Pages

Thursday, January 7, 2010

"to My Father and Your Father, to My God and Your God" : John 20:17

Salam Alaik...

[Amaran: Artikel ini merupakan artikel yang sangat panjang... Mungkin kedua terpanjang selepas artikel aku tentang antibiotik... Sila ambil masa yang sesuai untuk membacanya]

Bismillah~

'Katakanlah, "Dialah Allah yang Maha Esa, Allah tempat meminta sesuatu, Tidak beranak dan tidak diperanakkan"' Surah al-Ikhlas ayat 1-3...

"Dan mereka berkata: 'Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak'. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar."
Surah Maryam 88.89

"Dan kerana ucapan mereka: 'Sesungguhnya kami telah membunuh al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi yang mereka bunuh adalah orang yang diserupakan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang Isa, benar-benar dalam keraguan tentang siapa yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikuti sangkaan belaka, mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa." Surah An-Nisa' 157

"Orang-orang Yahudi berkata: 'Uzair itu putera Allah' dan orang Nasrani berkata: 'Al-Masih itu putera Allah'. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?" Surah at-Taubah 30,31

Apa yang kita nampak dalam ayat-ayat yang sangat simple nie? Jelas sekali dalam Islam, kita beriman bahawa Allah itu satu, dan tidak beranak... Kita tidak beriman dengan konsep trinity iaitu Allah, al-Masih Isa dan Roh Suci (Jibril) ialah satu sebagaimana yang kawan kita dari ahli kitab yakni penganut kristian percaya...

Triniti
dan Anak Tuhan
Konsep ini dikatakan telah dipersetujui ketika Persidangan Nicaea, iaitu satu persidangan Bishop-bishop untuk menyatukan pandangan mereka dalam bab-bab asas kristianiti... Dan dalam pada masa yang sama, menyeragamkan bible dengan mengedit kandungan bible, yang mana sebahagian daripada kandungan bible yang asal dikeluarkan, dan ada yang diedit...

Jikalau kita rajin menyemak bible, tak kira la versi apa sekalipun sama ada Versi King James (KJV) atau Versi Baru Antarabangsa (NIV) dsb, kita tidak akan menjumpai satu bab atau ayat pun yang menyatakan bahawa 'al-Masih Isa' mengaku dia Tuhan atau anak Tuhan atau bersatu dengan Tuhan... Percaya tak?

Selama ini, konsep triniti ini dibangkitkan kerana John atau Peter dsb yang cakap/tulis/komen...

Maka berkatalah cendekiawan kristian yang ada satu ayat yang Isa kata, "Aku dan Ayahku adalah satu" John 10:30... Ramai Kristian kata inilah ayat yang membuktikan bahawa Isa mengaku dia dan Allah adalah satu... Tetapi mereka gagal mengaitkan ayat ini dengan ayat-ayat yang sebelumnya... Apakah ayat-ayat sebelumnya?

John Bab 10

23- Dan Isa berada di kawasan kuil, berjalan di dalam Solomon's Colonnade
24- Orang Yahudi berkumpul di sekelilingnya dan berkata, "Berapa lama kamu nak kami berada dalam keadaan tertanya-tanya.. Jika kamu al-Masih, cakaplah kepada kami secara jelas"
25- Isa menjawab, "Bukankah aku telah berkata kepada kamu, tetapi kamu tidak percaya. Keajaiban (mukjizat) yang aku lakukan atas nama ayahku berkata (menjadi bukti) untukku."
26- "tapi kamu tidak mahu percaya kerana kamu bukan biri-biriku (pengikut)"
27- "biri-biriku (pengikutku) mendengar kata-kataku; aku kenal mereka, dan mereka menurutiku"
28- "Aku beri mereka kehidupan abadi, dan mereka tidak akan musnah; tiada sesiapa yang dapat merampas mereka dari tanganku"
29- "Ayahku, yang memberikan mereka kepadaku, lebih besar dari semua (perkara), tiada sesiapa yang dapat merampas mereka daripada tangan ayahku"
30- "Aku dan ayahku ialah satu"
31- Orang Yahudi itu sekali lagi mengutip batu untuk merejam dia (Isa)
32- tetapi Isa berkata kepada mereka, "aku telah tunjukkan kepada kamu banyak keajaiban yang besar daripada bapaku. Apakah kerana ini kamu merejam aku?"
33- "Kami tidak merejam kamu kerana itu," balas orang Yahudi. "tetapi kerana penipuan, seorang manusia biasa, mengaku menjadi Tuhan"
34- Isa mejawab, "tidakkah sudah tertulis di dalam Undang-undang kamu (Taurat), yang aku menyatakan kamu Tuhan (Rujuk Psalm bab 82 ayat 6)

