Pages

Saturday, February 26, 2011

DUN Kerdau: Satu Ironi

Salam Alaik.

Kerdau, merupakan kawasan letaknya sekolah aku, SBPI Temerloh... Sebuah kawasan yang sederhana, 30 minit dari jerantut dengan kelajuan biasa, dan 15 minit dari Temerloh juga dengan kelajuan biasa, 5 minit dari susur keluar Temerloh dari LPT... Kerdau merupakan satu kawasan yang permai, dihuni masyarakat berbilang bangsa... Kalau lalu jalan Temerloh-Jerantut, markaz Pas jelas kelihatan dengan jelas melalui atap hijau berbulatan putih di sebelah kiri jalan utama... Pejabat UMNO tak pernah pulak nampak... Huhu... Rasanya kat simpang masuk Peragap kot...

Banyak pulak mengarut..

Haha...

Ok, apa yang ironinya?

Tau HoSHAH? Atau Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh? Satu projek kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat dalam PRU 2008 untuk memerintah kerajaan pusat Malaysia dan kerajaan Negeri Pahang... Dan salah seorang kontraktor yang bertanggungjawab membina Hospital Temerloh nie ialah Hassanuddin Salim... Sapa dia Hassanuddin Salim nie? Dialah calon PAS untuk PRK Kerdau... Sebelum nie pernah bertanding PRU 2004 di DUN Lanchang, dan 2008 di DUN Kerdau juga atas tiket PAS...

Ada satu persoalan: Kalau betul BN pilih bulu dalam memberi tender, macam mana Hassanuddin Salim nie dapat tender bina Hospital Temerloh? Padahal dia calon PAS... Ha... Fikirkan... Kerajaan BN nie takde la zalim sangat ok... Biasiswa aku pun diberi oleh Kerajaan Malaysia berpaksikan Barisan Nasional menggunakan duit rakyat... Logik mudah...

Jadi, disebabkan oleh ironi ini, set pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP kena berambi* la guna poin pilih kasih, atau tender tipu... Sebab contoh tender terbuka ada di dalam poster, di pentas Hijau putih etc...

Apa yang benar kena angkat, apa yang salah, kena tegur (bisik-bisik)... Haha... Malaysia bukan (belum) macam Libya...

Dah, pendek je kali nie.. hehe... Saja nak menyerikan lagi kehangatan PRK DUN Kerdau... Boleh lah dikatakan bahawa Kerdau nie rumah kedua aku la... =P

p/s: Aku cuti dah sekarang... Perlu balik Malaysia tak untuk menjadi sukarelawan SPR di Kerdau? hahaha

berambi - berhati-hati

Wednesday, February 23, 2011

Tiada Topik Khusus

Salam Alaik...

Esok bermula peperiksaan praktikal tahun kedua MBBS aku dan kawan-kawan aku... Menandakan hanya lagi 4 hari untuk kegilaan ini berhenti... Berdasarkan apa yang aku buat sepanjang 'cuti belajar' dan semasa aku menjawab peperiksaan teori, aku tak berani menjamin bahawa apa yang aku rancang menjadi kenyataan...

Ya, aku sentiasa seorang yang positif dan optimis, tetapi aku juga seorang yang realistik... Tetapi keadaan beberapa minggu yang lepas menjadikan aku perlu realistik melebihi positif... Apa yang aku cuba sampaikan ialah, aku akan redha dengan apa yang aku kecapi akan datang...

Aku memang seorang yang sentiasa tenang... Itu merupakan satu kelebihan dan satu kekurangan untuk aku... Ketenangan boleh jadi bagus bila mana kita tenang di tempat yang benar; contoh masa nak mula jawab exam, ketenangan sangat membantu... Tetapi semasa sebelum exam, iaitu sewaktu study break, ketenangan boleh membunuh... Dan ketenangan itulah yang mampu membuatkan kita dalam zon selesa dan culas untuk study...

Aku punya tenang sangat ekstrim, pernah tak silap aku 3 kali nyaris eksiden dengan bas (ok, nie salah bas ok! bukan salah aku), tapi steady je aku brek kecemasan, dan dengan tenang mengelak... Takde langsung berdebar kencang, atau ketar kaki, melainkan bila dah 3 minit lepas kejadian... Tenang, kan?

Malah, ketenangan ini juga sangat ekstrim bila berdepan dengan situasi yang selalunya orang akan menjadi tidak tenang... Contoh, ada satu situasi kau sepatutnya cuak + malu + marah, tapi kau tetap tenang... Muahahaha... Yeah, aku sangat payah untuk cuak + malu +marah... Itu sangat tak patut... Nabi pernah kata seperti diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (Sahih):

"Kalau kau tak malu, buatlah apa yang kau suka."

Bila takde perasaan malu inilah yang menyebabkan aku selalu buat apa yang aku suka... Nampak kan salah kat situ? Perasaan malu nie sangat penting ye!

Kalau bab payah nak marah tue, aku sangat suka... Sebab kalau kita tak suka marah-marah, nanti hidup lebih ceria... Haha... Dan, serius aku mudah memaafkan orang, kerana aku tahu bahawa aku tidaklah sempurna... Jadi, kalau aku pun ada buat salah, apa kejadah aku nak marah orang buat salah? Bukan hak aku nak marah orang teruk-teruk... Marah sikit-sikit sudah... Yang lain serah kat Allah... Allah pun Maha Pengampun...

