Pages

Wednesday, February 29, 2012

Tiga Tahun Secara Ringkas Dan Cepat (Bahagian I)


Salam Alaik...


Mac 2009 - Mac 2012..

Tiga tahun kurang lebih hidupku banyak di bumi Allah Manipal, bumi ketamadunan Indus.. Banyak memori di Manipal yang tidak mudah aku lupakan..

Mac 2009..

Hari pertama di India, ketika itu di Bangalore, apa yang paling aku ingat ialah bunyi-bunyi hon di jalan raya India.. Daripada tempat penginapan sampailah ke Bengaluru International Airport, bunyi hon tak pernah lekang.. Dan tidaklah aku sangka sehingga hayatku di Manipal, bunyi hon masih lagi menerjah telinga aku.. Dan tiga tahun aku di sini, tak pernah aku mampu bertahan dengan hon.. Selalu saja carutan keluar daripada mulut ini..

Tiba di Manipal.. Impresi pertama aku agak bagus.. Malam tu, Manipal meriah.. Tak pasti ada pesta apa.. Bangunan yang pertama aku perasan di Manipal ialah Basic Health Science Building.. Bangunan itulah tempat aku bertapa untuk membelah mayat..

Dan masa bergerak pantas selama 5 bulan selepas itu.. Kelas-exam-kelas-exam-Turtle Bay-kelas-exam-kelas-exam.. Dalam lima bulan itulah, aku kembali bermain bola sepak setelah lima tahun berhenti.. Dalam lima bulan itu kembali aku beriadah, berjoging di End Point (^.^).. Dan lima bulan itu aku cuba mengenali seseorang.. hehe..



Ogos 2009..

Banyak rakanku yang lain memilih untuk bergerak menjelajah bumi India ini.. Aku pula memilih untuk kembali ke Tanah Air.. Alasan aku mudah, aku mahu jumpa keluarga aku, mahu bersama ayah aku sebab ayah aku sakit ketika itu.. Balik ke Malaysia dengan Edi dan dua orang yang lain.. Perjalanan balik masa nie menggunakan Tiger Airways memandangkan masa nie Air Asia masih belum memulakan penerbangan daripada Bangalore ke Kuala Lumpur.. Nak guna MAS, mahal pulak, kan? Singgah di Singapura, sebelum kembali ke Malaysia..

Selepas kembali ke bumi India yang tandus ini, blok tiga menanti.. Dan mulalah rutin belajar-tido-makan-belajar-tido-makan-main bola.. Habis blok 3; aku, Edi dan beberapa yang lain termasuk Mun pergi ke Bangalore.. Edi mau teman Mun beli Kamera DSLR yang sampai kinimasih digunakan.. Hehe.. Di Bangalore, sempatlah ber-Wonder-La..

UNIS Feb 2010 mula awal Feb.. Study break digunakan dengan ok, dan UNIS dijawab dengan bagus.. Cuma Anatomi, seperti biasa akan menjahanamkan aku.. Maka dipanggil Borderline VIva untuk Anat.. Alhamdulillah, aku lulus semua, dan ada dua orang rakan karib kurang bernasib baik..

Lepas UNIS, bergerak travel tiga belas orang menjelajah utara India.. Mula dengan Jais Almer di Padang Pasir, kemudian ke AMritsar di Golden Temple.. Daripada Amritsar melayan salji pertama di Shimla, dan salji yang separa ekstrim di Manali.. Habis kesejukan, bergerak ke Delhi dan melawat Taj Mahal di Agra.. Selepas Taj Mahal, tiga belas orang menjadi sebelas orang sebab dua orang balik Malaysia.. Di Delhi perjalanan diteruskan ke Mumbai.. Mumbai panas macam haram.. Mood pun dah hilang sebab dah penat.. Pengembaraan Feb - Mac 2010 antara masa-masa yang terbaik aku di India..


bersambung......

Monday, February 27, 2012

Lambai Melambai

Salam Alaik..

Masa Batch 24 balik dulu, kitorang yang lambai diorang.. Sebab diorang balik di antara teori dan praktikal UNIS..

Bila jadi batch 25, kitorang pulak yang kena lambai junior.. Macam mana kelas boleh habis lambat pun aku tak tau.. Mungkin sengaja mahu suruh kitorang tengok result diorang, kot.. Hehehe..

Pagi nie exam Comprehensive.. Aku tak study sangat pun.. Sejak pulangnya aku ke Malaysia awal Feb baru-baru nie, hati aku dah tertinggal di Malaysia.. Hatta End Posting Psych pun aku lunyai je tibai.. Memang semangat dah hilang..

Dalam kepala otak aku sekarang hanyalah balik-balik-balik.. Takde apa dah yang signifikan di Manipal.. Mungkin aku akan merindui Manipal, tapi serius, tiga tahun dah cukup maksimum bagi aku..