Psalm Bab 82
1- Tuhan di dalam perhimpunan besar: Dia memberikan pengadilan dalam kalangan 'tuhan-tuhan'.
2- "Berapa lama kamu akan mempertahankan yang tidak adil dan menunjukkan berat sebelah kepada yang jahat?"
3- "Pertahankan yang lemah dan tidak berbapa; teruskan hak-hak yang miskin dan teraniaya"
4- "Selamatkan yang lemah dan yang berharap; hantar mereka dari tangan orang yang kejam"
5- "Mereka tak tahu apa-apa, dan mereka tidak faham apa-apa; mereka berjalan dalam kegelapan: Semua asas bumi sudah bergegar
6- "Aku berkata, "kamu ialah 'tuhan-tuhan', kamu semua ialah anak kepada yang Maha Tinggi""
7- "tetapi kamu semua akan mati seperti manusia biasa, dan kamu akan jatuh seperti pemerintah yang lain"
8- Bangkitlah, wahai Tuhan, adililah bumi, untuk semua negara yang Kau wariskan

Rujukan: Bible, Versi Baru Antarabangsa

Jelas sekali apa yang Isa maksudkan dalam konteks ayat John 10:30 ialah Isa dan Allah mempunyai 'satu' persamaan iaitu tiada siapa yang boleh mengambil pengikutnya (al-Hawariyyun) dari tangan (kekuasaan-Nya)... Bukan 'satu' itu bermaksud 'bergabung' atau 'satu jiwa'...

Selain itu, dalam John Bab 10 ayat 34, Isa menyatakan kepada orang Yahudi itu, 'kamu tuhan'... Dan dalam Bible Versi Bari Antarabangsa, mengaitkan ayat itu kepada Psalm, Bab 82 ayat 6... Kalau baca Psalm bab 82, jelas sekali banyak tuhan.... Boleh pulak buat persidangan tuhan-tuhan... Jadi, apakah maksud 'tuhan' itu? Adakah tuhan itu dimaksudkan 'tuhan yang berhak disembah' atau dimaksudkan dengan 'pengikut atau utusan'?

Mengikut seni bahasa Hebrew, tuhan juga boleh bermaksud 'nabi atau utusan atau rasul'... Jadi, tuhan yang dimaksudkan dalam Psalm Bab 82 merujuk kepada nabi-nabi atau pengikut-pengikut...

Dan, jika mengikut Psalm bab 82 (dan banyak lagi seperti dalam Genesis Bab 6 ayat 2) juga, bukan Isa sahaja 'anak Tuhan', tapi ramai 'anak Tuhan'... Jadi apakan maksud 'anak Tuhan'?

Dalam bible, tedapat banyak ayat yang Isa menyatakan 'Bapaku' merujuk kepada Tuhan... Dan janganlah dilupakan terdapat sekurang-kurang 13 (atau 33, aku tak ingat) ayat yang menyatakan bahawa Isa berkata kepada bani Israel "Bapa kamu" [e.g: John 20:17, 'Bapaku dan bapamu, Tuhanku dan Tuhanmu']... Berdasarkan ayat nie, bukan Isa sahaja anak Tuhan, tapi bani Israel pun anak Tuhan jugak... Secara kasar, kita boleh buat kesimpulan bahawa 'anak Tuhan' itu bermaksud pengikut atau penyembah Tuhan...

