Pages

Wednesday, June 29, 2011

#1 Wordless Wednesday

Salam Alaik..
Marvelous Monsoon

Saturday, June 25, 2011

Perpisahan Itu Pasti

Salam Alaik..

Setiap manusia akan merasai perpisahan jika dia pernah merasai pertemuan.. Tanpa perpisahan, tiada erti pertemuan.. Kerana kalau takde 'perpisahan' macam mana orang nak apresiasi 'pertemuan'.. Cuma bagaimana dan bila terjadinya perpisahan itu menjadi tanda tanya.. Hal itu, serahkan pada yang Esa..

Memikirkan tentang perpisahan bergantung kepada subjek.. Lain orang yang berpisah, lain cara fikirnya.. Kalau berpisah dengan member yang baru kenal 3 hari sebab pergi Kem Falsafah Islam, mungkin perpisahan itu langsung tidak memedihkan.. Ok, bagi orang lain mungkin 3 hari berkenalan dah cukup untuk bersedih atas satu perpisahan.. Tapi bagi aku, aku tak bersedih.. Katalah aku 'keras' atau 'ego', aku tetap bersikap dingin..

Kalau perpisahan itu melibatkan member sekolah, atau satu tempat belajar seperti INTEC dan MMMC, maka kesedihan itu pasti ada bagi aku.. Sebatu-batu hati aku nie, kalau member aku kenal setahun dua, makan sama-sama, lepak sama-sama berpisah dengan aku, pasti terasa hati.. Tetapi untuk menangis, mungkin tidak.. Lelaki ada minimum requirement yang tinggi untuk menangis.. Hehe..

Bila bab berpisah dengan kawan baik, kawan yang selalu dengan kita di kala susah dan senang; kawan yang sentiasa mendengar masalah; kawan yang faham apa yang bermain dalam jiwa; bab tue memang susah.. Sebab bila berpisah dengan kawan macam tue, maka hilang kebanyakan 'kaunselor' kita.. Mungkin ada yang boleh kata, "aku takde kawan baik sebab semua kawan aku ialah kawan baik aku", tapi kalau suruh dia fikir balik, dia takkan kongsi masalah dengan semua kawan dia.. Betul?

Patah tumbuh hilang berganti? Heh.. Berapa lama la nak berganti..

Berpisah dengan keluarga lagi ekstrim.. Aku tak payah nak cerita.. Semua tahu perasaan tue kecuali orang yang hari-hari kena balun dengan keluarga dia.. Aku nak berangkat ke India pun puas tahan sebak.. Nak jaga macho.. Maklumlah, fly dengan orang yang aku tak rapat, first impression matters ok!!

Perpisahan itu pedih pada kebanyakan situasi.. Cuma aspirin dan paracetamol mampu menyembunyi pedih seketika tatkala kedalaman luka dan jumlah kehilangan tisu menentukan betapa lama masa perlu diambil untuk menyembuhkannya.. Parut mungkin ada meninggalkan kesan, tetapi hidup mesti terus, selagi boleh dan mampu..

Ada tiga situasi aku boleh sedih/pedih/menangis dalam perpisahan. Satu, perpisahan dengan Tuhan; dua, perpisahan dengan keluarga; tiga, perpisahan dengan...



Thursday, June 23, 2011

Defragmentasi Otak

Salam Alaik...



Ada satu istilah dalam bidang perkomputeran yang digelar 'defragmentation' atau aku melayukan menjadi defragmentasi (maafkan aku sebab DBP tak iktiraf perkataan ni).. Defragmentasi ini satu proses menyusun kembali data dalam cakera keras (hard disc) untuk menjadikan data tersusun (cepat dicari) dan ruangan kosong semakin besar untuk diisi data baru.. Aku bukan nak cerita tentang defragmentasi cekera keras pada hari ini sebab aku bukan pakar dalam komputer dan segala yang berkaitan dengannya..

Apa yang aku ingin cerita pada hari ini ialah tentang satu kejadian yang pernah berlaku kepada diri aku.. Kejadian ini tak selalu terjadi, paling akhir pernah aku ingat berlaku kepada aku masa aku kat INTEC dulu, lebih kurang 3 tahun lepas.. Kejadian ini aku bagi nama 'defragmentasi otak'.. Sila jangan cari dalam kamus atau net, kerana ini istilah yang aku reka sendiri..

