Salam Alaik...
Sebuah cerita, atau drama; apabila kita pernah seperti melalui jalan ceritanya; drama itu akan pasti terkesan dalam jiwa..
Aku tak tipu..
Kalau kita ada pengalaman ceria bila bercinta, saat plot seperti itu dimainkan, perasaan itu akan memenuhi jiwa..
Jika pernah ada rasa pedihnya cinta, maka setiap kali pedihnya watak utama memainkan cerita, maka akan terasa sekali jiwa yang menonton..
Aku serius tak tipu..
Aku tengok Sang Pencerah.. Walaupun aku tidak pernah merasa seteruk itu diuji, tapi aku tetap menghayati dan sampai sebak dan sedih.. Bayangkan kalau aku pernah lalui jalan itu? Mesti terkesan..
Aku serius tak tipu..
Bukan setakat drama je, malah dalam hidup sebenar, jika kita melihat orang lain mempotretkan watak kita dahulu, pasti kita akan merasa..
Lihat mereka, gembira.. Aku dapat rasa gembira itu, kerana aku pernah merasainya.. Lihat mereka sedih, aku dapat rasa pedih, kerana aku pernah sedih..
Aku memang tak tipu..
Perjalanan hidupku sudah panjang.. Cukup panjang untuk aku merasa segala jenis perasaan.. Kini, aku boleh merasa dalam jiwa setiap perasaan yang ada.. Mungkin ada satu beza aku dengan orang lain, aku mampu menyembunyikannya..
Orang mungkin nampak aku marah, tapi dalam hati aku senyum.. Dan mungkin orang nampak aku senyum, tapi dalam hati tiada yang tahu..
Ini bukan cakap bohong..
Dah, nak sambung tengok cerita Korea.. Celaka sungguh sapa yang perkenalkan aku dengan You're Beautiful.. Tak pasal-pasal layan perasaan!!
Apekah yang aku tulis??? Baca memolek atau simpan dalam-dalam... Mungkin bila aku berubah fikiran aku akan delete post nie... hahahahahaha...
This is so not me.. Serius, tak tipu..
1.sedih happy marah tu fitrah
ReplyDelete2.sembunyi rasa itu ego
mane y bawak ke positif,let it be..mane y membawa ke negative effect,g campak bg lembu india makan
(+ve or -ve effext dalam petikan diatas bermaksud samada ia membawa kesan BESAR dan mengacau HIDUP MATI org lain atau tidak.tp kalau setakat kesannya adalah menyakitkan hati mereka,persetankan je.sampai bile baru orang nak senang hati happy n xsakit hati kat kite kan?)
abish doh!^^