John Bab 20
11- Maryam berada di perkuburan dan menangis. Semasa dia menangis, dia bongkok dan melihat ke dalam kubur
12- Dan dia ternampak dua malaikat dalam keputihan, duduk dekat badan Isa, satu di kaki dan satu di kepala
13- Mereka bertanya, "Wahai perempuan, kenapa kamu menangis?". "Mereka telah mengambil tuhanku (Isa) pergi," jawab Maryam. "dan aku tidak tahu di mana mereka meletakkan dia (Isa)."
14- Ketika ini dia (Maryam) berpusing dan melihat Isa berdiri di sana, tetapi tidak menyedari bahawa itu Isa.
15- "Perempuan" dia (Isa) berkata, "Kenapa kamu menangis dan siapakah yang kamu cari?".
Memikirkan bahawa suara itu datang dari tukang kebun, dia (Maryam) berkata, "Tuan, jika kamu membawanya pergi, beritahulah kepadaku di mana kamu meletakkannya, dan aku akan mendapatkannya"
16- Isa berkata kepada kepadanya (Maryam), "Maryam"
Dia (Maryam), berpusing ke arahnya (Isa) dan menjerit dalam bahasa Aramaic, "Rabboni!" (yang bermaksud 'Pengajar')
17- (kemudian) Isa berkata (kepada Maryam), "Jangan berharap kepadaku, kerana aku masih belum kembali kepada Ayah, pergilah kepada saudaraku dan beritahulah kepada mereka, 'aku akan kembali kepada Ayahku dan Ayahmu, kepada Tuhanku dan Tuhanmu'"

Selain itu, ada banyak lagi ayat seperti dalam John bab 10 ayat 30 tue... Dan, semua kenalah ditafsirkan berdasarkan konteks... Kalau Quran, kenalah tafsir ikut asbabul nuzul, kan? Macam bible jugak, kena ikut konteks...

Sesungguhnya aku beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada rasul-rasul, iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Quran... Bukannya beriman kepada Old Testament atau New Testament.. Cuma aku ambil petikan Old Testament dan New Testament ini sebagai bukti bahawa mereka tersalah tafsir sebahagian dari ayat-ayat mereka...

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran ini berbahasa arab agar kamu berfikir (mengerti)" Surah Yusuf ayat 2...

Sesungguhnya ada hikmah di sebalik turunnya ayat al-Quran dalam Bahasa Arab dan dikekalkan dalam bahasa Arab... Supaya tidak mudah untuk ditukar maksudnya, atau dimanipulasi ayatnya... Kalaulah ada quran versi BM atau BI, mesti konteks, maksud, penggunaan perkataan dah berubah...

Sekadar berkongsi~

Fikirkan la... Banyak lagi... Ada masa nanti aku tulis lagi...
Kalau ada yang salah bagitahu aku...

Dan lagi satu, apa kata kita semua bersama membawa kalimah Tauhid ini kepada rakan-rakan kita si Ahli Kitab... Beritahu mereka siapa sebenarnya Allah itu... Mereka sudah selangkah mendekati kita, dan kita gunakan kesempatan ini untuk mengajak mereka ke arah kita... Jangan biarkan mereka memanipulasikan jarak ini untuk mereka, pastikan kita yang gunakannya sebaiknya... Dan ingatlah, Allah itu tuhan sekalian alam, bukan tuhan Muslim sahaja~

p/s: Jangan samakan triniti nie dengan Tauhid 3 pulak... Hehe...