Kalau hal cuak tue, memang patut seseorang untuk tidak cuak melainkan kepada Tuhan... Ya, aku pun kekadang lupa yang ada kuasa di atas tu yang boleh membalas kejahatan aku, kekadang aku lupa bahawa aku buat salah denga Dia... Iman bertambah berkurang beb! Jadi, apa solusinya, kena sentiasa beringat la...

Tidak ada manusia yang sempurna kat muka bumi nie... Serius! Nabi pun pernah salah, dan pernah ditegur Allah S.A.W ketika mana dia memalingkan mukanya daripada seorang buta, Abdullah Ummi al-Maktum... Cerita selanjutnya boleh dirujuk dalam surah 'Abasa, muka surat 585 al-Quran Rasm Uthmani... Kalau Quran al-Majid tak tau la page mana...

Ingatlah, bahawa segala apa yang kita lakukan dan apa yang terjadi, yang lepas, dan yang akan datang, semuanya ketentuan-Nya... Semuanya telah ditentukan Allah sejak pada mula penciptaan alam... Sungguh, apa yang telah aku tulis dalam blog nie, dan yang akan datang, telah ditentukan....

Kekadang aku pelik, dengan sesetengah orang yang mengherdik apa yang telah berlaku ke atas dirinya, contoh dia 'gagal' dalam peperiksaan, kemudian mengherdik Tuhan, sebab masih gagal walaupun dah pulun habis-habisan... Mangkuk lain study ala kadar dapat cemerlang! Jangan ye... Itu semua dah ditentukan Allah... Contoh lain, kita dikutuk member belakang-belakang, tak payah nak marah marah la der... Apa kata bersabar, dan teruskan hidup... Diorang rasa seronok nak mengutuk, itu hal diorang...

Bab lain...

Aku pernah dulu kata kat seorang, "Ala der, kau pun buat, apa kejadah kau nak bagi ceramah agama pulak?" "Apa kejadah aku nak dengar cakap kau, kau pun fasiq, buat dosa, fitnah, mengumpat, zina dsb!" "Kau cakap tak serupa bikin... Kau tahu tak Allah berfirman dalam surah as-Saf (tak silap aku), [Maka besarlah kemurkaan di sisi Allah kepada sesiapa yang berkata apa yang tidak dilakukannya]"

Pernah, kan dengar? Aku fikir balik hal tue, sepatutnya kalau aku mendengar apa yang orang cakap kat aku, atau syarah kat aku, atau menasihati aku, sepatutnya aku terima dan cuba untuk berubah... Bukan meng'kondem' yang emberi nasihat tue sebab dia buat jugak... Sebab ape aku cakap macam tue? Hal dia cakap tak serupa bikin tue hal dia dengan Allah... Bila dia menyampaikan kebenaran apa hak kita nak berpaling? Terima je la walaupun dia lagi teruk, atau dia buat juga benda tue... Nabi pernah kata, "Sampaikan dariku walau satu ayat"... Kalau dia fasiq sekalipun, dan dia menyampaikan sesuatu, kita kena dengar dan mencari kebenaran... Jika terbukti benar, maka terimalah! Jangan nak berdalih....

Dan, semestinya, kepada yang cakap, pastikan la dia buat apa yang dia cakap... Barulah ada sedikit rasa hormat... Kepada yang mendengar, terimalah... Ingatlah, bukan hak kita nak tolak kebenaran yang dia bawak walaupun dia pun buat salah... Kalau ada yang kata, "jangan lah merokok" padahal dia merokok, dia mungkin berkata berdasarkan pengalaman... Dia mungkin nak berhenti, tetapi masih belum temu cara... Sekurang-kurang yang mendengar, cuba untuk berhenti, bukan kondem, "ala cakap suh berenti, kau isap gak!"... [Aku sedang cuba ok!]...

Panjang la pulak aku tulis... Almaklumlah, lama tak tulis... Dah la takde kena mengena dengan tajuk... Kehkehkeh... Akhir, ak nak kongsi satu firman Allah:

"Berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang beriman"

dan lagi satu,

"Kamu ialah umat terbaik, yang diutuskan kepada manusia untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah."
Aku pernah gak cakap tentang benda nie lebih kurang dulu, kalau nak baca klik sini.

p/s: Panjang lagi sebenarnya bab ni aku nak tulis, tapi mungkin lain kali la, insya Allah.
p/p/s: Setiap manusia punya hak untuk berkata dan berdakwah, walaupun satu perkataan satu ayat, selagi apa yang dikatakan itu benar...

Friday, February 18, 2011

Pembelajaran Berpandukan Peperiksaan

Salam Alaik...

Objektif belajar jika mengikut standard Pembelajaran Berpandukan Peperiksaan (Exam Oriented Study)

  1. Untuk mendapat keputusan yang cemerlang (distinction); jika tak mampu:-
  2. Untuk mendapat kelulusan; jika tak mampu:-
  3. Untuk mengelakkan kegagalan; jika tak mampu:-
  4. Untuk meminimakan kegagalan.
Sekian terima kasih.

p/s: Jangan tanya aku apa-apa tentang peperiksaan. Kalau peperiksaan itu senang, tidaklah dinamakan 'peperiksaan' ye dop?