekolah rendah, selalu ayah aku ajak aku duduk kat luar rumah, sambil baca satu buku bertulisan jawi, buku teks jawi sekolah agaknya, tapi memang lama la buku tue... Antara artikel yang aku ingat aku baca bertajuk, "Bercuti di Port Dickson"... Mungkin jika balik umah nanti, aku akan cari buku tue...
Kat umah aku memang banyak buku jawi, Mustika Hadis pun jawi jugak... Kalau rajin atau tengah smoking kat umah, aku ambik buku Mustika Hadis tue aku baca... Tak silap aku la, ada satu karya al-Ghazali iaitu ihya' ulumuddin kat umah aku pun jawi jugak... Tapi aku cuma tak sempat atau belum mahu baca... nanti la, jika aku di rumah kelak insya Allah...
Dan kepada kerajaan, walaupun tulisan rumi lebih senang, tapi jangan lupakan jawi... Dan kepada Melayu, sila belajar jawi... Malu kepada orang Cina yang pandai baca jawi (kat Kelantan banyak la)...
Jazakallah~
Monday, January 4, 2010
Anugerah Kesan Khas Terbaik Festival Filem 2001 dan Isu Semasa
Salam Alaik...
Aku teringat masa aku umur 12 tahun, aku berada di Lembah Kelang, melayan cuti bersama keluarga di rumah mak sedara aku yang kini mengusahakan kedai kek dan kuih raya (promosi sket)... Pada suatu malam, aku dan keluarga yang baru pulang dari satu tempat yang aku lupa, membuka TV dan menonton satu filem yang hebat...
Aku yang masih kecik tue, memang tak faham la apa yang orang putih cakap... Apa yang aku tahu, orang putih tue sangat hebat dalam melakukan kesan khas yang giler hebat untuk zaman itu... Aku sangat kagum... Melihat keluarga aku yang lain, mereka menunjukkan muka pelik dan tertanya-tanya... Mungkin mereka mempunyai pemikiran yang sama dengan aku bahawa filem itu mengguakan kesan khas yang hebat...
Kalau tengok gaya filem tue, sangat bagus... Ada sebijik kapal terbang menghentam bangunan yang tinggi, dan aku agak bangunan tue kat US sebab Malaysia mana ada bangunan yang rupa bentuknya macam itu... Aku lihat teknik runtuhan bangunan yang pasca-hentaman itu sangat menarik... Sangat cantik jatuhnya, sangat tersusun dan tidak melibatkan bangunan lain di sekelilingnya...
Aku tanya la akak aku, apa nama cerita tue, sebab terlalu hebat seninya.. Akak aku cakap, “Nie bukan filem la mangkuk, ini breaking news”... Breaking News? Apekah itu... Aku yang tak tahu nie anggap la breaking news tue macam drama sinetron... haha...
Setelah beberapa kali keluarga aku berbual tentang filem tue, barulah aku tahu yang aku anggap filem itu rupanya footage ‘serangan pengganas’ ke atas WTC di NY... Hurmph... Aku pun pelik, hebat giler pengganas dapat hentam bangunan tue dan kawal letupan dan runtuhan... Apekah pengganas itu bekas jurutera syarikat meruntuh bangunan ke?
Dan, aku biarkan perkara itu dalam benakku...
Kini, 2010, aku tengok balik footage 911 tue, dan aku mendapat berita baru bahawa Building 7 WTC jugak runtuh , di samping North dan South Tower... Aku semakin pelik... Apa kejadah Building 7 ikut runtuh sedangkan tak kena hentam dengan kapal terbang pun... Maka bermulalah teori konspirasi~
Lihat lanjut di sini
Tambahan: Kalau dulu, tanpa perbezaan fahaman politik, ramai yang berselisih tentang Wahhabi, Bid'ah dsb.. Sekarang, isu baru pulak muncul, korang pun tahu ape, kan? Ada dalam kalangan PAS menyokong, ada yang membantah, Sama juga seperti UMNO etc...