Apabila defragmentasi otak terjadi, otak aku akan berfungsi dengan teruk.. Otak aku akan menjadikan aku lupa seketika ke atas beberapa perkara penting yang terjadi lama dahulu atau perkara-perkara yang baru berlaku.. Kalau terjadinya defragmentasi otak, aku mungkin akan terlupa bila kali terakhir aku balik rumah, atau bila aku pergi ke Negeri Sembilan dsb.. Dan aku juga boleh terlupa perkara seperti, 'aku pergi KL tak minggu lepas' atau 'kat mana aku letak kunci motor'... Ini merupakan satu situasi yang sangat rumit lagi merumitkan.. Serius..

Selain daripada otak aku mengalami amnesia, otak aku juga akan menjadi 'kartun' di kala defragmentasi otak berlaku.. Masa tu aku tidak dapat membezakan antara perkara tersimpan dalam otak aku 'realiti' atau 'imaginasi'.. Contoh, aku terbayang aku sedang naik roller coaster di Genting.. Dan masa defragmentasi otak itu, aku keliru sama ada aku pernah naik roller coaster itu atau pemikiran itu sekadar 'imaginasi' aku dahulu kala.. Dan aku juga tidak dapat membezakan event yang 'sebenar' atau sekadar pernah 'mimpi'..

Sewaktu defragmentasi otak jugak, aku akan mengalami 'deja vu' yang banyak.. Biasanya bagi aku, 'deja vu' akan berlaku kadang-kadang sahaja.. Tetapi ketika defragmentasi otak, aku akan mengalami 'deja vu' dengan kerap.. Kebanyakan perkara pada hari itu seperti pernah berlaku pada aku..

Merumitkan lagi keadaan, sewaktu defragmentasi otak, aku akan menjadi pening dan keliru.. So, kalau tidak ada kerja yang penting, sewaktu defragmentasi otak, aku akan berehat dan tidur.. Memang aku akan kurangkan aktiviti luar dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan otak aku bekerja dengan 'mata' dan 'fikiran'.. Peh.. RUmit giler..

Tapi, aku bersyukur bahawa defragmentasi otak ini hanya berlaku dalam tak sampai 48 jam.. Dan berlaku sekali-sekala sahaja, mungkin lima tahun sekali.. Hehe.. AlhamduliLlah.. Punca defragmentasi otak nie tidak lah pulak aku tahu dan aku tak pernah pulak cuba mengkaji.. Aku pun tak tahu ini satu perkara yang 'normal' atau 'unik'..

Segala perkara yang aku terlupa akan aku ingat balik ketika aku kembali normal sampaikan aku sendiri tak ingat perkara apa yang pernah aku lupa.. hehe.. Dan segala kekeliruan aku ketika defragmentasi otak turut aku lupa.. Dan bila aku normal, aku dah tak keliru dan ingat macam biasa.. Yeay!!

Ada hikmah di balik defragmentasi otak nie.. Cuma aku tak tahu.. Mungkin aku akan melakukan kajian di kala 'masters' nanti tentang ini.. Hehe..

Otak merupakan satu ciptaan Allah yang hebat.. Serius!


Tuesday, June 21, 2011

Tiada Makna

Salam Alaik..

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.


Hehe..

Perangai macam nie biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan cetusan-cetusan dalam otak..

Maaf..


Sunday, June 19, 2011

Helaian-helaian Diari Sang Seniman

Salam Alaik..

p/s: Dah lama aku tak tulis sajak.. Serius.. Dah hampir 4 bulan kurang lebih jiwa seni ini hilang.. Hari ini, mahu kembali.. Walau kualiti tidak seberapa.. Sekadar mencuba setelah lama.. Bimbang karam dek nakhoda mabuk..




Thursday, June 16, 2011

Cerpen: Dan Segalanya Bermula

Salam Alaik..

p/s: ini ialah sebuah cerpen

Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus tingkap bilik yang tidak tertutup rapat. Siulan angin meremangkan bulu roma. Kipas berputar perlahan, dan lampu suram menerangi ruang tamu. Mamat termenung sendiri, tidak tahu apa yang perlu dibuat. Ditenung telefon bimbitnya, senyap. Hanya siulan angin menemani malamnya yang sepi.

