Pages

Monday, May 30, 2011

A Song for A Fool

Salam Alaik...

Sebuah cerita, atau drama; apabila kita pernah seperti melalui jalan ceritanya; drama itu akan pasti terkesan dalam jiwa..

Aku tak tipu..

Kalau kita ada pengalaman ceria bila bercinta, saat plot seperti itu dimainkan, perasaan itu akan memenuhi jiwa..

Jika pernah ada rasa pedihnya cinta, maka setiap kali pedihnya watak utama memainkan cerita, maka akan terasa sekali jiwa yang menonton..

Aku serius tak tipu..

Aku tengok Sang Pencerah.. Walaupun aku tidak pernah merasa seteruk itu diuji, tapi aku tetap menghayati dan sampai sebak dan sedih.. Bayangkan kalau aku pernah lalui jalan itu? Mesti terkesan..

Aku serius tak tipu..

Bukan setakat drama je, malah dalam hidup sebenar, jika kita melihat orang lain mempotretkan watak kita dahulu, pasti kita akan merasa..

Lihat mereka, gembira.. Aku dapat rasa gembira itu, kerana aku pernah merasainya.. Lihat mereka sedih, aku dapat rasa pedih, kerana aku pernah sedih..

Aku memang tak tipu..

Perjalanan hidupku sudah panjang.. Cukup panjang untuk aku merasa segala jenis perasaan.. Kini, aku boleh merasa dalam jiwa setiap perasaan yang ada.. Mungkin ada satu beza aku dengan orang lain, aku mampu menyembunyikannya..

Orang mungkin nampak aku marah, tapi dalam hati aku senyum.. Dan mungkin orang nampak aku senyum, tapi dalam hati tiada yang tahu..

Ini bukan cakap bohong..

Dah, nak sambung tengok cerita Korea.. Celaka sungguh sapa yang perkenalkan aku dengan You're Beautiful.. Tak pasal-pasal layan perasaan!!

Apekah yang aku tulis??? Baca memolek atau simpan dalam-dalam... Mungkin bila aku berubah fikiran aku akan delete post nie... hahahahahaha...

This is so not me.. Serius, tak tipu..



Friday, May 27, 2011

Rasa Panas

Salam Alaik..

Penat semalam masih tak hilang.. Siang tadi bangun lambat, ingat boleh study, tapi tah ke mana.. Tengah hari sampai petang study sikit-sikit.. Banyaknya buat benda lain seperti basuh baju, basuh kasut etc..

Petang kena main bola vs 26.. Walaupun main kejap je, tak sampai 10 minit, penat kan main.. Do suh aku duk jadi striker, tapi aku ni jenis tak boleh duduk atas sorang-sorang, nanti bosan.. Last-last aku turun-naik-turun-naik sebab nak back-up defend.. Aku pun pada hakikatnya defender.. AlhamduliLlah, menang.. Cuma menang tu agak kasar la.. Same old twenty-four.. Anti-football..

Habis main bola, duk umah sat study.. Malam sket kul 10pm Edi ajak main billiard.. Aku layan je la.. Sebab semangat nak study hilang tah ke mana.. Mungkin kerana penat main petang, kot.. Main biliard pun sama nak uji aku.. Shoot tak masuk, potong tak jadi.. Dan paling fakap ialah bola lurus pun taknak masuk..

Bila dah banyak silap sendiri, maka memang tak main bebetul la.. Bola boleh perlahan potong, nak potong lelaju, nak test 'english', nak test 'cushion'.. Bila tak jadi makin fakap.. Last-last main senyap, tak bising.. Penat campur fakap.. Layan je la..

Balik umah, habiskan filem Kongsi yang separuh jalan sebab main billiard.. Kongsi bagi aku lagi bagus dari Hantu Kak Limah.. Sekarang usahawan filem dah berani ranapkan Waja Polis, etc.. Pehh.. Satu kemajuan yang besar.. Cuma Shaheizy Sam tue kena asah lagi loghat Kelantan.. Bakpe la susah-susah ambik loghat Kelantan.. Loghat utara lagi senang kot..

Ok.. Aku bukan nak kritik filem.. Saja nak luah perasaan fakap malam nie.. Harapnya tido awal la malam nie.. Esok boleh fresh study..

Ha, Doo and the gang pergi Perhimpunan Mahasiswa Seluruh India (PERMISI).. Kalau ikut aku nak pergi sebab tetamu khas ialah Dr. Asri.. Nak jugak dengar dari dia secara 'live'.. Nanti takde la set-set 'Orang lama' kata aku nie belajar agama takde sanad.. hehe.. Sanad aku YouTube je.. :P

Selamat pergi dan selamat pulang.. Selamat menuntut Ilmu apa yang patut.. Selamat semuanya.. Dan, aku ucapkan selamat ini agar kamu betul selamat.. Aku taknak kamu tidak selamat.. Walaupun aku dari jauh, tapi aku tetap harap kamu selamat..



Apa aku mengarut nie? Ah, sudah la!