Kalau diberi peluang untuk tambah 6 bulan lagi di Manipal, akan aku tolak walaupun 6 bulan tue ialah cuti.

Tanah Tumpah Darah tetap di hati!

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Ambik emas kat negeri orang, bawak balik ke negeri sendiri.. Aku dah ambik emas habis dah kat tamadun nie.. Dan emas tue bukan emas tulen.. Bercampur hancing kencing tempe, asap bas dan lori yang esktrim, bercampur telinga yang tuli akibat hon..

Cukup!

Cukuplah India..

Biarlah sekejam mana pun Melaka.. Biarlah 'bloody idiot' atau hempukan buku ke atas kepala, tapi atmosfera dan suasana Melaka tetap lebih bagus daripada India.. Nak balik rumah pun senang..

Satu je yang aku risau di Melaka.. Risau nampak 'hantu'.. Aku pun tak tau kalau nampak hantu apa reaksi aku.. Adakah aku lari, atau senyap sunyi kaget.. Tachycardia semestinya wujud..

Abaikan, lambat lagi..

Ok.. Itu sahaja buat hari nie.. Kelak kalau rajin saya tambah lagi..

Sunday, February 26, 2012

Tujuh Hari

Salam 'alaik..

Kalau anda ada tinggal 7 hari di tempat yang mempunyai banyak kenangan manis dan pahit, apa yang anda akan buat?

Aku tak tau nak buat apa. Sebab nama tempat ini ialah Manipal. Dan Manipal dipenuhi tempe.

Sekian..

Kalau panjang umur aku, aku update lagi insya Allah..

Saturday, February 25, 2012

Salam Sayang

Salam 'Alaik..

I

Bila di kampung air perigi,
Burung meneman kicau yang merdu;
Bila di sini terasa nak pergi,
Semakin akhir semakin rindu.

Burung meneman kicau yang merdu,
Memberi seri hati yang gundah;
Semakin akhir semakin rindu,
Rasa nak tinggal semakin payah.

Memberi seri hati yang gundah,
Elok sekali lenguhnya sendi;
Rasa nak tinggal semakin payah,
Kenangan di hati tetap abadi.

Elok sekali lenguhnya sendi,
Makan nasi berkuah kari;
Kenangan di hati tetap abadi,
Buruk baik tetap memori.

Makan nasi berkuah kari,
Jemu sudah berkuah rendang;
Buruk baik tetap memori,
Jadi pengajaran di masa datang.

II
Cantik sungguh si rama-rama,
Hendak tangkap berhati-hati;
Jangan dikisah perkara lama,
Patah tumbuh hilang berganti.

Hendak tangkap berhati-hati,
Patah sayap mulalah haru;
Patah tumbuh hilang berganti,
Tidaklah sama si pucuk baru.

Patah sayap mulalah haru,
Maka dibeli sang ayam serama;
Tidaklah sama si pucuk baru,
Hati ini tetaplah yang lama.

Maka dibeli sang ayam serama,
Terubat sudah sayap yang luka;
Hati ini tetaplah yang lama,
Manalah yang baru hendak disuka?

III

Petah sungguh si kakak tua,
Diberi salam tak kira masa;
Tinggal lama tinggal semua,
Biar yang baru dapat merasa.

Diberi salam tak kira masa,
Tidaklah bosan tidaklah alpa;
Biar yang baru dapat merasa,
Perkara lama biar dilupa.

Tidaklah bosan tidaklah alpa,
Tidaklah pula disia-sia;
Perkara lama biar dilupa,
Kisah cinta dua manusia.

IV

Biar rebah bermandi darah,
Asal hilang dendam di benak;
Biarlah kisah menjadi sejarah,
Sebagai legenda kepada anak.

Asal hilang dendam di benak,
Digadai harta sampailah papa;
Sebagai legenda kepada anak,
Sebuah kisah daripada si bapa.

V

Elok sungguh si paras rupa,
Tiadalah dapat dicari pengganti;
Hari-hari cuba dilupa,
Tetapi tetap di dalam hati.

Wednesday, February 22, 2012

Seni Yang Hilang

Salam Alaik..

Seni aku dalam berpuisi dah hilang. Bukan hilang semuanya, hanya hilang jiwa. Puisi tanpa jiwa, umpama seketul batu. Berapa kali aku cuba melihat langit, mencari bait-bait puisi yang dahulunya mudah hatta di papan kekunci. Bukan senang nak berpuisi rupanya. Dulu masa zaman muda laju idea mengalir dek kerana jiwa.

Sekarang.....

Tunggu la kat Melaka.. Mungkin jiwa kembali terisi..