Sedang matanya hampir terkatup awal, jam dinding berdenting sepuluh kali bergema ke sekalian is rumah. Dan selepas dentingan terakhir, telefonnya berbunyi mesra. Mamat tersenyum. Mesej singkat yang ditunggunya tiba. Selepas membelek skrin biru itu, dia terkejut. Mungkin satu anjakan akan berlaku padanya malam ini.

Dia bersiap siaga. Mengenakan baju t-shirt biru Hard Rock Cafe dengan gitar bersilang. Jeans yang baru dibelinya disarungkan menggantikan kain pelikat. Dompet kelabunya dan jam tangan diletakkan ke dalam poket. Sekilas cepat tangannya mencapai kunci motornya yang tergantung di tepi pintu. Dia perlu keluar.

Malam itu hujan renyai-renyai. Langit gelap tidak langsung bercahaya. Bulan yang sepatutnya mengambang hilang di bawah awan. Tiada sinar melainkan lampu kalimantang di bahu jalan. Dipecut motornya selaju boleh. Harapan ingin sampai ke tempat di tuju dengan cepat.

Sampai di Dewan Besar, dia memarkirkan motornya. Berhati-hati dia menurunkan tongkat, senyap. Bunyi decitan kasut dan bola keranjang bergema dari dalam dewan. Keriuk daun pintu yang dibukanya mengejutkan Umairah yang sedang khusyuk bermain bla keranjang, sendiri.

Mamat menghampiri Umairah dengan senyuman yang melirik panjang. Umairah berhenti bermain dan membalas senyuman sinis kepada Mamat. Persis memerli betapa lama dia menunggu Mamat untuk datang. Jam dewan berdenting sebelas kali. Cukup memberi peringatan bahawa Mamat terlalu perlahan.

Mamat tahu Umairah perlu berlatih bola keranjang kerana ada perlawanan pada esok hari. Dia tahu Umairah perlu bimbingannya. Sebagai seorang pemain bola keranjang, Mamat perlu mengajar Umairah bagaimana bermain dengan betul, bermain dengan baik kerana Umairah hanya seorang amatur.

Sejam bermain bersama, Umairah dan Mamat cukup penat untuk terus. Mamat menghantar Umairah balik ke rumahnya. Dan apabila tiba di rumah Umairah, Mamat terus beredar senyap meredah malam. Jam dua belas malam bukan waktu yang sesuai untuk merempit sendirian.

Tibanya di rumah, Mamat terus melihat telefon bimbitnya. Ada satu mesej, dari Umairah. Umairah ketakutan kerana kawan serumahnya tidak ada di rumah. Umairah perlukan teman. Dan hanya Mamat seorang sahaja yang rapat dengan Umairah.

Mamat tidak berkira. Selepas mandi menghilangkan peluh, Mamat terus memecut ke rumah Umairah.

Ahhh. Bodoh apa aku tulis nie? Elok-elok aku nak tulis cerita seram, jadi tah ape-ape. Hampeh tul!! Tak jadi la tulis cerpen seram. Hurmph. Maaf, cerpen tak dapat ditamatkan. Takde idea dan takde 'penghidupan'.

Maaf. Lain kali la aku tulis cerpen lagi.

Sunday, June 12, 2011

Nasib Baik?

Salam Alaik.

Ada ke nasib baik dalam dunia nie? Kepada sesiapa yang skeptikal dengan 'nasib', sila pergi main jauh-jauh. Orang macam ni takde akidah, takde kepercayaan kepada qadha' dan qadar!

Haha..

Gurau je.. Kasar sangat tuduhan aku menyatakan akidah takde etc.. Aku tarik balik perkataan di atas tue.. Bukan hak aku nak kata akidah orang terpesong.. Lain la jelas dan nyata bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah..

Ok, berbalik kepada cerita asal..

Nasib baik serius ada kat dunia nie.. Kalau tak mana wujudnya perkataan 'beginner's luck'.. Haha.. Kalau takde nasib baik, mana mungkin aku kena cabutan bertuah sewaktu larian apa tah dulu.. Check sini..