Lu langsi, lu mati..

Aku akhiri entri aku kali ini dengan 3 bijik noktah...

Thursday, May 26, 2011

Kenapa Perlu Sibuk?

Salam Alaik..

3 bulan kebelakangan ini memang aku sangat sibuk. Sibuk aku ada dua jenis: 1) Sibuk yang penting, dan 2) Sibuk yang tak penting.

Sibuk yang penting nie sibuk yang perlu buat, sebab kalau aku tak buat maka banyak masalah yang timbul. Contoh sibuk itu seperti study, main bola interbatch (Supremo), kerja sama dalam Liqa' Mahabbah, dll.

Sibuk yang kurang penting pulak ialah sejenis sibuk yang dibuat-buat. Tak perlu sibuk pun sebenarnya, tapi sengaja nak sibuk. Sibuk jenis ni contohnya main pool, edit gambar, main bola tiap petang, pergi raf-baf-taf dll.

Kenapa perlu sibuk?
Kerana sibuk dapat melupakan sesuatu. Kerana sibuk tidak akan memanjakan badan aku. Kerana sibuk untuk membiasakan diri di lapangan kerja nanti.

Sibuk-sibuk jugak, akhirat jangan dilupa. Sibuk dunia ni untuk akhirat.

Patutlah badan aku jadi penat malam tadi. Dah lama tak tido awal. Sekali terlelap kul 9pm dan abngun kul 1.30am. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 3 bulan ni. Dan banyak yang berubah dalam jangka masa itu. Dan kekadang badan aku seperti tidak dapat 'cope' dengan perubahan.

Lama-lama biasa la tu.

Petik ayat cerita Valley of the Wolves: Palestine -- "Kita tidak boleh melupakan kesakitan, kita hanya boleh gunakan kesakitan itu sebagai penaik semangat".

Tuesday, May 17, 2011

Kisah Sempoi

Salam Alaik...

Pada suatu hari, Doktor X yang sedang berkerja di Unit Kecemasan menerima satu kes kemalangan melibatkan seorang rempit dan lori sampah... Mangsa, Abang Y, seorang rempit dikejarkan ke hospital akibat pendarahan yang teruk di bahagian kepala dan dihantar ke unit kecemasan... Malangnya, setelah Doktor X berusaha sedaya upaya selama dua jam, Abang Y maut jua akibat kecederaan kepala yang teruk...

Doktor X yang baru seminggu menjadi pegawai perubatan setelah 2 tahun housemanship, keluar daripada pintu unit kecemasan dan bertemu dengan keluarga mangsa... Dan Makcik Z, mak kepada Abang Y menerpa doktor X.

Makcik Z: Doktor, camne Y? Ok tak?

Doktor X: Saya dah cuba sedaya-upaya saya...

Makcik Z: Jadi?
Doktor X: Y tak dapat diselamatkan.

Makcik Z: Y maut la ye? (muka nak nangis)

Doktor X: Ye makcik.

Makcik Z: HuaaaaaaaaA (meraung panjang)

Doktor X: Sabar makcik, Tuhan lebih sayangkan dia...

Makcik Z: (berhenti menangis) Kejadah apa kalau mati je Tuhan sayang?
Habis kami yang hidup nie tuhan tak sayang ke?

Doktor X: ............

Monday, May 16, 2011

Sebak!

Salam Alaik...

Teringat zaman di sekolah.
Berjalan kaki pergi ke Masjid Umar atau Masjid Ketam
Dengar siren Subuh Ust Shai
Roll Call setiap pagi dan malam
Kena sebat dengan hanger oleh Cikgu Rosyaimi Bin Ramli sebab 'fly'
Ber'taki' dengan Cg Zamri kes baju
Dengar sembang Cg Razali
Kena leter dengan Cg Mai sebab tido dalam kelas
Lepak Makmal FIzik dengan Cg Amri Che Seman
Belajar addmath sampai pening dengan Cg. Mohamad Rizal
Bacaan doa syahdu Ust. Zaripin selepas solat
Nasihat dan pesan Cg.Razak, dan semestinya 'backhand' yang digeruni...
Eish... Banyak benar kenangan dengan cikgu semua... Terlalu banyak untuk ditulis, tapi dalam memori takkan hilang...

Semuanya untuk kebaikan...
Semuanya untuk diri ini...
mungkin awal ada yang tidak setuju...
Bila dah dewasa menjadi satu kenangan...
Pengajaran yang indah untuk dihayati...
Pengalaman untuk hidup...

Dewasaku, kejayaanku, ditarbiyah oleh cikgu-cikgu ini dengan izin Allah... Besar jasanya... Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian...

Rindu rasanya kepada sekolah..

Kalau diberi peluang hadir ke sekolah, akan ku turuti..
Tapi bukan atas kapasiti seorang pelajar menengah, kerana masa itu sudah tamat bagiku... Dan ia menjadi satu kenangan yang indah sesudah perit...