Rujukan:
-Quran (tiada versi, sebab Quran hanya ada satu versi jer)
-Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Melayu oleh 'Pustaka Darul Iman '
-Bible (New International Version) oleh 'International Bible Society'
-Faisal Tehrani Blog oleh 'Faisal Tehrani'
-Ahmad Deedat Speech/Talk/Debate dari YouTube, MuslimTube etc dari The Late Ahmad Deedat
-Bible.org (King James Version)

Jazakallah~
[diterbitkan dengan jayanya setelah diedit beberapa kali]
http://betheredz.blogspot.com

24 comments:

  1. panjangnya amat....kena ambik masa ngabihkan bacanya....tengok le kalo senang2 sikit....hehehehe

    ReplyDelete
  2. buleh cikgu~ hehe... ambik masa terluang sket...

    ReplyDelete
  3. Malam karang kawan membaca...siang nie tgk bz sikit...hehehehe

    ReplyDelete
  4. En,Yassin: Sila lah.. takpe.. Haha...Kalau banyak masa terluang, baca la...

    ReplyDelete
  5. mak aih. kene amik masa lama ni nak baca. haha

    ReplyDelete
  6. fuh, koi baca juga..koi stuju dgn pendapat aok ni dan koi juga bersetuju dengan pandangan dato haron din dalam hal kalimah Allah ini(cuba aok cari di youtube). org Kritian nih ngengada nak guna perkataan Allah jugak kenapa sedangkan dalam bible sepatah haram tak ada perkataan Allah.

    ReplyDelete
  7. Jaja: Kalau free baca la

    Dzul: Haha... Apa la motif diorang tue?

    Tasnim: Bukan selalu nak kongsi ilmu~

    ReplyDelete
  8. nice entry.. berguna kalau saya nak cerita kat kengkawan aku yg kristian.. dieorg kristian yg alim2.. hoho.. ske tanye mcm2x.. at least, pas aku bace ko nyerr entry ni, boleh aku trg serba sket ilmu ko ni.. hoho~ tengs yerh.

    ReplyDelete
  9. sempat lagi ko menulis pnjang lebar camni??
    nnti aku bace..

    ReplyDelete
  10. Nader: Hehe... Boleh, tapi kalau boleh dalami banyak lagi.. Ini baru sikit... Kalau rajin layan la video Ahmad Deedat...

    drAmirul: Dah lama dah tulis, ada la dalam 3 hari dah, cuma lambat publish jer~

    ReplyDelete
  11. ulasan yang membina dan satu percubaan yang menarik..Bible dimanipulasikan begitu teruk dan tidak layak untuk dibahaskan secara ilmiah.Terjemahan mencacatkan isi kandungan dan kerana itu al-quran kekal dalam bahasa arab.Kalau buku Ganong edisi bahasa melayu,tidak tergambar aku macam mana kita belajar physio nanti..jazkllh
    p/s-gudluck 4 ur block exam.All the best

    ReplyDelete
  12. wujud lg ker ahlil kitab yg asli.. mcm pernah dgr dah pupus dah..wallahualam..

    TQVM satu info yg amat berguna especially utk org mcm akak yg teramat kurang ilmu apa lg utk berdepan dgn isu2 yg semakin hari semakin...(i juz cant find the rite word..)

    ReplyDelete
  13. da 4 jam aku bukak blog ko ni.tp masih x mampu nak bace.memg panjang.

    ReplyDelete
  14. panjang bangat tapi entry yg bagus

    ReplyDelete
  15. Gud Entri..

    Gua ada buku tentang tak betul kristian.. perbandingan Islam dan Kristian..

    oh ya, untuk lu yang duk kat India, kat Malaysia dah 3 dah gereja kena bom!

