Pages

Monday, April 12, 2010

Incredile India: Trafik dan Bisleri

Salam Alaik...

Trafik
Balik dari kelas kurang lebih jam 3.30pm waktu India tadi memang masyuk naik Vespa merah Mirae dengan Edi... Banyak betul cabaran kat India nie... Haha...

Memandangkan jalan utama Manipal-Udupi dibaiki, jadi jalan alternatif (lencongan) menjadi sesak... Yang bagusnya, jalan alternatif tue lalu kat jalan yang set-set aku guna untuk balik umah...
Tadi, kesesakan berlaku sebab ada bas rosak betul-betul kat simpang yang kecik menghala ke Udupi... Paham la kesesakan dia tahap macam mana, kan?

Kitorang berdua nie duk naik Vespa kena la berhenti kat tengah jalan menuruni bukit depan Sonia Clinic (20m dari kejadian 3 hari sebelum raya)... Nak bagi saspen lagi, ada bas steady je main cucuk angin Vespa tue... Gerak sket Vespa, bas pun ikut gerak jugak.. Bunyi ngauman brek tue memang menyeramkan...


Aku rasa kalau boleh bas tue nak rapat 2 kaki dengan Vespa tue... Hampeh... Kalau brek bas tak jadi, eish....

Bisleri

Sampai kat umah, air mineral 20 liter dah habis.. Jadi, kerja Edi la duk telefon Air Bisleri suh hantar stok kat umah... Nie lagi satu perangai tempe, kitorang biasanya mintak 6 botol sekaligus sebab taknak telefon banyak kali... Tapi yang Bisleri nie memang hantar tak pernah cukup..

Mintak 6 dia bagi 4... Mintak 4 bagi 2... Sabor je la... Petang tadi:

(Setelah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu Pasar)
Aku: Pakcik, 6 botol ada tak?
Bisleri: Jap eh, nak tengok sat...
Aku: (Buat muka cool tahan nafas panas hati)
Bisleri: Takde la... 2 lagi esok eh?
Aku: (Senyum Sinis)
Bisleri: (Senyum kerang)

Aku tau, kalau dia cakap esok tue maknanya takkan hantar la.. Tunggu la next delivery, perkara yang sama akna berlaku...

INCREDIBLE INDIA!!!

4 comments:

  1. mintak lapan la kalau g2 hehe..

    ReplyDelete
  2. ahaha malas masak air sendiri ka?
    sempat lagi lukis

    ReplyDelete
  3. kau patut g pagi2 la redz. kalau pagi2 tade stock, tak tahu la kata ape. kalau da bengang sangat, kau tambah je lagi dua tambi kat atas dahi dia.

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?