اللهم اغفرلكم وارحمكم وعافكم.. اللهم اصلح دينكم واصلح اععمالكم

Selamat Hari Guru!!

:'-)

p.s: Ramai lagi cikgu... But panjang sangat nak tulis...

Cikgu yang mana buat hal kat kita tue la yang akan diingati..Macam budak yang nakal akan lebih diingati oleh cikgu... Heheh... Fakta, ok!

Sunday, May 15, 2011

'Jangan' Dalam Hidup Bermasyarakat

Salam Alaik...

Amaran: Ini ialah sebuah artikel yang serius dan panjang

Aku percaya bahawa kebanyakan manusia hidup bermasyarakat dan berkomuniti... Tidak banyak dalam dunia nie orang yang sanggup hidup seorang diri tanpa masyarakat... Tidak banyak yang anti sosial... Kalau ada yang memilih menjadi antisosial, mungkin masyarakat sekelilingnya tidak mengamalkan asas-asas hidup bermasyarakat yang benar... Hehe...

Asas-asas hidup bermasyarakat telah diceritakan dalam Quran, banyak ayatnya... Antara yang terkenal ialah surah al-Hujurat ayat 9-13... Jadi, kali ini aku petik ayat 11 dan 12 je... Kebanyakan rujukan aku ialah tafsir Ibnu Katsir... Ini ala-ala tadabbur ayat la...

Sebelum aku berbicara panjang tentang ayat 11 surah ke-49 nie, biar aku letak terjemahnya dulu... Ok?

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Jangan Mengejek dan Mencela

Dalam ayat ini secara asasnya melarang perbuatan mengejek dan merendah-rendahkan orang lain kerana barangkali bahawa orang yang diejek dan direndah-rendah itu lebih bagus daripada yang mengejek...

Allah berfirman lagi dalam surah al-Humazah [104] ayat pertama yang bermaksud:


وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela."

Amalan mengumpat dan mencela nie memang dah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat... Jangan kata Melayu je, hampir semua dalam dunia ni suka mengumpat... Aku pun selalu juga mengumpat... Dan aku memohon keampunan dari Allah atas perbuatan aku itu, dan aku berharap aku dapat berubah...

Kalau bab mencela, lagi hebat... Asal ada modal je, habis semua dikeluarkan untuk mencela dan memuaskan hati... Habis semua dikutuknya... Bila seseorang gagap, maka diberikan gelaran 'Gagap'... Bila gelap sikit kulit, ditaruh gelaran 'Pak Tam'...

Paling parah kalau ada sebahagian kecil golongan yang dianggap 'alim' nie join mencela... Selamba dia letak perkataan 'Ularmak', 'bebal', 'bangang' untuk ulama' lain yang tidak sehaluan dengan mereka... Ada satu mamat kononnya pejuang ASWJ, tapi dalam entri blog penuh dengan cacian dan makian, belum campur fitnah kepada sesetengah ulamak yang lain... Semoga Allah merahmati mereka semua...

Cacian dan Celaan serta Kejian nie bukan setakat memalukan orang, malah boleh menimbulkan permusuhan... Aku tak tipu... Mungkin kalau kita mengkeji orang, orang yang dikeji tue nampak sempoi, tapi dalam hati siapa yang tahu? Terasa mamat tue, insya Allah dapat saham kita yang mengkeji... Lepas tue, ada dendam kesumat, dan segalanya akan menjadi huru-hara...Permusuhan antara dua manusia, dan segala cara untuk mensabotaj dan memalukan pihak bertentangan berlaku...

Kejian, kutukan dan celaan, walaupun nampak macam remeh, tapi itulah percikan api kecil yang berpotensi menjadi besar apabila berlarutan... Umpama barah yang menunggu masa bermatastasis (menular) dan menjangkiti organ penting... Lupakah firman Allah: "Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah berpecah-belah"? [ali 'Imran, ayat berapa tak ingat]...

Teringat masa zaman sekolah rendah kerja mengkeji dan mencaci nama bapak berleluasa... Dari kecik dah dibiasakan dengan tragedi ini... Masa besar, kalau tak dibendung dan masih tidak matang, maka bermaharajalelalah seni mengkeji dan mengutuk nie...

Eish.. Citer bab keji, kutuk, cela nie payah pulak nak habis...
Ok, sambung ayat 12 surah al-Hujurat...



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Jangan Berprasangka Buruk

Ayat nie menambah lagi perbuatan yang harus dielakkan... Allah menyuruh orang yang beriman supaya elakkan berprasangka buruk... Kalau dalam bahasa Arab, dipanggi {su' uzon}... Perangai nie pun banyak kat dunia ini... Pantang nampak seorang manusia balik lambat ke rumah, terus difikirkan macam-macam... Bila Abu balik rumah pukul 3 pagi, maka jiran pun berkata kepada jiran yang lain, "mesti balik disko tue", atau "main kayu tiga la tue"...