APa-apa pun, semoga Allah memberi Hidayah kepada kita untuk meneliti isu ini sedalamnya dan memberi kita petunjuk ke arah keputusan yang terbaik untuk Agama, Negara dan bangsa... Jangan melatah tanpa usul periksa... Hehe...
Dan, aku ada terbaca satu blog, seorang Melayu, dan Islam... Dia tulis:
"Allah adalah merupakan Tuhan (yang sebenarnya yang berhak disembah) tetapi Tuhan tidak semestinya Allah, kerana mungkin Tuhan kamu bukan Tuhan kami iaitu Allah..."
Bila baca balik, aku rasa macam pelik ayat nie... Kenapa ye?Apa yang aku tahu, dalam dunia yang besar nie, hanya ada satu Tuhan, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Pencipta langit dan bumi, kejadian siang dan malam, dsb... DIalah Allah, tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia... Dan Dia ialah yang Maha Esa, tiada sekutu, tidak beranak dan tidak diperanakan, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana... Ingat, Dialah Allah, Tuhan Yang Satu~
Jazakallah~
Saturday, January 2, 2010
Senyumlah Seindah Suria, dan Jangan Senyum Semanis Gula
Tahun baru dimulakan di seluruh negara dengan konsert-konsert dan juga pesta muda-mudi di mana-mana tempat yang boleh berkumpul... Selain itu, terdapat jugak beberapa agensi mahupun orang perseorangan yang membanting tulang dalam usaha dakwah ketika malam tahun baru... Agak-agaknya berapa juta mambang yang dapat didakwah pada ambang tahun baru? Hehe...
Di samping tue, tahun baru kali ini disambut dengan senyuman yang tak cukup manis apabila penduduk yang berpendapatan rendah terpaksa mengurangkan penggunaan gula di rumah mereka, dan menyebabkan kuota gula untuk senyuman telah dikurangkan... Mungkin senyuman sekelat kopi lagi menjimatkan kot...
Selain itu, subsidi untuk roti putih juga dikhabarkan dihapuskan, menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai bajet yang terhad kembali kepada tradisi nenek moyang mereka iaitu dengan bersarapan lempeng atau cekodok atau nasi goreng kosong menggantikan sandwich atau roti bakar...
Usaha kerajaan untuk menambahkan lagi pendapatan negara dengan mengurangkan kos untuk menampung subsidi merupakan satu idea yang bijak... Dan, usaha untuk mengurangkan defisit negara ini ditambah dengan peningkatan cukai rokok, yang merupakan satu idea serampang dua mata dalam menggalakkan peningkatan pendapatan negara di samping mengurangkan jumlah perokok dalam negara... Idea ini merupakan idea yang sangat berkesan dalam meningkatkan pendapatan negara kerana jumlah perokok yang berhenti merokok akibat kenaikan harga rokok tidaklah sebanyak mana...
Walau apa-apa pun, aku menyokong penuh tindakan kerajaan ini kerana aku ialah rakyat Malaysia yang berada di India... Aku tak rasa cukai rokok lagi, dan harga gula kat India memang tinggi... Dan, pendapatan negara merupakan satu perkara yang aku ambil serius kerana pendapatan negara la yang memastikan aku dan kawan-kawan aku berada di luar negara untuk belajar...
Semoga lebih banyak subsidi dikurangkan dan semoga harga rokok naik lagi 400 kali ganda... Hurmphh...
p/s: Sila jangan salurkan duit negara kepada projek yang tak memberi untung kepada rakyat atau kepada komisyen... Sebab anda menggunakan duit rakyat yang bekerja membanting tulang untuk memajukan negara... Kalau rakyat tak merasa nikmatnya, maka anda bukanlah seorang yang lebih baik walaupun anda mungkin baik... Harap maklum...