p/s: Ini ialah cerpen
Angin sepoi-sepoi bahasa meniup setiap daun yang menyelaputi pokok-pokok yang menghijau di Kampung Dusun. Jalan tar yang diturap kerajaan Barisan Rakyat pada pilihan raya kecil 17 tahun lepas masih lagi berlubang-lubang dan tidak pernah diganti walaupun dah 4 kali pilihan raya umum ADUN Dusun Seberang Barisan Rakyat, Dato' Dompok berjanji untuk menggantikannya.
Tar yang sudah menjadi putih, seputih marmar taj mahal itu sangat sunyi pada petang itu. Tiada orang lalu lalang, hatta basikal Pak Mat Gagap pun tidak merayau-rayau mencari janda yang sudi bernikah dengannya. Basikal usang yang berumur 20 tahun itu merupakan pemberian arwah ayahnya kepadanya semasa umur Pak Mat 30 tahun.
Di bawah pokok petai jawa yang tidak pernah berbuah, berdiri seorang yang gemuk dan cukup pendek. Kalau dibandingkan dengan Phillip Lahm, kiranya tingginya hanya separas areolar Van Bommel sahaja. Sambil berdiri di atas pangkin usang milik Tok Nan, Dato' Dompok mengumpulkan seluruh penduduk kampung.
"Pesai pulok Dompok nie nok jumpe kite?" soal Pak Man Buncit perlahan sambil mengorek gigi palsunya menggunakan batang mancis yang diambil dari atas tanah.
"Ntoh le. Katenye dulu nok jumpe mase ngundi je," sahut Haji Hasansani
"Nok ngundi dah le tu" Pak Man tersenyum memikirkan segala kain batik, pelikat, gula 2kg yang bakal dia dapat masa pilihan raya umum yang akan datang.
"Pokcik-pokcik, dan mokcik-mokcik sekalian. Walaupun saya hanya berjanji bahawa saya akan datang 5 tahun sekali, yakni waktu kempen pilihan raya sahaja, tapi hari ini saya datang bukan kerana pilihan raya dah dekat. Tapi saya datang membawa pesan Menteri Perdana, Dato' Seri Naqib al-Pakani." Jerit Dato' Dompok sambil orang kampung Dusun yang tersenyum menjadi tawar kerana angan-angan gula percuma, dan kain batik tak menjadi kenyataan.
"Dato' Naqib menyarankan agar rakyat semua kena berjimat cermat pada zaman globalisasi dan ekonomi yang tidak stabil ini. Di samping berjimat cermat, Dato' Naqib kata kita semua kena sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat."
Penduduk kampung tersengih. Memikirkan Menteri Perdana sayang akan mereka kerana menasihati perkaa-perkara tersebut. Tok Nan, yang duduk di pangkinnya mendongak untuk melihat muka Dato' Dompok yang berdiri di sebelahnya. "Jangan roboh sudoh" katanya dalam hati.
"Jadi, sehubungan itu, sebagai usaha untuk melihat rakyat jelata semua sihat dan berjimat, Dato' Naqib menyuruh saya berunding dengan rakyat yang terpilih, iaitu anda."
"Kami?" terkejut Aki Ali Lidah Pendek sambil semua penduduk kampung membuat muka ala-ala terjumpa Proton Perdana V6 lalu di Kampung Dusun.
"Ya, kamu semua," Dato' Dompok mengiakan. "Dato' Naqib kata dia akan buat satu dasar yang penting untuk mengisi petrol dalam Perdana V6 semua menteri dan ahli-ahli keluarganya. Jadi, dia pilih kamu semua untuk dibawa berbincang".
"Kami terpilih untuk buat dasar?" terkejut beruk Abu, seorang belia yang mempunyai harapan untuk maju dalam bidang pengangguran.
"Ya. Kamu semua. Adakah kamu semua berani mengubah dasar negara?"
"Ya!!" laung Abu seorang diri. Ketika itu semua penduduk kampung melihat Abu. Dan terus bersemangat menjerit "ya!!!!"
"Inilah semangat patriotik yang penting dalam kenegaraan. Itulah sebab kamu semua tak payah pergi kursus Biro Tatanegeri. Kamu semua semangat!"
"Ya!"
"Saya akan bacakan dasar yang akan diubah. Ingat ye, kalau setuju katakan 'ya'".
"Ya!"
"Kalau tak setuju katakan, 'saya benci negara'"
"Saya benci negara!" Laung Udin, seorang. Udin yang dah 30 tahun gila itu dipandang sinis semua penduduk kampung.
"Tangkap dia tue, sumbat dalam van untuk soal-siasat kerana memulakan tindakan membenci negara" laung Dato' Dompok. Semua penduduk kampung yang bersemangat patriotik itu menangkap Udin dan disumbat ke dalam van polis yang mengiringi Dato' Dompok.
"Baiklah.Dasar pertama yang akan saya bacakan ini bertujuan untuk mengkayakan negara di samping menggalakkan penghijauan kembali dunia ini iaitu 'Kerajaan akan menaikkan harga petrol sebanyak 50 paise seliter'"
"Ya!!" Sahut penduduk kampung serentak! Laungan itu bergema melantun mengenai bukit yang sudah botak akibat pembalakan dan kerja-kerja memunggah pasir yang dilakukan Dato' Dompok and Co Berhad. Kiranya lagi tiga tahun, licinlah bukit itu, dan habislah pasir di sungai Jeneris yang semakin keruh.