Jangan nak tipu dengan berkata "aku tak pernah berprasangka buruk"... Aku yakin dan percaya semua manusia yang baca blog aku nie pernah berprasangka buruk... Paling tidak sekali... hehe... Asal member sibuk bergayut berjam-jam, dalam kepala fikir member tue gayut dengan awek... Asal nampak lelaki dengan perempuan muda naik motor, terus fikir couple...

Cuba positifkan minda... Cuba 'husnu zon' atau bersangka baik... Kalau nampak member tengah bergayut, fikirkan bahawa gayutnya dengan emaknya... Jika nampak ada lelaki dan perempuan naik motor, fikirkan adik beradik atau sudah berkahwin... Lain la kalau korang dah komfem dia tak kahwin lagi... Itu lain cerita, ok! Kalau nampak orang kelihatan seperti mencuri, jangan la bersangka baik sangat pulak... Pergi la tengok kejap... Komfemkan...

Prasangka buruk memberi kesan sangat serius dalam hidup bermasyarakat... Bila kuat berprasangka buruk maka, diri mudah hilang kepercayaan kepada orang lain... Dan senang untuk menambah dosa, sebab Allah sendiri dah kata bahawa 'mungkin prasangka kita tu salah' dan tak pasal-pasal prasangka dah jadi kepada tuduhan palsu... Mohonlah berlindung dari Allah daripada bersangka buruk...

Jangan Mencari Salah Orang Lain dan Jangan Mengumpat

Ini pun satu hal... Manusia nie jenis nak mencari modal nak buat borak dekat kedai kopi, buat sembang lebat dengan member kat Mapley, etc... Bila takde modal, mahu cari modal, kan? Maka bila masa lapang, mulalah mencari salah orang lain...

Meh aku kongsi kisah Umar bin Khattab masa dia jadi khalifah...

Ada suatu hari Umar mahu menangkap orang yang minum arak... Umar pun panjatlah bumbung rumah orang tue dan masuk ikut atap... Dan Umar pun nampak la apa dia nak, iaitu seorang yang sedang minum arak... Umar pun tegur la... Orang yang minum arak pun kata balik kat Umar, (lebih kurang macam nie lepas diterjemah): "Aku buat satu salah je dengan Allah, kau buat tiga salah..."

"Pertama, kau masuk tak mintak izin aku sebagai tuan rumah padahal Rasulullah kata nak masuk umah orang kena dengan izin tuan rumah... Kedua, kau masuk rumah aku ikut bumbung... Padahal Allah kata masuklah rumah melalui pintu-pintunya... Yang ketiga, kau mencari-cari kesalahan orang padahal ALlah dah melarang mencari kesalahan orang..."

Kemudian, Umar pun blah la dari rumah tue...

Maka dari sini dapat lihat bahawa sahabat Nabi S.A.W yang paling garang, Umar al-Khattab pun kena tegur sebab mencari kesalahan orang...

Kalau ada orang berbuat dosa peribadi, seperti melancap, tengok porno, berzina, etc dalam rumahnya yang berkunci, atau biliknya yang berkunci, janganlah kita memandai nak masuk tengok, atau rakam video sebab nak sangat cari salah dia... Dah dilarang kot... Itu hal dia dengan Tuhan... Jangan kita mencari kesalahan dia dengan Tuhan, sebab tak pasal-pasal kita pun dapat dosa sebab mencari kesalahan orang lain...

Ada manusia nie, selagi boleh nak buktikan orang tue berzina, atau orang tue minum arak... Itu hal dia dengan Tuhan... Kalau nampak dia buat tue kat tempat awam, tegur la... Tapi jangan sampai kita sendiri mencari dengan harapan kita nampak dia buat tue... Selagi kita tak nampak, jangan memandai nak mencari dan nak berprasangka buruk...

Lainlah kalau dosa yang melibatkan ramai seperti merogol, atau simbah asid, atau rasuah dsb... Bila bukan dosa peribadi, dan ada kepentingan untuk masyarakat, maka wajiblah kita mencari dan membuktikan supaya dapat diadili... Kalau dosa peribadi yang dia tutup, jangan kita mencari...

Maka bertambahlah masalah... Dah mencari kesalahan orang lain, bila dah dapat salah orang tue, maka digunakan sebagai modal untuk berborak dengan kawan-kawan... Ada modal nak kutuk orang tue, dan ada modal menjatuhkan lawan... Nampak tak hubungan di situ?

Prasangka buruk--> Mencari salah--> mengumpat

Dalam satu ayat Allah larang tiga-tiga sekaligus... Allah umpamakan bahawa orang yang mengumpat itu memakan daging orang yang diumpatnya... Sapa nak makan daging kawan sendiri?

Bila mengumpat, komfem kita bukak aib orang lain... Takde persoalan di situ... Kalau mengumpat, mestilah menceritakan keburukan orang lain... Rasulullah bersabda bahawa 'barangsiapa yang menjaga aib orang lain, maka Allah akan jaga aibnya pada hari kiamat'... Sesiapa yang tidak malu untuk menayangkan aibnya di akhirat, maka silalah bukak aib orang lain... Sungguh, malu orang yang dibukakan aib, insya Allah hanya di dunia... Malu orang yang membuka aib, rasakan pada hari kiamat...

