Salam Alaik..
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari seksa neraka.”(QS.3:190-191)
Aku sering menyatakan ketaksuban aku dalam hal ehwal langit malam.. Aku memang mengisytiharkan melihat langit malam itu satu hobi aku, yang aku pupuk sejak daripada aku kecik lagi.. Bayangkanlah, dulu zaman-zaman aku darjah 5 atau darjah 6, aku balik Masjid dengan ayah aku, bila nak tutup pagar rumah, aku nampak Biduk (Big Dipper) tersergam besar setentang dengan aku..
Bila zaman sekolah menengah, aku sering berjalan-jalan dengan Nasharuddin Othman di waktu malam minggu, sekadar ambik angin malam atau mencari hantu.. Poinnya, malam dengan aku memang sinonim..
Bila masuk INTEC, malam aku habiskan dengan melepak di hostel Cemara (atau Cendana) biasanya kerana langit malam di bandar besar tidaklah hebat disebabkan oleh cahaya persekitaran yang banyak.. Aktiviti mencerap dan melayan indah malam agak tersisih di sana.. Balik rumah, ketika zaman itu, aku akan berada di atas atap waktu malam.. Melepas rindu kepada bintang dan bulan serta ketenangan.. Biarlah bunyi pelik mengganggu, aku tak kesah dan tak hairan asalkan malam aku sendirian..
APa poin aku sebenarnya kali nie?
Takda apa-apa pun.. Saja nak menulis..
Takda apa-apa pun.. Saja nak menulis..
Malam nie aku nampak bulan di ufuk timur, agak besar.. Aku lihat langit yang kosong, ketika di atas motor, dan cuba memikirkan kenapa rinduku kepada langit malam kian pudar.. Tengah bawak motor sambil tengok bintang, mencari biduk, aku nyaris terbabas kat bahu jalan.. Hehe.. Asyik sangat..
Baru-baru nie, bersempena dengan kamera aku yang berumur 6 bulan, aku dah boleh tangkap gambar buruj.. Kamera lama 'jeng' sikit untuk gambar malam.. Jadi, meh la aku kongsi gambar-gambar yang aku tangkap baru-baru nie dan gambar lama apabila mencerap langit.. Aku letak la kapsyen lebih kurang..
Orion. Beberapa malam lepas. Kira-kira 10 darjah daripada bulan.
Biduk: Antara buruj pertama yang aku nampak dengan mata kasar. Diambil masa aku baru sampai dari Malaysia Sepetember lepas.
Musytari: Berada di kiri bulan. Beberapa hari lepas ada jugak. Tapi gambar nie seminggu dua sebelum tue lagi.. Kali pertama aku boleh komfem yang aku nampak planet.
Supermoon: Sewaktu perjalanan balik daripada Bangalore ke Manipal, Mac 2011.. Waktu tue hati koyak, jadi pengamatan kepada langit sangat kurang.. Hehe.. Masa aku tangkap gambar nie, bulan dah tinggi di langit.. Memang tak besar la kalau nak banding bulan ketika di ufuk timur malam tue.. *Guna kamera lama
Ini gambar bulan yang paling aku kagum.. Aku tak pernah sebelum tue nampak bulan sabit dengan bahagian bayang-bayangnya juga boleh dilihat dengan mata kasar.. Kat Malaysia aku tak pernah nampak.. Kat India banyak kali dah.. Gambar nie waktu awal Tahun Kedua, kot.. Guna kamera lama..
Sehingga bertemu lagi~ Insya Allah..
Blog ko ada malware macam chedet.cc dan blog amin penah kena dulu
ReplyDeleteAzerrul: Dah selamat.. Thankz for the warning!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete