Pages

Wednesday, April 7, 2010

Kita Percaya atau Kita Yakin?

Salam Alaik...

Apakah beza percaya dan yakin? Mungkin ada yang akan kata sama, dan ada jugak yang kata berbeza... Tapi aku bagi analogi mudah (mudah ke?) kali nie untuk membezakan yakin dan percaya...

Bayang kan kita berada di satu pertunjukan sarkas ngeri... Ada seorang pemanah hebat sedang membuat pertunjukan... Dia memanah sebijik epal yang diletakkan di atas kepala seorang pembantu sehingga epal itu terbelah dua... Pemanah tue ulang perbuatan yang sama sebanyak tiga kali, dan semua percubaannya berjaya...

Dan kita yang sedang berada di tempat duduk penonton mungkin akan percaya akan kehebatan pemanah tue... Tetapi adakah kita yakin?

Jika pemanah itu menyuruh kita meletakkan epal atas kepala kita, dan pemanah itu akan memanah epal itu, adakah kita akan berani menyahut cabaran tue? Kalau kita berani, maknanya kita bukan setakat percaya, tetapi yakin akan kebolehan pemanah tue....

Itulah yang membezakan percaya dan yakin... Tukarkan situasi tue kepada hal berkaitan iman... Iman yang kukuh ialah 'yakin dan percaya'... Adakah kita dah cukup yakin atau sekadar percaya? Tepuk dada dan lihat perbuatan kita~ Semoga iman kita kepada Allah dan rasul-Nya etc berteraskan keyakinan insya Allah...


Santai Sebentar~
(Ada kaitan dengan tajuk tapi sekadar persoalan, dan bukan tema)

NotaKaki: Aku percaya United boleh menang malam nie, dan aku jugak yakin United boleh pergi ke final UEFA Champs League.... Menang UCL? aku percaya... Yakin? Belum lagi~

11 comments:

  1. salam,
    nota kaki ku.. ader kekeliruan di situ..

    ReplyDelete
  2. entri yang ringkas tapi padat. aku suka pendekatan macam ni.
    ahaha kita tgk sapa yg kena

    ReplyDelete
  3. hahahaa
    moga impianmu menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  4. let's the players do the f*ck***...err, I mean the talking!!

    ReplyDelete
  5. aku percaya dan yakin
    Glory Glory M.U!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Aku yakin Chelsea...Oppss...
    tersasul plak..New castle naik liga perdana musim dpn..hehe

    ReplyDelete
  7. Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:

    REZEKI
    Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
    Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.

    MATI
    Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
    Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
    Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  8. adoi..aku dah agak kalah. sebab rasa tak sedap hati. cilakak betul bayern

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?