Beberapa hari lepas aku bermain sukan dalam pintu (indoor) yang terkenal, iaitu billiard.. Main billiard nie perlukan skill mengawal bola Q, dan juga skill menganggar dengan tepat.. Hukum Newton ke-3 pun perlu diaplikasikan.. Serius!

Nak dijadikan cerita, aku main billiard nie dengan seorang Mamat.. Bingkai (frame) pertama, aku menang.. Hehe.. Tak kisah la tue.. Masuk bingkai kedua, dia main penuh dengan nasib baik.. Dia tuju bola lain, bola tue tak masuk, tapi bola lain yang masuk.. Dia main tuju kusyen, pastu sedap je bola tue masuk.. Pehh.. Ini nasib sangat.. Melampau la kalau menang bingkai dengan hampir semua masuk dengan nasib..

Aku tak kisah.. Masuk bingkai ketiga, aku main skill aku la.. Kekadang masuk, kekadang tidak.. Biasala, aku bukan Mark Selby atau Ronnie O'Sullivan.. Tapi, Mamat nie main lenjan je.. Aku tak nafikan ada dia pancung/potong masuk.. Dia memang hebat.. Tapi kalau dah 4 dari 7 bola masuk sebab nasib, aku pun panas jiwa la..

Bingkai keempat dan seterusnya, aku dah jual permainan.. Aku tuju kuat-kuat, aku sasar meraban, aku target karom supaya bola hitam masuk.. Aku tak kisah.. Aku dah bengang.. Nasib memang tidak menyebelahi aku la, tuju la macam mana pun.. Mamat main steady.. Habis-habis malam tue, dia menang 11 bingkai, aku menang 3.. 2 lagi yang aku menang tue pun sebab nasib baik.. Heh.. Aku dah tak main bebetul dah..

Memang salah aku tidak ada semangat kesukanan dengan menjual permainan.. Aku dah tak larat, main bebetul taknak masuk.. Main lenjan nak pulak masuk.. Aku percaya kesucian permainan billiard dah tercemar.. Pehh..

Kalau aku salahkan nasib, maka berdosa dah aku.. Sebab Allah dah tentukan nasib dia hari tu baik.. Takkan aku nak lawan? Kalau aku bengang dengan nasib maka aku bengang dengan pencipta nasib iaitu Allah S.W.T..

Malas nak ulas panjang bab Qadha' dan Qadar.. Panjang lebar pulak penerangan berserta dalil nanti.. Silap cerita bab nie, maka aku boleh jadi Muktazilah Qadariah atau Muktazilah Jabariyah.. Dan aku bukan Muktazilah!

Apa-apa pun, tu sebab biasanya orang ucap 'Good Luck'.. Semoga nasib baik.. Dulu aku tak percaya kat perkataan 'good luck' nie sebab orang berusaha penat-penat tetiba kena mengharapkan 'nasib baik'.. Tapi sekarang aku dah berubah.. Semoga nasib kita semua baik dan sentiasa dirahmati Allah..

Good Luck untuk segalanya, hatta bermain bola atau billiard sekalipun!

Friday, June 10, 2011

Bilangan 'Suka' Tertinggi

Salam Alaik.

Sepanjang beberapa tahun kehidupan aku bersama BukuWajah, baru kali ini ada satu pos aku dalam satu Kumpulan mendapat bilangan 'suka' yang tinggi.

Pos aku sempena Hari Guru 2011 dalam Kumpulan SBPI Temerloh mendapat 100 'Suka'. Bagi pendapat aku, ini semua kerana kerajinan aku menulis panjang lebar.

Apa yang aku dapat dengan bilangan 'Suka' yang banyak ini? Ya, aku tidak dapat apa-apa yang berharga. Cuma aku dapat kepuasan. Bukan senang nak dapat 100 'suka' melainkan aku empunya MukaSurat yang terkenal seperti Oh! Media atau Oh! Malaysia.

Jadi, tanpa menulis panjang, inilah dia Cetakan Skrin yang aku ambil daripada pos aku yang mempunyai banyak 'suka'.


Bila mendapat bilangan 'suka' yang tinggi, apa yang perlu saya buat? Ucaplah alhamduliLlah dan senyumlah.


Wednesday, June 8, 2011

Seribu!