Na'udzubiLlah, kita berlindung dari Allah dari dibukan aib di dunia dan akhirat...

Dan, Allah tamatkan ayat 12 dengan arahan bertaqwalah kepada Allah... Allah juga cakap bahawa Dia Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang... Masih belum terlambat untuk kita bertaubat atas segala yang kita lakukan di dunia ini... Masih belum terlambat untuk kita berhenti dari memakan daging saudara sendiri, dan masih belum terlambat untuk kita menjadikan komuniti dan masyarakat kita satu tempat yang kondusif, tanpa ada rasa iri hati, dengki, prasangka dan keji-kejian...

Semoga entri aku yang panjang nie menjadi peringatan kepada yang menginginkan masyarakat yang harmoni berasaskan nilai Islam... Jangan buat jahat kat member, nanti payah dunia akhirat...

Aku akui aku pun pernah makan daging member sendiri (mengumpat), aku pernah jugak berprasangka buruk, dan aku juga pernah cuba mencari salah orang lain dan semestinya aku pernah mengutuk dan mencela orang... Aku bukan malaikat atau nabi untuk tidak mempunyai dosa... Aku hanya manusia biasa... Aku cuba berubah... Semoga Allah merahmati dan memperkenan doa kita untuk berubah...

Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah atas kelemahan aku... Semoga bermanfaat...

Firman Allah:

"Kamu ialah umat terbaik yang diutuskan kepada manusia untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah"

Wallahu a'lam.

p/s: Idea datang apabila menemani Mohd Aliff bin Ahmad conduct usrah batch junior... Dah lama nak tulis tentang nie, tapi tidak berpeluang...

Saturday, May 14, 2011

Poster NSG


Salam Alaik...

Poster NSG yang aku buat memang macam arammm... hahaha... Lama jugak buat, tapi hasil tak seberapa... Kira ok la, kan untuk amatur macam aku... :P


Tanpa Tajuk

Salam Alaik...

Semua pernah rasa kesedihan, kan?
Dan kesedihan itu bertambah perit bila tidak ada siapa untuk mendengar luahan hati...
Kerna sedih itu terpaksa diperap dalam-dalam sendiri...
Hendak diluah dalam BukuWajah, serata alam akan tahu...
Hendak dikicau dalam Kicauan (Twitter), malulah jiwa...
Akhirnya jiwa sendiri merana...
Hendak berutusan Yahoo (Yahoo Messenger) terasa segan...
Eish...

Tapi dalam sedih kerana tidak tahu meluahkan kesedihan, aku lupa

لَا تَحْزَن، إِنَّ اللهَ مَعَنَا

"Jangan bersedih, kerana Allah bersama kita"

Thursday, May 12, 2011

Cerpen: Kami Semangat!! II

Salam Alaik...

p/s: Ini ialah sebuah cerpen

Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Dusun yang dipengerusikan oleh Tok Nan si ketua kampung dimulakan dengan keindahan syair si pari-pari alunan Pak Tam Burung... Dewan serbaguna JKKK yang dibangunkan oleh kerajaan negeri pada 30 tahun lepas masih lagi tegak berdiri, walaupun tiangnya hampir sepertiga dimakan anai-anai...

Dato' Dompok, ADUN Dusun Seberang yang menjadi tetamu kehormat, basah lenjun akibat kepanasan hawa yang membakar lemaknya yang banyak... Maklumlah, kerja di pejabat berpendingin hawa, dan bergerak menaiki kereta Toyota Camry yang mewah; tidak biasa dengan cuaca terik dan membahang...

Habis syair dialunkan, maka seluruh hadirin mesyuarat bangun menghormati lagu Negaraku, dan lagu rasmi kampung, 'Sang Puaka Dusun'... Seraya habis berdiri dengan semangat, Tok Nan memulakan majlis dengan ucapan muqaddimah ala kedai kopi, sehinggakan kebanyakan hadirin mesyuarat menguap penat, barulah Tok Nan masuk ke agenda utama.

"Mesyuarat hari nie sebenarnye bukan nak bincang apa-apa... Cuma Dato' Dompok mahu memberitahu sesuatu," kata Tok Nan perlahan...

Setelah sepatah ayat itu diacukan, maka Tok Nan terus menyerahkan majlis kepada Dato' Dompok...

"Hari ini saya nak mengumumkan satu projek besar oleh kerajaan Barisan Rakyat... Dan seperti biasa, jika setuju, angkat tangan dan laungkan perkataan 'kami patriotik'... Kalau tak setuju, angkat jari tengah dan jerit 'kami benci negara'... Faham?"

"Faham," sahut penduduk kampung yang hadir...

