Pages

Thursday, October 28, 2010

Kenyataan Blog Redz

Salam Alaik...

p/s: Aku mencilok masa study aku nie sebentar untuk kenyataan media serius...

Bila sebut pasal rokok, ramai dah suruh aku berhenti... Serius... Aku pun dah berapa kali dah mencuba untuk berhenti... Setakat nie, yang aku ingat, dah hampir 7 kali... Tapi takpe, bak kata sape ntah, kalau la Thomas Edison berhenti di percubaannya yang ke-999, mungkin mentol lampu akan lambat tercipta...

Dan beberapa hari lepas, aku terkesan dengan perbualan dengan seorang kawan ketat* aku, yang mencuba menyuruh aku untuk katakan TAK NAK! Dia bagi banyak sebab untuk aku berhenti, tapi aku dengan selamba duk relaks dan tabur banyak alasan... Tapi ada satu poin yang menyentuh aku... Serius...

"Bila dah kena cancer nanti, masa tue ko kena bergantung dengan chemo, dan masa tue jugak la ko akan tau betapa ko menyesal menyusahkan orang"...

Dan dia berkata berasaskan pengalaman...

Dan dengan ini, aku melancarkan cubaan ke-8... Modus operandi akan dibincangkan kelak... Semua pihak diharapkan memberikan kerjasama penuh dan memberi sokongan padu tak berbelah bahagi... Cubaan bertumpu kepada usaha mengurangkan penggunaan ke tahap paling minima...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri"

Terima kasih...



*Ketat = kuat, rapat
contoh penggunaan = musuh ketat
dan dalam konteks nie, kawan ketat means kawan yang sangat rapat..

11 comments:

  1. bgus redz lagipon rokok kn hram

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya! katakan TAK NAK!

    ReplyDelete
  3. betul2!
    bapak ak kan dulu diew kne strok sebab rokok..
    mase tue ak final...
    ak memg x leh cncntrate stdy lnsg..
    ak nk balik ibu ak x bg..
    diew duk nangies2...
    dah la mse tue plak abg ak xcdent!
    sedeyh gle kowt!
    mak ak sowg2 hdapi sume tue..
    esp bile ayah ak skit stok..
    tip2 ari diew ulang alik g hspital..
    tmpg owg sebab diew x pndai drive!
    tgk!!!!!!
    kalau ko sakit....
    ko akan sgt2 menyusahkan ramai owg!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Kalu tak nak merokok cuba tukar kepada paip atau Curut ke..

    ReplyDelete
  5. try r mnde alah dlm iklan kt tv 2...
    err, ape name ntah ak xhengat...
    nikodin ke hape ntah...
    diorg kate 2 gula2 hilangkan rasa addict nk smoke...
    mcm org yg ty hacks lar...
    selamat mencuba, semoga berjaya...
    :)

    ReplyDelete
  6. selamat berhenti merokok
    semoga berjaya
    hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

    ReplyDelete
  7. tak nak try cuba nicotine subtitution therapy? byk kot skrg kat pharmacy. chewing gum ade, patch ade, yg pakai sedut pun ade

    ReplyDelete
  8. selamat, selamat bro...

    ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi Nabi tak ajar kita berlebih-lebihan, buat apa2 pun tak elok kalau berlebih-lebihan hatta makan budu atau hisap rokok sekalipun, so, kurangkanlah merokok tu kalau takleh berenti pon, huhuhu...

    p/s: kelajuan membunuh, berhati-hati ketika merokok...

    ReplyDelete
  9. TQ atas sapot!! hehe..
    Saya akan cuba

    ReplyDelete
  10. waaa....bagus2..
    hope kau berjaya..

    merokok tu x de faedah nyer

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?