Salam Alaik..

Ini merupakan entri yang ke-431 aku dalam blog nie.. Banyak jugak aku mencarut eyh? Haha.. Untuk pengetahuan semua, aku dah terjebak dalam bidang blog (web log) ini sejak 2007 tak silap aku.. Daripada entri skema tahap gaban, kepada entri diari hidup yang aku sendiri muntah nak baca sehingga entri bertahap serius giler..

Kebanyakan entri aku kat dalam blog ini kini, merupakan entri berat ilmiah.. Cuma kebelakangan ini menjadi ringan disebabkan ketiadaan idea mencarut dan kekurangan masa menelaah.. Maafkan aku atas kekhilafan dalam membahagi masa.. Haha..

Blog ini pada zaman pertengahannya atau zaman kegelapan dipenuhi dengan catatan hidup aku.. Yang mana aku rasa macam 'tak guna'.. Kejadah apa nak tulis: "hari ini aku bangun awal. bersarapan dekat al-Awwal. Sejuk giler. Mandi sekejap sangat bla bla bla"? Takde pekdah, kan? Haha.. Apa la sangat hidup aku seharian untuk tatapan umum.. Bukan faymes pun..

Kalau nak tulis tentang aktiviti seharian dalam BukuWajah 24 jam sehari lagi payah.. Jemu jugak orang nak baca status kita memanjang.. Selang 5 minit, 'Redz Der Czar is smoking' pastu 'Redz der Czar is cooking' lepas tu lagi 'Redz Der Czar Aku tengah makan nasik ayam'.. Lagi macam bosan dan takde 'life'..

Maka, aku mengambil inisiatif membuat blog mikro.. Atau nama khasnya 'Twitter'.. Maka dengan twitter ini, aku dapat meluah perasaan, dan memberitahu kegiatan harian aku tanpa segan silu dan tanpa penapisan yang ketat kerana hanya ada beberapa ketul follower sahaja.. Maka kalau aku kata 'IMYSM', tidak ada ramai yang tahu, dan tidak akan menimbulkan spekulasi melalui komen bla-bla-bla..

Paling power pun orang boleh reply Kicauan (Tweet) aku dan kemudian kicauan aku itu tenggelam dalam Timeline.. Hehe.. Jadi, tak ramai tahu tentang apa yang aku rasakan.. :P


Aku rasa aku berkicau tak sampai sebulan lagi.. Baru 2-3 minggu kot.. Antara anjakan paradigma aku dalam Kicauan ialah kicauan aku dibalas oleh DSAI.. hehe.. Best dan bahaya.. Maaf, saya katakan yang benar berdasarkan pendapat dan pengamatan saya.. Jika berkata yang benar itu salah, maka bersedialah menunggu hari yang dijanjikan.. Saya takde langsung berniat politik etc.. Saya bukan berfahaman al-Rakyatiyyah atau al-Nasionaliyyah.. Saya bersikap wasatiyyah atau pertengahan.. Faham? Ok. Berhenti tentang DSAI balas kicauan aku..

Entri ni dinaikkan sebagai tanda bahawa kicauan aku dah mencecah seribu! Ya! SERIBU atau 1000.. Teehee, Wallaweh, Azeem, Peghhh, YeayME dan segala ekspresi yang menunjukkan kegirangan.. Aku tak sangka jugak Kicauan aku boleh sampai seribu dalam masa tak sampai tiga minggu.. Sebab aku pada awalnya dengan Kicauan, sangat bosan dan rasa seperti 'tak perlu'.. Semakin lama, semakin indah pulak Kicauan nie.. hehe..



Ok.. Cukup mencarut!! Dah dapat seribu.. Sila diam dan semoga kicauan yang ke-1001 berkaitan dengan entri ini.. yezza!!

Selamat Pagi, dan mulakan pagi anda dengan senyuman!!

Tuesday, June 7, 2011

Kerana Aku Bodoh.

Salam 'Alaik

P/s: Ini sebuah terjemahan bebas ke atas sebuah lagu.