"Projek besar ini akan memberi manfaat kepada semua penduduk, di mana komunikasi antara rakyat dan pemimpin dapat diperhebat... Tidak seperti sebelum ini, yang mana pemimpin seperti saya hanya turun bertemu rakyat khususnya kamu semua setiap 5 tahun... Kalau takde pilihanraya, maka komunikasi antara kamu semua dan saya terputus... Betul tak?"

"Benar!!!!", jerit penduduk kampung yang bersemangat waja...

"Jadi, atas inisiatif kerajaan Barisan Rakyat, kami semua bersetuju untuk mewujudkan emel 1Dusun sebagai satu platform untuk mendekatkan rakyat dan pemimpin... Dengan emel 1Dusun ini, kami sebagai pemimpin boleh menyampaikan berita kepada anda semua dengan pantas, malah lebih pantas dari radio dan TV... Jadi, adakah anda setuju dengan projek ini?"

"Kami patriotik!!!"

"Bagus... Itu tanda setuju, kan? Jadi, sehubungan itu, untuk menjayakan projek emel 1Dusun ini, kerajaan memerlukan bajet sebanyak RM5000... Jangan risau, kami tak makan duit kerajaan... Kami takkan guna duit anda semua secara langsung untuk menjayakan hal ini..."

"Inilah kerajaan yang mesra rakyat! Bagus!" kata Tok Nan mengampu sambil menunjukkan ibu jari ke arah hadirin...

Dato' Dompok menyambung, "Dalam perkara lain, kami pihak kerajaan Barisan Rakyat merasa bimbang dengan keadaan kesihatan rakyat di kampung Dusun ini... Menurut statistik pada tahun 1970, iaitu 41 tahun yang lepas, hampir 45% rakyat kampung Dusun menghidap kencing manis... Jadi, atas cadangan EXCO kesihatan negeri di bawah saya, pihak kerajaan Barisan Rakyat mengambil jalan menyelaraskan harga gula..."

Sambung Dato' Dompok lagi, "Oleh yang demikian, subsidi gula di kampung dusun dikurangkan sebanyak 20 sen... Nampak tak? Kami kurangkan nilai subsidi gula, ok! Kami bukan naikkan harga gula... Betapa kami sayang akan penduduk kampung Dusun... Di samping menyebabkan pengurangan pengambilan gula dalam kalangan penduduk, lantas mengurangkan insiden kencing manis, pengurangan subsidi dapat menjimatkan duit kerajaan sebanyak RM5000... Dengan RM5000 itulah kami pusing untuk buat emel 1Dusun..."

"Jadi memang emel 1Dusun tak guna duit kami, kan?" sampuk Tok Nan kabur...

"Ya! Tepat sekali Tok Nan.. Tak sia-sia jadi ketua kampung... Jadi adakah hadirin semua bersetuju dengan dua cadangan kerajaan ini?" kata Dato' Dompok...

"Kami patriotik!!" sahut penduduk kampung kecuali seorang iaitu Udin... Udin yang gila itu, sebagai tanda tidak setuju, mengangkat jari tengah dan menjerit, "saya benci negara!!!"...

Dato' Dompok atas dasar demokrasi mengarahkan penduduk kampung menumbuk Udin kerana menghina negara dan mencarut dalam mesyuarat yang mulia ini... Padan muka Udin...

"Jadi, disebabkan kami mendapat persetujuan penuh penduduk, maka projek emel 1Dusun akan dikuatkuasa bermula esok... Penduduk kampung boleh mendaftarkan nama dan pilih alamat emel pada Tok Nan esok... Selain itu, pengurangan subsidi juga akan bermula esok..."

Selepas itu, majlis diserahkan kepada Tok Nan... Tok Nan kemudian berkata, "saya harap semua faham apa isi mesyuarat kali ini... Tapi, besarlah hati saya nak mengulangi isi penting iaitu: 1. Projek emel 1Dusun; dan kedua ialah pengurangan subsidi gula... Esok, bolehlah membanjiri rumah saya untuk memilih alamat emel... Saya tangguh mesyuarat ini dengan ucapan terima kasih kepada Dato' Dompok..."

Dato' Dompok kemudiannya beredar dari majlis... Dalam perjalanan menaiki Toyota Camry itu, Dato' Dompok menghubungi Memanda Menteri Perdana Dato' Naqib dan memberitahu Dato' Naqib akan kejayaannya mempengaruhi penduduk kampung...

Keesokan harinya, sema penduduk kampung Dusun membanjiri rumah Tok Nan... Dalam fikiran mereka dipenuhi idea-idea untuk alamat emel mereka... Ada yang memikirkan, Justin_bibir; Awie_89; malah Tok Nan berkira untuk menggunakan Tok_Nan_KgDusun sebagai alamat emelnya...

Maka bermulalah upacara mendaftar alamat emel... Tok Nan kemudiaannya bertanya kepada Awie, seorang pelajar lulusan PMR di SMK Dusun Seberang tentang bagaimana nak daftar emel... Dan dengan sempoi Awie berkata, "nak buat emel kena ada komputer peribadi dan talian internet"...