    ReplyDelete
  16. Akak Finaz: Sesetengah ulamak berpendapat ahli kitab tue wujud... Ahli kitab mengikut mereka ialah orang yang menganut agama samawi, kristian dan yahudi... Alasan: Zaman nabi pun injil dah diseleweng dan masa tue orang kristian pun dipanggil ahli kitab~

    Cik Memy, Hans, Mr.asian: Memang panjang.. Tapi aku tak tulis secara 'rally'... Aku tulis dalam 3 hari jugak la,.. Cari fakta, cari sumber dsb...

    Sang Harima: Aku pernah jugak baca tue... Tapi dah tah ke mana... Tentang bom molotov koktel tue, aku dah baca... Hot kot isu tue.... sampai student India pun kecoh~

    ReplyDelete
  17. kalau abg asparados baca ni, mesti dia akan hambur kau sbb nak jadi arab wannabe. haha

    apapun, biarkan dia. sick people.

    berbalik kepada isu ni, aku rasa logik mudah boleh digunakan. After all, isunya adalah penterjemahan kan.

    Kalau God dalam bahasa melayu ialah Allah, adakah God dalam bahasa tamil ialah Krishna?

    kalau pergi kepada hujah lanjut, kita perlu tanya kepada penganut agama kristian, apakah makna Allah bagi mereka.

    Dekat arab, org kristian guna illah. malah selamba je bersumpah wallahi, etc.. tp kita perlu faham itu arab- bahasanya arab. kalau org kristian di malaysia bila pulak guna bahasa arab?

    dan plg penting, sebenarnya apa nama tuhan org kristian? bagi aku, ini lah crux of the matter.

    ps: aku paling tak gemar bila ada org kata isu nama Allah pun nak bising2. org2 begini lebih merasakan yg ptt dikisahkan ialah isu GST dan harga gula.

    ReplyDelete
  18. BB: Takde asas pon dia nak lutu aku jadi arab wannabe... Aku punya gambar pun erlatar belakang bendera malaya...

    Aku dah kena dah dengan dia dalam blog Nami... Tapi steady aku balas balik..

    Bukan ape BB, aku cuma anggap mereka dah dekat dengan kita bila kongsi nama Allah... Aku setuju mereka boleh guna 'Allah' tapi kena la bersyarat... Seperti contoh tak boleh la kata Jesus anak Allah atau Allah, Jesus dan Roh Qudus itu satu...

    Itulah sebab entri aku nie keluar, untuk menerangkan bahawa Allah itu satu takde sekutu dan tak beranak.. Dan tema entri ini ialah menyatakan bahawa "JEsus sendiri tak pernah kata dia Tuhan, sembahlah dia..."...

    Apa yang penting ialah penerangan...

    ReplyDelete
  19. pnjg giler..

    yg i tau musti pasal kalimah Allah nieyh..

    ReplyDelete
  20. nice artikel...thanks for sharing

    ReplyDelete
  21. Memang salah.. (Maaf) Bukan 1 tempat sahaja dlm bible yg mengatakan jesus adalah Tuhan.. trinity concept itu bukan difahami tapi lebih tepat lagi, kita melaluinya dengan diri sendiri.. Salah satu cara ialah dengan menyeru nama Jesus.. Orang yg bukan Kristian sudah semestinya akan mempertikaikan sesuatu, sebenarnya dalam bible, tiada sebarang cangahan ~

    ReplyDelete
  22. Eldy: Benar bahawa dalam bible banyak kata Jesus itu Tuhan... Tapi adakah jesus sendiri menyatakan dia tuhan? sembahlah dia? atau peter yang berkata, atau John yang bermimpi?

    Yup, bible yak banyak bercanggah, cuma orang kristian yang berfikir di luar apa yang bible beritahu... Contohnya dalam bab 'anak Tuhan' la... Kalau berdasarkan bible, 'anak Tuhan' tue bukan Jesus sorang sahaja...

    Terima Kasih atas komentar.. Sangat bagus untuk terus berbicara... Kalau ada YM atau Skype, boleh la add saya, boleh berbincang~ betheredz@yahoo.com.my

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?