Semestinya kerana aku bodoh
Walaupun pedih ku sanggup tahan
Walaupun betapa bodohnya cintaku
Kerna aku seorang yang bodoh

Ku mahu terbaik untukmu
Cukup membuatkan aku gembira
Walau hanya satu senyummu padaku
Aku suka dengannya

Sehingga yang kau cinta akan tiba
Aku akan berada di sisimu
Sanggup ku memberi kerana cintaku
Dan tidak akanku meminta yang lain

Di tempat yang kau mampu capai aku
Di tempat yang aku mampu dengar suaramu
Aku akan tetap berada di sana
Kerana aku sayang kamu
dan kerana aku bodoh.


Sunday, June 5, 2011

Monsun Tiba Lagi

Salam Alaik..

Seperti yang kebanyakan dari korang tak tahu, di Manipal ni terdapatnya 3 musim.. Dari November sampai Februari adanya musim sejuk (jangan beranggapan Manipal sesejuk negara balkan pulak).. Kemudian, bermula Mac sehingga Mei adanya musim panas.. Musim panas ni serius panas.. Mungkin lagi panas dari Malaysia, disebabkan kedudukan Manipal di sebelah laut.. Heh.. Duk lama-lama kat luar masa tengah hari, boleh berpinar jugak la mata..

Pastu, daripada bulan Jun sampai Oktober, ada musim yang paling tidak menyenangkan bagi aku yang hiperaktif ni.. Musim ini ialah musim monsun, atau musim hujan atau musim tengkujuh.. Bila sampai pertengahan Jun sehingga September, kemuncak monsun menjelma.. Hujan memang insya Allah takkan berhenti selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.. Matahari memang payah nak menjengah keluar daripada awan.. Serius!!

Paling kurang pun hujan renyai-renyai... Tapi, kalau dah hujan, memang tak boleh keluar rumah la ye dop? Monsun nie memang satu sela masa yang sangat ekstrim.. Banyak sebab aku kurang berkenan dengan monsun nie.. Meh aku cerita satu-satu..

Satu
Monsun menyebabkan semua aktiviti makan angin dibatalkan.. Dalam hujan jangan harap la nak naik motor jalan-jalan pergi Malpe Beach, atau Kappu.. Hatta melepak tepi tasik pun sangatlah tidak sesuai.. Aktiviti terperap dalam rumah menjadi duri dalam daging kerana menggemukkan badan dan menambahkan lemak..

Sebagai yang menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama, monsun memang menghalang banyak perkara lain seperti pergi kelas, pergi makan, pergi solat Jumaat (advantage?) dsb.. Bayangkan, kalau pergi kelas, kasut dan seluar basah? Bapak tak selesa.. Baju mungkin dapat dielakkan sebab pakai jaket etc.. Tapi kasut? hah.. Layan je la...

Dua
Apabila tibanya monsun, stadium End Point, atau padang bola rasmi Manipal akan ditutup dan segala aktiviti bermain bola dan sebagainya digantung.. Padang bola umpama ada 'curfew'.. Kalau dah tak main bola kejadah apa nak buat petang-petang? Main billiard? Bapak la tak masyuk.. Sudahnya duk tido je la.. Sejuk la katakan..

Tiga
Ini lagi satu masalah besar.. Bila hujan macam mana nak keringkan baju? RUmah ni bukannya ada pengering baju pun.. Sudahnya, baju yang tak cukup kering kena angkat untuk mengelakkan jadi basah sebab hujan.. Jemur dalam rumah, nanti satu rumah berbau hapak.. Hampeh tul.. Pakai baju lembab nanti, badan jadi lemah.. Eish.. Banyak betul dilema.. Musim hujan macam nie kena fikir masak-masak kalau nak basuh baju.. Kalau tak, lu fikirlah sendiri..

Empat
Blackout.. Siang blackout, sangat acceptable.. Tapi kalau malam blackout, pehh.. Nyamuk di kala hujan memang aktif.. Bila hujan, tingkap kena tutup, jadi angin akan terperap.. Kipas tak jalan kalau blackout, maka bilik menjadi lebih kurang oven yang panas.. DIsaster.. Nak study macam mana? Entertainment seperti TV, internet dah komfem out.. Maka, mati katak je la dalam rumah..

Kelmarin, 8 kali blackout dalam satu malam.. Kiranya hampir semalaman tidak berelektrik.. Harap je India ada lebih dari 5 loji nuklear, elektrik macam chipsmore jugak.. Celaka apa? Takkan nak suruh IPP jana elektrik kot? Naik pulak tariff elektrik nanti..

