Pages

Friday, July 8, 2011

Paranoid


Salam Alaik..

Kata-kata seorang Anarkis yang menentang kekejaman sebuah kerajaan yang paranoid. Diterjemah dari petikan filem 'V for Vendetta', antara filem tentang revolusi terbaik yang pernah aku tengok.

"Sementara keganasan itu boleh digunakan sebagai ganti perbualan, kata-kata akan sentiasa mengekalkan kuasanya. Kata-kata menawarkan tindakan untuk sesuatu maksud, dan kepada orang-orang yang mendengar, kata-kata menjelaskan kebenaran. Dan kebenarannya ialah, ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan negara ini, kan? "

"Kekejaman dan ketidakadilan, tiada bertoleransi dan penindasan. Apabila kita mempunyai kebebasan untuk membangkang, untuk berfikir dan bercakap seperti yang kita rasa tepat, kita kini mempunyai sistem penapisan dan sistem pengawasan yang memaksa kita patuh dan menyembunyikan kebenaran."

"Kenapa hal ini berlaku? Siapa yang patut dipersalah? Ya, tentu ada orang yang lebih bertanggungjawab daripada orang-orang yang lain, dan mereka akan tetap kekal bertanggungjawab. Tetapi sekali lagi kebenaran perlu diberitahu, bahawa jika anda sedang mencari orang yang bersalah, anda hanya perlu melihat di dalam cermin."

Sumber (Bahasa Inggeris): V (V for Vendetta)

"People should not fear the government, the government should fear the people.." - V

V for Vendetta ni mengisahkan seorang penentang kerajaan Britain yang semasa itu penuh dengan konspirasi dan penindasan ke atas rakyat Britain.. Kerajaan Britain dalam filem itu berkuasa kerana menimbulkan isu yang menakutkan rakyat seperti peperangan, keganasan dan wabak penyakit.. Lalu kerajaan itu menawarkan keamanan dan keselamatan rakyat dengan cara menindas rakyat, menyekat suara rakyat dan menangkap rakyat tanpa bicara..

Keamanan dan ketenteraman memang dapat dikawal dengan cara itu.. Tetapi, kesengsaraan rakyat dari dalam tidak dapat ditahan apabila segalanya disekat termasuk kebebasan bersuara, kebebasan media dsb.. Malah, jika menyimpan gambar yang mengutuk kerajaan, akan ditangkap dan diseksa..

V, protagonis cerita ini ialah mangsa ujian virus yang direka kerajaan, tetapi selamat kerana mempunyai sistem imun yang tinggi.. V berjaya melarikan diri dari kem ujian itu dan membina hidup.. Dan, kemudiannya, dia keluar dan mengumumkan penentangannya ke atas kerajaan yang korup, diktator, zalim dan bangang.. Dia memulakan kempennya dengan meletupkan 'Old Bailey', iaitu mahkamah Britain, simbol keadilan.. Berita di TV milik kerajaan memalsukan berita tersebut dan menyatakan Old Bailey dimusnahkan oleh kerajaan untuk digantikan yang baru..

V kemudiannya menyerang stesen TV dan menggunakan saluran Kecemasan untuk menyiarkan mesejnya ke seluruh London agar bersama dengan dia, setahun selepas itu untuk memberi sokongan dan meletupkan parlimen.. Tindakan V untuk meletupkan parlimen ialah satu kesinambungan usaha Guy Fawkes (1605) yang ingin meletupkan parlimen kerana memperjuang kebebasan beragama, tetapi gagal..

Pada akhirnya, V berjaya meletupkan parlimen, dan pada masa itu semua rakyat bersama V di hadapan parlimen mengabaikan pegnumuman dan arahan kerajaan agar tidak ikut berhimpun..

Tengok la cerita nie.. Best!

3 comments:

  1. Vendetta punyer tindakan tue mungkin berani kerana benar...tapi, tindakan tue rasenyer bukan ter`baik~ bayangkan die perjuangkan ideologi dgn andaian die betul... tapi die bunuh org, kalau org parlimen tue ader anak,sedara tak pasal lagi byk vendetta (revenge)

    ReplyDelete
  2. aku dah tngok cerita ni...dan betol ckp ko..cerita yg bagus....dia pakai topeng tu dan xde org tau muka dia kan..even perempuan tu sendiri.hehe..nice post

    ReplyDelete
  3. Dlm konteks demokrasi filem ini mendukung agenda kebebasan melampau yg tak masuk akal. Mengkinzirbuta mengangkat misi dalam senyap dan laksana memegang lesen agung membunuh sesiapa saja disebalik reformasi. Cerita ini perlukan pemahaman yg dalam kerana terdapat unsur yg sgt tersembunyi. Demokrasi bersifat universal. Makanya kita memang tak boleh menyamatarakan demokrasi barat dan timur. Kerana ia terlingkung dan terdukung oleh agama, adat dan budaya. Perilaku ini sama sekali membelakangkan demokrasi rakyat sebagai major contribusi. Epal selamanya takkan menjadi oren.

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?