Autopsi ialah satu terma yang digunapakai untuk merujuk kepada prosedur post-mortem iaitu pembedahan selepas mati untuk mengkaji punca kematian seseorang... Autopsi hanya untuk orang yang mati, dan sebaliknya Biopsi, hanya untuk orang hidup...
Boleh tahan tak intro aku? Hehe...
Aku dah pergi 3 autopsi dari 4 autopsi yang diwajibkan untuk pelajar MBBS seperti aku.. Alhamdulillah, aku balik dengan selamat tanpa pitam, pengsan, muntah dsb... Dan juga takde badi mayat ikut (khurafat sungguh).... haha...
Daripada 3 kes autopsi tue, dua daripadanya kes RTA atau dengan kata lain Road Traffic Accident, atau Kemalangan Jalan Raya... Dua-dua kes tak menyeramkan dari segi rupa luaran... Mayat elok, tanpa ada kesan yang teruk seperti patah, tercabut kepala dsb... Hanya ada luka kecil dan kesan lebam...
Agak-agak kenapa maut? Sakit jantung sebab terkejut? Haha... Tak... Maut sebab pendarahan dalam otak... Ya, tak nampak di luar, tapi di dalam tengkorak penuh darah yang bakal menyebabkan fungsi otak hilang dan seterusnya maut...
Biasanya yang pendarahan otak nie sebab tengkorak pecah atau retak, atau paling koman otak lebam sebab berlaga dengan tengkorak akibat pergerakan yang ekstrim...
Jadi artikel aku yang panjang lebar nie sebenarnya nak memesan supaya penunggang motorsikal, SILA PAKAI HELMET!
Ada seorang student Malaysia di India maut beberapa hari lepas sebab pendarahan bawah dura atau secara umum pendarahan otak jugak la... Kepala terhantuk kat longkang setelah terbabas mengelak Auto (Beca Bermotor)...
TAPI, kalau pakai helmet TAK IKAT tak guna jugak... Kalau pakai helmet, dan ikat kemas TAPI BAWAK MACAM SETAN sama jer la... Yang penting, ikut undang-undang keselamatan jalan raya.. Boleh mengurangkan risiko eksiden dan maut... Tapi, ingat, ajal maut di tangan Tuhan... Kalau dah ikut semua tiba-tiba sebijik kelapa jatuh atas handle dan kemudian terbabas melanggar bas dari arah bertentangan, nampaknya takde rezeki nak hidup lama...
Sekian... Keh3x
Terima kasih berkongsi N3 yang menarik. Serta alfatihah buat pelajar kita yang meninggal hari itu.
ReplyDeletenak pakai helmet, tapi semua x pakai, so x pakai gk. kena ada yg start pakai, then smua akan pakai. ape lg sam, ko mulakan
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteYg pastinya sebab ajal dah sampai...
Koi agak terbiasa dengan term2 medical ni sebab koi folo Brutal Death Metal masa muda2 dulu..
ReplyDeleteado satu band dari Jerman nama dia autopsy..
Koi folo Carcass dan band ni banyak cerita hal-hal dissection etc..
aku baru lepas eksiden dgn motor, terpelanting dia, kaget aku dalam 10 saat jugak...
ReplyDeleteserius, kalau dia tak pakai helmet dia betul2, turun naik mahkhamah la aku jawabnya 2,3 tahun...