Dan penduduk kampung tercengang... Baru mereka sedar, kampung mereka tidak ada talian internet...

TAMAT


Deklarasi: Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia. Segala watak dan tempat dalam cerita ini hanyalah rekaan penulis. Jika ada persamaan, itu tidaklah disengajakan.

hehe...... Baca juga Kami Semangat!!

Wednesday, May 11, 2011

Cerpen: Diari Seorang Lelaki IV

Salam Alaik...

p/s: Ini ialah sebuah cerpen.

Kelas pada pagi itu sangat memenatkan... Mendengar leteran sang penceramah memekakkan telinga... Walaupun leterannya tidak ditujukan terus kepada aku, tapi suaranya yang nyaring cukup membuatkan gegendang telingaku bergetar laju... Mendengar leteran selama setengah jam berkaitan disiplin dan keputusan peperiksaan cukup meletihkan badan dan otak... Natijahnya, balik rumah dalam keadaan longlai dan letih...

Menunggang motor berkuasa tinggi dengan kelajuan yang sederhana memerlukan fokus... Hendak pula keadaan trafik di India sangat ekstrim... Pemandu bas yang laju, auto yang sesuka hati memotong dan menyempit, dan pelintas jalan seperti kanak-kanak 5 tahun, langsung tak ada logik melintas jalan... Sungguh, perjalanan yang selama 5 minit ke rumah itu dipenuhi dengan carutan panas dan padat... Pakej lengkap untuk yang letih...

Sampai di rumah, setelah penat mencarut, pujian dan syukur kepada Tuhan semesta alam diucapkan, kerana Dia tidak membiarkan aku maut dalam keadaan mencarut dan panas hati... Ironi untuk seorang manusia yang penuh dengan sifat kemanusiaan... Sifat yang ada baik dan ada buruk, penuh dengan hitam dan putih, yang lembut dan kasar... Segalanya memang pakej manusia... Cukup untuk menjadi manusia yang normal, bukan nabi yang maksum...

Digagahkan tulang empat keratnya melangkah tangga, sambil menarik nafas dalam dan cuba menipu diri sendiri bahawa aku tidak penat... Sampai di bilik, dibukanya laptop, dan berlayarlah dia dalam dunia maya tanpa sempadan... Cukup internet baginya, dan segala penat minda hilang dilambung ombak maya... Berita penyelarasan harga gula menjadi topik utama dalam Malaysia Kini... Mengeluh panjang memikirkan keluarga di Malaysia yang kepenatan... Tidaklah selepas ini pulang dari kerja dijamu air yang manis, tapi air kosong penawar penat...

Persetankan berita Malaysia... Hidupku di India masih banyak perlu difikirkan... Perjalanan yang terkandas, perjuangan yang masih belum tamat, dan perasaan yang masih tidak stabil... Sungguh, perasaan yang tidak stabil itu lebih menghantui jiwa dari segalanya... Sedang terbaring penat, dan dialunkan lagu mendayu, fikiran melayang jauh mengenang peristiwa lama... Memori-memori yang silih berganti, ditambah lagu yang berbaur melankolik menjadi santapan sayu jiwa dan fikiran... Akhirnya, jiwa sendiri merana terfikir peristiwa lama...

Menjemput memori sedih, seperti mencari pedang dan menusuk diri sendiri, tepat di bahagian jantung yang berdegup... Melayan memori itu, menjadi jantung semakin layu, dan perlahan... Dan kekaburan mata dek dikaburi titis-titis halus menjadi penutup... Teridurlah dengan sendiri di bawah payungan ilusi pohon kemboja... Dan perjalanan dalam tidur menyambung keindahan asmara, yang pernah dirasai dahulu...

Bila tiba waktu petang, setelah peluh membanjiri katil kerana kepanasan hawa, bangunlah sang pemimpi itu dari keindahan ilusi dan bergerak dalam realiti... Diambil tuala kecil dan bergerak longlai menuju ke bilik air... Wudhu' diangkat dan solat dikerjakan... Kemudian dipersiapkan diri menuju ke padang bola... Paksa diri bermain setiap petang untuk melupakan kepedihan... Di atas padang, segala jerit, maki hamun, larian yang bertenaga mampu menyembunyikan perasaan sebenar... Setiap bentesan, rembatan padu, dan gol membantu mengalihkan perasaan... Dan keadaan itu hanya untuk sejam...

Dan perasaan lama kembali setelah habis bermain bola sepak...

Salahkah caraku menghilangkan sedih? Salahkah metodeku menjahit kekoyakan hati? Diacukan soalan kepada seorang rakan... Jawabnya mudah, salah! Tidakkah kau mengambil pengajaran dari ayat-ayat Tuhan? Tidakkah kau melupakan segala apa yang telah kau perjuangkan selama ini? Kembalilah sang pemimpi! Buang segala imaginasi dan hiduplah dengan aman... Ambillah pengajaran, dan janganlah kau berduka... Ingatlah kata-kata Allah dalam Quran

"Mintalah pertolongan (daripada Allah) dengan sabar dan solat (doa), sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"

Dan ingatlah pesan Nabi kepada Abu Bakar

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

Bangunlah dari mimpimu, hadapilah kedukaan, dan bersabarlah...