"Dasar kedua, sebagai usaha untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat, dan menjadikan Kampung Dusun bebas diabetes, kerajaan mencadangkan kenaikan harga gula sebanyak 30 rupee sahaja untuk sekampit 1kg gula"
"Ya!!" Semua penduduk bersemangat. "Diabetes tu ape?" tiba-tiba Tok Nan yang duduk diam kat tepi Dato' Dompok bersuara. Namun pertanyaan tidak dilayan kerana semua orang sedang bersemangat untuk menjerit ya.
"Jadi itulah saja dua dasar untuk dibincangkan hari ini. Terima kasih semua." sambil Dato' Dompok membuka telefon genggam berjenama Samsung dan mendail nombor Dato' Naqib.
"Beres!" kata Dato' Dompok dalam telefon kepada Dato' Naqib. Dato' Naqib membalas, "Ok. Bagus sangat tue. Esok datang Petraberjaya ambil surat perlantikan menjadi duta bertaraf ADUN ke Konggo.". Dato' Dompok tersenyum gembira.
Maka, selepas hari itu penduduk Kampung Dusun kembali kepada urusan normal. Pak Man Gagap mengayuh basikalnya, Tok Nan sedang mengurat Mak Jah Limah yang sedang memetik lada sambil isterinya, Mak Minah Senget memandang sinis dari tepi..
Tiga Tahun selepas itu..........
Kerajaan Barisan Rakyat pimpinan Dato' Naqib tumbang setelah dikalahkan oleh kerajaan Pakatan Nasional.
Tok Nan yang mendengar berita itu daripada Ah Seng, pemandu lori pasir yang sering keluar masuk merembat pasir dari sungai Jeneris terkejut.
"Kita kena buat sesuatu. Kerajaan yang kita sayang, Barisan Rakyat telah tumbang akibat dikalahkan Pakatan Nasional. Kita kena hantar wakil membantah perkara ini. Siapa boleh pergi ke Petraberjaya? Kita tawan Petraberjaya, buat demo dan buat bantahan." laung Tok Nan setelah berjaya mengumpulkan penduduk kampung.
"Macam mana nak pergi Tok? Kita takde kereta, hatta motor sekalipun." soal Amin, budak berumur 10 tahun bersuara.
"Kita sewa bas!!" sahut Jabar, sambil menguis-nguis tanah yang kering kerana sudah sebulan hujan tak turun.
"Tak boleh. Nanti ekosistem rosak, pencemaran udara dan sebagainya." kata Tok Nan. Sambungnya, "Tengok, baru sehari kerajaan Pakatan Nasional memerintah, habis hutan kita ditebang, pasir kita dikorek. DALAM MASA SEHARI!!!"
"Ya!! marah penduduk kampung Dusun mengiyakan pedapat Tok Nan.
"Jom kita semua jalan kaki ke Petraberjaya!! Tanda bantahan. ekosistem selamat, udara tak tercemar" cadang Mat Kerok.
Maka berjalanlah yang mahu turut serta dalam kempen itu sehinggalah....
"Sapa tau jalan nak gi Petraberjaya?" tanya Mat Sentol sambil menggaru kepalanya sambil memandang jalan tar yang berlubang yang terhenti di pinggir hutan simpan yang tidak sempat ditarah oleh Dato' Dompok.
TAMAT
Ulasan: Cerita yang tak logik, plot berterabur, gaya bahasa hampas, dan sangat jahil dalam bidang cerpen. Memang tak layak langsung disiarkan dalam surat khabar, antalogi dan sebagainya.
Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia. Segala watak dan tempat dalam cerita ini hanyalah rekaan penulis. Jika ada persamaan, itu tidaklah disengajakan.
hehe...
haha..lain mcm je cite..
ReplyDeletemwahahaha...
ReplyDeleteterbaik...sgt gelihati bile baca...
Hehe byk aku nak komen tp bnd paling penting ialah `Menteri Perdana`...cikgu aku ckp itulah tatabahasa yg betul hehe seperti kes sos cili dan pisang goreng gamaknya.
ReplyDeleteyang lain...
Hang nak kena AUKU ke ?
hehe Ubah gaya hidup ye rakyat...
terbaik....bpak sarkastik....memang kena tepat la...hehe
ReplyDeleteubahlah gaya hidup
ReplyDeleteHakim: Lain apenye.. betoi la te.. haha
ReplyDeleteNadz: Aku ingat nak buat panjang lagi, tapi terpikir yang aku kena gi Library... hehe.
Az: Thankz Az... Komen yang membina... Aku tak rasa boleh kena AUKU.. takde kaitan pun dengan AUKU..
Punkar: Haikal, jangan kata sarkastik... Ini cerpen biasa jer.. Haha...
Dxm: Hehe... Jom berubah~
Yang pasti Dato' Dompok tidak akan bersama lagi dgn kita selepas ini.
ReplyDeletePenduduk kampung Dusun dan sekitar terlalu muak dgn perangai dia.
Mujur setakat areola je Duan..
ReplyDeleteKala setakat labia majora tok tahu la mende jadi kuikui
Salam Redz..wakaka! Dato Dompok...macam kenal jerk..
ReplyDeleteAAP: Hehe... Asalkan gune duet memang sentiasa ade la si DOmpok tue.. hehe...
ReplyDeleteDon Balon: hehe... Kalu setakat labia majora tak jadi wakil rakyat la.. haha
relevan: Hehe.. takde kena mengena dengan orang kampung keh eh... Dato' Dompok ialah seorang watak yang direka... keh3x...
p/s (takde kaitan dengan cerpen): Dato' Wan Amizan ADUN Tahan tue sekampung dengan mok keh... Kirenye mok keh nie tau sangat la die te..