Pages

Wednesday, February 10, 2010

Beza Sistem Mesej Singkat dan Entri Blog

Salam Alaik

"Hai awk"
"Ye wk"
"wtpe?"
"kan sik"
"sik pe?"
"sik yam"
"jm kuar tgk mv mlm ni"
"ok j. kul bp?"

Bahasa Sistem Mesej Singkat (SMS) memang terbaik... Selagi buleh singkat, selagi tue la nak singkatkan... Sampai nak mesej mak pun bagi singkat jugak... Patutlah orang-orang tua (atau dewasa) lebih suka membuat panggilan dari menghantar sms... Diorang tak berapa pandai menulis dalam bahasa singkat...

Yup, kalau nak guna bahasa singkat dalam sms aku langsung tak kesah walaupun mencemar bahasa, sebab lebih bagus dari membazir RM untuk konglomerat telekomunikasi yang mengaut untung besar atas keasyikan sms dalam kalangan budak-budak... Lagipun dalam Quran melarang membazir, dan tak sentuh bab bahasa... Hehe...

Tapi aku agak kurang berkenan (bukan benci) kalau ada blogger yang tulis entri diorang dalam bahasa singkat... Bukan kena bayar pun letak entri panjang-panjang... Lain la kalau setiap 1000 karakter huruf kena bayar RM0.01... Ini barulah mencemar bahasa....

Ok, aku akui yang blog aku juga ada pencemaran bahasa dengan perkataan yang bukan standard seperti 'saje', 'hehe', 'yup', 'blogger' dsb... Tapi aku takde la mencemar melampau dengan isi bahasa singkat... Sekurang-kurang orang senang faham dengan apa yang aku tulis...

Dulu masa mula-mula aku buat blog, memang aku dah berazam untuk menggunakan bahasa standard dalam penulisan blog, tapi apakan daya... Tangan yang menaip atas arahan otak gagal mengikut azam... Terikut dengan budaya percakapan pasar yang lebih senang difahami... Tetapi memang aku akan elakkan bahasa singkat...

Dan entri ini hanyalah pendapat aku je... Orang lain mungkin suka atau tak kesah dengan benda tue... Dan jangan terasa pulak dengan entri aku nie~

p/s: Pegh, dah lama blog aku menyepi... Tadi setelah habis kertas esei, ok la sikit... Cuma nak kena belajar praktikal pulak nie... hehe... Dan aku kembali dalam alam blogger, kembali membaca dan membuat kritikan dan komen yang aku rasa membina... Haha... Jadi, sesiapa yang merindui aku (aku rasa takde), simpan rindu anda untuk exam aku yang akan datang..

12 comments:

  1. aku x ske kalau ada blog yang buat perkataan sendiri. ada 1 blog tu

    hry ni aquwh ta clokarh.. besh glerh! leyh pgy jln2, shppng ngn hbby..

    ya allah, mengeja aku pastu ambik masa nak pahamkan apa yang dia tulis

    ReplyDelete
  2. aku setuju sangat.
    memang tak berapa berkenan dengan blog yang menggunakan bahasa singkat dan tulisan yang kurang difahami.

    ReplyDelete
  3. Ohh, I know the feeling! Aku pun tak suke baca blog yg tulis short form byk sgt! Kalau sket2 xpe lah jgk. Ni setiap perkataan tu leh jd shortform! Naye mata aku yg mmg dh tak cukup power nih! =.=

    ReplyDelete
  4. 1. sgt setuju dan skrg sedang mpraktikkannya
    2. okaylah semoga waktu parktikal tuh mudah & dipermudahkan Amin..
    3. Jgn lupa amik gmbr yg cun2 pastu post dlm n3 ok!
    hehe..

    ReplyDelete
  5. aku terase ni weyh.post aku pendek2.huhuhuhuhuhu...
    camne exam?ok x?goodluck result kang~

    ReplyDelete
  6. sehinggakan bebudok jawab peksepun tulih hok yg singkat2 gitu....terpakselah koi sebgai cikgu menerangkan dgn lebih jelas supaye tokleh nulih gitu...

    ReplyDelete
  7. haha...
    kepada Fiffy Syafiqa,
    apa maksudnya "hry ni aquwh ta clokarh.." kelakar plak bacanya..
    selamat kembali kedunia cyber bro..hehe

    ReplyDelete
  8. Sudah lama menyepi redz...
    erk888

    Sangat Setuju!
    tapi mula-mula dulu kadang kala terpakai juga bahasa singkat ni dalam blog
    lepas ada yang menegur, baru lah aku ubah....

    jangan lupa tulis gak pasal freemason nanti...ehehehe

    ReplyDelete
  9. dah kalau jenis sms bunga2 panjang karangan tu apa kes?!

    ReplyDelete
  10. setuju.

    most read prominent blog mcm chedet guna bahasa standard. senang baca plus senang nak paham.huehue

    eh mmg sakit otak nak paham kalau terlalu banyak short forms.erhhh

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?