Dan senyaplah aku memikirkan kata-kata indah itu... Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan setiap perkara itu sia-sia... Dan Dia tahu apa yang tidak kita tahu...

Nada dering 'Yang Terindah' keluar dari telefon genggamku... Aku alihkan pandanganku, dan melihat langit... Mengabaikan telefon yang bising berbunyi, sambil berbisik sendiri, "kenapa perlu sedih, jika banyak lagi benda gembira berlaku pada diriku? Adakah tidak aku bersyukur?"

Saturday, May 7, 2011

Ringkas!

Salam Alaik...

Aku mahu mengucap rasa rindu.
Ingin ku luah, tidak bertempat.
Rasa dengki melihat dunia.
Tersenyum melihatmu senyum.

Sekian, terima kasih.

Monday, May 2, 2011

Gambar Satelit Rumah Osama Ben Laden di Pakistan


Salam Alaik...

Pagi sebelum aku pergi kelas, aku membuka twitter aku dan terlihat tweet Dato' Saifuddin Abdullah bahawa Presiden Obama akan melakukan sidang media berkaitan keselamatan kebangsaan (national security)... Lepas tue beliau menyambung bahawa kenyataan itu berkemungkinan berkaitan dengan kematian ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden...

Osama bin Laden disyakki bersembunyi di Pakistan sejak ogos tahun lepas, dan kedudukannya disahkan pada tahun ini sebelum operasi diluluskan oleh Obama pada Jumaat dan operasi tentera yang melibatkan 20-25 anggota SEAL AS dilancarkan pada Ahad sebelum Obama disahkan maut dalam tembak menembak...

Lokasi rumah Osama berhampiran dengan Akademi Tentera Pakistan, di sebuah banglo bernilai sejuta dollar Amerika... Adakah benar itu Osama? Setakat ini, apa yang aku boleh cakap bahawa OSama telah terbunuh kerana USA telah menjalankan ujian DNA ke atas mayatnya...

Apa-apa pun, wallahu a'lam...

Osama juga manusia biasa yang boleh terbunuh... Dia bukanlah Ulama besar kerana ulama' besar akan tahu bahawa Nabi S.A.W melarang umatnya membunuh orang awam, dan dalam perang Nabi S.A.W melarang membunuh tawanan yang tanpa senjata... Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama jelas dan nyata membunuh orang awam, tak kira di USA, atau Libya malah di Pakistan dan Afghanistan sendiri...

Wallahu a'lam...

Patah tumbuh hilang berganti... Hilang Osama, siapa pulak yang bakal menjadi sasaran USA untuk menghalalkan perangnya? Semoga Allah merahmati Osama sebagai seorang Muslim, dan wajar bagi kita menghormati Osama sebagai seorang Muslim, walaupun dia 'pengganas'... Al-fatihah untuknya, dan semoga ahli al-Qaeda yang lain bertaubat dan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah...

Wallahu a'lam...

Berita penuh (berubah dari masa ke masa):

Kematian Osama dilaporkan pada jam 11.20pm waktu tempatan pada 1 Mei 2011. Tentera AS membunuh Osama dalam kejadian tembak menembak yang berlarutan sehingga 40 minit di Abbottabad, 150km daripada Islamabad, Pakistan. Mayatnya diambil oleh pasukan US dan di bawa ke Amerika untuk pengesahan lanjut. Semakan DNA telah disahkan berdasarkan DNA kakak Osama (menurut CNN) dan Reuters pula melaporkan bahawa semakan DNA akan keluar dalam masa beberapa hari. Mayat disahkan Osama berdasarkan teknik pengenalan muka dan juga kenyataan penduduk di rumah Osama.

Kedudukan Osama di Abbottabad telah disyakki oleh pihak perisikan Amerika sejak Ogos 2010. Siasatan lanjut dilakukan dan kemudiannya pihak perisikan mengesyaki sebuah rumah yang 8 kali lebih besar dari rumah sekeliling, bernilai hampir sejuta dollar tetapi tidak mempunyai talian telefon dan internet. Selain itu, sisa sampah juga dibakar dan gerak-geri ahli rumah tersebut mencurigakan. Hal ini secara langsung menunjukkan bahawa rumah tersebut melindungi seseorang yang penting.

Intipan melalui pengimejan satelit dilakukan secara berhati-hati selama 8 bulan dan sebanyak 5 mesyuarat ketenteraan antara Obama dan pegawai tinggi Amerika dijalankan sebelum misi ini diberikan kelulusan pada 29 April 2011. Pada 1 Mei 2011, sepasukan tentera yang terdiri daripada CIA dan SEAL melakukan operasi bersama dan menyerang rumah Osama bin Laden.