Lima
Hujan menyebabkan kerinduan semakin menebal.. Mood sedih senang dicanai.. No further comment.. PullStop..

Kesimpulan
Selamat Menghadapi Monsun.. Secara positif, monsun mungkin boleh menggemukkan aku (harapan je la)..

Wednesday, June 1, 2011

Cerpen: Udin Gila Dan Generatornya.

Salam Alaik.

p/s: Ini ialah sebuah cerpen. Baca betul-betul.

Udin Gila dahulu memang terkenal dengan sikapnya yang kuat membangkang.. Tidak pernah Udin Gila tidak ditangkap apabila Dato' Dompok, ADUN Dusun Seberang datang ke Kampung Dusun.. Asalkan Dato' Dompok datang bagi ucapan, mesti Udin Gila bangkang.. Bila membangkang maka Dato' Dompok pun panggil la Polis suruh tangkap Udin Gila kerana membenci negara dan mengisytiharkan perang ke atas Agong..

Tapi Udin Gila dah insaf sekarang.. Dia dah tak membangkang lagi.. Dia sekarang dah jadi setia usaha politik Ketua Kampung Dusun, Tok Nan.. Tak tau la apa ilmu Tok Nan guna untuk memikat Udin Gila..

Petang tu, Tok Nan membuat mesyuarat tergempar dengan penduduk Kampung Dusun.. Maka berduyun lah datang memenuhi dewan serbaguna Kampung Dusun.. Setelah semua ketua rumah (ketua kekuarga) tiba, dan kehadirannya diambil, Tok Nan berdiri dan berkata:-

Wahai sekalian penduduk Kampung Dusun.. Ketahuilah kamu bahawa ADUN Dusun Seberang, Dato' Dompok telah memberi JKKK Kampung Dusun duit bernilai RM5000 untuk digunakan sepanjang tahun.. Biasanya pada tahun-tahun sebelum ini, duit RM 5000 itu akan diagihkan kepada setiap rumah sebayak RM50 serumah..

Tapi pada tahun ini, saya dan sekutu rapat saya terpaksa membangunkan satu projek yang besar.. Projek ini untuk kepentingan kamu semua juga.. Projek ini di bawah kompeni yang baru ditubuhkan iaitu Syarikat Elektrik Tok Nan dan Rakan-rakan atau Syaetan Sdn. Bhd...

Untuk pengetahuan sekalian penduduk Kampung, pihak Lembaga Letrik Negara (LLN) hanya membekalkan sebanyak 5000 MegaWatt tenaga bagi kampung kita setahun.. Penggunaan elektrik tahunan kampung kita pula sebanyak 2700 MegaWatt.. Sungguhpun ada lebih 2300 MegaWatt tidak digunakan, saya sebagai ketua kampung merasakan perlu untuk kita menjana elektrik sendiri di samping elektrik yang dibekalkan oleh pihak LLN..

Pihak Syaetan akan menjana lebih kurang tambahan sebanyak 3000 MegaWatt tenaga lagi dan menjadikan tenaga terkumpul setahun sebanyak 8000 MegaWatt berbanding penggunaan sebanyak 2700 MegaWatt.. Hal ini akan menyebabkan kejadian tenaga elektrik putus atau Blackout tidak akan terjadi.. Lebihan tenaga sebanyak 5300 MegaWatt sangat cukup menampung keperluan elektrik kampung kita yang rata-rata menggunakan lampu pendaflour..

Walaupun kampung kita tidak pernah mengalami Blackout sejak 1992, tapi saya sebagai ketua Kampung terasa perlu mengelakkan perkara ini berlaku supaya aktiviti melepak di kedai kopi selepas Isyak dan aktiviti main dam haji sewaktu petang tidak terganggu.. Industri penternakan ayam kampung kecil-kecilan juga tidak akan terjejas..

Saya, wakil pihak Syaetan akan mendirikan generator berkuasa petrol untuk kampung ini di tanah milik Udin Gila.. Pihak Syaetan akan membayar pampasan bernilai RM1500 setahun kepada Udin Gila sebagai SEWA untuk tanahnya seluas 3 meter persegi yang dahulunya bernilai RM50.. Pihak Udin Gila telah bersetuju dan tidak membangkang..

