Pages

Tuesday, March 16, 2010

Semaikan Kerinduan Ini

Salam Alaik...

Sebab DxM macam suruh aku update blog, so aku update jugak la on the spot... Hehe... Sila komen kay...

Semaikan Kerinduan Ini

aku sering berfikir
adakah kerinduan ini mutlak
atau sekadar datang seketika
ketika aku diulit kesesakan
nafas yang termengah-mengah?

bila tiba masanya
aku rindu sehabis mungkin
dan bila aku lupa
kerinduan hilang bak sebutir garam jatuh ke laut

aku rindu merinduimu
aku rindu berada di sisimu
aku rindu taat kepadamu

namun aku sering terlupa
tatkala gembira menguasai jiwa
nafsu meletakkan akalku dikakinya
aku lupa
aku lupa untuk merinduimu

berikan aku kerinduan berkekalan
agar aku segar
sentiasa merasa aku di sisimu
berikan aku peluang sekali
untuk aku semai jiwa ini
dengan sepenuh kerinduan kepadamu

Wahai Tuhan
aku merinduimu
aku ingin sentiasa terasa berada di sisimu
kerna aku tahu
kau sentiasa bersama hambamu
sedekat hingga aku tak tersangka

13 comments:

  1. aku gak kena!!!!!haha

    nice poem...
    kerinduan pada Sang Pencipta

    ReplyDelete
  2. banner pun dah tukaq.
    ada bakat dalam sajak :)
    jgn rindu awek dah la.ahaha

    ReplyDelete
  3. DxM: Ko mintak... haha.. Aku dah lama nak post, tapi tunggu masa jer...

    Wan: Hehe... Itu mungkin bisa diatur~

    ReplyDelete
  4. Allah ..

    kadang2 aku alpa pada kewujudannya..
    ya Allah ampunkn aku..


    tengok ngn aku2 sedey,..

    ReplyDelete
  5. aku suka~

    kau da balik holiday ke?lamenye aku x dtg sini.bz...

    ReplyDelete
  6. salam..

    i like..


    munajatku dlm restu,merindui maghfirahmu...(rabbani)

    ReplyDelete
  7. perghhh leh tahan gak....menyusup kalbu den baco neh...

    ReplyDelete
  8. perghhh leh tahan gak....menyusup kalbu den baco neh...

    ReplyDelete
  9. Rindu pada Tuhan semangat jiwa..Rindu pada Awek meruntun jiwa..cewahh!

    ReplyDelete
  10. aku rindu siapa td. hehe..

    alhamdulillah.

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?