Wednesday, March 3, 2010

Jangan Kerana Itu Ko Mengelak

Salam Alaik...

I
Seringkali jugak aku mendengar kawan aku menolak untuk memberikan peringatan atau nasihat dengan petikan surah as-Saf ayat 3, "Sangatlah dibenci di sisi Allah pada sesiapa yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan"...

Kita dalam berdakwah, tak boleh nak cari alasan yang remeh temeh... Firman Allah, "serulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran" dan Nabi berkata, "sampaikanlah dariku walau satu ayat".... Bila kita berdakwah, atau mengajak melakukan kebaikan, kita mestilah enanm azam dan iltizam agar kita akan lakukan apa yang telah kita dakwahkan itu... Kalau tak sengaja takpe la... Ini tak, belum bagi tazkirah lagi dah keluarkan ayat tanpa berfikir...

Kalau bagi peringatan dan sengaja langar apa yang kita peringatkan tue, memang la salah... Keutamaan dalam berdakwah kepada ummah lagi penting ketika ini... Kalau bimbang kita langgar apa yang kita cakapkan, memang payah la nak berdakwah... Satu je prinsip, kita kena cuba untuk ikut apa yang kita dakwahkan... Paham?

Kalau aku keluarkan ayat 3 surah as-Saf tue ketika ada sesiapa yang mengajak aku usrah atau talk, sila pelangkung kepala aku dengan kuali buntut hitam tepat ke frontal bone aku...

Kalaulah ada antara kenyataan aku nie salah, sila betulkan di kotak komen... Aku tidak punya ilmu yang tinggi~

Amaran: Kalau nak berdakwah, sila pastikan apa yang anda katakan itu berkualiti dan tidak syubhah~

II
Teringat pepatah arab, "ilmu tanpa amal umpama pokok tak berbuah"...

Tolonglah jangan guna pepatah arab yang takde nilai nie untuk mengelakkan diri daripada menimba ilmu... Bagaimana la muslim nak maju kalau taknak cari ilmu... Hurmph... Sabo je la...

AKu malas nak ulas tentang nie sebab aku rasa dah pernah aku ulas sebelum nie...

Pokok tanpa buah pun boleh digunakan untuk memberi orang tempat berteduh
Lagi baik dari takde pokok langsung
Ilmu tanpa amal pun ok jugak, tapi kalau amalkan lagi bagus... Kalau mende wajib tue jangan la tak amalkan pulak

Tapi lagi payah kalau beramal tanpa ilmu
Macam mana nak buah kalau takde pokok?

Bila beramal tanpa ilmu maka ade la pengikut Ayah Pin
pentaqlid buta

dalam dunia yang maklumat di hujung jari nie, maklumat senang dicari..
Cikgu pun boleh jumpa...
Cuma malas atau rajin je~

p/s: Entri ini telah lama ditulis dan dipos secara automatik dengan menggunakan pilihan 'scheduled post' kerana aku tidak dapat berada dalam talian dalam masa beberapa minggu... Sila rujuk di sini... Harap maklum~

5 comments:

Wan Perlis said...

dakwah ada pelbagai cara.dengan blog pun kita boleh dakwah.tak mampu sgt dakwah dgn hati

deus X machina said...

setuju dgn wan.....dalam blog pun kita berdakwah...tapi jangan sekadar cakap saja, cakap dan praktikkan apa yg dikatakan

terbaik redz entri ko
have a nice holiday

talkIZcheap! said...

man... I'm with you there!

MieTo said...

thumbs up..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.