Selain itu, RM1500 lagi akan digunakan untuk menyewa generator milik Syaetan Sdn. Bhd.. Generator milik Syaetan Sdn. Bhd. dibeli oleh saya dengan harga RM3000, dan disewa sebanyak RM1500 setahun selama 5 tahun berdasarkan kontrak yang saya tandatangan bagi pihak kampung dan bagi pihak Syaetan Sdn. Bhd.

Baki RM2000 akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak Syaetan Sdn. Bhd untuk kos penyelenggaraan dan penyediaan bahan api selama setahun.. Dan, insya Allah, RM2000 tidak akan mencukupi untuk setahun kerana harga minyak mentah dunia tidak stabil dan semakin meningkat.. Sehubungan itu, saya dengan kuasa sebagai ketua kampung pada bila-bila masa boleh meminta penduduk kampung membayar tariff berlebihan yang digunakan oleh pihak Syaetan Sdn Bhd...

Secara ringkas, RM5000 yang diberi kerajaan selama ini kepada kampung ini akan digunakan sepenuhnya untuk mejana ekektrik simpanan untuk kampung Dusun yang tercinta ini.. RM50 untuk setiap rumah akan dimansuhkan atas sebab projek ini..

Untuk pengetahuan saudara sekalian, tenaga yang berlebihan yang dibekalkan oleh LLN dan Syaetan itu tidak boleh disimpan dalam bateri, dan akan dibuang begitu sahaja.. Ini bukan satu pembaziran, tapi lebih kepada satu 'keindahan' bisnes dan satu cara memastikan tenaga elektrik kepada kampung ini sentiasa terurus..

Saya malas dah nak berucap panjang.. Cuma saya berharap penduduk kampung setuju.. Kalau tak setuju pun takpe sebab saya dah tandatangan bagi pihak kampung.. hehehe..

Untuk pengetahuan saudara sekalian, Udin Gila merupakan rakan kongsi saya dalam Syaetan Sdn. Bhd...

Sekian, Salam 'alaikum..

Penduduk kampung senyap sunyi.. RM50 sebuah rumah yang diberikan selama ini tidak lagi dapat dinikmati.. Malah, mereka pula dikehendaki bayar lebihan kos operasi penjanaan tenaga ekstra oleh Syaetan Sdn. Bhd.

Mereka senyap kerana kelu.. Tidak faham apa yang berlaku.. Tidak tahu apakah projek itu menguntungkan atau merugikan mereka..

Tok Nan dan Udin Gila, duduk di belakang dewan sambil memikirkan duit yang bakal mereka dapat.. Generator yang dikatakan Tok Nan tadi pun, masih belum dibeli, tapi duit sudah sedang dijoli.. Ayat pemanis bicara di depan penduduk sudah ditabur.. Berkat ketidaksekolahan penduduk Kampung Dusun, ayat-ayat Tok Nan ditelan dan dilupakan.. Segalanya nampak baik bagi mereka..

Tok Nan dan Udin Gila tidak tahu, bahawa nanti datang ombak merubah pantai.. Mereka tidak tahu bahawa nanti akan datang aktivis alam sekitar menyelar tindakan mereka menjana elektrik berlebihan sebanyak 5300 MegaWatt, iaitu melebihi 65%.. Pihak elektrik dunia meletakkan garis panduan bahawa penjanaan berlebihan hanya perlu berkisar sebanyak 20-30% sahaja...

Tok Nan, Udin Gila dan Syaetan Sdn. Bhd. bakal menerima bala.. Penduduk kampung hanya diam membisu kerana tidak tahu.. Dato' Dompok yang sudah setahun tidak menjengah kampung tidak tahu bahawa RM10 000 yang diberikan kepada kampung itu akan dibakar begitu sahaja.. Ya, RM 10000, bukan RM5000 seperti Tok Nan katakan..

Kalau dahulu, hanya RM5000 Tok Nan songlap.. Sekarang semua RM 10000 Tok Nan dan Udin Gila songlap senyap-senyap.. Patutlah Udin Gila tidak membangkang sekarang..


*****************************-HABIS-********************************